Wednesday, February 16, 2011

Macam-macam hari ini, Ini hari banyak cerita karut

Entry neh ditulis pada hari Ahad 13/2/2011, edit 16/2/2011. semuanya gara-gara streamyx down sehari.

Masa nak tulis entry neh, banyaklah pikir sampai naik denyut-denyut kepala. Tak usah korang percaya cakap saya, sebab mana ada orang tulis blog sampai sakit kepala? Hihi. Tulis blog mestilah dengan penuh kegembiraan, bukan kesedihan. Nanti sedih-sedih sangat pun tak best kan? Sudah dengan membebel, mari dengar cerita surirumah ya!

Awal pagi saya bangun menyiapkan sarapan untuk asben. Semalam dia request nak makan burger. Jadi pagi neh, sediakanlah sandwich yang sedap sebelum dia pergi kerja; daging lembu burger ramly sekeping, dua helai salad, dua hiris timun dan dua hiris tomato. kan sedap tu, nak-nak sangat sihat. Lebihkan sayur, kurangkan yang lain. ;p

Kemudian, setelah beliau berangkat pergi ke opis, maka bermulalah kehidupan surirumah. Basuh pinggan mangkuk periuk belanga kuali hitam semua. Sudah siap membasuh, buka pula blog kan sempena nak publish kan post baru untuk tukang tengok iaitu korang. Sambil tuh, tengok kain yang berlonggok di dalam bakul (lokasi mereka dari PC, di sebelah kanan, dekat dgn dinding) ; minta dibasuh. Tengok sahaja wat sementara, jap lagi baru basuh. Hihi. Cerita pasal kain tidak berbasuh neh, adalah cerita kelakar atau cerita seram bagi yang terkena. Alkisahnya, semalam terlupa nak basuh seluar kerja asben, akibat ralit dengan cinnamon rolls tuhla. Jadi, bila nak mandi tuh, baru terhegeh-hegeh nak basuh tangan (tiada mesin basuh di rumah) seluar beliau. Mujurlah sempat kering, hensemlah beliau masa pergi kerja. Ampunkan saya, wahai asben. Bila dah buat salah, haruslah meminta maaf, nanti tak cium bau syurga. Eh, taknak cium aje, nak masuk terus.

see? bakul baju kotor dah kosong!

Bila dah pukul 11 pagi, masa untuk intai ikan di dapur. Selepas solat subuh, memang kebiasaan keluarkan makanan terpilih hari itu dari peti ais, bagi senang nak masak nanti. Hari ini, keluarkan ikan, ingat nak masak asam pedas. Ei, terernya masak asam pedas! Korang jangan tertipu lagi, haruslah pakai paste dalam paket tuh. Bukan tak mahu belajar buat paste sendiri tetapi kekurangan bahan dan malah memang tak reti. Jadi, paste sudah, sedap pun sedap. hihi. Sayur pilihan hari ini, nak goreng kobis aje. Cepat dan mudah. Kan dah cakap, saya suka yang mudah2 ;p Sempena maulidur rasul, rasanya nak masak hebat sikitlah. Grill kan ayam, makan dengan sos nandos. Fuh, ringkas dan lazat!

Sekarang, dalam otak ada dua task kena buat pada petang nanti. Basuh baju dengan Lipat kain. Dua aje? Dua tuh pun benda yang payah tahu? Especially berkaitan lipat kain. Yang tuh memang bukan favourite sejak kecil lagi. Tak tahu kenapa, anti betul kalau task melipat kain yang berlambak. Tengah seronok tulis neh, terdengarlah bunyi vakuum jiran. Teringat pula cerita dulu masa muda-muda anak dara, hari ahad, mesti dapat kerja vakuum rumah sebab mami tahu kita memang suka vakuum dari kerja rumah yang lain. Kenapa ek suka? Sebabnya, boleh keluarkan peluh, boleh jadi sihat!

Pukul 11.35pagi, dapat msg dari asben. Beliau tidak balik makan tengahari disebabkan meeting tak habis lagi. Jadi, teruskan memasak? Semestinya tidak. Nanti dah petang dalam pukul 5 baru masak, baru fresh makanan tu. Saya pula makanlah nestum ke, biskut tawar ke time lunch nanti. Kenyang tak kenyang, belakang cerita. Masa kerja dulu, waktu tengahari makan biskut ke roti ke aje selama setahun. Terseksa? taklah kalau dah biasa.

Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari, masih juga di depan pc kesayangan asben. Biasalah google resepi terbaru. Hari ini tangan mula nak menggatal buat pastri lagi dan pemenangnya Apple Cream Puff (cinnamon roll pun ada lagi dalam bekas, tapi tetap nak juga buat puff neh) . Sebenarnya tajuk dia, custard cream puff tapi malas nak buat custard cream, jadi gantikan ajelah dengan epal. Lepas duduk tengok dan analisa bahan-bahan yang diperlukan, maka pergilah adakan lawatan ke dapur. Mula-mula buatlah dulu sos epalnya agar senang. Tak payah nak tunggu sejuk nanti. Dalam pukul 4 petang nanti, baru buat cream puff. Makanan ni sesuai dimakan panas-panas, nak pula dengan air teh o. Memang boleh pergi jauhlah. Sementara tunggu pukul 4 petang dan hasilnya boleh mengagumkan atau tidak, jadi saya paste dulu bahan-bahannya.

Resepi Apple Cream Puff

Bahan Sos Epal:
1 sudu besar mentega
2 biji epal merah yang telah dikupas dan dipotong dadu bersaiz kecil
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis ( bergantung kepada saiz epal- kalau saiz kecil, letak dalam 1/4 sudu)
1 1/2 sudu besar gula perang (bergantung saiz epal juga)
1-2 sudu besar kismis (nak letak banyak pun boleh)
1-2 sudu besar tepung jagung (bergantung kepada potion)

Bahan puff:
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

Cara memasak:
1. Untuk menyenangkan membuat apple cream puff neh, mulakan dengan membuat sos epal. Masukkan mentega, serbuk kulit kayu manis, epal, gula perang, kismis dan gaul sehingga epal menjadi lembut. Oh ye, panaskan diatas api kecil. Bila dah lembut dan senang dilenyekkan, masukkan tepung jagung. Kalau sos tuh sudah pekat, tidak perlu tambah tepung jagung untuk kepekatan. Bagi saya, saya suka lenyekkan epal tuh macam ala-ala kentang lenyek (tapi bagi dia sedikit kasar). Kemudian, ketepikan atau masukkan dalam peti ais.

kasi lenyek2 sama dia!

2. Bahagian puff pula, masukkan air dan mentega, panaskan di atas api yg kecil sampai mentega tuh jadi cair. Kemudian masukkan garam, tepung dan gaul sehingga sebati. Tutup api dan masukkan dalam mixer (kalau yang tak ada mixer, masukkan dalam bekas biasa ya). Tunggu sampai suam, masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla. Dah siap untuk dimasukkan ke dalam beg piping, dan yang tak ada, guna senduk pun boleh, swirl kan perlahan-lahan atas loyang yang telah disapu mentega. Lagi nak senang? letak dalam bekas loyang mufin /cupcake yang bersaiz kecil (cam saya buat, sbb tak ada beg piping- dapat 6 ketul).

neh semua gara2 tak ada beg piping, jadi la juga kan?

3. Bila dah siap, bakar pada suhu 200°C dalam 25 minit. Keluarkan bila dah masak, tunggu suam sedikit, belah sedikit ditengah dan masukkan sos epal tadi. Nak lebih dramatik? Ambil satu sudu besar sos epal dan letak di atas piring dan cream puff diatas sos epal atau letak aje sos epal tuh atas cream puff =D

neh la hasil dia \o/ i'm so happy! seorang makan satu pun dah kenyang tahu (kata saiz muffin!)

p.s: nak tengok resepi lain, sila tgk ENTRY MAKANAN YANG DICUBA MASAK

No comments: