Monday, October 31, 2011

Ada tak yang baik hati?

Semalam mengisi masa terluang pergi JJ Penang. Masa masuk courts mammoth tu, terjumpalah mesin jahit yang pelbagai jenama.

Saya terus bersuara merdu kepada husband, "Saya nak mesin jahitlah,tak nak laptop. Kalau ada mesin jahit di rumah, bolehlah belajar jahit baju etc."

"Betul ke? Ok juga tu," my husband pun membalas. Time tu apa lagi, rasa macam dah ada green light.

Saya pun berfikir," A'ah, kalau dibandingkan dengan harga sebuah laptop dengan sebuah mesin jahit serta perbezaan dari segi kegunaan, mesin jahit sah-sah menang. Lagipun, dah dua kali laptop musnah, jadi, better invest kepada yang benda lain pula. PC pun dah ada di rumah."

Malamnya...

Saya browse mengenai mesin jahit yang elok antara jenama Singer, Toyota dan juga Brother. Kebanyakan mengatakan jenama Brother paling best untuk portable sewing machine dan Singer pula bagus yang pedal kaki (kat rumah seremban ada mesin jahit ni, rasanya dah berpuluh tahun. Dulu guna untuk jahit langsir raya). Selepas khatam belek-belek forum yang ada, saya pun bagi tahu husband, saya rasa saya nak mesin jahit jenama Brother. Harganya dalam range RM600-RM800. Kalau yang harga RM 600 ada 14 stitches dan RM800 ada 25 stitches. Kalau ada yang baik hati nak bagi mesin jahit ni dialu-alukan.. =P

Ni yang harga RM600

Harga RM 800..macam berkenan yang ni :p

Tuesday, October 25, 2011

French toast & A cup of tea

French toast and a cup of tea are great start of the day! Cewah, pagi-pagi dah speaking. Sebelum memulakan penulisan entry hari ni, eloklah memberi salam terlebih dulu ek. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Para tukang baca semua dah sarapan? Hari ni saya buat simple aje cuma roti bakar letak telur dan secawan teh. Dari semalam saya mencari cara-cara nak buat roti bakar spesis ni, akhirnya jumpa dalam blog orang lain. Terima kasih kepada blogger tersebut diatas tips membuat roti bakar yang satu ni. Roti bakar spesis ni tak menyusahkan pun nak buat; janji ada oven. As simple as 1,2,3! Saya rasa roti bakar ni sesuai untuk wife berkerjaya yang tak ada masa nak buat sarapan.

    
French toast
A cup of tea

Thursday, October 20, 2011

Ibu, saya sudah berubah...

Dulu,
Masa kecil semua ibu buat untuk kita, kita terima aje dengan tangan terbuka
Masa menangis, ibu yang tolong bagi kata-kata menggembirakan
Bila tiba birthday, ibu susah-susah beli kek dan bagi hadiah
Masa jalan-jalan, ibu tak lupa beli baju baru dan makanan kegemaran
Time tidur, ibu tepuk-tepuk lepas tu siap baca bedtime stories


Sekarang,
Jarang-jarang kita buat sesuatu untuk ibu sendiri
Time ibu menangis, belum tentu kita pujuk malah menambah masalah
Birthday ibu, bila dah kemampuan, ada ke bagi hadiah dan kek?
Time jalan-jalan, kita pun jarang ingat ibu sendiri sebab khusyuk beli untuk diri sendiri..kadang-kadang siap pinjam baju ibu
Time ibu tidur, tak ada pun cakap good night

Tapi masa masih ada untuk saya,
Ibu, saya minta maaf sebab jarang-jarang buat yang terbaik untuk ibu. 
Saya doakan ibu sentiasa sihat sejahtera dan segala penat lelah ibu menjaga saya selama ini akan dibalas olehNya.
-------------

p.s: Walaupun ibu tidak mengharapkan apa-apa dari kita, janganlah kita menambah kesusahan ibu sendiri. Anda sudah dewasa, jadi berfikirlah secara matang. Seorang ibu takkan bersuara secara depan-depan kita tapi tengoklah reaksi ibu sendiri. Kalau air muka dia menunjukkan dia tak suka, silalah jangan mengulangi perbuatan tersebut. Jagalah percakapan kita walaupun kita sudah berumah tangga, dia tetap IBU kita. Tidak ada gunanya kamu meminta maaf hari ni tapi esok lusa kembali perangai lama.

Wednesday, October 19, 2011

Bila datang tanpa diundang, saya patut...

Pagi ni saya macam biasa blogwalking blogger lain dan ada satu blog yang menarik untuk dibaca malah patut dibaca oleh semua orang iaitu bagaimana kita nak tahu dalam badan kita ni mempunyai makhluk halus. Bila baca blog tu, baru saya tahu bukan setakat mimpi jatuh dari tempat tinggi sahaja yang menunjukkan diri kita diganggu malah lebih 10 tafsir mimpi yang menunjukkan makhluk halus baru nak masuk badan kita atau sudah lama bertempat di sendi-sendi badan kita. Salah satu cara untuk kita membuat pedinding adalah dengan membaca ayat dibawah ini sebanyak 100 kali pada waktu pagi dan petang selama sebulan. Insya Allah, dengan izin Allah, mungkin makhluk yang tidak diundang itu tidak akan menganggu anda.
zikir pendinding diri


Bagi yang ingin detect jika ada penduduk lain didalam badan, boleh mendengar ayat ruqyah dengan menggunakan headphone tapi dinasihatkan semasa proses tu ada orang lain di rumah sebab tindakbalas yang kita alami di luar kawalan (bagi yang mempunyai penduduk ghaib). Masa dengar ayat ruqyah tu, jangan ikut bacaan tu tapi cuma pejamkan mata dan dengar baik-baik. Kalau masa dengar atau selepas sesi tu, tiba-tiba ada tindak balas macam ada benda gerak-gerak bawah kulit ke atau tiba-tiba rasa sakit sebahagian anggota badan, anda mungkin telah dihuni oleh pendatang yang tidak diundang tu. Cara selamat, esoknya cubalah berjumpa dengan ustaz, tanya jika betul ada makhluk lain dalam badan. Kebanyakan orang tidak menyedari dia telah menumpangkan benda-benda ni setelah sekian lama.


Saya sendiri akan kalanya akan buka juga ayat ruqyah ni kat rumah (buka kuat-kuat biar satu rumah bergema dan semua pintu jangan ditutup) ataupun bila rasa badan semacam aje, rasa gelisah atau tiba-tiba ternampak benda yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, setakat ni belum ada yang pelik-pelik lagi macam dulu. Minta dijauhkan segala yang tidak baik dan tutuplah pandangan dari ternampak benda yang tidak diingini. Kamu tak payahlah teringin nak tengok, sesungguhnya rupanya sangat hodoh, ok! (boleh pengsan 2-3 hari).

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lindungilah kami sekeluarga dan rumah kami ini pada siang hari sehinggalah malam hari dari terkena segala jenis bentuk ilmu-ilmu sihir, ilmu-ilmu hitam yang boleh memudaratkan kami, kejahatan manusia, jin, syaitan dan iblis. Engkau tutuplah mata kami ini dari ternampak sesuatu yang tidak kami ingini. Tetapkanlah keimanan kami kepadaMu. Sesungguhnya Engkaulah Pelindung kami dari segala kejahatan zahir dan batin."

Ini maklumat tambahan bagi sesiapa yang mahu tahu jika rasa ada pelik-pelik ke:

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Tuesday, October 18, 2011

Lagu Lama: Pagi2 dah karaoke

Pagi ni tiba-tiba rasa nak tengok klip mtv karaoke lagu lama zaman 90an dan haruslah lepas tu memekak seorang diri kat depan pc ni haa. Pada saya, walaupun hebat mana lagu sekarang ni tapi yang paling sedap di telinga adalah lagu zaman dulu; agaknya sebab susunan lirik kot. Cuba dengar lagu dan perhati sebaris demi sebaris lirik sekarang, ok cuma tak berapa kuat nak terkesan untuk saya. Haha, saya bukan nak kritik cuma itulah, dah telinga ni pun telinga budak lahir tahun 80an nak buek camno laei. Ramai artis diwujudkan pada zaman 90an ni dan boleh dikatakan semuanya top juga. Tapi sayangnya, segelintir kejap ada kejap tak ada. Apa-apa pun, good luck apa sahaja yang diorang buat sekarang (macam la ada artis baca entry ni kan, tak apa, saya doakan yang terbaik untuk mereka)

Sekarang ni duk dengar lagu 'Jangan Menangis Sayang' yang dinyanyi oleh Safura dan Oney. Lagu ni sebenarnya lagu favourite my hubby dan dia pernah emel lagu ni pada tahun 2008 sebab masa tu saya tak pernah tahu kewujudan lagu ni, haha. First time dengar, best gak dan akhirnya sampai sekarang duk melekat dengar lagu ni. Eceih, feeling lak pagi-pagi ni haa. Hahaha, takpe lah kan sekali sekala feeling terlebih sudah. Bagus juga kadang-kadang feeling ni sebabnya nanti bertambah kasih sayang. Tak caya? Cuba korang fikir benda paling sweet pernah boyfriend/girlfriend/husband/wife buat. Lepas tu, mesti rasa sayang aje (kalau tak rasa apa-apa tu, tak tahulah nak dikategorikan korang dalam mana, hehe).


Bila dah start karaoke seorang diri kat rumah ni sambil tu kepala duk ligat pikir nak masak apa untuk tengahari sebabnya malas nak beli beras; rasa nak diet, boleh? (diet konon, cehh!). Semalam dah masak spaghetti cara superb (letak kiub nenas dalam tin tu, mentega sikit, cheese, tomato, chilli flakes). Hari ni rasanya nak buat pancake a.k.a lempeng lepas tu buat sambal ikan bilis. Kadang-kadang makan gitu pun sedap juga ek? Mujur tak ada ubi ke keledek rebus panas. Kalau tak, lagi laju makan dengan sambal ikan bilis.

Oklah, nak sambung cari lagu lain pula, hajatnya nak memekak sampai pukul 10.30 pagi lepas tu baru nak cari resepi untuk makan tengahari.

Wassalam.

bubblediana

Sunday, October 16, 2011

Kisah Cendawan

Assalamualaikum dan selamat pagi ahad! Hari ni saya nak bercerita mengenai satu sayuran yang sedap dibuat sup, goreng tepung dan dijadikan bahan utama dalam nasi goreng iaitu cendawan. Sebelum kita bercerita panjang tanpa arah tuju, baik kita mengetahui serba sedikit pengetahuan am mengenai cendawan tiram ni.

(-----------------------ihsan wikipedia------------------------------)
Cendawan tiram dalam bahasa saintifiknya Pleurotus ostreatus. Cendawan tiram ni banyak kebaikannya, antaranya:
  1. Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.
  2. Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.
  3. Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.
(----------------------ihsan wikipedia-----------------------------)

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai cendawan tiram ni, bolehlah anda cari dalam sesawang internet. Penanaman cendawan tiram secara komersil sangatlah digalakkan dan jika anda berminat bolehlah contact mana-mana agensi yang berkaitan (tapi tak ada ke cendawan busut atau cendawan kukur dikomersilkan eh? hmm). Apa-apa pun saya ucapkan tahniah pada yang sudah berjaya komersilkan dan selamat berjaya kepada yang baru-baru mahu berjinak dalam penanaman secara komersil ni. Kesimpulannya, terima kasih pada semua yang berada dalam sektor pertanian sebab tanpa anda certain food supply mungkin dah susah nak jumpa sekarang.



Ok, sekarang nak masuk dalam sesi saya bersama cendawan tiram ni. Minggu lepas, saya dan hubby pergilah pasar malam; sekali tu jumpalah cendawan tiram. Satu plastik besar baru dalam RM 5 (boleh dikategorikan sebagai murah sebab boleh buat makan 3-4 hari). Mula-mula tengok macam ok aje cendawan tu; tak ada yang pelik-pelik. Tiba masa hari nak masak tu, saya pun bukalah plastik cendawan tu sebab menu pada hari itu cendawan goreng tepung. Mak aihh, cendawan dia spesis sihat-sihat! Masa nak carik-carik tu, saya rasa seronok pula, yela, sebab pertama kali kot jumpa yang jenis besar dan segar. Kalau orang yang selalu jumpa, pasti rasa entry kali ni sangat entah apa-apa. Bila tengok balik gambar cendawan spesis besar ni, rasa buat senduk lauk pun boleh.

RM 5: harga cendawan seplastik besar. Berbaloi-baloi

Cendawan ni lagi besar dari tapak tangan saya.

Boleh buat senduk lauk!
Gambar selepas dibuat goreng tepung dan bersama lauk lain iaitu sup bayam. Hari tu hari makan sayur aje disebabkan ikan masih beku dan kejung dalam peti ais. Tapi bila dah goreng cendawan guna tepung kentucky tu, bila makan rasa macam makan ayam goreng pula. Bagi yang pernah buat, korang rasa tak sama macam ayam goreng???

cendawan goreng tepung. Rangup sampai bunyi krup krap krup krap!

Sup bayam hijau. Sodap!

Sunday, October 9, 2011

sangat happy~~

alhamdulillah, hari ni saya masih boleh bernafas dengan baik dan diberikan kesihatan yang tip top. Semalam, saya buat nasi ulam untuk lunch. Hasilnya, sangat menarik dan bila makan tu, krup krap krup krap bunyi taugeh segar! Tukang baca yang sememangnya kenal saya mesti nak tanya, mana datang mimpi nak buat nasi ulam? Hehe, ni semuanya dari pengaruh afc channel kat astro tu. Masa tu tengok chef wan tengah buat nasi ulam ni, jadinya (haruslah) cuba buat sendiri. Nasi ulam ni sama lebih kurang dengan nasi kerabu cuma nasi kerabu tu ada warna biru yang datang dari bunga talang. Side dish untuk nasi ulam ni, saya buat ikan cencaru goreng dan budu letak cili padi.

RESEPI NASI ULAM DIANA (heh, nak jugak letak nama ye tak?)

nasi ulam untuk semalam

Bahan ulaman dia, saya cari benda yang senang nak jumpa:
ulam raja
daun selasih
daun selom
kacang panjang
taugeh (celur sekejap aje, jangan bagi dia layu)
serai
bunga kantan
daun pudina
daun pegaga (cuci bersih akar dia sebab nanti mayang sekali)

Lepas tu kisarkan/ tumbuk:
4-5 biji bawang merah kecik tu
halia
2-3 cili padi
lengkuas
garam
Bahan lain:
kerisik
sebiji limau kasturi


Cara2:
1. Mayang semua daun-daun tu kecuali taugeh. Masukkan ke dalam besen. Kalau kuantiti ulam tu nampak banyak bahagikan kepada dua, satu bekas boleh simpan dalam peti ais.
2. Lepas tu, masukkan bahan kisar, kerisik, taugeh dan perahkan sebiji limau kasturi ke dalam besen. Ambil nasi putih panas dan gaulkan sehingga sebati. 

haa, saya dah bagi resepi nasi ulam ni, jadinya sesiapa yang nak buat, silalah. Nasi pun tak pakai banyak dalam 1 1/2 pot gitu aje untuk lunch dan dinner. Overall, makan nasi ulam ni bagus sebab rasa badan agak light sedikit sebab makan dedaun aje kan. Sekali sekala kena makan macam ni bagi proses pencernaan bertambah baik. :D Hari ni, insya Allah, saya nak cuba buat kerabu tauge pula. Nyum3x..

.....

Masa tengah menaip resepi nasi ulam ni tiba-tiba saya rasa happy pula bila mengenangkan ayat hubby yang berbunyi macam ni,
Hubby: "next month kalau ada rezeki, jom kita pergi berjalan-jalan sempena raya haji." (time ni hati dah berbunga-bunga)
Saya pun menyampuk la, " a'ah, next month first wedding anniversary. Ohh,ye, happy anniversary."
Dia pun balas,"hey, anniversary next month. Mana boleh cakap sekarang."
Saya balas balik sambil gelak," in advance takpe la kot =))"

Insya Allah, kalau diberikan rezeki bulan depan, nampak gayanya tak balik berayalah di negeri sembilan. Saya beraya di utara sahaja. Hehe. Alhamdulillah, saya bersyukur diatas nikmat yang telah diberikan Allah swt kerana diberikan hubby yang baik sebagai peneman hidup. Mungkin selepas ni, akan ada pula berita gembira dikurniakan zuriat yang terbaik (mr hubby jr & ms wifey jr). hehe, Aminnnn~~

Wednesday, October 5, 2011

Kimchi dan Spicy TteokBokkI (sticky rice cake)

Hari ni buat kimchi untuk kali kedua dan ditambah pula menu yang baru 'spicy tteokbokki'. Seperti yang sedia maklum, kimchi dan tteokbokki ni antara makanan korea yang sangat popular di korea. Mula-mula nak buat bibimbap atau mee korea tapi bila dah melihat cara-cara membuat spicy tteokbokki ni, rasa nak cuba yang ni pula. Masa tengah taip ni, sticky rice dalam proses stim lagi. Apa bagusnya buat sendiri ya? Jawapannya mestilah ditanggung halal, tak payah was-was lagi. First time saya buat kimchi bulan 8 lepas, memang rasa azabnya (prosesnya makan masa yang panjang) tapi bila dah kali kedua ni, semuanya rasa senang aje.

sticky rice cakes (tteokbokki)


Tteokbokki ni ada dua resepinya iaitu spicy tteokbokki dan royal palace tteokbokki. Spicy tteokbokki ni kalau dah tengok nama pun dah tau rasa dia pedas sedikit disebabkan mengandungi chilli paste dan juga chilli flakes. Spicy tteokbokki ni boleh dikatakan snek korea. Hari ni saya nak cuba yang ni~~ (kali pertama ni nak cuba). :D
spicy tteokbokki.. hari ni punya menu!
Royal palace tteokbokki ni saya rasa kuahnya jenis mild disebabkan penggunaan shitake mushroom sebagai kuahnya/sosnya. Antara bahan yang digunakan selain shitake mushroom dan bahan asas dalam makanan korea adalah daging dan black pepper.

royal palace tteokbokki

 Bila jalan-jalan dalam website makanan korea, jumpa pula ddeokggochi ni. Ddeokggochi ni pula sticky rice yang dibakar sekejap lepas tu dicelupkan dengan sos pedas.

Ddeokggochi


Bahan asas mana-mana resepi korea: daun bawang, kobis cina, lobak merah, bawang besar, bawang putih, gula, sesame seeds dan sesame oil. :D

Tuesday, October 4, 2011

tahap kesihatan anda adalah...?

Pagi tadi baru lepas borak-borak dengan member dari kecil (dalam 5 tahun gitu) sampailah sekarang. Mula-mula borak pasal produk yang dia tengah promote sekarang lepas tu masuklah bab dia pergi jumpa doktor untuk check blood dan urine test. Unfortunately, doktor tu bagi tahu yang komposisi dalam darah dia tak berapa cantik dan ada bahagian yang tidak berfungsi dengan elok. Doktor bagi nasihat kalau tidak ambil langkah berjaga-jaga, umur dalam 30 tahun dah boleh kena penyakit macam-macam. Masa 3 bulan selepas kahwin, saya pun ada cek juga perjalanan darah etc. Kalau orang tengok saya, mungkin akan cakap, nampak sihat aje. Tapi, sebenarnya darah saya pun tak berjalan dengan baik! Oh my goodness~. Saya boleh nampak perjalanan darah saya tu tersekat dan consultant tu suruh saya mula jaga pemakanan dan kena bersenam. Hubby punya darah ok, tapi ada juga sedikit simptom-simptom awal penyakit.

Jadi, bagaimana tahap kesihatan anda? Anda kurus tapi sihat? Anda gemuk tapi tidak? Semua jawapannya adalah sila buat screening darah dan juga urine untuk tahu tahap sebenar kesihatan anda. Yang kurus tak semestinya sihat dan yang gemuk bukannya tanda anda berpenyakit. Jagalah kesihatan anda dan sila rujuk pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat sebelum consume apa-apa vitamin. Oh ye, kalau sesiapa ada astro, rajin-rajinlah tengok channel KBS World channel 391 (rancangan Vitamin, rasanya hari jumaat ke sabtu petang).

Sunday, October 2, 2011

AHAD, hari untuk BERGEMBIRA

Selamat pagi kepada kamu semua. Hari ni hari ahad tapi ahad kat kedah ni dikira hari bekerja. Orang yang surirumah macam saya aje menganggap hari ahad adalah hari bersenang-lenang. Tapi, tak bersenang-lenang pun, banyak kain baju nak dibasuh, satu gunung baju yang dah kering nak dilipat dan rumah yang kena dikemas rapi. Barulah tuan yang duduk di rumah sihat sejahtera. Sekarang ni tengah tunggu second trip nak dijemur. Selimut, cadar, comforter..erghhh, semuanya yang berat-berat. Pinggang pun dah sakit sikit-sikit. Haha, teruk betul, ye tak? Kejap lagi nak masak lagi..hmm, hari ni nak masak sayur apa eh? Semalam buat sup bendi tu, hubby pun cakap ok aje masak satu lauk..hihi..Hari ni confirm lunch pun makan sayur aje sebab tak beli ikan/ayam lagi. Vegetarian day :p

Tukang-tukang baca hari ni ada cerita menarik ke? Kalau ada, meh la kongsi dengan saya. Mesti seronok eh weekend gini; boleh pergi jalan-jalan. :D