Sunday, February 27, 2011

Saja nak paste gambar kahwin

Dah genap 3 bulan kahwin, jadi rasanya mahu menempek beberapa gambar terpilih semasa kenduri kahwin kedua-dua belah pihak. Rasanya tak lambat lagi kan nak letak gambar ;p (banyak la kan tak lambat, dah siap pre-honeymoon lagi). Apa-apa pun ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan keluarga juga rakan-rakan yang sanggup menolong berhempas-pulas bersama saya. Jasa anda akan dikenang, chewah! Bagi yang nak kahwin, pastikan semuanya disusun rapi, jangan jadi macam saya. Ni pun nasib baik order telur pindang, kalau tak, memang tak ada door gift la kan. Korang tengoklah koleksi yang ado.

gambar sebelah saya!

















gambar sebelah beliau (kuching)





















p.s: yg blur2 atau yg glossy2 tuh semuanya snap kat album kahwin. hahaha. sebabnya tak tahu da mana letak softcopy gambar. layan jela, jgn bising2

Wednesday, February 23, 2011

Saya rasa sejuk!

Entry ditulis 23/2/2011, post hari yang sama. mimpi apa? ntah!

hari ini tak ada entry sebarang makanan, sebab masih dalam proses memikirkan bila masa yang sesuai nak buat roti croissant. uuu, hebatnya! ohh, sedapnya! No, no, no, saya tidaklah sehebat mana dan kesedapan tuh tertakluk kepada bahan yang mencukupi atau sebaliknya. Semalam beli butter, disebabkan macam-macam nak buat, jadi beli sampai dua buku. Ingatkan nak beli measuring cup bagai, tapi membayangkan betapa sedikitnya duit (dalam rm50 aje), maka tinggalkanlah dulu angan-angan nak membeli. Lagipun selama ni, mana pakai measuring cup, pakai aje cawan biasa. Korang mesti tertipu kan? Haha. Agak-agak cukup sudah biasa dalam famili saya. Mami pun selalu cakap agak-agak aje, natijahnya, anak dia pun masak main agak-agak. Cukup rasa sudah kan? :p Tapi, kalau ada yang baik hati nak bagi barang-barang seperti rolling pin, measuring cup dan scale, alhamdulillah~ :D

Rata-rata cakap roti croissant ni susah nak buat, nak-nak part doh tu. Tapi, bak kata orang, Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Jadinya, nantilah ada masa saya duduk la kat dapur. Jadi tak jadi belakang cerita. Masuk perut sudahhhh~ Sekarang tengah bertapa lagi depan pc, duduk pikir nak masak apa untuk tengahari. Macam nak buat ayam masak lemak pun ada, macam nak buat nasi goreng pun ada juga. Surirumah pun dilema macam korang la nak pergi lunch pun kena brainstorming. Nak-nak makanan sama aje kan? hihi.

Sambil-sambil berfikir ni, tengok jugalah kalender yang cun bertenggek kat dinding ni haa. Sekejap aje nak bulan 3. Ehem, ehem, EHEM! Bulan 3 la bulan paling best sebab my birthday. yey! Birthday yang ke 26tahun. Muda kan saya? Whatever lah. Next month, projek makanan akan bermula. Tuh jela yang saya mahu. Awal-awal sudah request kat asben, mahu chocohopot, taknak hadiah. (saya baik kan? mintak makanan aje..haha..sekali ada pula yang cakap macam ala-ala Pak ali dalam filem P.Ramlee Madu Tiga, "baik ada makna") Projek buat burger sendiri pun telah dirangka dengan baiknya. Tunggu la bulan depan kalau nak tahu jadi ke tak. Katanya memang banyak, tapi time nak buat tu yang susah.

oklah, saya dah dapat ilham nak masak apa. Goodbye everyone. Nah, tengoklah video clip neh.

Performance masa NBA 2011.

Tuesday, February 22, 2011

Nak tayang roti paun, bagi korang terliur!

Hari ahad baru-baru ni, datanglah angin nak makan roti. Jadinya, tengoklah resepi roti kat website orang. Bila dah dibandingkan dengan bahan yang ada kat rumah neh, maka, teringin nak buat roti paun. Masa sekolah menengah dulu, pernah la baca majalah wanita ke perempuan tah, adalah artikel pasal roti paun neh. Sejak tuh, memang teringat- ingat la nak cuba tapi masa tuh rasanya susah nak jumpa resepi ni. Umur dah 26 tahun baru cari semula resepi roti paun ni. hihi. Sebelum saya karang bahan-bahannya, meh nak bagi korang terliur dulu. Tengok! betapa hensem nya roti paun saya ni. Kat tengah-tengah tu, saya letak one cube butter, nak letak cheese tapi cheese tak ada. Cantik kan?? Rasa nak bangga diri lak rasanya. Roti ni pun senang buat, so tak jadi masalah kepada sesiapa yang tak reti masak. =D Resepi ni kita kaut dari Koleksi Resepi Pilihan Diana, sebab apa ek kita pilih yang neh? Ikutkan ada yang lain? Sebab roti paun dia tak payah pakai bread softener/ bread improver. Asli gitu!


Comel kan beliau? sedap masuk dalam mulut masa tengah panas


haha, akibat kurang skil membulat comel-comel, jadilah besar cam ala roti kfc. saya tidak kisah, janji masuk perut~


Resepi Roti Paun (dapat dalam 18 ketul, kalau berdua tuh, buatlah dalam half measurement aje. Kalau tak habis, tak baik, amalan syaitan.)

1 3/4 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
3/4 cawan gula
11 gm dry yeast
3/4 cawan mentega
6 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. Masukkan susu cair/segar (pastikan dalam suhu bilik), telur, gula dan yeast ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati. Biarkan ia seketika.
2. Masukkan tepung gandum dan mentega dalam bekas yang lain. Tuangkan adunan susu cair, telur, gula dan yis tu ke dalam mangkuk neh. Gaul sehingga sebati dan mulakan membuat doh.
3. Bila dah tak melekat kat mangkuk tu, tutup adunan dengan cling wrap dan biarkan dalam 1 jam bagi ia kembang 2 kali ganda.
4. Tumbuk sekali lagi doh roti untuk buang segala udara dalam doh. tutup dengan cling wrap dan rehatkan sekali lagi dalam 10minit.
5. Panaskan oven anda 170°C selama 10 minit. Bentukkan doh tersebut (bulat-bulat comel gitu, sebab nanti dia kembang). Kalau nak sedap, letaklah kiub mentega atau cheese dekat tengah2 doh bulat kecil tu, lepas tu bulatkan ia.
6. Susun dalam loyang yang telah disapu mentega sedikit. Jarakkan sedikit antara satu sama lain. Letakkan sedikit mentega di atas doh.
7. Bakar dalam suhu 170°C selama 20 minit. Sedap sangat kalau dimakan masa panas-panas, nak-nak cicah dengan air kopi. Kenyang sangat!.


macam ni la bentuk dah lepas bakar.


bagi korang bertambah terliur. hahahah


oklah, dah tak ada gambar dah nak bagi korang terliur. Meh kita tolong clear kan minda korang dengan lagu yang sedap di dengar. Kalau dah asyik terbayang roti paun, silakan mencuba. Seronok sangat bila dah start memasak neh. Percayalah!

beyonce - single ladies

Sunday, February 20, 2011

hari minggu telah datang menjenguk, macam biasa la macam-macam resepi nak buat kan. Dalam pukul 10 pagi tadi, keluar ngan asben, pergi kedai barang-barang kek dan jumpalah ovalette yang menjadi tanda tanya semalam. Semalam duk baca kat internet pasal ovalette neh, yela, kita kan bukannya terer sangat bab buat kek semua neh. Bagi yang tidak tahu ovalette neh digunakan supaya kek/ kuih kita tak berubah bentuk (especially dalam wat kek sponge). Saya pun rembatlah dry yeast dgn ovalette neh, dan bijaknya saya, tak pula beli pewarna kan, so kalau buat apam aiskrim tuh nanti jadiknya pucat ler. Okla, kita terus pergi ke kuih-muih yang dibuat untuk 3 hari.

Hari khamis (17/2/2011) rajin pula buat kuih lompang, rasanya sama macam kaswi, cuma bentuk aje yang lain. Kuih lompang neh memang kegemaran sejak kecil, tapi disebabkan dah jarang orang jual kuih neh, jadinya, susahla kalau tiba-tiba nak makan. Tapi, bila dah pandai buat sendiri, rasanya begitu hebat la pula. First time tuh buat kuih lompang neh. Memang hebat la kan. hihi.

berketul2 kan?sbbnye baca di bawah

Resepi kuih lompang (dapatlah dalam 10-11 acuan)

Bahan A:
1 cawan air
2 ikat daun pandan
1/2 cawan gula halus
1/2cawan gula melaka/gula apong

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan air
1 sudu air kapur * yg neh saya x masukkan pun, menjadi aje

Bahan atas:
Kelapa parut (kalau nak sedap, campur daun pandan lepas tuh goreng tanpa minyak. goreng jgn sampai kering, bagi basah2 sket)

Cara-cara:
1. Bahan A dimasukkan dalam periuk, kacau sehingga gula larut. Ketepikan, biarkan sejuk.
2. Masukkan Bahan B dalam bekas lain, gaul sampai sebati.
3. Secara perlahan-lahan, masukkan satu sudu demi satu Bahan A ke dalam Bahan B. Kacau perlahan2. (bagi ia tak berketul, kalau tak nanti sama macam saya punya.horror!)
4. Masukkan adunan ke dalam acuan. Kukuskan selama 10minit. Bila dah masak, nanti kuih tu ada lubang di tengah.Kagum kan?
5. Tunggu sejuk, baru keluarkan. Kalau tak nanti melekat-lekat. Taburkan kelapa parut tadi. siap dimakan!

Yeay, korang pun boleh cuba gak ape. senang aje~


neh belum sejuk lagi, sebab tuh tak keluarkan lagi dari acuan

Hari jumaat (18/2/2011), teringin pula nak buat kuih cara berlauk. Awalnya nak buat chinese steamed bun tapi tuhla bahana duduk tengok resepi lain. Akhirnya ketepikan chinese steamed bun, on projek kuih cara berlauk. Kuih ni kalau orang dulu-dulu, guna acuan kuih bahulu dan bakar atas api. Tapi, sekarang dah moden, bakar dalam oven sudah. hihi. Janji masuk perut. Kalau bakar dalam oven neh, carila acuan cupcakes atau muffin yang kecil. Kalau tak ada, boleh juga guna loyang. Dinasihatkan guna loyang yang kecil, supaya bawah dia tuh tebal sedikit.

kat rumah tak ada bekas muffin comel, jadi masuk dalam loyang. hihi

Resepi kuih cara berlauk

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
Sedikit gula & garam

Bahan B:
Daging kisar ( agak2, tapi lagi banyak lagi sedap )
2-3 sudu serbuk kari daging
Bawang besar dipotong dadu
1-2 ulas bawang putih, dipotong dadu
Daun bawang dihiris
Daun sup dihiris
Cili merah
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati. Pastikan permukaan dia tidak terlampau cair/ tidak terlampau pekat. Sedang-sedang aja. (pandai-pandai adjust ok)
2. Untuk bahan B pula, tumis bawang merah dan bawang putih dahulu sehingga naik bau. Masukkan pula daging kisar, cili merah dan serbuk kari. Letak sedikit air, kalau tidak mahu terlampau kering. Rasa, kalau tidak cukup perasa (garam & gula), sila tambah. Bila dah hampir masak, letakkan daun bawang & daun sup. (Tapi, kalau nak buat macam ala-ala rendang daging basah pun ok, kan? Ha, yang pastinya, jgn terlalu kering dan jangan terlalu basah sebab bila dah bakar, agak kering nanti jadinya)
3. Masukkan Bahan A ke dalam loyang/ acuan yang telah disapu mentega. Secara perlahan, letakkan pula Bahan B.
4.Bakar dalam oven, suhu 180°C , selama 15 minit. Dah siap..


cun tak? tapi doh tak berapa nak kuning, agaknya sebab daging tuh kering ok. tak apalah, janji dah habis pun!



Hari sabtu yang hebat (19/2/2011), plan nak buat kuih seri muka. Kuih neh pun memang favourite sejak dari kecil. Lagipun, daun pandan molek aje dalam peti ais, jadinya, gunakanlah sebaik mungkin. hihi. Nehla rupa kuih seri muka kita, cantik tak?


cun kan? hehe, beginner neh..

Resepi kuih seri muka

Bahan A (bahagian bawah):
250 gm beras pulut (cuci dan rendam dalam air lebih kurang 30minit)
200ml santan cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu minyak masak

Bahan B (bahagian atas)
60gm tepung gandum*
1 sudu tepung jagung*
70gm gula halus
1 biji telur
225ml santan pekat
Sedikit garam
150ml air + 5 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)

*gaul dan ayak

Cara-cara:
1. Sediakan pengukus dan bekas loyang (sapu sedikit minyak pada loyang)
2. Untuk Bahan A, apabila beras pulut sudah kembang sedikit, masukkan santan cair, garam dan minyak ke dalam beras. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan ke dalam pengukus dalam 20minit.
3. Bila bahan A sudah masuk dalam pengukus, mulakan untuk Bahan B. Masukkan telur dan gula, pukul sehingga kembang. Masukkan pula santan pekat dan garam. Gaul sehingga sebati. Bila sudah sebati, masukkan air pandan, tepung gandum dan tepung jagung tadi.
4. Bila bahan A sudah masak, angkat dan tekan supaya padat. Dengan perlahan, masukkan lapisan atas secara perlahan-lahan. Tutup dengan kitchen towel/ aluminium foil. Kukus dalam 40-45minit.
5. Potong bila dah sejuk.



tengok? sweet kan? nehla warna asli beliau, kalau nak betul2 hijau, campurlah sedikit pewarna hijau pandan.


Nah, hiburan untuk korang.. nak buat music background untuk aerobik pun boleh =D

Shakira- Loca

Thursday, February 17, 2011

hari khamis, tapi cerita hari selasa & rabu, boleh?

Selasa (15/2/2011), masa sepanjang hari!

hari ini hari cuti di kedah, sempena hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w; hari memperingati Rasulullah yang dikasihi. Selepas subuh, asben dah buat susu campur nestum, sambil tengok rancangan 'tanyalah ustaz' dekat tv9. Saya tidak membuat sebarang sarapan sebab mahu buat makanan yang mengenyangkan dari sarapan sampai makan tengahari. hehe, nak tahu? jap lagi saya bagi tahu apakah makanan tersebut.

Sesudah sarapan air nestum, mula menyatakan hasrat ingin pergi ke pasar, mahu beli sedikit barang dapur. Asben pun berkata, okla, kita pergi pasar tikam batu. Bini berkata, ok, mana-mana pasar pun boleh. Dah meneropong kawasan pasar tu, dapatlah tangkap udang setengah kilo, kunyit hidup, lengkuas, daun kucai dan sayur kobis. Ohh, tidak lupa juga pulut panggang, asben beli 5 = rm2.00. Bila dah sampai rumah, makanlah pulut panggang tu dengan seronoknya. Rasa? bolehlah cuma makcik tu terlebih bakar, agak keras sedikit.

Macam biasa, saya buka facebook, kemalasan hendak post cerita baru kat blog sangat meninggi, sebabnya semalam (isnin) streamyx down, mood dah hilang. Hari rabu baru nak post semua kan pastu boleh backdated kan? hahaha. very bad blogger! =p

Selepas mengakui kesalahan sendiri, saya pun cerita pula sesi makan tengahari. Hari ini rasa rajin yang terlampau, jadi makanan terpilih hari ini rendang negeri sembilan! Saya mengaku sekali lagi walaupun saya duduk, membesar di negeri penuh adat tu, tapi percayalah saya tidak reti masak lemak cili api. Asyik fail aje! Mak pula org johor, jadi bertambah-tambah kesukaran nak belajar masak lemak ni. Tapi hari ini, memberanikan diri dan diri asben ingin mencuba masakan ni (kena beranikan asben juga, sbb dia tukang makan nanti). Jadinya duduklah kupas bahan terpilih depan pc campur teman asben tengok autobiography pasal P.Ramlee. Cerita kehidupan P.Ramlee sangat sedih, nak-nak bila tentang kejatuhannya. Harus tengok, untuk iktibar sendiri! Bila dah habis kerja-kerja mengupas, masa untuk masak. Marilah tengok resepi rendang neh..hihi


minta maaf, terlebih cahaya, jadi tidak nampak warna hijaunya

Resepi Rendang Negeri Sembilan ( rendang cili padi)
(sekali makan untuk 3-4 orang, dua kali makan utk dua orang)

6-7 potongan ayam
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 ibu jari kunyit hidup
1 ibu jari halia *agak2, kuantiti sedikit drpd lengkuas
1 1/2 ibu jari lengkuas *agak2
10-20 cili padi
2 batang serai (titik)
1 asam keping
3 helai daun limau purut / 2 daun kunyit (hiris)
Santan ( tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit, agak2)
2 sudu besar kerisik

Cara-cara
1. Blend bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, cili padi.
2. Masukkan ayam, bahan yang telah dikisar, serai, asam keping, serai, separuh hirisan daun limau purut/ daun kunyit. Gaulkan sehingga bahan-bahan tuh naik bau dan ayam telah separa masak.
3. Masukkan sedikit demi sedikit santan. Sila agak2 amaun santan. Gaul sekali-sekala. Jangan biarkan sampai hangus.
4. Agak-agak sudah sebati, masukkan lebihan hirisan daun limau purut/ daun kunyit dan kerisik. Gaul sehingga kering sedikit. (tak perlu kering sangat, nanti daging ayam tak berapa sedap)
5. Dah boleh makan dah, nak sedap makan dengan ketupat or lemang. Rasa cam hari raya kan?


Kesudahannya, kekenyangan melanda kedua manusia di rumah ni. Hasilnya, tidur di petang hari selepas solat zohor. zzzzz, bila bangun dah segar, dengan penuh kecomelan, minta asben buat cucur/ jemput-jemput, cicah dengan sos cili. Bahan-bahan yang membuat cucur menjadi lebih sedap adalah daun kucai, ikan bilis dan bawang merah (cili merah tak ada, takkan nak ganti cili padi lak kan? mahu menjerit kepedasan!)

Malam selepas makan, mengadap Tv. Mula-mula tengok cerita Invite Mr. Wright kat astro pastu tengok rancangan 'Wasiat Terakhir' kat tv9. Bagus rancangan Wasiat Terakhir, mengingatkan kita tentang betapa sayangnya Nabi Muhammad saw terhadap kita dan betapa kecilnya kita di sisi Allah swt. Semoga kita disatukan dengan golongan yang beriman dan diberi hidayahNya. Amin.

Hari Rabu (16/2/2011), masa sepanjang hari

Hari ini tidak ada apa-apa yang menarik dicampur pula selesema teruk di waktu pagi. Asyik sroot sreet aje. Tengok tv pun tak ada yang menarik, cuma tadi tengok rancangan 'tanyalah ustaz- tajuk kahwin' kat tv9. Adalah juga yang bertanya mengenai pernikahan di masjid. Ustaz tu menjawab boleh diadakan di masjid cuma adab dan perlakuan hendaklah dijaga ketika di masjid. So, sesiapa yang hendak nikah di masjid, haruslah merujuk kepada ustaz agar masjid sentiasa terpelihara.

Hati pun rasa bebas dari segala kemurungan setelah ber-ym dengan member dan ber-fb dgn member juga (baca ayat macam sama, tapi mana boleh sama, ym is ym, fb is fb). Ding dong dong ding, jam dah tunjuk pukul 11.15pagi, saya dengan lenggang kangkung pergi ke dapur, masak ala kampung, ikan kembung goreng, sambal kicap letak cili padi, sayur fucuk dan ikan sepat masin goreng. Eleh, tak berapa kampung pun, mestinya ada orang kata gitu. What so EVER, haha.

Pukul 1 tengahari, haruslah mencekik makanan bersama asben sambil asben bercerita apa terjadi/ isu2 gosip mahupun hot. Lepas dah kenyang, saya pun duduk mengadap tv, tgk astro oasis; berzikir sama (ikut video clip zikir). Bila masuk video clip yang hebat, seperti cendawan tumbuh ke dari kepompong jadi butterfly ke kan, terpegun jap la (macam budak2 ditunjukkan cotton candy)

Setelah beberapa jam melakukan aktiviti sendirian, jam dah tunjuk pukul 4.30 ptg. Apalagi pergi dapur, buat pula makanan untuk petang; cucur ikan bilis. Makan cucur cicah sos cili, memang lazat. Macam biasa, sambil makan sambil borak-borak. Saya pun bertanya malam ni nak makan apa sebab dah kehabisan idea nak makan apa. Asben tanya balik mahu keluar makan? boleh beli barang dapur sekali. Saya pula, hmm, boleh aje, nak makan tomyam. hihi. Laju kan saya bertindak, lalalalala. (dlm hati ada juga rasa bersalah, yela, kesian apa kat asben, gaji belum masuk)

Lepas aje waktu maghrib, kami pun memanjangkan langkah ke kedai tomyam yang berdekatan. Kami tapau tomyam campur, kailan ikan masin, 2 telur dadar, nasi dua bungkus semuanya RM 13.80, bagi kami murah sebab tomyam penuh dengan isi dan macam untuk 2 orang makan padahal sorang makan aje. Tapau makanan sebab nak balik cepat, pukul 9 mlm ada cerita halimah jongang kat astro prima. Best kot cerita tuh, semua actor dan actress masing-masing ada part lawak masing-masing. Oleh sebabkan halimah tu juga, kitorang tak beli barang dapur. Just singgah kat 7-eleven beli kordial ribena dan satu botol besar coke.

Sudah kenyang dan sudah puas tengok halimah jongang, masa untuk menidurkan diri. Sebelum nak tidur tu, teringat pula cerita member masa ym pagi tadi. Dia cerita rumah sewa dia ada hantu. Dia boleh pula nampak ada kepala aje hanging kat tingkap, badan tak ada. Lepas tuh masa member dia datang rumah diorang, dia leh nampak lembaga hitam. Ada sekali tuh, asben dia nampak serupa mak mertua kat dalam bilik padahal mak mertua dia kat dapur. Ei, ngeri kan? Nak-nak part kepala aje tergantung, badan tak ada. Saya pun kadang-kadang nampak gak kelibat tapi kalau dia setakat nak lalu, lalu jela, jangan duduk rumah sudah. Macam juga orang cakap, kalau nampak haiwan hitam (tak kisahlah ular ke, kucing ke, anjing ke), jangan terus bunuh tapi minta dia keluar tapi kalau dah lebih 3 kali korang cakap tapi tak mahu dengar, silalah bunuh k. Tuh menunjukkan beliau adalah jin. haa, takut tak? Mak saya beritahu, kalau tidur, jangan sesekali bergelap. Bukalah lampu, lepas tuh bilik mana yang tidak berpenghuni, bukalah pintu tuh, bagi cahaya, udara masuk. Sesekali azanlah rumah tuh. Sebab masa saya kecil, rumah saya pun ada penghuni tidak diundang disebabkan rumah terlalu gelap dan sunyi (kadang-kadang parents terpaksa balik lewat, parents pula pharmacists). Ada ketika tu, kakak saya nampak ada 3 lembaga hitam tengah tidur kat ruang tamu, dia ingat mami abah dan saya, tapi bila ingat saya tidur dgn dia malam tu, jadinya terus buka langkah seribu. Besok pagi, dia cakap ada lebam kat peha! Saya pula pernah nampak serupa kakak saya, senyum kat saya lepas tu tembus dinding (masa tu dahla nak solat kan, tinggal seorang diri lak tu, terketar2 juga la). Dalam satu rancangan kat Nasi Lemak Kopi O, ada seorang caller neh, dia memang selalu boleh nampak benda-benda kurang berapa nak cantik neh (sekali dia kata, macam la ko cantik sangat! aku lagi hebat, dahla boleh terbang-terbang). Dia ada cakap, setiap makhluk tu ada kawasan tenang bagi dia, tapi dia kata mereka tu tak kacau manusia (ye ke tak kacau?). Kawasan kesukaan dia, bawah tangga, tercongok satu penjuru. Comfort zone, gitu! korang dah seram sejuk? hihi, oklah saya stop sini, sian korang takut. Saya pun dah ngantuk..bye!. Jangan lupa baca surah-surah pendek sebelum tidur ye!

Lagu bagi korang kurang takut dari Lily Allen - Mr Blue Sky

Wednesday, February 16, 2011

Macam-macam hari ini, Ini hari banyak cerita karut

Entry neh ditulis pada hari Ahad 13/2/2011, edit 16/2/2011. semuanya gara-gara streamyx down sehari.

Masa nak tulis entry neh, banyaklah pikir sampai naik denyut-denyut kepala. Tak usah korang percaya cakap saya, sebab mana ada orang tulis blog sampai sakit kepala? Hihi. Tulis blog mestilah dengan penuh kegembiraan, bukan kesedihan. Nanti sedih-sedih sangat pun tak best kan? Sudah dengan membebel, mari dengar cerita surirumah ya!

Awal pagi saya bangun menyiapkan sarapan untuk asben. Semalam dia request nak makan burger. Jadi pagi neh, sediakanlah sandwich yang sedap sebelum dia pergi kerja; daging lembu burger ramly sekeping, dua helai salad, dua hiris timun dan dua hiris tomato. kan sedap tu, nak-nak sangat sihat. Lebihkan sayur, kurangkan yang lain. ;p

Kemudian, setelah beliau berangkat pergi ke opis, maka bermulalah kehidupan surirumah. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga kuali hitam semua. Sudah siap membasuh, buka pula blog kan sempena nak publish kan post baru untuk tukang tengok iaitu korang. Sambil tuh, tengok kain yang berlonggok di dalam bakul (lokasi mereka dari PC, di sebelah kanan, dekat dgn dinding) ; minta dibasuh. Tengok sahaja wat sementara, jap lagi baru basuh. Hihi. Cerita pasal kain tidak berbasuh neh, adalah cerita kelakar atau cerita seram bagi yang terkena. Alkisahnya, semalam terlupa nak basuh seluar kerja asben, akibat ralit dengan cinnamon rolls tuhla. Jadi, bila nak mandi tuh, baru terhegeh-hegeh nak basuh tangan (tiada mesin basuh di rumah) seluar beliau. Mujurlah sempat kering, hensemlah beliau masa pergi kerja. Ampunkan saya, wahai asben. Bila dah buat salah, haruslah meminta maaf, nanti tak cium bau syurga. Eh, taknak cium aje, nak masuk terus.

see? bakul baju kotor dah kosong!

Bila dah pukul 11 pagi, masa untuk intai ikan di dapur. Selepas solat subuh, memang kebiasaan keluarkan makanan terpilih hari itu dari peti ais, bagi senang nak masak nanti. Hari ini, keluarkan ikan, ingat nak masak asam pedas. Ei, terernya masak asam pedas! Korang jangan tertipu lagi, haruslah pakai paste dalam paket tuh. Bukan tak mahu belajar buat paste sendiri tetapi kekurangan bahan dan malah memang tak reti. Jadi, paste sudah, sedap pun sedap. hihi. Sayur pilihan hari ini, nak goreng kobis aje. Cepat dan mudah. Kan dah cakap, saya suka yang mudah2 ;p Sempena maulidur rasul, rasanya nak masak hebat sikitlah. Grill kan ayam, makan dengan sos nandos. Fuh, ringkas dan lazat!

Sekarang, dalam otak ada dua task kena buat pada petang nanti. Basuh baju dengan Lipat kain. Dua aje? Dua tuh pun benda yang payah tahu? Especially berkaitan lipat kain. Yang tuh memang bukan favourite sejak kecil lagi. Tak tahu kenapa, anti betul kalau task melipat kain yang berlambak. Tengah seronok tulis neh, terdengarlah bunyi vakuum jiran. Teringat pula cerita dulu masa muda-muda anak dara, hari ahad, mesti dapat kerja vakuum rumah sebab mami tahu kita memang suka vakuum dari kerja rumah yang lain. Kenapa ek suka? Sebabnya, boleh keluarkan peluh, boleh jadi sihat!

Pukul 11.35pagi, dapat msg dari asben. Beliau tidak balik makan tengahari disebabkan meeting tak habis lagi. Jadi, teruskan memasak? Semestinya tidak. Nanti dah petang dalam pukul 5 baru masak, baru fresh makanan tu. Saya pula makanlah nestum ke, biskut tawar ke time lunch nanti. Kenyang tak kenyang, belakang cerita. Masa kerja dulu, waktu tengahari makan biskut ke roti ke aje selama setahun. Terseksa? taklah kalau dah biasa.

Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari, masih juga di depan pc kesayangan asben. Biasalah google resepi terbaru. Hari ini tangan mula nak menggatal buat pastri lagi dan pemenangnya Apple Cream Puff (cinnamon roll pun ada lagi dalam bekas, tapi tetap nak juga buat puff neh) . Sebenarnya tajuk dia, custard cream puff tapi malas nak buat custard cream, jadi gantikan ajelah dengan epal. Lepas duduk tengok dan analisa bahan-bahan yang diperlukan, maka pergilah adakan lawatan ke dapur. Mula-mula buatlah dulu sos epalnya agar senang. Tak payah nak tunggu sejuk nanti. Dalam pukul 4 petang nanti, baru buat cream puff. Makanan ni sesuai dimakan panas-panas, nak pula dengan air teh o. Memang boleh pergi jauhlah. Sementara tunggu pukul 4 petang dan hasilnya boleh mengagumkan atau tidak, jadi saya paste dulu bahan-bahannya.

Resepi Apple Cream Puff

Bahan Sos Epal:
1 sudu besar mentega
2 biji epal merah yang telah dikupas dan dipotong dadu bersaiz kecil
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis ( bergantung kepada saiz epal- kalau saiz kecil, letak dalam 1/4 sudu)
1 1/2 sudu besar gula perang (bergantung saiz epal juga)
1-2 sudu besar kismis (nak letak banyak pun boleh)
1-2 sudu besar tepung jagung (bergantung kepada potion)

Bahan puff:
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

Cara memasak:
1. Untuk menyenangkan membuat apple cream puff neh, mulakan dengan membuat sos epal. Masukkan mentega, serbuk kulit kayu manis, epal, gula perang, kismis dan gaul sehingga epal menjadi lembut. Oh ye, panaskan diatas api kecil. Bila dah lembut dan senang dilenyekkan, masukkan tepung jagung. Kalau sos tuh sudah pekat, tidak perlu tambah tepung jagung untuk kepekatan. Bagi saya, saya suka lenyekkan epal tuh macam ala-ala kentang lenyek (tapi bagi dia sedikit kasar). Kemudian, ketepikan atau masukkan dalam peti ais.

kasi lenyek2 sama dia!

2. Bahagian puff pula, masukkan air dan mentega, panaskan di atas api yg kecil sampai mentega tuh jadi cair. Kemudian masukkan garam, tepung dan gaul sehingga sebati. Tutup api dan masukkan dalam mixer (kalau yang tak ada mixer, masukkan dalam bekas biasa ya). Tunggu sampai suam, masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla. Dah siap untuk dimasukkan ke dalam beg piping, dan yang tak ada, guna senduk pun boleh, swirl kan perlahan-lahan atas loyang yang telah disapu mentega. Lagi nak senang? letak dalam bekas loyang mufin /cupcake yang bersaiz kecil (cam saya buat, sbb tak ada beg piping- dapat 6 ketul).

neh semua gara2 tak ada beg piping, jadi la juga kan?

3. Bila dah siap, bakar pada suhu 200°C dalam 25 minit. Keluarkan bila dah masak, tunggu suam sedikit, belah sedikit ditengah dan masukkan sos epal tadi. Nak lebih dramatik? Ambil satu sudu besar sos epal dan letak di atas piring dan cream puff diatas sos epal atau letak aje sos epal tuh atas cream puff =D

neh la hasil dia \o/ i'm so happy! seorang makan satu pun dah kenyang tahu (kata saiz muffin!)

p.s: nak tengok resepi lain, sila tgk ENTRY MAKANAN YANG DICUBA MASAK

Tuesday, February 15, 2011

makanan yang telah DICUBA masak

Entry ditulis 14/2/2011, post suppose 15/2/2011, tapi 16/2/2011 juga yg jadi pilihan. hehe

keterujaan terhadap makanan sememangnya tak boleh dipisahkan dari hidup. Korang pun mesti ada benda yang boleh wat korang teruja. Bagi kami (laki bini; saya suka heret laki saya bersama-sama menolong menjayakan sesuatu makanan! ok, dia sangat talented dari bini dia) suka sangat try masak something yang simple tapi sedap sampai menjilat jari. Korang tengoklah betapa dasyhatnya kami bila masuk bab makanan neh..Nafsu makan toksah cakap, seharusnya tinggi kot!

Pertama, makanan yang sangat sedap adalah udang lipan atau udang ketak masak air rebusan letak serai, halia, bawang merah dgn cili. botol sos nandos tuh tayah hairan lah, takde kena mengena. ok, rasanya seperti isi ketam. Tapi, yang sayangnya isinya tak banyak, kitorang beli 2 pinggan udang tapi bila masak isi satu pinggan aje (mujurlah murah 2 pinggan RM5) . Nak kupas kulit aje lama. So, kitorang wat conclusion, no more udang ketak. hahaha



Yang no 2 neh, resepi dari nigella lawson. Chocohopot; CHO, chocolate; HO, hot and POT, pot. Nama dessert neh diberikan oleh anaknya setelah maknya tak tahu nak namakan apa. " its got chocolate, it's hot and its in a pot!" gituhla bunyinya kot, haha. Dessert neh sangatlah senang dibuat dan dimakan semasa panas barulah kick~ Sayalah yang tukang tengok kat youtube dan request kat hubby,maka beliau lah yang tukang buat. Lagi satu yang saya pernah request adalah cheesecake, i'm speechless, sangat sedap ok. kipas-kipas laki sendiri, pastuh barulah leh request dessert yang lain pula. ;p



Resepi Chocohopot

3/4 cawan dark chocolate chips/ satu bar dark chocolate
125gm butter
2 biji telur
3/4 cawan gula(kalau tanak manis, sila kurangkan)
3 sudu besar tepung gandum

cara-cara memasak:
1. satukan chocolate chips/bar dan butter di dalam bekas kaca. Cairkan di atas periuk yang telah diisikan air. Kenapa? Sebab kita nak control suhu chocolate tadik supaya tidak hangus atau terlebih cair. Ketepikan bila dah siap, biarkan sejuk seketika.
2. Pukul telur, masukkan gula dan tepung gandum. Kenapa ek sikit sangat tepung? Neh sebab nak bagi dia moist dan cair di sudu. hihi.
3. masukkan chocolate tadi dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam cawan. Disebabkan kami hanya berdua, jadi kami masuk dalam bekas tinggi. Seeloknya sedang-sedang sahaja. Oh, jangan lupa, sapu sedikit butter kedalam bekas supaya ia tidak melekat.
5. Bakar dalam suhu 400°F /200°C selama 20 minit. Bila dah keluarkan, dia cam ada crack sedikit. Tapi itulah motifnya, dalam dia pula likat..sedap makan time panas2..

siap resepi untuk makanan kedua.Mari lihat no 3 dan yang terakhir.

Last sekali, paling baru! Hari sabtu (12/2/2011) buat untuk tea time. Keji kan cakap BI, ok tukar ke minuman petang. Cinnamon roll diberi nama, resepi dapat dari tengok kat blog orang. Sebelum nak menjadi sebegini rupa, ya Allah macam-macam benda jadi. Mula-mula patutnya adunan pakai tepung roti tapi disebabkan susu segar yang kitorang beli tuh sudah masam ( sedar dah lambat, tuh pun sebab asben yang minum sikit, padahal expired lambat lagi) , jadi terpaksa buang 500gm tepung. Adunan kedua pakai tepung gandum aje, tapi tak ada nak ayak-ayak. Buat leceh aje padahal memang tak ada ayak kan. Mujurlah ada sedikit 150ml susu segar kat dalam peti ais, bolehlah terjunkan dalam 300gm tepung tadi. Cinnamon roll neh sedap dimakan panas-panas, dah sejuk susah nak lalu ke tekak sebab cinnamon kan. Kebanyakan resepi letak topping cream cheese tapi kitorang letak susu cair aje. Heh, economy atau eco no money more! Kalau korang nak resepi, neh saya bagi resepi sekali. Kalau tanak letak cinnamon, leh ganti cheese dengan kismis ke kan..takpun letak butter ngan kismis...buat makanan petang bersama air teh o lemon panas. Ikut tekak masing-masing.



Resepi cinnamon roll, tanpa topping cream cheese.

bahan A:
300gm tepung roti
50gm butter

bahan B:
8gm dry yeast
50gm gula halus

bahan C:
1 sudu kecil garam
100ml susu segar
1 biji telur

bahan filling, gaulkan semua:
3 sudu serbuk kayu manis atau cinnamon
20gm butter
60gm gula perang
kismis, sukatan ikut suka...lagi banyak lagi sedap

cara-cara:
1. picit-picit bahan A pakai hujung jari sehingga sebati.
2. masukkan bahan B, gaul sehingga sebati.
3. masukkan bahan C ke adunan tadi. Susu segar masuk sedikit demi sedikit, supaya lebih cantik, tak berketul-ketul. Dah siap doh tuh, biarkan dia rehat/ sampai naik 2x ganda, tutup dgn cling wrap.
4. Bila doh dah naik 2x ganda, uli lagi sekali. Rehatkan lagi 10 minit. Cara neh untuk buang udara yang terperangkap dalam doh.
5. Potong doh kepada dua bahagian A dan B. Ambil bahagian A, ratakan, jadikan 4 segi. Kenapa? sebab nanti senang nak gulung. Thickness: jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Dah siap ratakan tuh, letakkan filling yang dah siap tadi. Gulungkan dan potong kepada 4 bahagian atau berapa aje yang korang dapat.
6. Ulang untuk bahagian B.
7. Masuk dalam oven yang bersuhu 180°C selama 20-30minit (haa, jangan lupa preheat oven dulu). Dah siap. Kalau nak brownish, sapukan kuning telur dulu sebelum bakar.
8. Hidangkan atas pinggan, letak susu cair atau gula icing (dlm kes saya, saya letak gula biasa & susu cair) atas cinnamon roll.

dah siap-siap masak tuh, mehla dengar lagu se-round!

Kate Nash- Mariella