Thursday, September 29, 2011

Namakan KEK buatan SENDIRI

Petang semalam lepas balik dari tesco, saya ajak hubby pergi minum teh/kopi ais kat gerai sebab tiba-tiba rasa nak minum. Sebelum ni, saya memang jarang dah minum teh dan kopi kat rumah; setiap masa minum susu. Hebat kan? Citarasa dah berbeza. Dulu setiap hari walau macam mana pun, nak aje minum nescafe ke kopi ke. Time tu memang boleh digolongkan coffee addict! Sampai satu masa, mak saya pun dah tak reti nak cakap apa. Hahaha. Since dah kahwin ni, saya memang try tak nak minum kopi dah dan ia berjaya. Caranya? Tak payah beli kopi/nescafe dah. Hubby pun slowly ajar minum susu dutch lady dan awal-awal dia la tukang bancuh. Sekarang ni tak payah tunggu dia bancuh, saya pun dah reti bancuh sendiri.. Hihi.

Eh, lari topik la pula kan. Takpe lah, anggap jela tu iklan tak berbayar. Hmm, masa kat gerai tu, tengah sedap-sedap sedut air nescafe ais, saya pun terfikir kek apa pula nak menyusul lepas ni. Orang kat office dia ingatkan kek karamel (entry semalam) tu kek sarawak tapi hubby cakap kek sarawak bukan gitu. haha. Saya ada terfikir nak satukan dua kek berlainan menjadi satu kek. Selepas menyuarakan hasrat murni tu, hubby pun sokong 100%. Dia kata macam ni la (lebih kurangla), "kenapa tak nak reka kek sendiri? Nanti letaklah nama sendiri. Sekarang macam-macam nama kek, siap ada nama kek proton la ape la". Hmm, nama kek sendiri? Macam hebat la pula kan. Tapi dalam hati nak cuba juga. Hihi, dalam hati dah berbunga-bunga. Kalau rezeki lebih bulan depan, saya nak bagi lagi orang office hubby makan kek ke kuih yang sedap-sedap. Dah macam ada group tester pula kan? Hahaha.. Orang kata, share makanan tu bagus, insya Allah dimurahkan rezeki (lagipun saya berdua aje kat rumah, tak terhabis pun. tapi ada masa licin juga, haha) . Saya pun tak la buat cantik mana pun kalau nak diikutkan tapi bila dah niat nak bagi orang makan, sure makanan tu lagiiiiii sedap!

Wednesday, September 28, 2011

Caramel Cake / Kek karamel

Semalam, ni la decision yang dibuat..kek karamel menjadi pilihan! hoo yeahhh.. buat kek ni memang kena kesabaran tinggi, nak2 part kena asingkan putih telur dengan kuning telur tu. Fuhhh, memang berpeluh-peluh membuatnya bagi orang yang tak biasa. Sebenarnya, kalau cara asingkan putih dan kuning telur ni masa nak buat pancake pun bagus sebab nanti diana fluffy aje. Info ni pun baru tahu petang semalam lepas jalan-jalan blog orang. Hihi. Marilah, tengok hasil kek karamel ni. Lupa nak bagi tahu, tengah buat ni lupa pula nak letak baking powder tapi hubby kata sedap aje lepas tu tak payah tinggi-tinggi pun tak pe, senang nak ngap. Layankan aje..

kek karamel tanpa baking powder..ahhh~~

ni la rupanya..saiz loyang tak tahu..ikut mana yang muat

ada perisa mocha, strawberry & vanilla

RESEPI CARAMEL CAKE/ KEK KARAMEL

Bahan A: Gula hangus
2 sudu besar gula (ikut loyang besar mana, semalam saya pakai dalam 4 sudu gula nak bagi rata)

Cara: Taburkan gula secara sekata di atas loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Ketepikan, biar sejuk

Bahan B: Caramel
1/2 tin besar susu cair
70 gram gula caster (7 sudu besar)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara: Kacau sebati – pastikan tiada buih dan tapis di atas gula hangus yang sudah beku

Bahan C: Meringue
6 biji putih telur
70 gram gula castor (8 sudu besar)
1 sudu teh cream of tartar (saya tak letak pun)

Cara: Pukul bahan-bahan atas sehingga kembang dan tidak jatuh bila diangkat dengan sudu


Bahan D: Kek
140 gram tepung gandum
70 gram gula castor (8 sudu besar)
3 biji kuning telur
135 ml air (7 sudu besar)
7 sudu besar minyak sayuran
1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tepung naik sendiri)

Cara:
1. Kuning telur dipukul sehingga kembang. Masukkan air dan minyak. Pukul lagi.
2. Masukkan gula, pukul lagi hingga naik sekali ganda.
3. Masukkan tepung dan baking powder.



Cara-cara nak satukan BAHAN A, B, C & BAHAN D:

1. Masukkan bahan C ke dalam bahan D. Kaup-balik sehingga sebati. Jangan letak tekanan masa kaup balik tu. Nanti tak fluffy.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna berlainan kepada setiap bahagian. Kacau sehingga warna sebati.
3. Di dalam loyang berisi karamel dan gula hangus tadi, sendukkan 1 bahagian warna kek ke bahagian tengah karamel. Pastikan sebelum tu dalam loyang tak ada buih sebab nanti bila terbalikkan dia pecah-pecah.
4. Sendukkan warna yang lain ke tengah-tengah bahagian adunan kek yang disendukkan sebelum ini. Ulang proses ini sehingga adunan kek habis.
5. Panaskan oven dengan suhu 375 F @ 190 C selama 40 minit. Masak kek secara double boiler @ water bath (letak loyang adunan di atas loyang lain yang berisi air).
6. Bila masak, keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan.
 
 
 
kalau nak tengok cara nak buat, klik sini

Tuesday, September 27, 2011

Hari ni: Kuih VS Kek

Pukul 7.30 pagi, waktu saya round blog orang. Hari ni rasa macam rajin terlebih, rasa nak buat kuih atau kek. Alkisahnya, pagi tadi tengok telur dalam papan tu banyak lagi, jadinya teringin la nak buat something yang boleh dikunyah dengan lazatnya. Sekarang ni ada 3 options iaitu caramel biasa, caramel cake atau roti goreng inti kacang hijau (yang no 3 tu reka sendiri, haha, tapi nothing is impossible kan?). Tengah syok-syok tulis options tu, saya baru teringat semalam ada beli pau kacang merah! Haha, kalau macam ni, terpaksalah buat caramel cake.. :p Semalam encik hubby request kek aiskrim lagi. Nanti nak test pula, kek aiskrim pandan. Bagus juga kalau buat kek aiskrim ni, kesian tengok strawberry dan kiwi tu duduk keras aje dalam peti ais.

option 1: caramel pudding

option 2: caramel cake. cantik kan kek dia buat? saya punya? entahlah, janji boleh ngap!

ni tak masuk mana2..terjumpa caramel cupcakes~~

haa, yang ni best, caramel apples..hihi


Kejap lagi nak bertapa sebab nanti kena buat decision. Hehe. Kalau sedap, bolehlah esok suruh hubby bawa lebih-lebih pergi opis dia. Takla penuh peti ais rumah ni. :D

Monday, September 26, 2011

Kawan BARU

huu, assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua tukang baca. Alhamdulillah, saya masih boleh bernafas dan menaip pada hari ni. Terima kasih Allah swt. Selama tiga hari tak menulis ni, saya busy dengan melayan perut, pinggang,kepala dan mulut..Semuanya sakit belaka. Huuu, melayan perasaan aje tiga hari.

Dalam minggu lepas, saya dapat kawan baru! yeay, sangat seronok. Range umur dalam 28 tahun ke atas. Seronok bila ada kawan baru ni sebabnya semuanya jenis supportive gitu. Syukur alhamdulillah diberikan member-member yang baik. Hihi. Nak-nak semuanya jenis yang hu-ha. Kakak-kakak saya pun masing-masing semuanya dalam umur 3 series. Paling tua jarak umur antara saya dengan dia 10 tahun dan yang kedua 5 tahun. Dulu kawan saya semua tak percaya saya ada kakak yang jarak umurnya 10 tahun dan siap ada orang cakap saya anak sulung. Hahahaha. Masalahnya memang tak ada rupa dan tak ada ciri-ciri anak sulung pun. Best tau berkawan dengan orang yang tua sikit dari kita ni. Macam-macam boleh belajar dari diorang. Kalau dapat yang jenis satu kepala tu, lagilah seronok! Sama naik aje perangai.

Hmm, sempena dapat kawan-kawan baru ni, saya nak ucapkan selamat berkenalan dan saya doakan semua kawan-kawan saya diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah swt. :D ..kalau tukang baca pun nak jadi kawan saya, boleh je.. Marilah kita berkawan tanpa mengira umur~~

Thursday, September 22, 2011

Special Event: It's MY Hubby's Birthday




happy birthday! sorry, hadiah tak ada tapi kek aiskrim penuh kasih sayang ada~~

Hari ni birthday hubby yang ke 27. Semoga beliau dilimpahi rahmatNya, dibukakan pintu-pintu rezeki dan dipanjangkan umur. Muahh, love u~~ =D


Sempena besday beliau, saya buat khas kek aiskrim jenis pantas. Haha, memang pantas dalam masa 10 minit pun dah boleh siap; cuma bab nak bekukan aje makan masa yang lama dalam 5 jam gitu. Saya pakai base strawberry layer cake, aiskrim vanilla dan topping dia: strawberries, kiwi dan chocolate sauce. Sebelum saya memulakan projek terhebat tu, saya banyak surf pasal kek aiskrim ni, nak-nak pasal macam mana nak buat, berapa lama masa diperuntukkan dan cara nak makan. ;p (bab makan tu tak payah tengok pun dah tau). Nah, tengoklah kek aiskrim buatan sendiri. Nanti kamu pun buatlah, seronok!

kek aiskrim yang nyum3!
salah setting camera, tu jadi putih melepak tu





p.s: pening kepala campur nak muntah sebab malam tadi buat bingka susu banyak sangat utk jamuan raya site office hubby..nak take a nap..huuuu

Wednesday, September 21, 2011

tiket tiket TIKET

Malam tadi berusaha laki bini bersengkang mata semata-mata nak beli tiket aeroplane untuk raya tahun depan. Nak tunggu pukul 12 malamnye pasal, terpaksalah tengok cerita yang mengarut kat tv. Dahlah combo dengan sakit pinggang tak surut-surut lagi tapi nak jumpa doktor, malas. Hmm, apa? suruh ulang ayat yang pertama? tiket raya untuk tahun depan?

"Eh, raya kan tak habis lagi?" kata mereka
"A'ah, memang raya tahun ni tak habis lagi tapi sebab sekarang tiket tengah murah, kena cepat-cepat standby untuk raya tahun depan. Tahun depan balik kampung sebelah hubby; KUCHING" saya membalas dengan bersungguh-sungguh.
"Best lah dapat naik aeroplane!" sambung lagi kata mereka
" Time tu tak best sebab bukan boleh makan pun dalam aeroplane sebab masa tu bulan PUASA" jawapan yang agak kecewa disitu. Nanti terpaksalah pejam mata aje, tak boleh pandang kiri kanan. Huhuhu.
"Apa yang best kat kuching masa raya?" tanya lagi.
Tarik nafas dan mula membalas, " Tak tahu sebab tahun depan first time raya di perantauan. Chewah, macam jauh aje kan merantaunya. Tapi ada aunty pesan suruh bawa baju kurung banyak-banyak sebab kat sana setiap hari pakai baju kurung. Kalau kat kampung belah saya, raya kedua pun dah mula pakai t-shirt dan seluar sebab asyik kena duduk dapur aje."

-------------------------------------------------------------- sekali betul-betul ek orang tanya gitu nanti? hmmm
 

Tuesday, September 20, 2011

Sakit yang paling susah nak diubati: MALAS

Selamat pagi semua dan assalamualaikum!! chewah, dah macam dalam talk show. Kalau nak diikutkan, apa salahnya kalau dapat betul-betul jadi emcee untuk talk show kan? (sangat tinggi imaginasi). Petang semalam, saya hampir-hampir nak kena demam dan simptomnya macam seram sejuk, tekak macam panas, urine discharge pun panas & pening kepala. Masa tu duk sms dengan kakak, dia suruh minum air banyak-banyak, minum 100 plus tapi jangan makan panadol. Hmm, jangan telan panadol? Entahlah, tapi apa-apa pun saya dengar nasihat yang pertama iaitu minum air kosong banyak-banyak. Alhamdulillah, malam tu, pening kepala semua dah hilang tapi pinggang dan belakang pula sakit (best juga, sebelum tidur hubby tolong urut belakang. Lega sangat!) . Eloklah tu, sakit pun ada stage.

Tapi antara banyak-banyak sakit, sakit MALAS tu memang champion. Hari-hari ada penyakit MALAS tu. Sekarang pun, MALAS sangat nak basuh baju yang berlonggok dan lipat baju bersih (dari dulu memang tak suka pun lipat baju) . Tak tahulah apa masalahnya tapi memanglah, kalau angkat bakul baju tu rasa sakit sana sini (kurang kalsium ke? tapi dah minum susu dutch lady tiap hari). Takpe lah, nanti tunggu hubby balik dari kerja, saya boleh minta tolong dia angkat bakul baju ke ampaian. Macam mana nak perang penyakit paling hebat ni eh? Teruk betul perangai..iskkk iskkk iskkk..

Lunch ni mungkin hubby tak balik jadi menu untuk lunch ni taklah sehebat selalu. Nanti saya buat nasi goreng kampung aje dan sup bayam (kalau bab makan, laju aje kalah bullet train). Tapi, sebelum masak, saya nak setelkan beberapa kerja yang tertunggak lama. Uhh, MALAS sungguh rasanya, ehhh, tak boleh gitu kena RAJIN lah~~ (cubit pipi sendiri!). Sebelum saya semakin entah apa-apa, baik saya pergi dari sini.

p.s: kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja kerja (oh noooooooooo~~)

Monday, September 19, 2011

Pagi semua!

Hari ni saya duduk belek post yang lama dan ada yang leave comment kat entry lama. Saya minta maaf sebab lambat balas komen kamu. Uhh, apa la jenis blogger ni kan? Tapi, sekarang, saya dah letak shout box kat tepi belah kanan. Kalau dah lepas komen on my post, sila la tinggalkan mesej kat situ dan tinggalkan tajuk post yang kamu dah komen tu ye? Saya cuba melayan anda dengan sebaiknya tapi sila jangan tinggalkan iklan pula. Sebarang advertisement is not allowed here. Nanti bukan saya je pening, yang tukang baca pun sama. Selama tiga hari bercuti ni, saya pun bercuti dari menulis apa-apa entry sebabnya tak buat apa pun (masak, makan, tidur). haha, teruk kan? Walaupun tak buat apa, saya still berjalan-jalan tengok blog orang lain dan bagi pendapat sendiri. hehe.

Hari ni saya nak bercerita pasal santai sebab nanti esok lusa ke minggu depan ke nak cerita yang berat-berat yang semua wanita kena tahu. Tak kisahlah tengah belajar ke dah kerja ke dah kahwin ke. hehe, ngeri kan? Tapi info ni sangat bagus bagi kita yang tak tahu badan sendiri.

Sekarang ni saya dah jadi hantu aiskrim dan dah masuk 3 hari berturut-turut makan aiskrim vanilla. Semalam konon la taknak makan aiskrim dah tapi bila tidur petang tu, saya boleh la pula mimpi makan aiskrim. Tapi kon aiskrim yang selalu tu tak ada, tukang jual tu tukar kon yang lain. Dalam mimpi tu walaupun sedih tak dapat kon yang macam kon mcd tu tapi still makan aje; siap mintak vanilla tu banyak-banyak. Bila dah terjaga dari tidur tu, siap kesat air liur lagi. Bangun-bangun aje, terus pergi depan (living room) dan nyatakan hasrat suci murni kepada hubby. Malam tu, ingatkan dah hilang rasa nak makan aiskrim (sebab tengok hubby relax aje, buat dunno aje lepas cerita mimpi masa petang tu) tapi bila teringat aiskrim vanilla tu je terus nak terkeluar air liur. Hahaha. Tengok jam pukul 9 malam, masa tu rasa memang tak ada harapan nak beli aiskrim. Sekali tu, hubby lak lapar, apalagi cepat-cepat keluar rumah beli burger telur. Walaupun tak dapat aiskrim kon macam mcd tu tapi still dapat aiskrim yang 'Moo' tu kat 7 eleven. Masa tu, sengih aje bila dah dapat aiskrim. Seronokkkkk sangat!

ni la aiskrim Moo..ihsan google
aiskrim vanilla yang menjadi pujaan!

Fuhhh, tengok gambar aje dah terliur balik dah ni. Nanti ada juga suruh hubby beli banyak-banyak, boleh saya makan dengan gembiranya. Hehe. Minggu ni 22hb besday encik hubby. Plan nak masak sedap-sedap on that day dan bake cake sebiji. Itu pun tengok kerajinan, kalau sempat buat la kek tu. hehe. Kek apa eh sedap? Tetiba teringat buat kek strawberry topping coklat cair..Nyum3..ni dah macam ikut tekak sendiri la pula kan? Hehe. Surprise party? Tak payah, sebab duduk serumah; sah-sah la dia tahu apa yang saya masak. hahahahaha..anyway, happy coming soon birthday to my husband!!!

aiskrim!!! buat kek gini pun best ek?

yang vanilla punya, saya mauuuuuu~

Friday, September 16, 2011

Bahan Bacaan Sekarang

Semalam pergi makan dekat pizza hut, saje try piza yang baru tu..ape tah nama dia.. Piza tu ada 10 layers dan sangat nipis. For us, piza macam tu la kita suka sebab tak tebal sangat base dia. Bila dah habis makan, kitorang pergi pula ke tesco. Hajat hati nak beli baju tapi tiba-tiba kidnap benda lain pula. Mana taknya, masuk popular book store, kalau tak tangkap satu dua tak sah. Dari dulu lagi, saya suka membazir duit di kedai buku. Masa saya umur 19 tahun, saya dah ada koleksi buku cerita sidney sheldon. Tapi sayang, buku-buku tu terpaksa dibuang sebab dah dimakan oleh cik lipas. Sabar jelaa..

Saya pick dua buku dan hubby pick satu buku. Buku yang saya ambil, total dalam RM 19.00 tapi isinya padat macam beli buku harga RM 20.00 sebuah. Saya ambil kedua-dua buku ni sebab perasaan ingin tahu sangat menebal dan bagi saya, ia adalah simpanan yang bagus untuk seumur hidup. Mula-mula ingatkan nak beli buku pasal penggunaan herba sebagai ubatan dalam seharian atau buku homeopathy. Bila belek yang homeopathy tu, kandungan buku tu sangat menyeluruh dan jenis-jenis sakit yang boleh kita kena. Tapi, of course, term yang digunakan semua dalam bahasa perubatan. Buku mengenai pengubatan herba tu dikarang oleh pensyarah UIA. Buku dia harga dalam RM 50.00. Saya nak cuba belek tapi sayangnya dibalut dengan plastik. Buku tu pun saya hanya jumpa sebuah aje dalam popular. Maybe kedai buku macam konikuniya atau yang besar-besar mesti ada banyak buku macam tu.

Inilah dia hasil bacaan untuk masa kini. Masa kini lah sangat kan? Saya pick buku, 'Juice-diet for Perfect Health' dan ' The Pregnancy and Baby Care Book'. Kedua-dua buku ni dikarang oleh doktor dari India. Jangan tertipu dengan kulit yang old school ataupun isi yang nipis. Hehe, sangat elok dibaca oleh semua golongan. Tapi, jangan salah sangka pula mengenai buku pregnancy tu. Saya masih dalam trying to conceive (TTC). Buku tu, eloklah dibeli oleh wanita yang ingin berkahwin dalam masa terdekat, sudah berkahwin dan ready untuk mendapatkan zuriat. Ok lah, saya review satu persatu mengenai setiap buku yang saya beli.

Dua buku untuk RM 19.00 . Sila percaya, ok?



JUICE DIET FOR PERFECT HEALTH

Buku ni mengenai penggunaan jus dalam diet seharian dan vitamin yang ada dalam setiap jus. Rupanya setiap jus ini boleh mengawal dari terkena serangan penyakit dan jika cara kita betul, secara tak langsung ia boleh digunapakai dalam perubatan. Sebagai contoh, jika kita mempunyai masalah menstrual, kita boleh cuba buat jus lobak merah, betik dan vegetables. Tengok, menarik kan? Doktor ni sebenarnya pernah mencuba kepada pesakitnya dan pesakit yang sentiasa menghidapi certain disease ni pun dah beransur pulih. Perubatan seperti ni memakan masa yang lama iaitu sama sahaja dengan perubatan homeopati. Untuk perubatan homeopati, kalau tak silap saya, ada juga  pantangnya seperti cara memakannya, cara simpanan dan tempoh jangka masa untuk pulih. Betulkan saya jika saya salah, ye? Apa pun, overall saya syorkan buku ni dimiliki oleh setiap orang dan bak kata doktor ni, "sugar is sweet poison".. hehe..

Mari kita berdiet dengan minum jus..



THE PREGNANCY AND BABY-CARE BOOK

Buku yang ni pula mengenai awal kehamilan sehinggalah bayi membesar. Buku ni saya beli sebab saya teringin nak tahu proses kehamilan ni rupanya macam mana. Bukan tak ada orang yang bagi tahu, tapi maklumat tu kadang-kadang tak berapa lengkap. Buku ni pun ada tunjuk senaman untuk ibu mengandung. Contoh yang paling saya kagum dengan ciptaan Allah ni bila tahu berat janin masa 8 minggu ialah 1 gram. Hehe, comel kan? Betapa besarnya kekuasaan Allah swt ni dan setiap minggu bayi tu membesar dalam rahim ibu. Bagi yang tak tahu pregnant ke tak, dalam buku ni ada tulis mengenai signs of pregnancy. Setiap minggu, para mommy to be ni akan mengalami simptom yang berbeza. Buku ni saya rasa sangat bagus untuk yang sedang TTC macam saya dan buku ni secara tak langsung mengajar kita untuk memuji kebesaran Allah swt yang akhirnya membuka mata setiap wanita yang terasa belum nak pregnant atau yang suka gugurkan anak tanpa sebab (tapi kalau bersebab pun selain dari treathening mommy pun dah dikira berdosa tau).

Perfect book for mommy to be..


p.s: nak ucapkan tahniah dekat kak dayah yang tengah pregnant about 6 weeks and she carry identical twin babies! yeay~~

Wednesday, September 14, 2011

Jangan Menyesal

Baru aje lepas chatting dengan seorang kakak ni. Dia dah lama kahwin dalam 11 tahun tapi masih belum dikurniakan anak. Saya kenal kakak ni pun melalui kawan saya. Dia yang mula-mula add saya dekat facebook. Awal chatting, saya nampak kakak ni macam jenis yang ok dan sentiasa gembira dengan hidupnya. Saya pun bukan jenis nak tahu dalam-dalam sangat sebab itu kan cerita personal dia. Setiap kali chatting tak kisahlah dengan kawan baru kenal ke dah lama kenal ke, saya selalunya biarlah orang tu yang nak bercerita dengan seikhlasnya. Topik yang orang nak bercerita tu ikut sukalah dari biasa hinggalah ke relationship ke apa. Bak kata kawan saya, saya ni dah macam personal advisor yang asyik dengar luahan perasaan orang. haha, tak kisahlah kan, asalkan yang bercerita tu lega jiwa raga.

Berbalik pada cerita kakak tu, lepas first chatting dulu, dia pun banyak cerita yang berat-berat berkisar kehidupan dia selama 11 tahun berkahwin. Lepas chat dengan kakak tu, saya selalu berfikir betapa banyaknya tanggungjawab dia dan saya rasa bukan calang-calang orang boleh menerima tanggungjawab yang berat tu. Dia selalu bagi nasihat kepada saya agar setiap masa bersedia dengan apa jua jenis rintangan. Tu yang ramai orang kata, first 5 years of marriage everything look fine but it will not stay as it is for another 5 years. Saya pun kadang-kadang risau juga, yela, benda macam ni bukan kita boleh predict in future.

Untuk kakak tu, saya selalu tanya dia apa yang dia nak dalam hidup dia sahaja tak termasuk keinginan husband dia, family dua pihak dan cara orang luar pandang dia. Bukan apa, kadang-kadang bila dah kahwin, sampai satu tahap perempuan ni akan neglect diri sendiri untuk orang lain. Tu yang bila dah sampai limit, masing-masing rasa menyesal kemudian hari. Ayat 'kalau la saya tak kahwin dengan dia', 'kalaulah ada duit banyak...' dan 'kalaulah boleh balik ke masa dulu-dulu' , sebenarnya tu yang buat lagi putus asa dan rasa diri sangat kecil. Saya selalu pesan dengan kakak tu, janganlah sedih aje, biarlah apa pun orang kata dan push diri sendiri untuk benda yang dia nak buat. Saya pun tak boleh tolong dia sebab dia saje yang boleh tolong diri sendiri.

Tak kisahlah, untuk tukang-tukang baca ni dalam golongan still bercinta ke dah kahwin ke tapi apa-apa pun bersedialah hadapinya. Diri sendiri yang choose partner jadi belajarlah counter setiap kelemahan partner dan janganlah jadikan perkataan 'kalau' tu sebagai perkataan utama nanti apa pun takde. Nan ado!

p.s: saya pun pesan untuk diri sendiri 'langit tak sentiasa cerah' tapi 'kalau usaha pasti membuahkan hasil' ( macam tak berapa ngam aje ayat tu, kira bolehlah kan untuk ringkasan). Doalah untuk kebaikan, kekuatan dan kasih sayang dalam marriage anda. Insya Allah, pasti ok lepas tu..

Tuesday, September 13, 2011

muhasabah diri

Entry sebelum ni kan saya ada cakap nak teman hubby pergi bank. Bila dah sampai tabung haji tu, saya pun tolonglah hubby isi borang selepas dia memuji tulisan saya cantik daripada dia ( padahal tulisan dia lagi cantik ). Masa tu no kat kaunter dalam 140 gitu dan no giliran hubby pula 160. Walaupun 40 orang lagi, saya rasa tenang aje sebab kat bank tu ada bukak ayat Al-Quran.

Tiba-tiba ada seorang makcik ni dengan 2 orang anak lelakinya duduk depan. Mula-mula tak rasa pelik sangat tapi bila hubby tegur suruh dengar betul-betul apa anak mak cik tu cakap. Hubby cakap cara anak dia bercakap lain sedikit. Saya pun cubalah dengar betul-betul. Ya, cara cakapnya lain sikit. Bila saya perhati betul-betul nampak dekat kepala dia ada kesan jahitan. Hubby pun cakap bila seseorang tu dah eksiden, ada aje yang akan rosak termasuk cara percakapan pun dah lain (suara bergetar). Saya tenung betul-betul kepala anak dia. Jahitan dia banyak. Boleh dikatakan setengah daripadanya ada bekas jahitan. Saya tiba-tiba terasa sedih aje walaupun tak tahu hujung pangkal. Itulah, orang kata, doa dan kasih seorang ibu tu tiada tandingan. Dengan berkat doa ibunya, budak lelaki tu masih hidup, sihat dan selamat hendaknya walaupun dah ditimpa kemalangan.


p.s: walau macam mana pun relationship kamu dengan ibu kamu, doalah agar ibu kamu sihat sejahtera, dilindungi Allah dan diberkati hidupnya dunia dan akhirat sebab ibu kamu sentiasa mendoakan kamu yang terbaik sejak dari kecil.

semalam kanan, hari ni kiri pulak

Pukul 9 pagi tadi dah terbaring atas tilam, tiba-tiba rasa sakit dekat belah kiri. Sakitnya sampai rasa tidur saje yang boleh membuatnya kembali normal. Hmm, bulan ni banyak betul rasa sakit. Semalam sakit ni menangkap belah kanan, hari ni agaknya dah puas kot sakit tu menyucuk belah kanan dia berpindah pulak ke kiri. Malam tadi pulak, mulut rasa tak sedap, rasa macam payau gitu. Dalam pada tak sedap tu, habis jugalah burger oblong daging dengan benjo seketul..hihi..Lepas tu, minum pulak air milo.. Satu perkataan aje yang boleh diucap masa tu- HEAVEN..

Hari ni, maybe hubby tak balik tengah hari tapi masih kena masak. Tadi dah keluarkan ayam dari freezer dan nasi pun tengah ditanak. Macam biasalah, pikir menu apa yang sedap nak dibuat untuk hari ni. Apa yang pasti, hari ni nak buat sambal belacan untuk dikawankan dengan daun pegaga (rahsia muda jelita, kulit bersih tanpa jerawat dan sihat tubuh badan).

Haa, kelmarin ada cuba resepi ayam masak lemak negeri tempat lahir campur pegaga. Sedap woo! Kali ni buat ayam masak lemak tanpa guna bawang (memang original recipe ayam masak lemak nogori). Lazat sungguh, hubby pun cakap memang sedap bila dah tambah pegaga tu. Lepas ni, nak cubalah buat pegaga masak lemak aje. Kes cuba campur ni bila borak-borak dengan member. Mula- mula tanya dia (dia ni memang org negeri, saya ni celup aje), ada ke tak orang buat pegaga masak lemak ke atau campur dengan ayam ke apa. Dia pun balas, mak dia selalu buat tapi ikan kembung masak lemak cili api tak pun rendang. Sejak lepas borak, tu yang mencuba tu tapi cuba pakai ayam la (malas beli ikan kembung).

Sekejap aje dah pukul 11 pagi. Kejap lagi nak get ready duduk dapur. Sebelum tu, saya nak cari resepi untuk ayam ni. Kalau sehabis malas, jawabnya buat ayam goreng aje la. hihi, tak membina langsung kan?

p.s: hubby baru call, ajak pergi bank kejap. saya pun nak pergi bank, masukkan duit raya dapat hari tu (pasti ade yang jeles kan sebab walaupun dah kerja masih ada yang tak dapat duit raya :p )..hehe, menabung untuk kesejahteraan diri.. :))

Monday, September 12, 2011

Rasa macam belon!

Malam tadi rasa perut kembung gila. Bila tengok kat cermin, mak aihh, dah serupa dengan belon udara panas tu. Kembungnya tak ingat, iskkk. Sebelum tidur, sesi mengeluarkan angin, tu pun banyak lagi tertinggal dalam perut ni. Kaki kanan pula asyik sakit aje 2-3 hari, sakitnya dekat urat lak tu. Hmm, sakit kaki tu pulak serentak dengan sakit kat belah kanan (pinggang ke ape tah, kena belajar balik anatomi manusia ni ;p ). Sekarang, saya rasa macam nak korek-korek urat yang sakit tu (agaknya urat sakit tu sebab tersimpul kot) lepas tu bagi luruskan dia. Kalaulah boleh buka katup badan ni tanpa kena jahit kan best! Bolehlah buat maintenance kat badan sendiri. hihi.

perut kembung, perut buncit, sakit perut...3 in 1

kaki ku sakit, macam nak pergi urut aje!

Bila bangun pagi tadi, rasanya simptom kembung bak belon udara panas ni disebabkan minum banyak teh susu dan mengunyah kerepek pisang yang lazat tanpa henti. Malam tadi, ingatkan nak bancuh susu kambing tapi bila mengenangkan susu kambing tu tinggal sepeket macam sayang pulak. Nanti tak pasal kitorang bergusti, bertumbuk, berguling-guling semata-mata susu kambing yang peket kecil tu ( dusta semata-mata, kami pasangan yang baik & menghormati satu sama lain :p ). Pagi ni, saya pun jenguk-jenguk la susu kambing yang kecil tu dalam kotak (sedapnya kalau bancuh untuk diri sendiri ;p) dan untuk partner pula, saya bancuhkan susu dutch lady. Saya share dengan partner susu kambing tu memandangkan tinggal satu aje sambil makan sebiji kurma untuk sarapan (see, betapa baiknya saya =)) ).

teh susu, menarik di tekak mnyeksa di perut

kerepek rangup, sedap dimakan...ammm, lazatttt

nak beli lagi susu kambing, stok dah habis

Sekarang dah pukul 11 pagi tapi perut masih rasa kembung hinggakan seperti mahu muntah. Err, perut, mintak maaf banyak-banyak disebabkan saya yang kurang beringat-ingat time minum teh susu; sekarang kamu pulak yang kembung. Hasilnya, saya pula menanggung pening-pening dan perasaan ingin muntah membuak-buak (padan muka diri sendiri)

walaupun tak sihat, mau juga kelihatan cantik seperti model

Hmm, nak cuba pergi muntah la..kot-kot lepas muntah boleh jadi sihat seperti sediakala ke kan. Entah-entah makin teruk pulak disebabkan geli tengok muntah sendiri. hehe.

tetiba geli pulak tengok perempuan ni nak muntah..duhhh~~

Sunday, September 11, 2011

Adab ketika berblog

Rasa macam dah lama tak menulis walaupun padahal baru berapa hari je kan entry tak ada. Selama saya bertapa ni, saya banyak berjalan ke blog orang lain. Siapa? Random blogger yang saya pun tak kenal tapi isunya sama aje. Hari ni saya nak bercerita mengenai adab menulis blog. Mentang-mentang dah masuk zaman IT, adab pun kena diperluaskan bagi memenuhi tatacara kehidupan. hehe.

Blog ni adalah satu medium yang digunakan oleh para blogger untuk menyebarkan maklumat dan juga tempat berkongsi kehidupan mereka. Contoh? Saya!!! Orang dulu-dulu kata baik menuding jari ke diri sendiri dari menunding jari ke orang lain. =P Tapi kan, sekarang ni bila tengok sebilangan blogger menggunakan blog ni dengan cara yang salah. Walaupun blogger diberikan kebebasan untuk menulis apa saje yang dikehendaki tapi apabila cerita yang kurang sedap tak perlulah nak disebarkan. Keaiban sendiri tak perlulah nak dibuka, bukan apa, tak ke nanti jadi isu yang hangat?? Ayat seperti "lantak aku lah, aku yang tulis. Kau siapa?" dan " Saya suka apa yang saya tulis~" selalu menyinggah di kotak 'post a comment' bila ceritanya diselar oleh pembacanya. Haihh, bukan apa, banyak lagi isu yang boleh diutarakan dari bercerita benda yang personal yang kamu tahu mengundang kontroversi. Tapi, kalau jenis memang suka tulis benda kontroversi tak tahulah kan. Hehehe. Pembaca hanya membaca dan kalau dia jenis rajin pasti akan meninggalkan komen. Komen ini pun kadang-kadang jenis yang boleh kita telan dan ada yang jenis main hentam aje termasuklah carutan yang tidak membina langsung. Kelakar pun ada tapi rasanya lebih perasaan geram kot kalau bila pembaca dah menggunakan ayat yang 'harsh'.

ihsan mr google

Adab ketika menulis blog ni pun haruslah dipegang sentiasa oleh setiap blogger termasuk saya. Tidak salah kalau nak bercerita mengenai diri sendiri, orang lain ke tapi biarlah berlapik. Jangan main tulis ketika aura negatif datang. Saya pun macam tu, bila rasa emosi terganggu mesti rasa malas nak menulis sebab tahu nanti entah apa-apa entah ditulis (efek pembaca nanti susah pula, tak pasal-pasal tukang baca pun terkena aura mendung). Bagi tukang baca, kalau rasa anda layak untuk tinggalkan komen, jangan pula bagi komen yang super power @ carutan yang tidak membina. Walaupun ni adalah alam maya, jangan sesekali menggunakan kuasa melampau tu. Kalau orang tu memang wajib ditegur, tegurlah menggunakan cara yang berhikmah. Saya pernah baca blog blogger lain, tukang bagi komen tu menggunakan perkataan berbisa disebabkan dia menyampah ramai sangat follower blogger tu. Haha, memang kelakar! Untuk blogger, kalau nak tahu patut atau tidak anda menulis entry yang terlebih jiwa tu, cuba anda baca balik entry tu beberapa kali sebelum menekan 'publish post'.

ihsan mr google

Hmm, saya menulis entry bukan apa, kadang-kadang kesian tengok blogger asyik kena hentam aje tapi salah blogger juga yang dia pergi tulis benda tak sepatutnya tu buat apa. Saya dah habis menulis, jom pekena nescafe dan roti seketul! Haha. =)) 


p.s: saya buat entry ni disebabkan ramai yang menulis sepenuh jiwa raga dan tukang komen pun sama terlebih jiwa. my 2 cents only =D

Thursday, September 8, 2011

Within 24 hours, baby veggies dah cambah! (age: 5 days)

Semalam kan saya ada post pasal sayur raya. Saya ambil gambar babies tu dalam pukul 9 pagi gitu. Masa tu, yang bercambah sikit cuma baby radish & baby bayam ( tu pun kecil aje, tak nampak sangat). Bila tengah hari jenguk kejap kat planterboxes, nampak baby radish dah meninggi, baby sawi & baby kailan dah mula cambah. Mula-mula rasa pelik, belum pun sehari lagi, tapi quite fast juga babies ni membesar. Pukul 6 petang memang waktu diorang bersiram. Saya pun panggil la hubby if dia nak tengok babies ni. Bila tengok aje, makin membesar kesemuanya. Tu lah kan, dalam masa yang beberapa jam tu pun dah nampak tumbesaran sayur-sayuran ni, apatah lagi baby dalam kandungan. Sedar tak sedar, dah cukup sifat. Subhanallah. Bila tengok sayur makin bercambah ni, terasa sangat seronok! Agaknya memang serasi lah kot dengan tanah yang kitorang beli tu. Satu beg tanah yang dah siap ada baja tu baru RM 5 (kalau tak silap 5kg per bag). Dalam masa sebulan ni, saya nak perhatikan progress macam mana. Kalau nampak sesak aje dalam boxes ni, saya rasa kena belilah box yang baru untuk keselesaan diorang. hehe. Lepas ni, bolehlah beli benih yang lain pula. Makin lama makin banyaklah planterboxes kat belakang rumah tu. Gamaknya kena susun atas rak la gini. Hmmm, agaknya rak kasut yang murah-murah tu boleh tak dijadikan tempat letak planter boxes ni???

baby radish..nampak tak ada mr cacing kat tepi?

baby radish dah tinggi!

baby sawi, kailan & bayam..dalam masa 24 jam

Wednesday, September 7, 2011

Jus Pegaga, anyone?

Semalam hubby buat jus pegaga untuk dinner. Sehari sebelum ni, kitorang jadikan ulam aje. Hubby yang beria-ria nak cuba buat jus pegaga ni. Bila dah jumpa resepi jus pegaga, dia pun buatlah eksperimen di dapur. Idea asal resepi ni menggunakan gula perang (brown sugar) tapi kami substitute madu disebabkan gula perang dah habis. Seperti yang dah diketahui umum, madu kan banyak khasit, jadi tak salah rasanya menggunakan madu.

Pegaga ini memang terkenal dengan banyak khasiatnya dalam mengawal penyakit tapi anda harus ingat semuanya ditangan Allah. Saya ada baca mengenai sebilangan yang suka mencuba sehingga qada & qadar diketepikan (terlalu obses sehingga apa yang ditakdirkan untuknya dipersalahkan). Bila dah perasaan putus asa menyelubungi diri dan mulanya episod menerima takdir seadanya, barulah sebilangan ini dimakbulkan doanya. Moral of the story, apa-apa pun ikhtiar yang anda buat, janganlah dilupakan bahawa semua benda terjadi diatas keizinan Allah swt.

Haa, berbalik pada jus pegaga ni. Jus pegaga ni bolehlah dikategorikan sebagai sedap (tapi siapa yang tak boleh tahan, mungkin akan rasa suku cawan dah macam satu cawan). Khasiat jus pegaga ni untuk perempuan sangatlah banyak. Jus pegaga boleh mengurangkan senggugut, masalah keputihan, dan berat badan. Paling penting sekali boleh membuatkan anda makin muda. Seeloknya, kisar sekali dengan akar-akarnya. Disebabkan penjual pegaga disini bijak, dia dah kerat pulak akarnya. Sabar jelah. Ok, sekarang saya paste kan resepi jus pegaga ni. =D

jus pegaga madu


RESEPI JUS PEGAGA MADU

Segenggam daun pegaga & akarnya sekali (basuh bersih, rendam dalam air garam utk buang segala kotoran)
1-2 cawan air masak
Segenggam ais
3 sudu madu ( ambil madu dengan sudu plastik)


Cara-cara:
1. Kisar daun pegaga tadi bersama air dan ais.
2. Tapis air pegaga. Jangan buang, yang tu boleh disapu di seluruh muka untuk awet muda. (yang bahan kisar ni baru baca dari blog orang lain, rahsia warga emas kekal muda. Masa ni, bahan kisar tu dah selamat dalam bakul sampah. rugi2x)
3. Masukkan dalam cawan dan gaul dengan madu. Sedap!
4. Nak sejuk lagi, letak ais lagi.. =D

Sayur Raya!

Haa, kan dah keluar entry ntah apa-apa.  Kali ni entry pasal sayur. Jangan terkejut, sekarang dah jadi petani moden. haha. Seronok sebab dah ada tanaman sendiri (gedik gila padahal baru semalam menanam). Cerita sayur ni sebenarnya start dari bawang la ni. Bawang besar kan cepat tumbuh daunnya. Bila nak masak tu, tiba-tiba nampak pula sebiji dah tumbuh daun. Lepas tu cakap dgn hubby pasal kes bawang & ura-ura nak tanamlah bawang ni. Dia pun ok aje. Dua-dua pun mulalah berangan nak tanam pokok ape lagi. Balik dari beraya kat kampung, tengok makin tinggi daunnya. Disebabkan semalam baru ada kelapangan, tu yang pergi beli planter boxes, alat-alat menanam dan benih. Benih yang kitorang pilih termasuklah sayur sawi, sayur kailan, cili merah, bayam, lobak putih dan ketumbar. Benih cili dgn ketumbar aje belum nak ditanam ( rasa nak beli pasu lainlah untuk yg dua2 ni). Marilah tengok hasil yang belum nak tumbuh apa2 ni. Bila mula menanam ni, tiba-tiba rasa tenang aje (serius, tak tipu). Oh ye, terima kasih kepada hubby sebab dialah yang tanam (mula-mula nak tolong, sekali ada pulak encik cacing. dah tak payah, biar aje hubby yang buat). Tugas saya sebenarnya hanyalah memastikan benih-benih cukup nutrien dan air. Hahaha.

p.s: benih-benihku, silalah hidup melihat dunia. nanti dah sihat, boleh kami makan hasil tuaian sendiri. =D

Planterbox A: sawi, kailan & bayam.. Planterbox B: bawang & lobak putih

tengok, baby radish dah mengeluarkan diri, yeay! (4 days lepas tanam)

Mr good bayam dah nampak~~~

Mr Box A, Mr Box B & Mrs Good Soil..