Thursday, June 30, 2011

mengidam! hahaha

alhamdulillah, masa balik seremban baru-baru ni, akhirnya jumpa juga tempoyak. haha, punyalah lama mengidam nak makan tempoyak- kalau tak silap sejak bulan februari, siap emosional tau tak jumpa tempoyak ni. Sebab terjadinya mengidam ni adalah selalu sangat belek resepi; mana taknya buka aje resepi, ternampaklah ikan patin gulai tempoyak. Entah kenapa tempoyak susah betul nak dapat kawasan sungai petani ni. Mungkinkah juga:

1. sebab org dah tak berapa nak makan
2. sebab org sekarang tak pandai nak buat
3. sebab buah durian tak berapa nak banyak (hmm, tapi alasan no 3 ni memang tak boleh pakai sebabnya melambak-lambak durian tepi jalan)

Disebabkan lama juga baru dapat, saya beli sampai 2 cawan. Satu cawan dalam rm3. Tak kisahlah, janji dapat tempoyak. Bila dah dapat ni mula lah macam-macam nak buat.. Sayur pucuk ubi tempoyak, ikan masak gulai tempoyak, sambal belacan tempoyak dan juga sambal tempoyak ikan bilis letak petai. hahaha.

Sekarang ni saya sudah menjadi kuat makan lah pula. Ada sekali tu, tambah nasi dua pinggan, itu pun tak kenyang juga ( pergi melantak mee goreng 1 1/2 peket). Hmm, nasiblah janji perut saya kenyang. Ini pun rasa nak selongkar dapur sebab kelaparan (akibat tengok gambar makanan kat facebook kawan. Dia makan nasi dan sup daging)..hmm lapar...lapar..lapar...

Sunday, June 19, 2011

Mari lihat hasil parcel

Selamat pagi Ahad!! Entry kali ini, saya nak tunjuk gambar-gambar beg/wallet/jewelries yang telah selamat sampai jumaat lepas. Alhamdulillah, syukur, barang-barang customer sudah sampai walaupun separuh parcel. Itu yang lebih penting kan? Sebelum kamu cuci mata, saya ingin ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di seluruh dunia. Tidak ketinggalan kepada yang bakal menjadi bapa juga. Saya doakan agar kamu semua dilimpahi rahmatNya, dimurahkan rezeki dan insyaAllah kamu menjadi bapa yang soleh dengan izinNya. Berusahalah menjadi bapa yang baik, ok?..

Ok, seperti yang dijanjikan inilah sebahagian dari hasil parcel. Kita mulakan dengan barang-barang replica handbag kemudian replica wallet. Akhir sekali baru replica jewelries yang telah selamat sampai di sini.

REPLICA BRANDED HANDBAGS


Replica Coach Kirstin Hobo RM 200 inclusive postage within Malaysia



Replica Chloe RM 280 inclusive postage within Malaysia


REPLICA BRANDED PURSE


Replica Coach RM 90 inclusive postage


REPLICA JEWELRIES


Replica Tiffany&Co RM90 inclusive postage



Replica Juicy Couture RM 90

Sesiapa yang mahu order, bolehlah add saya di Facebook; Red Long Sleeve's Case . Tinggalkan pesanan disana. Saya akan check stok mana-mana beg yang berkenan kemudian baru memberitahu cara-cara pembayaran. Ada juga pelanggan yang bertanya mengenai gred beg tersebut. Kesemua beg dari jenis Gred AA yang mana kualitinya cantik dan kemas sebab itu harganya agak mahal juga. Sila baca T&C pada info dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan daripada saya.

Thursday, June 16, 2011

Luar keras macam batu, dalam mudah pecah macam kaca

Sesungguhnya wanita itu sangat unik. Unik dari segi perangai, emosi dan cara berfikir. Tak perlu jauh-jauh cari contoh,diri sendiri sudah..haha.. Saya ialah seorang yang unik tapi kalau bagi kategori positif atau negatif, saya pun tak boleh nak adili.. Diri sendiri kan, mana nak tahu.. Tanggapan sendiri? Sentiasa positif.. Memang tak boleh pakai..haha

Hari ini saya terasa saya lebih kepada negatif. Apa sahaja saya buat, saya rasa negatif aje.. Hari ini emosi saya tidak berapa stabil; memikirkan masalah bisnes saya di facebook. Sila add red long sleeve's case bg yang mahu melihat barangan saya. Sambung cerita masalah tadi, parcel ditahan kastam cina,akibatnya makan masa yang lama untuk ke malaysia. Jadi saya ambil keputusan, membayar balik duit customer jika tidak mahu menunggu parcel sampai. Orang kata biar jujur dalam berniaga walaupun kita rugi. Percaya pada Allah, rezeki yang datang nanti mungkin lebih baik. Kawan saya kata saya orang yang beretika kerana dia pernah ditipu peniaga melayu online.. Barang tidak dapat, pulangan balik pun tak ada. Saya berkata walaupun dua hari lewat sampai dari jadual, saya pun sudah risau. Mana taknya, kita sudah ambil duit tapi barang masih tak sampai. Jangan kita makan duit haram, berdosa tau. Pesanan untuk peniaga online: berniaga kena jujur..

Habis dah satu masalah, datang pula yang lain. Saya ingatkan mahu pulang ke kampung minggu depan tapi memandangkan duit dibayar balik maka sekarang garu kepala pula..haha..

Nasiblah badan,janji saya sudah lunaskan duit balik ke pelanggan,cukup menggembirakan dah. Terlepas satu bebanan besar. Alhamdulillah,mujur yang ditahan separuh sahaja. Parcel lagi satu pula baru esok nak pergi ambil dekat kastam sini..

Kesimpulan,hati saya rapuh tapi pengalaman membuatkan saya menjadi kuat semula.

Tuesday, June 14, 2011

Kuey teow sup ayam peria?


tengah reneh lagi..inilah dia sup ayam peria

Pelik kan entry pasal hari ini? Tapi memang betul pun hari ini masak kuey teow sup tapi menggunakan sup ayam peria. Asalnya sup ayam peria ini terkenal dikalangan masyarakat cina. Sup ayam peria ini dikatakan sup yang sangat sihat dan sedap. Penggunaan peria boleh membantu pesakit-pesakit diabetes ( mengurangkan kadar kolesterol dalam badan). Justeru, kelmarin saya telah mencuba sup ayam peria ini dan hari ini mengulangi resepi tersebut dengan mencampurkan sekali kuey teow.. Kesimpulan, memang tidak terasa langsung pahit dan sup ayam tersebut menjadi lagi sedap. Kalau nak mencuba resepi ini, dinasihatkan peria yang digunakan jenis yang besar dan bukan yang jenis kecil2 dan hijau tua tu..yg tu memang la pahit nanti..haha.


RESEPI SUP AYAM PERIA

Ayam (dalam 6-8 potongan kecil- cari yang ada tulang2 ayam)
Air
1-2 kiub pati ayam
5-6 ulas bawang putih
1- 1 1/2 inci halia
Setengah peria ( hiris halus)
1-2biji tomato (potong enam setiap satu biji)
Lada hitam & Lada putih
Garam



Cara-cara:
1. Masukkan air, bawang putih, halia dan kiub ayam. Tunggu sehingga mendidih.
2. Masukkan ayam, sedikit garam, lada hitam dan putih. Renehkan.
3. Masukkan peria dan tomato dan kacau sehingga peria masak.
4. Hidangkan.

Sunday, June 12, 2011

Red velvet cupcakes~~


red velvet cupcakes by me!

haa, terus aje entry pasal makanan pulak kan..haha.. semalam saya cuba membuat red velvet cupcakes. Sebelum ini tak pernah makan pula, tu yang saje nak buat. Kali ini buat satu adunan penuh, sebab sudah niat mahu bagi orang makan. Satu adunan penuh ni bolehlah dapat dalam 18 biji cupcakes bersaiz besar (saiz muffin). Tapi, kek ini saya tidak sarankan kepada sesiapa yang menghidap gastrik atau orang yang tengah mengandung. Kek ini mengandungi cuka yang banyak (2 sudu makan) yang boleh mengakibatkan sakit perut dan bagi yang rahim tidak kuat, boleh menyebabkan keguguran. Penggunaan cuka dalam kek ini pun saya tidak tahu mengapa dan sebab musabab digunakan dalam red velvet. Mungkin juga meneutralkan bau/rasa certain bahan. Hmm, pakar makanan; boleh tolong jawabkan?


tgk senget kan my deco (buttercream icing)? biasalah first time! hahhaah

Di sini saya paste kan resepi untuk Red Velvet Cake dari Kak Nani Rostam. Kek beliau sedap, gebu walaupun sudah ditinggalkan atas meja semalaman. hehe. Ada juga rakan saya yang sudah membuat kek red velvet ni tapi malangnya bila sejuk, kek itu telah mengeras. Mungkin juga terlalu banyak tepung atau masa proses; ia tidak cukup kembang.


ni dia rupa bentuk dalam..kalau nak sedap layer kan cream cheese..tapi budget tak cukup, buat buttercream icing aje..haha

LANGKAH PERTAMA



-250gm cream cheese
-250gm mascarpone

Pukul kedua-duanya sampai kembang. Lepas tu masukkan


- 1 cawan gula icing (brand king) yang telah diayak.....
dan 1 sudu teh esen vanila.

Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan

-300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati.


Ok dah siap pun topping. Simpan ddalam peti sejuk dan boleh teruskan membuat kek dia pulak..........


LANGKAH KEDUA

240ml susu cair
dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....


Ayak bahan-bahan ini :-

250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder

Dah ayak ketepikan dulu juga.....



LANGKAH KETIGA

Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
Ketepikan dulu.



LANGKAH TERAKHIR


Pukul sampai kembang:-

150gm butter (saya gunakan butter lurpak)
100gm gula castor
200gm gula perang (brown sugar)
1 sudu teh esen vanila.

Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.

Angkat, sejukkan dan hias.

Thursday, June 9, 2011

Untuk wanita, saya sarankan ini

Salam, alhamdulillah saya masih boleh berfikir secara waras walaupun hari ini adalah hari yang teruk bagi saya. Setelah berjurai air mata, saya sedar inilah perkara yang harus saya belajar dan kesilapan ini mungkin kesalahan saya. hmm, bak kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Alhamdulillah ada rakan yang menolong saya dan saya berterima kasih kepada mereka.

Sebenanrnya entry kali ini bukan berkisar masalah saya pun. haha. Ia merangkumi masalah kamu, kamu dan kamu yang bergelar wanita. Hari ini saya nak bercerita mengenai pad herba! Ya, pad herba. Saya bukan nak kempen mana-mana jenama tapi saya mahu berkongsi tentang kebaikan pad herba ini. Alkisahnya saya telah membeli pad herba pada bulan lepas (pantiliner, pad siang dan malam) di tesco. Saya sudah lama nak beli, tapi asyik tangguh aje. Sebelum saya ambil keputusan itu, saya surf blog-blog yang telah menggunakan pad herba ini. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang ada, saya pun membeli jenama biosilk. Masa hari pertama period, yang keluarnya agak pekat sedikit. Masa tu tak kisahlah, masuk hari kedua, segumpal juga yang keluar- pekat sepekat darah yang boleh. Ok ini tanda macam tak berapa nak elok sebab sebelum ini tak ada pula. Period untuk kali ini pun cepat aje habis; dalam 5 hari aje. Selalu mahu 7-8 hari. Hari keenam tu saya pakai pula pantiliner, dan hasilnya keluar lagi sedikit tapi kali ini macam lendir pula ( berlarutan sampai hari ke-7, sama juga tidak pernah jadi begini).

Hari ini, saya mendapat pek percubaan dari FC Bio Sanitary Pad Avail. Ada kakak tu mahu bagi sampel pantiliner dan pad siang. Baunya sama macam biosilk tapi biosilk tidaklah sekuat ini. Saya cuba yang pantiliner: kesimpulan dia, saya rasa saya memang mengalami masalah dalaman sebab inilah pertama kali saya memakai pantiliner dan macam ada benda menyucuk2 dinding rahim.

Jadi, kepada semua wanita, bertukarlah ke pad herba- tak kisahlah jenama apa pun susen ke, avail ke, biosilk ke etc..jangan pakai pad biasa; ia mengandungi virus yang boleh meninggalkan kesan yang tidak baik kepada rahim kita. Saya bercakap sebab saya sudah mencubanya. Sekali lagi, saya tidak berkempen mana-mana jenama tapi saya bercakap demi kesihatan wanita di luar sana. Kalau kamu boleh membeli barangan berjenama, kenapa tidak kamu membeli sesuatu yang bagus untuk dalaman?


sekian, terima kasih

Wednesday, June 8, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki

Malam tadi, alhamdulillah sampai juga perabot yang keluarga mertua kirimkan. Mertua sudah selamat pulang ke kuching pada 2hb. Terima kasih kepada mak dan bapa mertua kerana memberi sofa,meja dan lain-lain. Terima kasih juga dipanjatkan kepada Allah swt kerana melimpahkan rezeki buat kami. Insya Allah, Allah akan membalas jasa baik untuk mereka.

Pagi ni, kami bertungkus lumus mengemas rumah.. Bangun pagi terus mengemas sampai pukul 12 tengahari.. Bila sudah siap, saya pun kepenatan maka jawabnya, makan dekat luar la. Org kata menyelam sambil minum air,haha,sambil tu jalan2 cari rak buku dan barang2 mandian utk adik ipar yang bakal datang ke sungai petani. Hujung bulan nanti adalah kawan di rumah. Hehe.

Hujung bulan ini pun ada agenda menarik. Kakak angkat saya bakal jadi isteri orang lagi. Itulah orang kata rezeki berkahwin lagi. Pada yang sudah bercerai, jgn pula menyendiri dan langsung tidak menjaga penampilan. Tidak semestinya kamu tidak laku, ada je yang nak akan tetapi pilihlah orang yang terbaik. Mama angkat saya pasti gembira, yela, dapat menantu lagi.

Kesimpulan, rezeki ada dimana-mana. Saya doakan semua pembaca blog saya hanya yang terbaik. Jangan putus asa memanjatkan doa kepada Allah dan doalah segala bentuk rezeki yang kita dapat diredhai Allah.

Tuesday, June 7, 2011

Kamu tanya,kita balas dengan senyuman

Hari ini dapat berita dua kawan saya sudah pregnant. Tahniah kepada yang berkenaan sebab mereka tak mahu heboh2..hihi.. Semoga menjadi mama yang baik, jaga baby elok-elok.. Macam biasa, bila sudah musim begini,pasti ada yang bertanya saya. Bila mahu ada baby? Planning ke? Sudah ready nak jadi mama? Marilah saya menjawab semua soalan itu. Rupa dah macam dalam forum..

Setiap orang mahukan zuriat-siapa yang tak mahu memang mengalami sakit jiwa. Saya pun berusaha dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat,soleh,cukup sifat fizikal dan mental. Tidak terlepas sekalipun doa dipanjatkan selepas solat. Saya bersabar dan percaya suatu hari nanti muncul juga zuriat penyambung keturunan. Saya tidak pernah planning sebab saya tahu itu rezeki yang lebih bernilai dari wang ringgit. Bagi saya, bila sudah menjadi isteri/suami, wajib bersedia juga dari segi menambah umat. Tidak kisahlah nak cepat ada anak atau lambat,janji sudah siap sedia. Saya ada baca blog berkisar gugur kandungan- yang menyedihkan ada yang sanggup buat abortion tapi dgn kuasa Allah,bayi dlm perut masih bertahan tetapi mengalami masalah kecacatan. Rezeki yang terbaik adalah anak dan jangan pula sia-siakan anak itu. Sejauh mana kesengsaraan dlm kehidupan, percayalah anak itu akan sentiasa memberi kebahagiaan. Saya rasa saya telah menjawab pertanyaan sesiapa yang ingin tahu. Doakan yang terbaik buat saya, agar dikurniakan zuriat dan murah rezeki.

Kepada yang bertanya, saya telah menjawab dari sudut naluri saya. Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan berusaha dan selebihnya semua di tangan Allah- yang terbaik hanya datang dariNya.

Wassalam.

Monday, June 6, 2011

Cupcakes!

Semalam, macam biasa, singgah blog orang lain- kali ini sibuk pula cari pasal cupcakes. Nak kata kerja tak ada, ada sebenarnya tapi malas pula nak membaca buku balik. Bila dah tengok satu blog ini, perasaan berkobar-kobar pula datang dengan kencangnya (entah ada ayat gini ke tak ntah) nak buat cupcakes. Insya Allah, kalau ada rezeki, nak buat sedikit, bagi office mate hubby. Saje lah kan, sebab selalu juga orang oficce hubby bagi macam-macam. Pisang lah, lauk la dan makanan lain. Sesekali kita ingin membalas juga kan? Jadi, dah lama tenung tu, tertangkap la satu cupcakes ini- tertarik sebab filling dia guna buah-buahan. Hubby pun sama excited bila tahu nak buat cupcakes ni. Nantikanlah kemunculan cupcakes yg comel2..hihi