Tuesday, May 31, 2011

I'm happy but ...



Speechless.
I keep walking, smiling like Mr Happy but deep inside I was like Mr Sad.
Only doa keep me strong.


Monday, May 30, 2011

antara label dan halal?

hari ini, ada kawan saya bagi tau pasal air barbican; dia suruh saya track artikel dalam newspaper online tapi sayangnya, topik tu tak dapat trace. Air barbican ini telah mewujudkan kontroversi di malaysia ini. Air ini dikatakan tidak mengandungi alkohol akan tetapi mewujudkan syubhah dari segi warna, bau dan rupa bentuk botol. Content alkohol pun dah melebihi 0.01%. Kalau kamu tengok dari luar pun kan sudah menunjukkan was-was. Saya tengok blog orang lain, ada yang pernah minum, ada yang baru nak merasa, ada yang baru nak tengok dan ada yang baru nak mencari. Bagi yang dah pernah rasa, mereka kata sedap, yang baru cium bau kata saling tak tumpah macam arak.

Pada pendapat saya, kalau sudah dimasukkan dalam kategori tengah-tengah, haruslah dijauhkan. Kadang-kadang bagi kita benda tu nampak halal tapi dari segi pembuatan/pemprosesan tak pula ikut syariat. Tak usahlah berdebat mengatakan air itu halal walaupun ia dibuat dari negara Arab- sama macam kita, semuanya Muslim tapi tak semua menunjukkan Muslim sejati, betul tak? Jadi, bagi yang sudah tahu air ini sudah menjadi keraguan maka hendaklah menjauhkan dan bagi belum tahu jangan pula buat-buat tak tahu sebab saya dah bagi tahu.



Kes kedua, hangat di newspaper, isu makanan di ikea dan juga secret recipe! Saya sudah lama tahu pasal isu makanan di cafe ikea sejak ia dibuka. Kadang-kadang tu kalau pergi ikea, teringin juga nak rasa sebab tengok ramai aje orang muslim kat situ tapi sampai sudah tak makan juga. .Tapi alhamdulillah terselamat dari mencekik. Meatballs ikea dikatakan mengandungi daging babi, agaknya tu yang buat sedap kan..haha.



Haa, pasal secret recipe pula. Yang ni paling pelik sekali. Setahu saya lah kan, hanya kek tiramisu dia sahaja yang tidak halal tapi rupa-rupanya semua kek dia tak halal. Cis, rasa nak muntah aje bila tahu mengandungi haiwan yang perasan comel tu. Tidak apalah, sekarang sudah tahu jangan buat-buat tak tahu. Sekarang ada isu pula pasal owner Secret Recipe kata memang semua bahannya halal. Jadi kita tunggu aje lah confirmation yang sebenar. Buat sementara, puasa dulu dari pergi makan..hihi

Akhir kata, dalam dunia ini kita harus berwaspada agar hati dan minda kita tidak berada dalam kegelapan. Semua umat Islam sebenarnya telah diberikan sixth sense iaitu mengenal yang mana halal dan yang mana haram, jadi gunakanlah sebaiknya. Kalau sudah meninggalkan kesan was-was, silalah tinggalkannya dan tak perlu ikut orang lain. Ayat untuk kita pertahankan walau macam mana pun kalau dah di mata Allah, ia memang menghampiri haram, tetap haram.

"Janganlah kamu menghalalkan yang haram dan janganlah kamu mengharamkan apa yang halal" memang betul tetapi (sure ada tetapi) kalau mendatangkan keraguan/syubhah, kena tinggalkan tau~~..

-my only two cents-

Sunday, May 29, 2011

happy 6 month anniversary!!



haha, org selalu buat happy 1 year anniversary ke kan..tapi tak kisahlah, setengah tahun pun bolehlah.. janji appreciate partner kan? apa-apa pun selamat hari ulang setengah tahun untuk my partner!~ my wish eh? semoga berkekalan & sentiasa berkasih sayang hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmatNya, hidup kami diberkati, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang comel & baik!

kalau wish ulang tahun yang pertama ntah macam mana pulak ek- mahu berjela-jela =P Eh, lupa nak promote, kalau kamu-kamu nak beli replica bag ke replica jewelries macam tiffany & co tu kan atau nak beli kain sari yang memang didatangkan jauh dari mumbai, sila lah add saya kat facebook... Search people: Red Long Sleeve's Case (http://www.facebook.com/redlongsleevescase) Kalau nak saya bungkus cantik-cantik pun boleh (tambah sikit kos la), mana tau kan nak hadiahkan mak ke wife ke adik-beradik perempuan..

Thursday, May 26, 2011

hari ini malas, nak makan megi boleh?

hari ini hari malas..padahal, hari-hari malas..sejak balik dari kampung ni, asyik malas aje nak masak nasi..semalam pun habiskan setengah pek spagheti..buat spagheti yg letak mushroom tu..tapi kita pakai campbell soup tu aje ( yg dlm tin). konon-konon macam spagheti carbonara. haha..gaul2 sikit pastu letak chilli flakes dgn lada hitam. jadilah ia! tak payah pening2, kalau nak sedap, parutlah parmesan cheese tu..tekak melayu mesti kena ada pedas-pedas sikit.. tu yang letak chilli flakes..tapi jgn byk, kang terbakar lidah!

Disebabkan kemalasan yang dewa, hari ini rasa nak buat megi aje..memang dah malas nak masak lauk2..esok baru nak pergi pasar, nak beli ayam dgn ikan talapia..hubby dah kemaruk ikan talapia sebab masa balik seremban baru-baru ini, mami buat ikan talapia masak lemak cili api..kalau esok rajin, nak buat nasi bukhari dgn rendang ayam..tu pun kalau rajin~~..hahahha

Wednesday, May 25, 2011

dari negeri sembilan ke sarawak

semalam pukul 9 mlm gitu, saya gigih membuat kek lapis. Husband tolong adun, saya tolong lapis.. Nak-nak semalam ada cerita kum-kum the series, nak tunggu ke lapisan berikut sempatlah tengok cerita tu. Bila tau saya nak belajar kek lapis, mak mertua keluarkan semua khazanah beliau. Paling best, dua bekas besar pewarna dan perasa sahaja tau! haha, buat kek lapis ni kena betul-betul komited, nak menunggu kek tu yang susah..masa adun cepat aje, tapi nak melapis tu yang jadi lambat. Awal-awal pembuatan memang rasa pelik, yela, tangan kita ni spesis kejung sikit, masak lemak cili padi bolehla..ini bila masuk seni halus, jadi pelik sikit..tapi org kata, kalau tak belajar, sampai bila kan nak pandai..

memasak ini kadang-kadang ada masa jadi, ada masa tak jadi- dah bila masa tak jadi tu janganlah terus taknak masak. Ada juga kawan-kawan saya yang terus takut nak masak sebab pertama kali cuba tak jadi. Saya pun ada aje tak jadi, tapi orang kata belajarlah sampai menjadi..Kali kedua, alhamdulillah menjadi masakan tu. Satu petualah kan, sebelum memasak, selawat dan niat untuk beri masakan yang terbaik untuk keluarga. Itulah cara yang paling elok. Tak kisahlah buat kek ke gulai ke apa ke, niat harus betul. Kadang-kadang kuah tertumpah kat lantai ke kan, cuba kita pikir ada tak kita merungut masa masak/ niat tak baik.

Tak pasal pula ada ceramah kan..haha..sambung balik kek lapis swk ni, resepi kek kita ni original, turun temurun. jadi, penggunaan extra chemical ingredient tak wujud..mak mertua kita cakap buat kek kena betul-betul..kena teliti..biarlah lambat nak menyiapkan janji cantik aje..mak mertua kita dulu pernah jual kek lapis masa dekat semenanjung.. ni dah nak balik kuching, dia pun dah malas. Pass dekat menantu dia ni, harap-haraplah cun macam org sarawak buat kan...hahaha..mak mertua suruh buat yang simple dulu, baru buat yang berperisa lain..tapi semalam kitorang terus buat kek lapis blueberry asam masin..hahaha..taknak belajar basic, terus aje buat yang hebat-hebat..hahaha..ni ada lagi kat luar oven, kek lapisnya belum nak sejuk..nanti kalau potong, tak cantik pulak kan..nanti macam biasa la, kalau dah potong, kita tunjuk gambar..tapi janganlah mengharap kek kita sehalus kek lapis org lama Sarawak..harapan dlm ingatan lah..=))

Sunday, May 15, 2011

seperti yang dijanjikan..muffin oreo, tepung gomak, pau kacang hijau!

first of all, sebelum saya menulis resepi-resepi seperti diatas, saya mahu ucapkan selamat pagi ahad untuk semua!!! hihi, semoga anda semua bergembira dengan famili dan rakan-rakan... masa inilah masa yang bagus untuk merapatkan silaturahim! ingat, kualiti masa yang paling bagus adalah masa bersama dengan famili. dulu, saya agak jarang bertemu dengan famili, hari biasa pun susah tau nak berkumpul; mak ayah kerja di hospital, kadang-kadang saya pun dah tidur kalau diorang balik... makan pula, tengoklah, kadang-kadang makan dulu kat rumah mak angkat..kadang-kadang masak sendiri..ingat lagi, darjah 3, masak kacang panjang goreng kicap dgn goreng telur...kenyang! kalau tak ada benda nak makan, pergi kedai beli sepeket dua megi-cari2 duit dalam poket baju sekolah =)) minum petang pula buat lempeng milo~ sedap woooo~~

puas dah bercerita, marilah kita lihat resepi-resepi yang terpilih buat hari ini. Kita mulakan dengan resepi muffin oreo..hey, don't judge a book by its cover! inilah muffin yang paling fluffy yang pernah saya buat.. tak muak & tak padat (maybe sebab penggunaan oreo & susu kot)..apa-apa pun sila ambil pen dan kertas~~

RESEPI MUFFIN OREO



kalau ramai org, buat double tau..ni pun dapat dalam 10 biji jekk

1 biji telur
1/2 cup susu segar
1/3 cup gula
1/4 cup mentega cair
1 1/2 cup tepung
2 ts baking powder
1/2 ts salt
1 cup oreo (pecah2)
1/2 cup chocolate chips

- mula-mula pukul telur sampai berbuih sikit, then masuk susu, gula & mentega cair..
- ayak tepung, baking powder, garam...ayak tu straight masuk dlm bekas first tu..gaul sampai sebati tapi jgn kerap sgt...nt tak fluffy...
- last masuk oreo + choc chips...gaul2 sikit...terus masuk dlm bekas muffin yg dah sapu mentega...
- bakar dlm 200c-masa lebih kurang 10-15minit (depends oven)...

* resepi ni pun saya pernah juga bahagi dua adunan, satu tambah koko, satu lagi original..sedap juga..ni lah yang bahagi dua adunan tu..yang ni saya double kan adunan, ni saja test kalau buat dalam satu bekas macam mana hasil dia..hasilnya, bila potong berderai, jadi, kalau nak ikut eksperimen ni, rasanya oreo dgn cip coklat tu bagi bubuh banyak sikit, macam konsep buat lantai rumah, kena ada besi baru kukuh =D



RESEPI TEPUNG GOMAK


-dapatlah dalam 6 biji...sekarang tepung gomak ni pun dah popular dari segi harga..sebiji dalam 40-50sen..baik korang buat sendiri..=))

Bahan-bahan "A"
100 g kacang hijau
1/2 biji kelapa parut putih
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar gula apong/gula melaka/gula nira
2 helai daun pandan- ganti dgn esen pandan

Bahan-bahan "B"
2 cawan tepung pulut
1 mangkuk air- agak2
sedikit garam

Bahan-bahan "C"
2 cawan tepung kacang hijau

Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian lenyek sampai separa hancur, elok ada sedikit yang tak hancur...bila makan nanti, ada rasa kacang hijau..air rebusan tu tapis.
2. Masukkan gula pasir, gula apong/gula melaka, daun pandan/esen pandan dan kelapa parut dimasak dengan 1/2-1 cawan air rebusan. kacau selalu, kalau tidak nanti hangus.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan. Kalau nak senang, dah sejuk tu, masukkan dalam peti ais sekejap bagi dia keras sedikit, then baru bulat-bulatkan.

Cara-cara untuk Bahan "B"
1. Uli tepung pulut dengan air dan garam, sehingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
4. Angkat dan golek-golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Cara-cara untuk Bahan "C"
kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian
di sanggar/ digoreng sehingga kuning. Setelah itu baru kisar menjadi tepung kacang hijau.






RESEPI TERAKHIR: RESEPI KACANG HIJAU


- yang ni dalam +/- 12 biji dapatlah juga..tak jumpa kertas minyak, alas dgn kertas biasa..haha!

Bahan-bahan "A"
100 g kacang hijau
1/2 biji kelapa parut putih
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar gula apong/gula melaka/gula nira
2 helai daun pandan- ganti dgn esen pandan

Bahan-bahan "B"

500 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
1 1/4 cawan air suam
sedikit susu pekat (untuk lembutkan pau)


Cara-cara untuk Bahan "A"
1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian lenyek sampai separa hancur, elok ada sedikit yang tak hancur...bila makan nanti, ada rasa kacang hijau..air rebusan tu tapis.
2. Masukkan gula pasir, gula apong/gula melaka, daun pandan/esen pandan dan kelapa parut dimasak dengan 1/2-1 cawan air rebusan. kacau selalu, kalau tidak nanti hangus.
3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan. Kalau nak senang, dah sejuk tu, masukkan dalam peti ais sekejap bagi dia keras sedikit, then baru bulat-bulatkan.

Cara-cara untuk Bahan "B"
  1. Larutkan gula dengan air suam.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  4. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  5. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

*panduan: masa nak kukus tu, penutup kukusan hendaklah ditutup dengan kain yang bersih agar air kukusan tu tak jatuh balik ke pau. kalau tak, pau tak cantik, jadi macam leper..nak bau sedap, lapikkan doh tu guna daun pisang..sure harum aje.. =D


tengok dalam dia..cun kan? kalau nak tukar inti pun boleh..

Wednesday, May 11, 2011

muffin oreo dan tepung gomak..sekarang tengah berusaha buat pau kacang hijau

salam sejahtera buat peminat makanan!!! rasanya dah lama tak update pasal makanan..hihi.. sejak mendiamkan diri buat seketika ni, macam-macam projek makanan saya cuba. dari muffin oreo ke kek oreo (guna resepi muffin oreo dan lebihkan cip coklat ;p), sekarang masuk pula bab kuih-muih tradisional seperti tepung gomak. haha. hari ini nak cuba buat pau kacang hijau; resepi ni tak pakai sebarang double action baking powder, bread/dough softener- doh dah siap, tengah rehatkan dan bagi ia kembang dulu..inti pula lebihan semalam buat tepung gomak..resepi pau ni gunakan tepung gandum, tapi ramai yang cakap bila sejuk agak keras sikit..ada juga yang bagi cadangan letak susu pekat (susu pekat tak ada, saya eksperimen guna susu cair, boleh tak gaknya?) =D.. nanti saya letak semua resepi eh..kita tgk hasil terakhir pau ni sama-sama~~ =)