Thursday, July 28, 2011

eyeshadow primer buatan sendiri

semenjak hobi baru datang menjengah ni, macam-macam benda baru saya jumpa. alkisahnya, semalam tengok youtube cara-cara buat eyeshadow primer/base ni. bagi yang suka mekap, eyeshadow primer ni bukanlah sesuatu yang asing lagi. ia adalah kemestian supaya warna eyeshadow tu bertambah terang. eyeshadow primer jenama seperti urban decay, m.a.c, bobbi brown dan lain-lain  diketahui umum sangat elok akan tetapi tak ramai mampu membeli. setelah mencari-cari barang yang diperlukan, akhirnya saya membuat ujian sendiri untuk kesahihan eyeshadow primer buatan sendiri ni.

barang- barang yang diperlukan:
- liquid foundation / concealer atau liquid foundation & concealer
- thick moisturizer/ cocoa butter
- eyeshadow palette

cara2nya:
1. pastikan nisbah antara liquid foundation dan cocoa butter adalah 1:1. letakkan di belakang tapak tangan. mix kan kedua-dua portion ni dan sapu nipis pada kelopak mata. (dalam kes saya, saya membuat uji kaji dekat tangan dulu)
2. tunggu sehingga ia kering sebentar dan baru calit eyeshadow color.
3. untuk perbezaan, calitkan juga eyeshadow sahaja. anda akan nampak perbezaan warna yang ketara. selamat membuat eksperimen!

pro: warna sangat menyerlah
con: selepas digosok dengan kuat, warna pun hilang. untuk muslimah, ok lah kalau nak solat. tak perlu tenyeh muka banyak kali.. =D

kesimpulan, kalau untuk yang tahan lama, belilah eyeshadow primer yang bagus. dengar kata urban decay sangat elok~ kalau tak mampu, guna nyx jumbo eye pencil in milk pun dah ok. :D

ni  la antara bahan eksperimen. sila guna cocoa butter yang sesuai.

1:1..blend sampai sebati

perbezaan: atas takde primer..bwh dgn primer sendiri

Tuesday, July 26, 2011

Datang hobi baru~~

Sekarang ni dah ada interest baru pula. Saya suka tengok barang mekap terutama eyeshadow palette yang banyak-banyak tu dengan eyeliner. Dulu memang suka gak menconteng muka ni tapi just pakai eyeliner je. Saya pernah pakai yang jenis celak tu, memang best walaupun dia bukanlah jenis sweatproof. Jadi, bila pakai tu, kena hati-hatilah. Kalau gosok mata terus jadi macam mata panda. haha. Hobi baru saya ni makin menjadi-jadi setiap hari. Memang ntah apa2 perangai housewife ni. Tapi, kalau gunakan alasan nak cantik sentiasa kat rumah, kira wajiblah kan? ;p Tengok bawah ni, antara barang yang menjadi idaman:

88 warm palette, sesuai utk natural make up

88 colors palette, yang ni good invest utk yg suka experiment

intensive khol eyeliner, sama mcm celak tapi yg ni lagi hebat

nyx jumbo pencil in milk, untuk dijadikan eyeshadow base

hebat kan saya? hmm, lagi lama tengok barang mekap, lagi lah semua nak beli. hari ni akibat tengok tutorial macam mana nak buat natural make up, terus ambil eyeshadow lama. haha. Memang lawak pun, dengan tak mandi, duk main kaler2 mata. Hasilnya, saya berjaya! Dengan tak malu, terus mms hubby tapi dia kata not bad. hahaha. Musim menggila dah sampai, tengok lah entry akan datang, ada je benda baru nak rembat!

Monday, July 25, 2011

Alhamdulillah, semuanya terjawab

Hari ni rasanya mood agak swing sedikit tapi tetap bersyukur semuanya terjadi dengan sendirinya. Tapi kadang-kadang, rasa menyesal pula pergi ke klinik hari sabtu tu. Bukan apa, harapan dah menjadi gunung everest tapi tu lah, kekuasaan Allah lagi besar. Mesti ada yang tertanya, apa benda yang diutarakan hari ni. Mungkin ada yang dah pandai meneka tapi masih 50-50 dengan jawapan sendiri. haha. Sebenarnya, saya sudah lama tidak datang period. Akhir sekali pada bulan Mei iaitu 29/5/2011. Bila dah masuk bulan Julai, baru terfikir, eh, bulan Jun tak datang period! Akan tetapi, bila buat upt (urine pregnancy test) adalah negatif. Banyak kali juga saya buat upt ni, seminggu delay dari sepatutnya period (29/6/2011), masuk dua minggu lebih masih negatif dan akhir sekali masuk tiga minggu lebih masih juga jawapan yang tidak membuatkan ingin melompat.

contoh upt negatif..gambar hiasan sahaja


Hari sabtu (23/7/2011) baru pergi ke klinik, tengok macam mana progress. Alhamdulillah, doktor cakap semuanya dalam keadaan baik  dari segi saiz telur yang ok, tiada tanda ingin period (tiada tompok2 sekeliling rahim) dan sama sekali tiada penyakit seperti cyst, fibroid, pcos etc. Soalan pertama doktor berkenaan pengambilan sebarang supplement atau ubat untuk kurus. Saya jawab tidak ada, walaupun teringin nak kurus, haha. Doktor cakap kalau ada ambil sebarang supplement, ia akan membolehkan flow period menjadi huru-hara. Doktor sarankan teruskan makan asid folik (jangan skip), tunggu lagi dalam 2 minggu untuk buat sendiri home upt dan jika masih negatif, barulah datang semula ke klinik untuk ambil ubat turun darah. Tapi apakan daya, hari ni (25/7/2011) dah datang pula red flag tapi beserta lendir putih (macam putih telur). Entahlah, apa benda tu pun tak dapat dipastikan. hihi. Apa-apa pun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi sebab saya tidak mempunyai masalah dari segi kesihatan, yey! Sekarang, bolehlah saya melompat-lompat, bersukan seperti biasa dan bersauna. Kesimpulannya, saya semakin bijak membuat upt sendiri dan terasa sangat seronok buat upt tu; =D

Bagi yang bertanya, mana baby? inilah jawapan saya buat kali ni, tak ada lagi. Sila jangan tanya lagi, sangat stress ok.

Sunday, July 24, 2011

Kisah semalam tapi bawa ke hari ini campur vegetable spring roll

Semalam lepas sarapan pagi, saya dan hubby pergi ke klinik tawakal di sungai petani. Hmm, klinik tu pun cantik bersih aje. Seronok la juga suasana dia, jarang saya jumpa klinik yang betul-betul menjaga kebersihan. Saya pergi ke klinik untuk meminta nasihat dan juga meminta ubat. Setelah diberi penerangan mengenai penyakit yang dihadapi, barulah lega. Maksudnya tidaklah sampai yang teruk-teruk. Semuanya normal (dalam hati sangat lega, tersenyum sahaja sampai balik ke rumah. Legaaaaa~) Doktor bagi nasihat, dia tidak akan beri ubat masa ni. Tunggu lagi jika memang tidak menunjukkan positif, baru datang semula ke klinik. Masa tu, barulah dia cadangkan ambil ubat. Bagus doktor ni, selalu doktor lain akan terus bagi ubat sahaja. Saat paling best, disebabkan doktor tu tak bagi ubat, kami pun terus je keluar dari klinik tanpa membuat pembayaran. Haha, tidak lama kemudian, pembantu klinik pun telefon," Puan diana, ada caj ye untuk consultation". Kami dalam kereta tergelak-gelak, malu semua pun ada. Cepat-cepat patah balik ke klinik. Sangat kurang senonoh disitu. Jangan tiru, ok.

Lepas sudah tau saya normal, kami pun bersukaria pergi KFC. Biasalah, pengaruh iklan, entah apa-apa laki bini ni kan. Saja nak cuba quarter with black pepper sauce tu. Kesimpulan, jangan cuba sesekali makan, tak sedap pun. Lagi elok makan snack plate, dapat mashed potato dengan coleslaw. Sabar ajelah, rasa nak menitik airmata habiskan ayam tu. Balik rumah, terus keluarkan tulang lembu dengan bayam. Pukul 6 macam tu, buat sup daging dengan bayam goreng. Lagi sedap dari quarter KFC tu.

Oh, sementara saya rajin ni, saya nak berkongsi satu resepi yang saya buat pada minggu lepas sempena teringat. Resepi ni dah lama saya nak buat tapi baru sekarang teringat. Boleh tak macam tu? Saya namakan Vegetable Spring Roll. Resepi ni dari martha stewart sendiri dimana beliau reka untuk kanak-kanak yang tidak suka makan sayur. Kreatif kan beliau? Mari lihat bahan-bahannya.


RESEPI VEGETABLE SPRING ROLL

Vegetable Spring Roll

bahan2:

Beberapa helai kobis panjang, potong bahagian yang keras, belahkan sedikit di bahagian tengah supaya dia boleh digulung
Daging cincang
Kentang direbus dan di lenyek
Bawang merah, dicincang halus
Bawang putih, dicincang halus
Secukup rasa garam dan lada hitam
Sedikit kiub pati lembu
Daun bawang, dipotong halus


Cara2:

1. Sediakan tempat untuk kita masak vegetable spring roll ni. Letakkan sedikit vegetable stock atau beef stock dalam kuali leper. Jangan letak terlalu banyak, dalam 1-2 senduk sahaja sebab kita nak guna kaedah stim.
2. Campurkan daging cincang, kentang, bawang merah, bawang putih, daun bawang, garam, lada hitam dan sedikit kiub pati lembu. Gaul sehingga sebati. Kalau nak variasi kan boleh juga, letakkan keju atau tidak mahu kentang, gantikan dengan sayur-sayuran seperti lobak atau apa saja yang anda rasa sesuai.
3. Masukkan campuran daging tersebut ke dalam kobis panjang itu. Gulungkan dengan kemas. Perlahan-lahan, masukkan ke dalam pan. Jika air stock itu berkurangan, tambah sedikit demi sedikit. Stimkan selama 5- 10 minit. Pastikan api kecil.
4. Penyediaan sos pula, bolehlah buat style seperti sweet sour, black pepper, sos keju atau apa saja yang dikehendaki. Curahkan ke atas vegetable spring roll nanti.

Friday, July 22, 2011

DELETE SEMUANYA

Pagi-pagi dah mula perangai macam-macam kan. Hari ni membersihkan bookmark dekat internet browser yang tidak perlu atau yang menyakitkan hati. Rasanya lebih seronok sebegini, tidak perlu berharap lagi..follow the flow kata orang putih..haha..memandai aje kan saya? tapi betul la, lepas delete mesti rasa lega especially benda yang kita nak tapi payahnya nak dapatkan. Pagi ni dah terkena selesema, srot sret srot sret..janganlah kena batuk pula. Saya ni selalunya datang pakej...selesema percuma batuk/demam. haihh, macam2. Nanti nak pergi klinik la, minta ubat selesema. Yeay!

Thursday, July 21, 2011

Keriangan menyambut bulan depan

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu ramadhan dan syawal. Rasa sekejap aje kan? Pejam celik pejam celik dah nak puasa. Tahun ni alhamdulillah bolehlah merasa balik raya macam famili lain- menghadap trafik jam, jalan jauh dari utara dan bersukaria bersama famili sendiri. Semalam, hubby mengutarakan cadangan untuk balik malam tapi setelah dia berfikir lama, tak jadi pula. Katanya dulu seorang diri drive malam-malam tak apa lagi, ni dah ada saya. Keselamatan kena jadi no 1.

Kelmarin, hubby punggah kain baju, jumpalah kain baju kurung yang belum dijahit. Ada warna coklat dan turquoise. Hubby mencadangkan hantar kain-kain tu dibuat baju kurung tapi itulah tailor yang elok tidak pula diketahui. Saya suka yang warna turquoise, yang coklat tu nampak macam tak berapa menarik la pula. Kain sari hitam pun ada, tapi takkan nak pakai baju hitam pula masa raya kan? Sedikit tidak logik disitu. Kain sari tu saya ingat nak jadikan maxi dress sebab yang tu aje yang menarik. Hmm, masih dalam fikiran lagi.

Sedikit aje masa tinggal untuk kita menyambut bulan ramadhan. Bagi yang masih belum langsaikan hutang puasa yang lepas, sila berbuat demikian sementara masa masih ada. Alhamdulillah, saya bersyukur sebab dapat juga habiskan puasa tertunggak pada awal bulan ni. Semestinya, saya juga ada membuat promosi raya untuk barangan jualan saya iaitu replica bag. Sesiapa yang berminat, bolehlah klik pada facebook bisnes saya iaitu Red Long Sleeve's Case (tepi belah kanan). Add saya dan sila tinggalkan mesej jika berkenan pada mana-mana beg.

Wednesday, July 20, 2011

Air zam-zam + Madu

Sekarang setiap pagi dah menjadi kemestian makan satu sudu madu dan air zam-zam. Madu dan air zam-zam ni kami beli masa berjalan-jalan cari herba sauna. Masa tengah jalan-jalan tu, singgah kedai sensei, banyak betul madu tulen, masing-masing ada fungsinya. Seronok sangat! Dulu pernah sekali beli madu tapi madunya tak elok dari segi rasa dan kualiti. Kalau nak diikutkan, harganya sama dengan madu kedai sensei tu, RM15-RM28 tapi entahlah mungkin masa proses nak packaging tu yang masalah. Kedai tu pun sangat bagus, semua benda pun ada termasuk herba sauna. Hubby kata nanti nak cuba pula buat akupuntur dan bekam treatment dengan bos kedai tu. Bila dah seronok membeli-belah kat kedai sensei tu, kami pun jalan-jalan tengok baju raya tapi tu la tak ada yang berkenan. Tiba-tiba mata terlihat botol air zam-zam kat cermin kedai. Bila dah masuk aje kedai, terus ambil satu liter punya yang hanya berharga rm18. Sebenarnya dah lama mencari air zam-zam ni tapi belum nak jumpa. Agaknya rezeki saya pada masa tu, terjumpalah air zam-zam yang sememangnya baik untuk tubuh badan. Sekarang dah menjadi rutin harian makan madu dan air zam-zam. Badan pun terasa sedap aje.

MADU DAN KHASIATNYA

Madu mempunyai pelbagai khasiat terutama dari dalam janin sehinggalah lanjut usia,madu dikatakan mampu memperkuatkan  janin yang lemah dalam kandungan ( rahim ).Ibu Hamil yang mengamalkan  madu dapat membantu menjaga stamina dan kesihatan semasa mengandungkan bayi serta membantu pertumbuhan janin yang sihat selama sembilan bulan dalam kandungan. Madu mempunyai pelbagai khasiat bagi membantu perkembangan otak bayi, amalan memakan madu adalah bagus untuk perkembangan  kanak-kanak berusia 5 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan otak sangat berkait rapat dengan kecerdasan pikiran (IQ ) dan kecerdasan mental ( EQ ) . Anak-anak digalakkan memakan madu bagi membantu nafsu makan meningkat kerana terdapat vitamin B dalam madu, anak menjadi semakin sihat , lincah dan riang serta tahan penyakit. Bagi remaja yang mengamalkan  madu pada akil baligh mampu mempercepatkan pertumbuhan tubuh menjadi lebih sihat dan sempurna. Apabila meningkat dewasa pula dengan  pelbagai tugas dipejabat yang menyebabkan seseorang itu mudah mengalami  stress sehingga tubuh menjadi lemah dan mudah diserang penyakit , madu adalah makanan tambahan terbaik. Madu adalah makanan terbaik yang sangat diperlukan bagi orang yang lanjut usia, kerana madu adalah sumber energi dan gizi yang dapat diserap oleh tubuh , dimana pada usia tersebut organ pencernaan sudah mulai kurang.

Kelebihan madu

1. Pemanis pengganti gula
Rasanya yang manis dengan kandungan 69 persen glukosa dan fruktosa dapat digunakan sebagai pengganti gula.

2. Mengikis lemak
Setiap senduk teh madu memang mengandung lebih banyak kalori dibandingkan gula. Madu mengandung sekitar 64 kalori, sedangkan gula 50 kalori. Tetapi, madu memiliki keunggulan untuk meluruhkan lemak tubuh saat dicampur dengan air hangat atau lemon.

3. Mudah dicerna
Madu mudah menjadi glukosa dalam tubuh dan mudah dicerna.

4. Sumber vitamin dan mineral
Ada banyak jenis madu di pasaran. Sebelum membeli, sebaiknya periksa dahulu kandungan gizi sesuai untuk anda.

5. Antioksidan
Kandungan nutraceuticals di dalam madu membantu membuang radikal bebas dari tubuh. Ini penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

6. Meningkatkan tenaga
Madu mengandungi karbohidrat yang membantu memulihkan tenaga yang hilang.

7. Memperbaiki kadar gula darah
Sejumlah penelitian menunjukkan bahwa madu efektif mengawal kadar gula darah.

8. Sistem pencernaan
Madu memiliki sifat anti bacteria yang membantu memperbaiki sistem pencernaan. Cukup efektif mengurangi gangguan pencernaan di pagi hari.



AIR ZAM-ZAM DAN KHASIATNYA

Yang nyata, air zamzam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang. Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.

Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam

Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah. Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.

Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada 2. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

Adab Minum Air Zam-Zam
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.


Sumber:

1. Madu
  • http://drrozmey.wordpress.com/2010/02/02/khasiat-dan-manfaat-madu-dari-janin-hinggalah-lanjut-usia/
  • http://www.berpuisi.tk/2010/11/8-khasiat-dan-kegunaan-madu.html

2. Air Zam-zam
  • http://mrbelia.pun.bz/kebesaran-allah-inilah-molekul-zam-zam-d.xhtml
  • http://www.dbmhospital.com.my/home/morearticle.asp?articleid=23

Tuesday, July 19, 2011

I am down

Malam tadi selepas balik dari makan malam, saya terus buka yahoo mail. Saya pun klik inbox dan ya, satu mesej yang belum dibaca lagi. Sememangnya saya tunggu email yang ini, dia lah harapan segala penyelesaian. Sesudah double click, terbukalah isi kandungannya dan ia bukanlah mesej yang memberansangkan. Saya beritahu hubby berita yang tidak berapa baik dan ya, sedikit kekecewaan di situ. Sigh! all negative mood were around us and yes, it was so frustrated. I can't sleep and so do my hubby. I pray to Allah swt and hope miracles will side on us.


Monday, July 18, 2011

menunggu itu satu penyeksaan

dramatik tak tajuk kali ni? memang, menunggu tu satu penyeksaan tapi apakan daya kalau tak menunggu nanti susah pula kan? Hari ni masak nasi goreng aje untuk makan tengah hari lagipun hubby tak balik sebab ada kontraktor belanja makan-makan. Teringat masa kerja dulu, yela saya pun QS kontraktor, sekali kalau ada jamuan (tak kisahlah birthday ke sebab raya cina) makanan diorang mewah-mewah. Ada sekali tu, bos belanja makan rendang semua. Pergh, memang terbaik. Kalau tak ada makan-makan, ada insentif. hihi. Tu yang paling seronok.

Disebabkan hubby tak balik makan tengah hari, malam ni dia janji nak bawa makan kat luar, yey! tak sabar rasanya nak tunggu lepas maghrib, boleh dating dengan hubby dibawah lampu kalimantang dan bintat2 akibat digigit nyamuk. hahaha. Hmm, nak makan apa ye malam ni? makan nasi dengan tomyam pun sedap juga takpun makan western ( beef steak ke chicken chop pun ok juga). Apa-apa pun dating lepas solat maghrib... <3

Oh, penantian itu sangat menyeksakan!

Sunday, July 17, 2011

Sambal belacan!

Hari ni hari yang tenang bagi saya. Ya, memang tenang sampai menjadi sangat pemalas; biasalah malas nak melipat baju. Kain baju dah macam menara jam tapi masih malas melipat. Entahlah, kejadian malas ni sangat teruk (kali pertama malas yang teruk.kalau dulu masih juga melipat kain walaupun malas). Tadi pukul 11 pagi dah mula memasak. Hari ni simple aje, ayam masak merah dan kobis goreng belacan. Bila dah sudah masak tu, tiba-tiba terasa nak minum air sirap, goreng ikan masin dengan sambal belacan. Dan akhirnya:

Saya dail no hubby...

Saya: Hello abg..busy ke?
Hubby: Takdelah..kenapa?
Saya: Nanti balik, singgah kedai makan mana-mana..nak makan sambal belacan.
Hubby: ok, tu aje? a'ah tu aje..(dlm otak fikir nak ke beli kordial sirap)
Saya: a'ah tu aje kot..ok, bye..(tak payahlah kordial, nanti2 jela beli)

yey!

Thursday, July 14, 2011

Mimpi kek coklat!

Alkisahnya, semalam penat dan badan tak berapa nak sihat, pukul 3.00 petang masuk bilik. Buka kipas, baring-baring terus terlelap dan haruslah mimpi. Dalam mimpi tu, teman kawan pergi library sebab dia nak cari detail pasal medical problem (masalahnya asal kawan tu bukan dari medical line pun tapi dah nama mimpi, layankan aje). Bagusnya library ni, dia siap ada tempat cafe tu, you! Ada tempat kita boleh buat salad dan bagusnya veggie semuanya fresh, memang tahap cafe hotel 5 bintang. Kawan saya ni pun cakaplah, "diana, kalau awak nak pergi makan, pergilah cafe tu. Saya nak buat kerja sikit". Saya pun yang sememangnya perut lapar, "Ok, kita tengok apa yang ada eh?". Apa lagi, pergilah deret makanan tu, ok, bahagian dessert dia memang marvellous. Ada bermacam jenis kek coklat, ada yang dark chocolate, ada yang jenis moist dan siap tempat aiskrim dan topping yang kita nak. Sempat tau dalam mimpi tu, saya makan yang dark chocolate letak vanilla ice cream lagi. Lega gila tekak.

Tiba-tiba terjaga dari mimpi. Tengok jam pukul 5.00 petang, mujur dah solat zohor awal-awal. Saya pergi dapur, ingat nak makan fishball soup sekali muntah balik. Tak kena kat tekak. Gara-gara mimpi kek coklat sedap tunggu hubby balik dari kerja. Nampak aje kereta hubby, terus cakap kat dia,"nak makan kek coklat!". Tapi disebabkan kitorang nak makan McD malamnya tu tak jadi la nak makan kek coklat. Lagipun hubby ada kerja nak buat, jadi ingat hari ni nak la makan kek coklat memandangkan esok pun beliau cuti (weekend). hihi..

Kek coklat, kek coklat dan kek coklat...sedap sedap sedap!

Tuesday, July 12, 2011

terliur!

ok, kes terliur semakin menjadi-jadi. Hari ni tengok resepi lagi. Mula-mula tengok resepi telur bungkus sebab nak buat lepas tu merebak pula tengok resepi udang. Terkesima tengok udang goreng berempah! Terliurnya. Lepas tu, bijak terlampau pula pergi google resepi ketam goreng berempah. Hmm, akhirnya meleleh air liur. Slurrpp, sedapnya kalau dapat makan udang galah goreng berempah dan ketam yang penuh isi goreng berempah. Adoyaiii, kena close cepat-cepat gambar udang dan ketam ni. Bahaya!!!

Monday, July 11, 2011

wallpaper baru: biji kopi!

Seronok dan rasa tenang aje bila sudah tukar wallpaper biji kopi ni.haha. Agaknya sebab saya memang dikenali sebagai hantu kopi; mana taknya bangun pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam asyik kopi aje. Dari sekolah menengah sampailah awal tahun ni. Kopi kopi kopi kopi. Kalau stok dah kering, cepat-cepat pergi beli. Bulan lepas baru baik sedikit, kurang minum air kopi. Sekarang dah suka minum susu panas. Haha, memang lawak pun tak payah cakap, dah sedia tahu dah. Tapi yang tukang bancuhnya tetap hubby lah, ada umphhh. Kali terakhir minum susu panas ni masa sekolah rendah kot. Itu pun minum sedikit aje sebab saya memang bukan penggemar susu panas. Saya sanggup berlapar tunggu waktu rehat dari minum susu panas dan sarapan pagi. Entahlah memang saya bukan jenis orang makan pagi. Bila masuk universiti baru tahu kepentingan bersarapan pagi. Pantang tinggal, lapar aje sepanjang kelas. Tu yang jadinya berkilo-kilo.

Hari khamis baru-baru ni, hubby ajak makan malam kat luar sebab saya pun tak berapa nak sihat. Rasa sakit perut, loya tekak dan sebagainya. Nak kata candle light dinner tak ada maknanya sebab gerai tu pakai lampu kalimantang aje. Nanti tercekik tulang ikan ke, tergigit cili padi ke tak ke naya. Tak payah candle..buat susah aje. Haha. Sebenarnya bukan nak cerita pasal makanan walaupun kebanyakan entry bercerita pasal makanan. No no no no. Hubby ada cerita mengenai sesuatu yang menarik. Hmm, cerita ni membuatkan anda terfikir mana satu diri anda sebenarnya. Begini alkisahnya:

Pada suatu hari, ada seorang anak merungut setelah ditimpa masalah. Bapanya yang terdengar lalu mengajak anaknya ke dapur. Bapanya mengeluarkan tiga jenis mangkuk. Mangkuk pertama lobak, mangkuk kedua telur dan mangkuk ketiga kopi. Kemudian, bapanya meletakkan air panas setiap mangkuk. Perubahan ketara pada setiap mangkuk. Mangkuk pertama yang berisi lobak yang dahulunya keras tetapi kini menjadi lembut. Mangkuk kedua pula dari yang dulunya dipenuhi cecair kini dah menjadi pepejal. Yang terakhir pula kopi yang telah larut didalam air panas. Bapanya pun berkata," Nak, lihat kedalam ketiga-tiga mangkuk itu. Lobak yang dulunya keras dan bila terkena musibah (air panas), ia akan berubah menjadi lembut. Telur yang dulu lembut kini menjadi keras; maknanya bila musibah datang, dia menjadi lebih kuat dan tidak pernah berputus asa. Yang ketiga dan yang terakhir, biji kopi yang sudah sebati dengan air panas; orang yang pandai menyesuaikan diri dengan situasi keadaan akan tetapi adakah menyesuaikan diri dalam semua keadaan adalah elok? Jadi, pilihlah mana satu nak yang mana. Semuanya sudah ada didepan mata"

Kesimpulan: setiap masalah yang kita harungi, kita kena bijak tangani. Bermacam jenis masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Jadi, pilihlah jalan yang terbaik untuk diri sendiri. Masalah datang bukan sebab tersalah langkah tetapi diri sendiri yang memulakan masalah. Walau apapun musibah yang datang, berdoalah kepada Allah swt supaya diberikan jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jika ada masalah, anggap sahaja satu cabaran. Jangan mengalah terlalu cepat.

Thursday, July 7, 2011

Ok, saya beremosi..*sedih*

Sejak- sejak ni rasa macam nak emosi aje tapi semalam lagi teruk. Kawan saya ada post status pasal ayam Mcd terus rasa nak makan tapi malangnya masa tu dah pukul 11mlm. Nak delivery, org mcd pula cakap kawasan saya jauh padahal fasa 1 dia hantar (fasa 1 dan 3 taklah jauh mana tapi entahlah kes malas kot). Malam tadi tidurlah dengan perut yang lapar walaupun sudah makan berbungkus-bungkus biskut oat krunch tu. Akibatnya, perut sangat sakit pada pukul 1-3pagi. Tak boleh tidur. Pusing kiri kanan pun teringat mcd. Masa tu rasa sedih sangat tak dapat makan. sob3. serius tak tipu, nak nangis pun ada.

Hari ini emosi mcd tak habis lagi. Walaupun sudah makan nasi dan sup ayam masih juga tak dapat melawan keinginan nak makan ayam goreng mcd. Gila kan?? Lepas bagi tahu kat hubby, hubby pun agree nak bawa pergi makan ayam goreng malam ini. Hihi. Thanks darling!

Tuesday, July 5, 2011

Kes semalam, campur aduk macam kuah kari campur!

Hari ini sangat gembira sebab semalam hari terakhir saya ganti puasa tahun lepas. Alhamdulillah, sempat juga ganti. Tapi yang tidak seronoknya cirit-birit yang tidak mahu berhenti. Cirit- birit ini sudah lama sejak balik dari seremban. Mula-mula sakit tekak lepas tu demam sekejap dan terakhir sekali mengalami cirit-birit. Kalau diikutkan kalender sudah 4 hari. Mujurlah cirit-birit ini tak seteruk mana (tak la sampai pengsan etc). Agaknya akibat makan madu kot, madu tu tolong cuci perut. hahaha. Alasan yang tidak berapa nak munasabah disitu. Puasa semalam amat menganggu emosi sebab tiba-tiba teringin nak makan asam pedas; mujurlah tekak dan perut boleh behave sikit. Kalau tak, tak pasal hubby kena belikan bahan-bahan buat asam pedas. Akhirnya, makan ayam kurma untuk berbuka, yang tu je yang ada kat rumah ini.

Lepas merehatkan perut yang penuh, hubby cakap, ' tak sangka dah 7 bulan lebih kahwin'. Saya pun dengan gembiranya cakap 'happy 7 months together!!!' (tak sangka juga sebab dia kira, hahaha). Hubby balas balik, 'dah lewat seminggu, tak nak, simpan untuk 8 bulan kahwin. hahaha'. Akhirnya, dua-dua pun gelak bagai nak rak dan mula mengarut panjang. I love you so much. <3

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. Ya Allah, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."

Doa kebahagiaan rumah tangga (dari http://luqmankhairi.blogspot.com/ )