Sunday, December 14, 2008

resipi no 2: Foul medammas (kacang phool)

ini resepi dari arab-dibawa masuk ke Malaysia dan actually, makanan ini org arab buat utk sarapan..bila sampai Malaysia, ia dijadikan makanan utk mkn ptg/mlm...heheh..cara masak dia sng ajer cuma bahan-bahan dia agak leceh atau sukar nk didapati...hehe...okay, stop pasal sejarah foul or ful medammas neh...mari, kita lihat bahan2 nya..


kacang phool...(utk 3-4 org mkn)


bahan2 utama:
1 tin kacang parang dlm tin (jenama kimball)
1/2 tin kacang kuda
2 sudu besar jintan
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 paket daging cincang ramly
1/2 paket kecil serbuk kari daging
1 tin kecil puree tomato
1 atau 2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
cili kering yg telah dikisar (utk pedas)
5 batang cili hijau (masuk lebih utk pedas)
2 biji limau kasturi (dibelah dua setiap satu)

utk hiasan:

4 biji tomato yg dipotong dadu
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
telur yg digoreng-telur kuning separuh masak


cara2 membuat:
1.panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih. tgu sehingga naik bau...masukkan rempah kari, jintan, ketumbar, sambal cili (jika mahu pedas),lada hijau yg dipotong dadu dan setelah naik bau, masukkan daging...

2. apabila daging sudah empuk sedikit (jgn tinggalkan lama sgt sbb daging cincang agak cepat masak), masukkan kacang parang yg telah dikisar kasar sedikit bersama-sama kacang kuda yg turut sama dikisar...kemudian, gaul sebentar dan masukkan puree tomato....jika terlampau pekat, masukkan secawan air...gaulkan sebentar di atas api...perahkan limau kasturi dan gaul...tutup api dan taburkan bawang besar dan tomato yg telah dihiris..

3. gorengkan telur dan kuning telur separuh masak...kalau hendak lagi cantik, gunakan gelung telur utk membuat banjo...angkat letak tepi...
kacang phool


cara hidangan:

1.masukkan kuah kacang phool ke dalam mangkuk dan letak telur diatasnya...
2.bakar roti dengan menyapu mentega dahulu dan letak atas pan..
3.makanan ini sesuai dimakan ketika roti masih panas dan menyapu kacang phool tadik di atas roti..makanan ini juga sesuai dimakan pada waktu mlm utk menggantikan nasi...

inilah rupa dia


selamat mencuba!!!