Monday, May 30, 2011

antara label dan halal?

hari ini, ada kawan saya bagi tau pasal air barbican; dia suruh saya track artikel dalam newspaper online tapi sayangnya, topik tu tak dapat trace. Air barbican ini telah mewujudkan kontroversi di malaysia ini. Air ini dikatakan tidak mengandungi alkohol akan tetapi mewujudkan syubhah dari segi warna, bau dan rupa bentuk botol. Content alkohol pun dah melebihi 0.01%. Kalau kamu tengok dari luar pun kan sudah menunjukkan was-was. Saya tengok blog orang lain, ada yang pernah minum, ada yang baru nak merasa, ada yang baru nak tengok dan ada yang baru nak mencari. Bagi yang dah pernah rasa, mereka kata sedap, yang baru cium bau kata saling tak tumpah macam arak.

Pada pendapat saya, kalau sudah dimasukkan dalam kategori tengah-tengah, haruslah dijauhkan. Kadang-kadang bagi kita benda tu nampak halal tapi dari segi pembuatan/pemprosesan tak pula ikut syariat. Tak usahlah berdebat mengatakan air itu halal walaupun ia dibuat dari negara Arab- sama macam kita, semuanya Muslim tapi tak semua menunjukkan Muslim sejati, betul tak? Jadi, bagi yang sudah tahu air ini sudah menjadi keraguan maka hendaklah menjauhkan dan bagi belum tahu jangan pula buat-buat tak tahu sebab saya dah bagi tahu.



Kes kedua, hangat di newspaper, isu makanan di ikea dan juga secret recipe! Saya sudah lama tahu pasal isu makanan di cafe ikea sejak ia dibuka. Kadang-kadang tu kalau pergi ikea, teringin juga nak rasa sebab tengok ramai aje orang muslim kat situ tapi sampai sudah tak makan juga. .Tapi alhamdulillah terselamat dari mencekik. Meatballs ikea dikatakan mengandungi daging babi, agaknya tu yang buat sedap kan..haha.



Haa, pasal secret recipe pula. Yang ni paling pelik sekali. Setahu saya lah kan, hanya kek tiramisu dia sahaja yang tidak halal tapi rupa-rupanya semua kek dia tak halal. Cis, rasa nak muntah aje bila tahu mengandungi haiwan yang perasan comel tu. Tidak apalah, sekarang sudah tahu jangan buat-buat tak tahu. Sekarang ada isu pula pasal owner Secret Recipe kata memang semua bahannya halal. Jadi kita tunggu aje lah confirmation yang sebenar. Buat sementara, puasa dulu dari pergi makan..hihi

Akhir kata, dalam dunia ini kita harus berwaspada agar hati dan minda kita tidak berada dalam kegelapan. Semua umat Islam sebenarnya telah diberikan sixth sense iaitu mengenal yang mana halal dan yang mana haram, jadi gunakanlah sebaiknya. Kalau sudah meninggalkan kesan was-was, silalah tinggalkannya dan tak perlu ikut orang lain. Ayat untuk kita pertahankan walau macam mana pun kalau dah di mata Allah, ia memang menghampiri haram, tetap haram.

"Janganlah kamu menghalalkan yang haram dan janganlah kamu mengharamkan apa yang halal" memang betul tetapi (sure ada tetapi) kalau mendatangkan keraguan/syubhah, kena tinggalkan tau~~..

-my only two cents-

No comments: