Wednesday, August 17, 2011

Makanan ruji orang korea : Kimchi

Selamat pagi kepada semua dan diharapkan semuanya dalam keadaan yang baik. Semalam akibat kebosanan yang melanda, saya pun gatal la tangan tengok resepi kimchi ni. Kimchi ni bolehlah dikategorikan sebagai makanan yang perlu ada diatas meja makan. Anda makan nasi atau mee atau snek pasti akan ada kimchi disitu. Dulu saya ada juga buat sekali kimchi yang jenis pantas tapi rasanya agak kurang. Jadi, semalam cuba buat yang jenis peram tu. Semakin lama peram, semakin enak gitu. Yelah, macam ikan masin/ ikan pekasam. Tercetusnya idea nak buat kimchi ni adalah disebabkan juga pengaruh tv. Hari-hari tengok kbs world dekat astro, nak-nak tengok rancangan "One night 2 Days". Makanan yang ditunjukkan sedap-sedap.

Tanpa melengahkan masa dan tenaga anda, saya akan tunjukkan bagaimana hasil kimchi saya dan cara-cara membuatnya. Saya ambil dari Maangchi; beliau adalah orang korea tapi menetap di amerika. Pada awalnya, nampak macam susah, tapi, bila dah buat, rasa seronok aje. Kesabaran adalah kunci dalam pembuatan kimchi.

untuk lebih senang sila lihat video ini:




RESEPI KIMCHI
(bahan2 ini untuk 10 pounds kobis panjang)

Bahan utama:
Kobis panjang
Lobak merah/ Lobak putih

Bahan perap:
Garam

Bahan untuk paste:
- 1/2 cawan tepung pulut/tepung gandum dicampur dengan 3 cawan air
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan sos ikan
- 4-6 cawan chilli flakes (ikut kepedasan yang anda mahu)
- 1 cawan bawang putih
- 1 sudu besar halia
- 1 labu bawang besar (saiz sederhana)
- Daun bawang ( dalam 7 batang sederhana, kalau kecil, banyakkan sedikit)
- Daun kucai ( saya ambil dalam secekak)


Cara-caranya:
(a) Bahan utama:
1. Potong kobis dalam 4 section, jangan potong di bahagian bawahnya. Basuhkan setiap kelopak, jaga-jaga jangan sampai dia tercabut. Masukkan di dalam strainer dengan keadaan daun dibawah dan batangnya diatas. Toskan semua air. Ketepikan.
2. Buang kulit lobak merah/ lobak putih. Basuhkan, potong dalam seinci dan toskan.
3. Saya biarkan dalam 10minit-15minit untuk proses ini.

(b) Pemerapan
1. Ambil kobis panjang tadi dan lumurkan setiap kelopak dengan garam. Kawasan yang perlu banyak garam adalah di batang sayur kobis tadi. Pastikan kawasan itu lebih banyak garam dari daunnya.
2. Dalam bekas berasingan, lumurkan juga lobak merah/ lobak putih dengan garam.
3. Proses pemerapan dalam 4 jam/ semalaman. Setiap dua jam pusingkan kobis dan lobak merah/lobak putih.

(c) Kimchi paste
1. Masukkan 1/2 cawan tepung dan 3 cawan air di dalam periuk. Letakkan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa supaya dasarnya tidak hangus. Bila sudah sampai tahap mendidih, masukkan 1/4 cawan gula. Kacau lagi dan ketepikan bila sudah pekat. Sejukkan.
2. Dalam blender, masukkan sos ikan, bawang putih, halia, bawang besar. Kisarkan sehingga halus.
3. Letakkan bahan yang sudah dikisar di dalam besen. Masukkan chilli flakes, daun bawang dan daun kucai. (daun bawang dan daun kucai dipotong dalam satu inci)
4. Masukkan tepung yang telah disiap tadi (no 1) ke dalam besen. Gaulkan. Untuk chilli flakes, masukkan anggaran sedikit demi sedikit. Kalau tak pedas, baru letak lagi.

(d) Basuhan
1. Basuhkan kobis dan lobak tadi setelah 4 jam pemerapan. Bagi kobis, tos dan perahkan sehingga tiada air lagi. Bagi lobak, hiriskan memanjang.
2. Ketepikan.

(e) Cara sapuan paste
1. Pastikan anda memakai glove. Ini penting untuk mengelakkan tangan anda menjadi pijar.
2. Ambil kimchi paste tadi dan lumurkan ke setiap kelopak kobis panjang. Pastikan lumurannya sekata. Buat sehingga habis.
3. Untuk lobak, gaulkan kimchi paste tadi sehingga sebati.
4. Masukkan kobis dan lobak didalam bekas kedap udara. Letakkan di suhu bilik selama sehari dan bila nampak ada buih/putih2, bermakna ia telah diperam dengan baik. Masukkan kedalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Jika anda rasa sedikit pahit, itu bermakna kimchi anda belum memasuki proses matang. Tinggalkan beberapa hari di suhu bilik.
5. Kimchi ini boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi atau anda juga boleh membuat stew. Untuk stew, anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
- Minyak bijan
- Daging dipotong sederhana
- Tauhu lembut
- Cili boh dan chilli flakes
- Daun bawang

Cara membuat kimchi stew:
- Masukkan sedikit minyak bijan dan gorengkan daging. Masukkan air kimchi (kimchi akan menghasilkan air sedikit) dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan kimchi kedalamnya. Masukkan air (agak-agak), satu sudu besar cili boh, satu sudu kecil chilli flakes (nak pedas tambah lagi), sedikit garam dan tauhu lembut. Besarkan api dalam 10 minit (tutup periuk) dan kecilkan api. Masukkan tauhu dan daun bawang. Letakkan lagi minyak bijan ( minyak bijan ini berfungsi untuk menambahkan rasa dan mewangikan stew)

kimchi buatan sendiri

rupa bentuk kimchi
inilah dia kimchi stew, makan dengan nasi..sedap! tak perlu lauk lain.




1 comment:

Arina Yusof said...

Annyeong-haseyo! maaf spam. Kalau mencari kimchi halal boleh whatsapp http://wasap.my/60196695062

Visit http://bit.ly/2mGJB38 for more details

Kamsahamida