Sunday, April 17, 2011

Mula dgn B akhir dengan M

haaa, smart tak tajuk kali ni..hihi, pakai singkatan jela. budak-budak sekarang pun suka guna ayat macam-macam. Teringat pula pernah tengok video mengutuk penggunaan ayat yang entah apa-apa (ew,gitew,kenapew..paling best aq, singkatan aku) kat youtube (favourite entertainment website). hihi, nak pakai, pakailah, jangan exam BM lingkup sudah dik..kau nganga jela orang lain sedap tidur dengan result slip. haha! Haa, sempena dah tersebut pula spm, tahniah kepada sepupuku yang berjaya dapat 5A. Aku pun berjaya dapat 4A aje, fizik kimia alhamdulillah lulus. Kalau tak, abah mesti tak nak mengaku aku ini anak dia. haha.

Marilah, aku mulakan dengan huruf B. Huruf B ini banyak mempengaruhi aku sekarang; makan minum tidur semua teringat dekat huruf B ini. Dasyhat la kan? Pertama kali terngiang-ngiang dekat dalam kepala. B~~B~~B~~. Berusaha sungguh aku, siap borak-borak dengan sepupu pasal ini. Dan, diharapnya huruf B aku ini berjaya. Persediaan sudah siap, yang lain-lain terletak di tanganNya. Ohh, lupa nak bagitahu, huruf B yang sentiasa mekar dalam otak aku ini ialah berniaga. Kalau korang pikir B untuk bayi, yang tu sentiasa berusaha. hihi~

Nombor dua, huruf M, yang ni tak payah aku berteka-teki. Huruf ini memang sentiasa wujud hari-hari. M untuk makanan. Semalam, aku cuba buat char kuey teow; resepi semestinya dari internet. Gambar pula tak snap, minta maaf sesiapa yang baru aje berperasaan berbunga-bunga nak tengok. Enough to say, sangat berbaloi kalau cuba resepi tu, sama aje dengan kau mengadap sepinggan char kuey teow dekat gerai. Aku tak letak kerang, sebabnya malas nak kupas. Just letak ayam dengan udang. Udang adalah bahan utama, kalau tak ada, jangan buat, memang rasa tak sama.

Bila dah malam, kruuukk kruuukkk bunyi perut. Apa lagi, kebab sikit semalam. Haha, husband minta piza tapi guna roti pita jadi base. Aku pula memang nak makan kebab. Gigih pukul 9.30mlm start bakar dada ayam, marinate sekejap letak garlic butter dengan black pepper. Potong dadu tomato, bila dah tingg aje oven tu, masukkan roti pita yang dah sapu dengan garlic butter. Dah masak, potong dua, sumbat ayam,mayonis dan tomato. Jadilah kebab. Kalau piza tu, sapu garlic butter atas roti, letak ayam, mayonis dan keju. Lepas tu, bakar sekejap. Akibat sedap mengunyah, husband request nak makan piza lagi untuk lunch hari ini. Azam lepas ni, nak cuba buat roti pita pula. Setakat ini, jumpa 3 jenis resepi. Perbezaan terletak pada jenis tepung, air dengan penggunaan vegetable shortening atau vegetable oil. Nak masak ni pun kena buat perbandingan dahulu, dah macam nak buat tesis. Hihi, nak ringkas dan cepat.. =))



p/s: semoga abah cepat sembuh dan keluar wad. minta maaf, tak dapat nak balik jenguk. bulan depan, anakanda pulang ke negeri penuh adat. jangan lupa makan ubat ye.