Tuesday, March 29, 2011

20minit senaman pagi dan/atau petang

Dasyhat kan title kat atas tu? itu la dia, azam yang baru dilancarkan semalam. Secara tiba-tiba mula mahu bersenam setelah melihat training dari Jillian Michaels. Niat untuk bersenam ni datang lepas tengok the biggest loser, fuhh dari menggeleber lemak sana sini terus jadi cantik; dah serupa supermodel! Lemaknya hilang punyalah banyak, boleh mencapai 100kg, syaratnya kenalah teruskan usaha walaupun rasa nak menangis sebab training yang sangat strict. Haihhh, saya pun mahu kurus seperti mereka!~ dapat hilangkan 10kg pun dah ok dah =D

Selepas dah berangan jadi kurus, cepat-cepat cari video workout by Jillian ni. Macam biasalah, cari dalam youtube. Hehe! Jumpalah juga 2-3 video yang betul-betul memberansangkan, sebab yang lain-lain tu macam apa aje. Sibuk nak cakap sambil rakam, haihhh, sibuk nak lontarkan suara dia juga~ Macam-macam.. So, azam untuk tiga bulan ni (dah macam the biggest loser la pulak kan?) nak konsisten workout, weekend pula nak joging (naik turun bukit! yakin boleh!). Tiga bulan ni penting sebabnya inilah toughest period, sebabnya nak bagi badan kita betul-betul serasi dengan workout yang kita buat. Simptom awal biasalah suhu badan jadi naik, rasa nak demam la apa la..Jadi, azam saya, saya mahu fit kan body di samping mempunyai perjalanan darah yang lebih bagus~ Selamat maju jaya untuk diri sendiri. hoooraaahhhhhh!!!

p/s: peha dan perut sentiasa menjadi kawasan yang cepat menerima dan menyimpan lemak-lemak berlebihan...haihhhhhhhh!

ni antara salah satu workout untuk slim yang cuba dibuat..ok, sangat sakit pinggang buat ni..hahaha..sebenarnya nak post satu lagi video, tapi tak boleh la pulak..yang tu sesuai untuk warm up (breathing, lompat bintang, squat)then baru start buat yang ni..takla kejang nanti..


after dah slim down, masa untuk toning pula..hihi!

Tuesday, March 15, 2011

Okonomiyaki, sedap dan berkhasiat!

mari kita pergi jepun! acah aje, tak perlu pergi jepun kalau nak makan makanan sana. Boleh buat sendiri dekat rumah. hihi. Hari ni nak cakap pasal okonomiyaki atau dikenali sebagai Japanese pancake. Okonomiyaki ni terbahagi kepada dua stail masakan. Kalau jenis Kansai, ia lebih senang dibuat dan bahannya tak seteruk Hiroshima. Perbezaan kedua-dua stail ni, kalau Hiroshima, bahannya termasuk mee kuning dan penggunaan 2 biji telur. Saya hanya buat Kansai style, ingatkan nak buat hiroshima dengan menggantikan mee kuning dengan soon, tapi akibat malas nak rendam dan berdiri lama nak tunggu. Ok la, ni la resepi okonomiyaki, versi kansai.



dah tinggal separuh, sedap punya pasal


Okonomiyaki, kansai style (Japanese pancake)

1 biji telur
1/3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1/4 cawan air
1 mangkuk kobis panjang/kobis bulat- dihiris halus
3 batang daun bawang - dihiris
3 ketul sosej- dihiris (boleh ganti dgn ayam, udang, sotong etc)
2 keping cheese- dihiris
Mayonis

Cara-cara:
1. Pukul telur sehingga berbuih sedikit, masukkan pula tepung gandum, garam dan air. Gaul sehingga sebati. Secara perlahan-lahan, masukkan kobis dan daun bawang. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali leper, letakkan minyak sedikit. Tuangkan adunan perlahan-lahan. Letakkan sosej dan cheese di atas. Biarkan sebentar dalam 5 minit, baru flip.
3. Hidangkan di atas pinggan. Letakkan mayonis dan sos cili.
4. Rasa dia seperti takoyaki, cuma tak ada sotong aje...hihi


makanan ni sesuai untuk sesiapa yang nak diet, sebabnya penuh dgn sayur!



hari ni nak post lagu atomic kitten, salah satu kumpulan yang sangat popular dahulu..Tajuk, 'Be with you'

Saturday, March 12, 2011

Ku Mohon, Ku Pinta

pagi ni dah mula melayan lagu lama, zaman kegemilangan 90an. hari ni nak letak lagu yang dikira hebat pada zaman 90an, lagu yang dinyanyikan sheila majid. Lagu ni memberikan saya ketenangan dan kewarasan di kala-kala mood yang swing ni. Tiada apa yang kita boleh lakukan melainkan memanjatkan doa kepadaNya selepas berusaha keras.



Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

(korus)
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

(ulang korus)

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Thursday, March 10, 2011

a deep cut in my heart

My heart is really in pain. I think this is my first time I feel like I'm in a dark, silent hole. No one can help me to get out from here. Only by crying, I feel a little bit okay for a while. I keep cherishing myself and others so that they would not know the reality. I put a mask and keep smiling like a clown.


Wednesday, March 9, 2011

first time terasa stress nak masak

Pagi-pagi buta dah memekak, buka youtube, layan lagu dum dam dum dum..minta maaf makcik-makcik sebelah rumah kerana saya berbuat bising. Sebelum makcik-makcik serbu rumah ni, kan bagus saya minta maaf dulu? hahaha. Sekali tiba-tiba ada makcik komen,"takpe, makcik pun suka, boleh joget sama!" Haaa, kan boleh pitam. hari ini rasanya energy terlebih kot, sambil menyapu sambil berjoget sakan, lepas tu siap buat sit-up lagi. Haihh, baru rasa ringan sikit kepala ni.

Tapi, ni dah serabut balik semula, tengah pikir nak masak apa. Ingatkan asben tak balik lunch hari ni, semalam dia ada cakap macam tak balik tengahari. Maka, tiba-tiba sepantas kilat, pergilah dapur. Cari-cari apa yang ada. Sekali jumpa perencah kari laksa dengan tomyam. Ini sudah cantik!!! Tapi down balik semula, nak buat kari laksa, tapi santan dah habis, den dah buat kuih lopes semalam. Apa lagi, nganga jela. Terpaksalah buat tomyam daging gamaknya. Daging pun baru keluar dari freezer.hihi. Hmm, tapi kalau buat nasi goreng ikan bilis pun sedap gak ek.. ;p

Ni la video yang buat saya berjoget pada waktu pagi buta. Orang sibuk pergi kerja, saya sibuk berjoget!

Jennifer Lopez- On The Floor

Tuesday, March 8, 2011

happy birthday to me and women's day to you!

selamat, selamat hari jadi untuk diri sendiri yang ke-26. Alhamdulillah, separuh daripada target sudah accomplished. Tapi, yang potong stim nya, sakit tekak la pula hari ini. Suara dah serak-serak, debunga nak batuk pun dah ada. Pagi ni berbungkus lagi dalam selimut, sebab tak sihat. Asben pun terpaksa buat air untuk sarapan sendiri. Hmm..Kesian kan? Sepanjang saya tidak membuka blog ni, of course la ada projek.. Ni dia, kek coklat kukus yang sedap, cuma topping je yang tak sedap. Saje nak try guna coklat masakan giant, tapi kesimpulannya sangat tak sedap. Sila lah beli coklat masakan yang berjenama. Kek dia tu pakai coklat van houten, kira sedap la lalu kat tekak. =D

Kek ni macam-macam jenis teknik ada, kiranya kalau nak tau mana yang sedap, kenalah 2-3 kali buat juga. Tapi, yang pasti minyak masak harus ada. Cuma kuantiti aje yang berbeza. Ada yang pakai banyak, ada yang pakai sedikit. Hmm, resepi kek coklat kukus yang saya pakai ni, boleh kata banyak jugalah kuantiti nya, tapi saya buat separuh dari kuantiti sebenar sebabnya tak mahu terlampau rasa minyak dia, sedang2 sudah kan. Kang mau time nak goreng ayam, minyak masak sudah habis gara-gara kek kukus! Sudahnya~




Kek coklat kukus

100gm serbuk koko
1 tin susu cair (ganti susu segar coklat)
200gm minyak masak ( saya pakai 1/2 cup)
250gm susu pekat
4 biji telur (pukul sehingga kembang dan berbuih)
250gm gula
150gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
1. Sediakan air kukusan dahulu.
2. Masukkan serbuk koko, susu cair, minyak masak dan susu pekat ke dalam periuk. Panaskan diatas api. tutup api setelah mendidih dan sebati. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, perlahan-lahan masukkan ke dalam telur tadi. kacau sekali-sekala.
3. Ayak tepung gandum yang telah diletakkan garam, baking soda dan baking powder. Masukkan gula dan gaul sehingga sebati.
4. Secara perlahan-lahan, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam adunan coklat+ telur tadi. buat sampai habis
5. Masukkan ke dalam loyang. Loyang hendaklah diminyakkan dan alas loyang dengan kertas minyak bagi mengelakkan kek dari melekat. Kukus dalam 45minit. Pastikan api sederhana. Kalau nak cantik, sila jangan buka penutup banyak kali. Nanti kek jadi mendap..
6. Untuk topping, satu bar coklat, 3-4 sudu butter. Cairkan.


Lagu fireflies dari owl city



Fireflies lyrics
Songwriters: Young, Adam;

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep

'Cause they'd fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude
But I would just stand and stare

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems

'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance

A foxtrot above my head
A sock hop beneath my bed
A disco ball is just hanging by a thread

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
'Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
( From: http://www.elyrics.net/read/o/owl-city-lyrics/fireflies-lyrics.html )
Why do I tire of counting sheep
(Please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep

To ten million fireflies
I'm weird 'cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell

But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I saved a few and I keep them in a jar

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams

Friday, March 4, 2011

Semalam mengarut, rasa terabur cakap jerman!

Semalam satu hari kemaruk cakap jerman dengan member. Tapi, sebenarnya bagus juga belajar bahasa lain selain bahasa yang kita dah master. Bahasa jerman ni tak la jauh sangat perkataan dia dengan bahasa inggeris, cuma bila kita bertutur, bunyinya slightly different. Bila dah belajar tu, wajiblah tengok lagu-lagu jerman kat youtube. Ada member suggest tengok video clip rammstein, 'ohne dich' yang dalam englishnya, 'without you'. Tiba-tiba terminat pula dengan nena,'liebe ist' yang dalam english,'love is'..Apa lagi sah-sah la tersangkut lama dengan si nena ni. Tapi lagu yang nak paste ni bukan liebe ist tapi lagu lain. =D

Dieser Song ist von Nena gesungen und es heißt "In meinem Leben". Ich verliebe mich in dieses Lied zum ersten Mal. Hier, kopiere ich und füge die Lyrik für Sie jedes einzelne Wort (ja, ich Paste in zwei Sprachen, damit Sie es fühlen leicht) zu lesen.
this song is sung by nena and it is called 'in meinem leben'. i fall in love with this song for the first time. Here, I copy and paste the lyric for you to read every single word (yes, i paste in two languages, easy for you to feel it).




Nena- In meinem leben ( german)

In meinem Leben bin ich oft geflogen
Bin ich tief gefallen und manchmal auch ertrunken
Ich hab gewonnen und ich hab verloren
Und ich bin gestorben und wieder neu geboren
Ich hab gegeben und ich hab genommen
Und wir haben uns gefunden und wir sind so weit gekommen
Ich bin mir nah und immer wieder fremd
Das hat was von allein sein
Und dass mich keiner kennt
Ich will nicht arm sein und Geld macht mich nicht reich
Manchmal ist Leben schwer und meistens find’ ich’s leicht
Ich hab geweint und ich hab gelacht
Und endlich rausgefunden, was mich schöner macht
Ich hab getrunken und ich hab geraucht
Und ich habe meine Kräfte komplett aufgebraucht
Und ich wieder auf die Beine komme, ist immer wieder Leben
Ist immer wieder Sonne

Und hier bist du, hältst meine Hand und lachst
Weil du mich besser kennst als ich
Ich bin verliebt in dich, mein Leben
Will ich mir nicht vorstellen ohne dich

In meinem Leben bin ich oft geflogen
Ich hab auch schon gelogen und dich und mich betrogen
Ich hab geliebt und war davon betrunken
Ich flog hinauf zum Himmel und bin ganz tief gesunken
Ich lass mich hängen und steh dann wieder auf
Ich leb so gesund und Drogen nehm ich auch
Ich zähl die Jahre und ich zähl sie nicht
Ich steh im Dunkeln und ich mag das Licht

Und hier bist du, hältst meine Hand und lachst
Weil du mich besser kennst als ich
Ich bin verliebt in dich, mein Leben
Will ich mir nicht vorstellen ohne dich

Ich liebe manche Menschen und manche lieben mich
Und die, die mich nicht lieben, die vermiss ich nicht
Ich liebe meine Kinder und ich liebe dich
Und manchmal fühl ich gar nichts, dann fühl ich nicht mal mich
Ich wünsch mir Frieden und Gelassenheit
Ein Herz, das immer warm ist
Ich bin noch nicht so weit, und Freiheit tut mir gut
Ich tu mir manchmal weh, ich fühl mich stark
Auch wenn ich gerade nicht so gerade steh
Meine Angst vorm Sterben verwandelt sich in Luft
Löst sich langsam auf, weil mich das Leben ruft

Ich bin verliebt in dich, mein Leben
Will ich mir nicht vorstellen ohne dich
Mit dir will ich weiter und ich folge dir
Und du nimmst immer auch von mir
Ich bin verliebt in dieses Leben und ich
Bleib nochmal so lange hier bei dir


Nena- In my life (english)

In my life I've often flown
I've fallen deep and sometimes I've also drowned
I have won and I've lost
I have died and I was newly born
I have given and I have taken
And we've found each other and we've come so far
I am so close to me and again and again so alien
That is something of being alone
And that nobody knows me
I don't want to be poor and money doesn't make me rich
Sometimes life is hard and most of the times I find it easy
I have cried and I have laughed
And finally found out what makes me more beautiful
I have drunken and I have smoked
And I have completed used up my powers
And I have gotten back on my feet again, it's always life again
It's always sun again

And here you are, you hold my hand and laugh
Because you know me better than I know myself
I am in love with you, my life
I don't want to imagine being without you

In my life I've often flown
I have also already lied and betrayed you and me
I have loved and was drunken from it
I flew up to the sky and sank to the deepest point
I let myself go and then stand up again
I live so healthy and drugs I do take too
I count the years and then I don't
I stand in the darkness and I create the light

I love some people and some love me
And those who don't love me, I do not miss
I love my children and I love you
And sometimes I don't feel anything, then I don't even feel me
I wish for peace and serenity
A heart that is always warm
I am not yet ready and freedom feels good to me
I do hurt myself sometimes, I feel strong
Even if right now I am not standing so upright
My fear of dying dissappears into the air
Dissolves slowly because life calls me

I am in love with you, my life
I don't want to imagine being without you
With you I want to go on and I follow you
And you also take something from me
I am in love with this life and I
Stay with you here until then

Thursday, March 3, 2011

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

Semalam terfikir mahu buat nasi yang berperasa dan berperisa. Asyik nasi putih aje kan, jadinya malam tadi sibuklah google nasi yang sedap dimakan dan simple untuk dibuat. Antara shortlisted selain nasi ayam adalah nasi hujan panas dan nasi tomato. Nasi beriyani atau nasi yang banyak pakai bahan ditolak awal-awal sebab bahan-bahannya tidak mencukupi. Bila dah ada shortlisted, sesi consultation dengan asben. Dia pun pilih nasi tomato sebabnya nasi hujan panas ni tak jauh beza dengan nasi ayam, cuma add coloring aje. Yang lain-lain still sama.

Pukul 11.40pagi ni, mula kelam-kabut kat dapur. Mula-mula buat air rebusan ayam dulu, sebab resepi ni pakai air rebusan ayam. Lepas tu, jangan dibuang pula part yang digunakan buat chicken stock tu. Terjunkanlah sekali dalam rice cooker. Dah macam nasi arab nye style kan? Kaut-kaut jumpa kepak ayam, kaut-kaut lagi jumpa drumstick =). Lepas dah ada chicken stock ni, apa lagi projek la. Ada resepi yang suruh goreng beras sekali dengan rempah dan ada yang terjun aje dalam rice cooker. Saya pun pilih yang terjun aje dalam rice cooker. Cepat, pantas dan tak menyusahkan. Nak resepi? Boleh, nanti saya tempek kat sini, sekali dengan gambar.

Dah pukul 12.40 tengahari, jap lagi masa untuk makan tengahari. Air kopi o pun dah siap! Selamat menjamu selera untuk diri sendiri dan juga kamu!

Daaaa...nah resepi nasi tomato~~

Nasi tomato (untuk 2 orang makan)

2 cawan beras biasa/ basmathi, basuh bersih dan letak dalam cooker (saya guna beras biasa, nan ado beras basmathi)
1 labu bawang besar dan dihiris
1 ulas bawang putih dan dicincang (cari yang besar sikit)
2-3 sudu puree tomato/ 1/2 tin fresh tomato
Rempah ratus ( kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan manis- agak2)
4 sudu sos tomato (agak2, kalau dah lebihkan pada puri tomato, kurangkan pada sos)
1-2 sudu besar susu cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air rebusan ayam (amik part yang byk skin, so rebusan nanti jadi rich)
Daun pandan (yang ni pun nan ado, jadi saya omit)
Kacang pis (saya tak guna sebab nan ado lagi)

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan puri tomato/fresh tomato dan sos tomato. Gaulkan sebentar. Kemudian, masukkan susu cair dan garam secukup rasa.
2. Tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam rice cooker. Gaul dengan sebati. Masukkan air rebusan ayam. Part ayam yang dijadikan stok ayam tadi pun, masukkan la sekali.Masak nasi seperti biasa. Kalau ada daun pandan dan kacang pis, masukkan sekali dalam ni.
3. Sesekali buka penutup periuk dan lihat sama ada cukup atau tak air tadi. Kalau tak cukup, tambah sedikit. Gaul sekali sekala.
4. Hidangkan.

nampak tak ada kaki ayam? tuh la bukti buat air rebusan ayam


Ayam masak merah style kampung


6 potongan kecil ayam (saya ambil bahagian banyak isi, gaul dengan kunyit dan gorengkan. Tapi jgn terlalu kering, nanti tak sedap nak kunyah sbb bahagian isi)
4 sudu besar cili boh
1 labu bawang merah dan hiriskan
2 ulas bawang putih dan cincang halus
1 ibu jari halia
2 sudu gula halus
2 sudu sos tomato

Cara-cara:
1. Gunakan minyak yang dibuat untuk gorengkan ayam tadi. Jangan terlampau banyak pula. Keluarkan lebihan minyak. Tumiskan cili boh, halia, bawang putih sehingga naik bau. Saya suka masukkan halia at early stage sebab lauk jadi sedap, ada rasa sikit.
2. Masukkan bawang merah, sos tomato dan gula. Gaulkan sehingga gula larut.
3. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng dan gaulkan. Sudah siap!. Kalau nak buat macam ayam masak merah org kahwin, letak sekali kacang pis..=)

dalam kuali, ada ayam masak merah

10 minutes by Inna



Rock your body, c'mon everybody
Somebody stop me, when I dance I'm losing control
You see me yo, this is stereo
I wanna hear my song one time on the radio x2

I'm gonna do this step back step do it anyway got to feel your loving
I'm gonna break even the law of the gravity to see you in the morning

Let me see your body move on the floor like ten minutes ago
Shake shake shake your body, move on the floor like ten minutes ago
Winning in every place cuz your my lucky ace, dj turn tthe base, winning in every place cuz ur my lucky ace
everybody do it turn on the floor
O Yeah

I'm gonna do this step back step do it anyway got to feel your loving
I'm gonna break even the law of the gravity to see you in the morning
Let me see your body move on the floor like ten minutes ago
Shake shake shake your body, move on the floor like ten minutes ago

Winning in every place cuz your my lucky face, everybody do it turn on the floor
O Yeah

Rock your body, c'mon everybody
Somebody stop me, when I dance I'm losing control
You see me yo, this is stereo
I wanna hear my song one time on the radio

Let me see your body move on the floor like ten minutes ago
Shake shake shake your body, move on the floor like ten minutes ago

Winning in every place cuz your my lucky face, DJ turn off the bass
Winning in every place cuz your my lucky face, everybody do it turn on the floor
O Yeah !


Wednesday, March 2, 2011

Ohhhh Nooooooo!

Hari ini mood saya agak swing sedikit disebabkan terasa sudah semakin berisi. Jadinya, lepas mandi terus geledah wardrobe, cari balik korset avon yang dibeli sebelum nak kahwin. Gila kan? Bila dah pasang, masya Allah, memang la kan sudah berisi. Mujur muat lagi u! Kalau tak, memang la terpaksa diet setahun! Dramatik sikit pagi-pagi ni, tapi memang pun sebelum nak kahwin dulu, saya diet setahun. Dari saat tunang sampai ke nak kahwin, makan biskut roti aje. Nasi pun sikit-sikit aje. Kalau lapar masa kat opis, sebat milo kosong (tak ada gula dan susu..sampai sekarang dah tak biasa letak gula & susu dalam milo)

Apa-apa pun la kan, sekarang sudah ada hasrat mahu bersenam dan diet semula. Hihi, walaupun duduk rumah, tapi still mahu jadi cantik. Tengahari ni buat bubur kosong ajela, agak-agak makanan yang bagus untuk diet tak? heeee~~~

p.s: senak perut pakai korset ni tapi sebab nak slim, buat tak tau ajela. satu yang bagus korset avon ni, kasi keluar semua angin. =D


Okay, nah enjoy lagu ni..Tajuk Stereo Love by Edward Maya.



When you're gonna stop breaking my heart
I don't wanna be another one
Paying for the things I never done
Don't let go,
Don't let go
To my love.

Can I get to your soul?
Can you get to my thought?
Can we promise we won't let go?
All the things that I need
All the things that you need
You can make it feel so real.

Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I touch your body
I feel I'm loosing control
Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I see you baby
I just don't wanna let go.

I hate to see you cry
Your smile is a beautiful lie
I hate to see you cry
My love is dying inside

I can fix all those lies
Oh baby, baby I run, but I'm running to you
You won't see me cry, I'm hiding inside
My heart is in pain but I'm smiling for you

Can I get to your soul?
Can you get to my thought?
Can we promise we won't let go?
All the things that I need
All the things that you need
You can make it feel so real.

Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I touch your body
I feel I'm loosing control
Cuz you can't deny
You've blown my mind
When I see you baby
I just don't wanna let go.

When you're gonna stop breaking my heart
Don't let go,
Don't let go
To my love.

I hate to see you cry, your smile is a beautiful lie

I hate to see you cry, my love is dying inside(x3)

I can fix all those lies
Oh baby, baby I run, but I'm running to you
You won't see me cry, I'm hiding inside
My heart is in pain but I'm smiling for you
Oh baby I've tried to make the things right,
I need you more than air when I'm not with you,
Please don't ask me why, just kiss me this time
My only dream is about you and I