Wednesday, November 30, 2011

Mimpi family

2-3 hari ni selalu mimpi mami dan kakak yang pertama. Mimpi paling best adalah malam tadi (best celah mana tah)~~ Malam tadi mimpi kalut nak pergi exam, siap cikgu telefon rumah jangan lupa exam. Lepas letak telefon duk sibuk makan (mimpi pun ada makan-makan kan? memang dasar suka mencekik!), sekali tu mami dah start sound suruh mandi semua sebab nanti nak pergi exam. Masa tengah syok mandi, syampu semua, saya baru teringat tak baca buku pun! Habislah, fail la gini. Tengok jam, macam sempat aje buka buku (dalam hati, saya budak bijak! saya mesti boleh jawab!) Sekali bila buka buku tu, apa benda graf bagai ni?! Aiyooo, bau-bau gagal dah semerbak!

Bangun-bangun tidur terus sengih walaupun mimpi macam nak gagal exam tapi seronok dapat jumpa mami semua dalam mimpi PLUS dapat makan!

Now, saya tengah tengok resepi beef stew pie sebab hari ni nak buat yang ni (konon tak nak makan nasi hari ni)


p.s: rindu gila dekat mami tapi tak ada kredit pulak..sabar jela~~

Tuesday, November 29, 2011

Dah kata nak makan..

Haa, kelmarin duduk seronok aje tengok website makanan. Antaranya marrybrown dan ayamas. Kisah marrybrown tu sebab tengok ada orang post gambar mee kari marrybrown kat facebook. Saya pun tunjuklah gambar semangkuk mee kari tu kat husband. Husband pun cakap macam nampak sedap aje. Kami yang sememangnya kelaparan masa tu, mulalah cari-cari lokasi marrybrown ni.

Last sekali husband cakap," eh, sayang kan pandai buat mee kari? Bila nak buat lagi?"
Saya balas," Boleh je nak buat tapi bahannya tak ada kat rumah =P"

mee kari marrybrown

Lepas tu, masuk pula website ayamas. Tiba-tiba tekak berkenan pula nak makan ayam percik, ayam black pepper dan ayam honey dia. Hmm, favourite saya mestilah yang ayam black pepper tu. Mami kalau beli mesti ayam black pepper sebab abah pun suka ayam yang tu. First time saya bertukar selera ke ayam percik ayamas masa kakak saya yang pertama kerap beli yang tu dan bila tengok dia ngapp ayam tu macam ayam tu sedap betul. Sejak dari tu, kalau kakak beli ayam kat ayamas, dia mesti beli half percik & half black pepper. Haaaa~~~sedapnya ayam kat ayamas ni!

ayam yang meruntun jiwaku~

Bila terkenang tu, mulalah ayat lazim keluar ( husband kata ayat lazim anak bongsu):

Saya: Dah lama tak makan ayam black pepper..hmm, anniversary nak makan ayam ni la..boleh tak? ( ni la ayat lazim dia 'dah lama')
Husband: Boleh aje tapi bukan kita dah makan dah?
Saya: Mana ada.. Kan baru jumpa kedai kat sini hari tu?
Husband: Masa kita balik seremban dulu.. (memang dulu2 pun)
Saya: Tu memang dah lama laa.. hahahaha (tengok ayam lama-lama kat website)


Pada hari kejadian...

Supposed: Ayam Ayamas

Yang terjadi pada kemudian harinya: Ayam roasted GIANT (hentam la, janji dapat makan ayam roasted..lega gila tekak!)

Monday, November 28, 2011

Alhamdulillah, I love U stronger~~

7 hari sebelum: mood happy gila-gila 
6 hari sebelum: belek kalender lagi
5 hari sebelum: wow, tak sabarnya la kan
4 hari sebelum: mula la pikir makanan sedap-sedap
3 hari sebelum: hanya Allah saja yang tahu
2 hari sebelum: get ready, mula menunjukkan kerajinan
1 hari sebelum: hati dah tak keruan..Selamat Tahun Baru untuk umat Islam!

Malam tu, pukul 11.20 malam:
Pap! Rumah jadi gelap, BLACK OUT!!! Telefon rumah tak boleh pakai. Jenguk satu taman, Gelap Gelita o_0
Saya: Abang, jom beli lilin, gelap kot ni.
Hubby: Ok. Agaknya black out sebab malaysia kalah bola kot. Abang baru nak kutuk-kutuk video kereta kat youtube. Cehhh
Saya: Haha, Tu la nak buat jahat. Dia tak bagi abang mengutuk la gitu. Kan dah bergelap-gelita. Haha.

Lepas pasang lilin:
Tak boleh tidur, nyamuk berpesta sana-sini. Kami bercerita pasal black out zaman dulu. Nice!

Pukul 12.00 malam:
Saya: Abang, happy anniversary! I love you so much! (hugging)
Hubby: Happy anniversary too~~ Love you~~
Saya: Mujur tak bake cake tadi. Kalau tak, ada juga merana tengok kek tak menjadi~
Hubby: Eh, ye ke? a'ah ek, guna oven..mmm *kipas2 guna buku*

Pukul 1 pagi:
Rumah dah jadi terang- benderang. Syukur!!! Ni la anniversary paling best sebab tak payah pergi jauh-jauh semata-mata nak suasana sunyi/romantik. =P (siap ada sound efek hebat iaitu ditambah dengan bunyi nyamuk, eeeeekkkkk eeeeekkkk)



Sekali lagi nak cakap, "Happy 1st anniversary to hubby". Bagi yang sama date dengan kami, happy anniversary too kepada anda semua. Insya Allah, marriage kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat, bertambahnya zuriat dan relationship antara satu sama lain sentiasa dipenuhi kasih sayang.  Aminn~~ Alhamdulillah, selamat sudah setahun dalam marriage.. =D

Sunday, November 27, 2011

Janjimu di kakiku~~

Ehmm, untuk orang yang sudah berjanji, tunaikanlah janji-janjimu itu dengan baik. Jangan la biarkan orang yang dijanjikan itu sampai naik meluat dengan alasan-alasan yang tidak munasabah langsung. Orang yang dijanjikan tidak akan marah jika orang yang berjanji memberi alasan yang sebenar dan tidak perlu anda pusing-pusing cerita. Ingatlah, anda harus tepati janji anda dalam masa yang telah kamu janjikan. Rezeki yang masuk jika ikhlas melakukannya, Allah pasti memberi ganjaran yang setimpal malah diberi keberkatan olehNya.

Sila, no more lagi perbuatan seperti dibawah:

1. "Sorry ya, hari ni terlupa nak send"
2. " Dah siap, nanti saya hantar, ok?"
3. "Tuuuttt..tutttt.." (off phone)
4. "mesej-mesej" - tapi tak ada reply..hmmm, aneh kan?
5. Si dijanjikan," Dah sampai, tapi kenapa ada salah? Mana barang yang sepatutnya saya dapat?"
    Si pejanji," Ohh, baru nak bagi tahu ada salah (kena ke si dijanji telefon dulu?). Barang tu nanti saya bagi sekali dengan yang cetak baru" - dah nak 3 minggu, tak ada pun posmen hon rumah~


Bila anda mula membuat sesuatu servis kepada pelanggan, saya mohon sangat-sangat silalah jaga nama anda dengan baik walaupun hasil kerja anda da boom tapi jika tidak menepati masa yang ditentukan; Hasil anda itu useless, ok? Kalau tidak sanggup membuat 2 pekerjaan dalam satu masa, please QUIT for doing so. Silap-silap haribulan, janjimu di tapak kakiku jua!

Saturday, November 26, 2011

Wow, cintaku cintamu!

Dialog tak seberapa..

Lelaki: I love you, honey! I cannot sleep (tipu gila entah-entah sedap berdengkur), cannot eat (tunggu duit honey la, I tak ada duit), cannot bath (bil air tak bayar) and cannot poo-poo (sembelit sudahh) because I miss you~~
Perempuan: Ye ke, darling? Ohhh, I terharu dengar kata-kata you tapi tipulah kot kalau you kata you tak boleh tidur semua (dalam hati, wahh, bestnya! I love you back!)
Lelaki: Betul lah you. You tak tau betapa cintanya I kat you..Awwww~~
Perempuan: *tersipu-sipu malu*
Lelaki: Pfffttt ( yes, yes, mesti dia dah tak marah dah)


Ya, dialog di atas sangat mengujakan, kan? Tu la, hebatnya cintaku cintamu kadang-kadang. Time nak pujuk, semua dialog keluar dari mulut. Haha, ehhh, dialog ni tak ada kena mengena dengan saya tau..Jangan salah paham pula!

Cintaku Cintamu...Pfftt~!!!

Thursday, November 24, 2011

Emosional

"Eiii, emosi gila xx tu"
"Tu la, payah la ada orang macam tu kat sini. Satu apa pun tak boleh"
"A'ah kan, tengok kita, elok aje"

Tetttttt~~


Dialog diatas selalu akan diucapkan bila terdapat orang-orang yang berperasaan tahap dewa di tempat anda belajar/ kerja. Tahukah anda bahawa tukang yang cakap pun sama aje emosi? Nak tahu sebab apa? Sebab anda pun turut beremosi sama bila mengeluarkan ayat-ayat tersebut (sebenarnya nak berperasaan tidak puas hati tapi tak sedar sehingga kata-kata sendiri pun sama emo! tak ke sama aje?). Tapi kan, memang jarang eh nak jumpa orang yang macam cinderella, walaupun kita emo kat dia, dia tetap membuat kerja-kerjanya dengan baik tanpa merungut dan tanpa cakap belakang-belakang ni. Sekarang ni ramai yang tidak sedar bahawa menyatakan sesuatu kat tempat-tempat awam seperti facebook etc pun asyik nak emosi. Mana-mana pun sama je, semua pernah rasa time frame yang tidak bahagia bak permulaan cerita-cerita dongeng. Silap haribulan, kita pun boleh dicop sebagai mengumpat di belakang, haha. Dulu diana pun tak sedar hal ni (ok, diana mengaku diana pun banyak silap), tapi setelah menginjak umur ni (cewahh, umur je menginjak tapi masih jelita! =P ) diana rasa mana yang tak best tu tolak tepi la- tak perlu letak kat fb ke apa nanti orang yang baca bagi fikiran negatif pada diri kita pula. Apa-apa pun, silalah menggunakan akal fikiran sebelum buat apa-apa..hihi..


p.s: Ampunkan salah saya jika ada tersalah kata dan terumpat secara tidak sengaja/ sengaja selama 26 tahun ni. Sesungguhnya saya manusia biasa yang melakukan kesilapan.. =(

Wednesday, November 23, 2011

Perancangan hari ni

Hari ni buat to do list untuk seharian di rumah. Insya Allah, perancangan adalah seperti berikut:

Pagi - kemas rumah, lipat kain baju yang dah menggunung macam eii tak tahulah nak kategori yang mana, mop lantai, masak untuk tengah hari dan baking cake (ingat tak entry aerobik? diana ada sebut konon tak nak baking lagi kan..hahaha)

Tengah hari - makan, duduk depan pc (gigih mencari pekerjaan~ kalau sesiapa ada kerja kosong, bolehlah bagi tau =D)

Petang - tengok tv cerita korea," jewel in the palace", melihat alam yang menghijau/menyapu sampah depan rumah sambil tunggu husband balik dari kerja dan aerobik bagai (tertakluk kepada kesihatan tubuh badan :P)


Hee, begitulah perancangan saya sepanjang hari ni. Sebarang perubahan ke atas to do list hari ni adalah akibat faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan (macam banyak aje yang delay nanti ni, hihi). Untuk kawan-kawan yang bekerja di office: bekerjalah kamu sekuat-kuatnya, kurangkan bergosip dan silalah sentiasa senyum supaya kedut di muka berkurangan.



Tuesday, November 22, 2011

Dialog laki bini

Wife: I love u~~
Husband: I love u too~~
Wife: I miss you~~
Husband: Olololo, comel~~
Wife: Mestilah comel, bini u juga! Hahaha
Husband: Haha, ok!

Ni la dialog setiap hari laki bini, tak kira pagi, petang atau malam. Geli? Tak sanggup nak baca? Tersenyum-senyum kambing sebab buat perkara sama? Bagi yang tak pernah buat, buatlah. Insya Allah, marriage anda akan bertambah jadi best.


Mood penulis: Tiba-tiba rindu laki sendiri.. Nak mesej jap la...<3<3<3

Monday, November 21, 2011

Rabbit vs Kitty cat~~

Alkisahnya, petang semalam pergi pasar malam area Bandar Laguna Merbok (siapa orang sg petani, tau la lokasi tempat ni). Masa nak masuk simpang ke area pasar malam tu, kami laki bini pun nampaklah orang menjual pelbagai spesis arnab peliharaan yang super manja dan comel! Saya yang sememangnya dari dulu rasa nak bela arnab ni mestilah rasa seronok tidak terhingga.

Tengah berjalan..

Hubby: Eh, jom singgah tengok rabbit tu.
Saya: Ok juga tu.. Kalau beli rabbit nanti nak namakan dia nama yang best lah..hee
Hubby: Nama apa nak di bagi kat rabbit tu?
Saya: Kalau betina nak nama khalisha & jantan khalish. Nak tunggu ada baby sendiri, belum ada lagi. Haha.
Hubby: Haha, amboi, nama tak beringat. Hahaha~

Sampai booth..

Hubby: Rabbit ni berapa ya?
Penjual: Seekor RM 30.
Hubby: Selalu ke berniaga kat sini?
Penjual: Ni first time bang. Dulu berniaga kat ekspo.
Hubby: Ohh, kalau gitu, next week ada sini la eh?
Penjual: Insya Allah bang, saya niaga sini lepas ni..
Hubby: Ooo, yang ni spesis apa ya? (hubby duk usap-usap rabbit)
Penjual: Yang ni anggora, lionhead & dot dot (dot dot-lupa nama brader tu bagi)
Hubby: Arnab ni senang jaga ke? Makan dia pun senang?
Penjual: Senang je jaga.. yang saya jual ni sebulan ke atas, jadi tak ada masalah. Bab makan pula, semua sayur boleh.

Tiba-tiba hubby nampak bungkusan banyak-banyak kat table sebelah..

Hubby: Yang tu pun makanan dia ke?
Penjual: (Senyum) Eh, tu bukan bang..haha
Saya: Hahahaha..kalau bagi yang tu, confirm cirit-birit..hahaha

(Bungkusan yang ditunjuk tu herba untuk orang yang berpenyakit..hahaha)

Hubby: (Sengih) Oh, saya ingatkan makanan dia tadi. Ok, kalau ada next week, nanti saya datang lagi eh. Terima kasih.
Penjual: Sama-sama bang.

Kami pun berlalu pergi tapi topik arnab ni tak tamat situ aje.

Hubby: Berapa eh seekor kalau kita tengok kat website dulu?
Saya: Harga dalam RM 50-RM 80. Kira murah juga dia jual seekor baru RM30.
Hubby: Kalau sayang nak, nak yang mana? Ok gak kalau ada rabbit ni. Tak la boring duk rumah, ada kawan 2 ekor.
Saya: Anggora kot tapi yang dalam bakul tu, jenis jinak juga. Lepas tu yang dalam bakul tu ada kaler kusut masai (term untuk yang  campur-campur kaler)
Hubby: Tapi kalau jantan, nak letak nama jepun la..Tak nak la letak nama melayu..haha
Saya: Nama apa?
Hubby: Hiroshi..haha
Saya: Haha. Dah macam nama bapak shin chan.
Hubby: Elok la tu, nanti anak dia nama shin chan. Yang betina terpaksalah namakan Misae..

(Gelak tak ingat dunia dah)

Tiba-tiba hubby teringat pasal kitty cat beliau..

Hubby: Ala, macam mana  dengan bengal cat? Kalaulah yang tu murah...
Saya: Bengal cat? Say babai la..haha..seekor dah RM 1500, kalau nak breeding, dah kena ada RM 3000.
Hubby: Kita breed dengan kucing jalanan jela.
Saya: Kucing yang selalu masuk curi ikan tu ke? Eii, tak naklah. Haha..Kalau nak breed, breed dengan kucing macam parsi putih tu la..
Hubby: Yang kucing 10 malam tu? (kami gelar yang tu sebab pukul 9 malam ke atas je baru jumpa kucing putih tu bersiar-siar kat taman perumahan ni)

bengal cat,"pilihlah I.. Tengok bulu I, kehenseman I terserlah"
Rabbit, " Eleh, I pun jelita juga. Mata I siap bercelak lagi"
Bela dua-dua? Owner yang tak cukup makan nanti.. T_T

Sunday, November 20, 2011

Hip Hip Hooray!

Semalam kami laki bini pergi tesco dengan harapan ingin membeli stok dapur selama seminggu. Stok dapur yang dibeli agak memuaskan hati la juga dari tak ada apa nak beli kan. Lepas habis sesi bahagian dapur, pusing-pusing pula bahagian tempat jual barang sukan. Hubby pegang raket badminton, dia cakap dia rindu nak main badminton balik semula ( saya rasa kalau main dengan dia, saya confirm saya kalah, hahaha~).Dah habis telek raket, nampak papan karom pula. Haa, ni favourite game famili saya. Abah siap beli buah karom baru lagi tapi semuanya entah kemana, agaknya dah dijadikan mainan duit-duit anak buah kot :p Lokasi papan karom tu pun dah tak ingat kat seremban ke port dickson (papan tu pun dah jadi antik kot sebab abah beli masa abang dan kakak kecil).

Bila sampai satu corner tempat sukan tu, mata tiba-tiba terpandang sesuatu yang best- alatan untuk EXERCISE. Sejak-sejak bila dah aktif bersenam balik, semua pun rasa semangat (target nak hilang 10 kilo dalam masa 2 bulan- entah dapat entah tidak. Dulu zaman bujang boleh la kot, sekarang nak hilang 2 kilo pun susah T_T)

Hubby: Eh, ni ada dumbbell. Nak tak? (mata meliar cari 1kg each sebab dia tahu bini dia mengalami masalah nak mengangkat spesis berat2 menggunakan satu tangan)
Saya   : Ok juga tu, bolehlah berlengan gagah perkasa. (tangan mula menggatal; mula test setiap dumbbell- ada 0.5kg, 1kg, 2kg)
Hubby: Hahaha. (tangan mula mengusik alat lain)
Saya   :  Hmm, nak yang ni la (tunjuk yang berkenan di hati). Dumbbell ni 1kg each, harga pun tak sampai RM 40. Heee~~ boleh ke? (kena tanya boleh ke tak sebab hubby tukang bayar)
Hubby : Boleh aje, lepas ni boleh aerobik dengan gembira~ (Ok, dia cakap boleh aje, ayat belakang tambah sendiri, haha) 

Ketanggg~~ dumbbell diletak ke dalam troli. Saya adalah manusia yang paling gembira kerana berjaya membeli dumbbell  ^_^ 

Ni la dumbbell I, hensem! Tak sabar nak buat cardio exercise petang ni o_0

Bila digenggam, aww, rasa gagah perkasa pula

hubby punya-5kg each. Diana tolak guna kaki aje kalau nak sapu lantai..tak larat~

 

Saturday, November 19, 2011

Cuba stop minum kopi, boleh?

Seperti diketahui umum, saya adalah salah seorang penggemar air kopi dan ya, dulu saya sangat addict dengan air berwarna hitam ni! Aduhh, kalau tak dapat minum kopi, rasa gelaplah dunia~~ Siapa sini addict kepada kopi juga? Angkat kening! Haha. Hari ni saya blogwalking dan baca info yang berkaitan dengan kopi ni. Di samping kebaikan minum kopi ni ada juga yang tidak baik kan? Hari ni saya nak cerita keburukan meneguk air kopi memandangkan ramai orang cerita kebaikan minum kopi ni seperti wake up call untuk otak, meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan peratusan certain penyakit. Kebaikan yang ditulis bukan bermakna it stand alone, ia haruslah disertakan dengan pemakanan dan penjagaan kesihatan tau~

Ok, saya tahu (orang lain pun tahu fakta ini) ia tidak baik untuk tubuh badan tetapi tidak tahu tang mana yang tak elok tu. Paling kritikal adalah berkenaan kesuburan. Untuk perempuan, kandungan kopi ni boleh meningkatkan estrogen TETAPI ia hanya mengaktifkan 1/3 komponen dalam estrogen tu (untuk yang consume berlebihan). Itu yang salah satu faktor hormon kewanitaan anda menjadi weng selain akibat stress, emosi yang terganggu dan penyakit. Anda risau? Saya pun sama! Ada juga orang kata, saya elok aje consume kopi dan saya mempunyai rekod kesihatan yang tip top. Haa, memanglah kadang-kadang ia tak beri kesan sekarang tetapi tengoklah dalam 10-20 tahun lagi (samalah macam kita makan tak beringat. nanti dah tua, mulalah sakit sana sini. tu yang orang-orang tua kata jangan sebarang makan aje nanti badan meragam dah tua- hebat juga orang-orang lama ni kan?).

Marilah kita (hanya untuk kaki minum kopi) cuba meninggalkan tabiat minum kopi berlebihan ni secara perlahan-lahan. Diana ada baca kalau nak minum kopi pun hanya secawan (kecil) satu hari dan jika minum 4 cawan atau lebih akan efek pada kesuburan etc. Kesimpulannya, walau macam mana fakta yang diberikan oleh pakar kesihatan (ada kata elok, ada kata tak elok) adalah SANGAT BAGUS untuk kita consume air putih/air kosong/air jarang dengan BANYAK agar semua yang tidak elok tidak tersimpan dalam tubuh badan. =D

nampak macam best kan? camno nak buek ni???

ni terbaik!  hmmm, susahnya nak buang habit teguk kopi ni T_T

Thursday, November 17, 2011

Ni la dia video aerobik yang hebat~~

Ni adalah salah satu video aerobik yang kami buat selama ni. Saya rasa buat yang ni pun dah boleh menganggu gugat lemak-lemak super degil di samping mengamalkan diet yang seimbang =D Kalau dah hilang lemak, bolehlah toning body pula ( untuk badan yang ada ketul-ketul sana sini tu) tapi diana tak berapa suka sangat nak toning ni sebab rasa macam gagah perkasa pula. Hilang la kejelitaan selama ni- hahaha. Tidak dinafikan, ada juga wanita yang suka badan mereka tough (ya, diana sangat kagum! mana taknya, kalau nak berketul-ketul tu kena rajin exercise angkat dumbell & pumping etc). Kalau saya, cukuplah sekadar hilangkan fatty-fatty ni ( nama manja lemak!).

Bawah ni antara screen shot video aerobik ni. Diana ada cari balik full version di youtube, tapi tak tahulah kena remove atau kena block dah video exercise ni. Hmm, musykil pula tiba-tiba. Sebenarnya banyak video exercise macam ni, just search dance workout/ cardio workout exercise dalam youtube (pasti anda susah nak membuat pilihan). Dance workout ni semakin famous dikalangan wanita sebab pergerakan dia sangat lincah (kebanyakan perempuan mesti suka berjoget termasuk saya!). Untuk membakar semangat bersenam kepada tukang baca, saya cadangkan search 'zumba fitness'. Zumba fitness ni terkenal dengan sambil berjoget sambil workout! Awal-awal tengok, diana rasa macam ni,"eleh, senang je kot" akan tetapi selepas tu,"ok, susah, next video pula". Ok, saya memang tidak tetap pendirian :'P Good luck kepada sesiapa yang ingin mencantikkan body =D. Ingatlah apa yang anda makan sekarang akan efek pada kesihatan pada masa akan datang dan sila tinggalkan fast food atau jajan~ (pesanan ditaja oleh diri sendiri T_T)

Video ni la yang kitorang buat kat rumah~ada kickboxing exercise dalam ni :D


Bawah ni pula Zumba Fitness version dance workout. Untuk beginner, yang ni ok kot kan?

Wednesday, November 16, 2011

Laki Bini Bila Aerobik!

Beberapa hari ni, saya & hubby rajin aerobik kat rumah. Pada asalnya, saya tengok video exercise dalam facebook member. Habis je tengok link video yang dia letak tu, saya rasa berkenan nak download kesemua jenis exercise kecuali bab lengan ( alasan: sebab tak ada dumbell :P). Petang tu sebelum hubby balik dari kerja, saya buat satu round 20 minutes dan ok, sangat PENAT!!! (Suara-suara kecil berkata: sila bersenam dengan gigih sebab anda sudah gemuk & banyak menternak berkilo-kilo lemak yang tidak memberi apa-apa kebaikan. Bila kurus, barulah nampak muda jelita~). Habis sesi bersenam yang pertama tu, kaki rasa longgar dan nak tercabut dah.

Second attempt- Pukul 6 petang, saya dah mula buka folder exercise kat PC. Mula-mula ajak hubby, nak join tak bersenam sama-sama ( sebenarnya segan nak terkinja-kinja depan hubby. ok, gedik! macamlah tak pernah berjoging dengan dia kat taman metropolitan dulu, hahaha). Hubby balas balik, dia nak tengok dulu saya aerobik ( nak tau best ke tak). Tengah-tengah saya terkinja-kinja dengan harapan yang menggunung untuk mendapatkan badan yang cun bagaikan supermodel tapi versi pendek T_T, tiba-tiba hubby pun start warm-up ( mesti agaknya dia rasa jeles kalau bini dia jelita!). Dah habis 20 minit, kami pun sambung video exercise lain. Haa, yang second video ni seronok sebab ada style kick-boxing exercise. Perghh, memang non-stop (yela, aerobik, mana ada take 5). Bab peluh tu, memang berjurai-jurai jatuh! (bagus, kalori boleh hilang dgn banyaknya =D )

Third attempt- Kali ni dah ok, bolehlah ikut rhythm trainer tu sedikit ( ada improvement & badan pun dah mula selesa dengan work out yang non-stop tu~) . Masa second attempt tu, kitorang berjaya buat dalam 30 minit aje. Kali ni, up sikit la 45 minit. Serius, lega segala badan. Agaknya sebab kalori terbakar dengan banyak kot. Hubby kata boleh kurus macam ni, sekarang kena cut food intake aje la (ok, kena ambil note yang ni).

Sekarang ni datang angin menjaga kesihatan yang optimum, jadi entry makanan yang dasyhat letak belakang dulu (macam dalam mimpi pula, haha. Nak percaya ke tak nak? :P )

Monday, November 14, 2011

Blog yang menyayat hati

Setiap kegembiraan akan ada kedukaan. Begitulah betapa besarnya kekuasaan Allah swt, semuanya adalah pinjaman. Apa yang kita ada, mungkin tidak akan lama di dalam genggaman. Mungkin juga, Allah swt tidak mahu kita lalai dan ambil acuh tidak acuh- Allah lebih mengetahui kesemuanya. Beberapa hari sebelum ni, saya sangat rajin melihat blog para ibu yang tabah. Saya yakin tidak semua yang tabah menghadapi saat-saat kritikal seperti mereka. Saya kagum dengan semangat berjuang mereka dan ya, saya tidak malu untuk bercakap saya sedih bila membaca blog para ibu terhormat ni. Kenapa ya saya gelarkan mereka 'ibu terhormat'? Satu sebab yang pasti, mereka redha akan kesemua ujian yang diberi olehNya.

Para mommy to be, kamu kena beringat sentiasa dan bersedia setiap saat bahawa Allah akan menurunkan ujian yang hebat kepada orang yang dikehendakinya ketika kamu dalam kegembiraan bakal melahirkan seorang bayi. Untuk saya yang masih dalam TTC (trying to conceive) ni, saya rasa saya tahu sebab musabab saya belum conceive- mungkin belum cukup amalan untuk bergelar mommy atau mungkin juga saya belum menjadi seorang mommy yang tabah? Hanya Allah sahaja yang tahu setiap perkara yang terbaik untuk saya. Kepada ibu terhormat, saya menyanjungi kamu ketika berperang dengan emosi dan setiap kekuatan yang kamu ada, pasti Allah memberi ganjaran berganda. Kepada yang TTC, marilah kita sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat dan diberikan ketabahan dalam apa jua keadaan. Ingatlah, apa yang terjadi ada hikmahnya. Bila rasa gusar, ingatlah harta yang kita ada sekarang ni sesungguhnya harta terbaik dalam kehidupan (keluarga, rakan2 & husband).

Dua blog menyayat hati dan harus kamu jadikan pedoman:
  1. http://myaishah.blogspot.com/2011/09/sudah-beberapa-hari-saya-tak-buka.html 
  2. http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/07/kelahiran.html

Thursday, November 10, 2011

Bila mami telefon~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat pagi semua! Hari ni dah hari khamis, sekejap aje rasa dah nak weekend balik. Saya rasa agaknya sebab hari tu adik ipar ada kat rumah, jadinya, tak sedar masa berjalan dengan pantas. Sekarang ni rumah pun dah jadi sunyi balik, ayoyoyo, bosan jugalah tak ada kaki borak. Apa-apa pun kak D ucapkan good luck exam & belajar elok-elok ehh~~ (bestnya time belajar dulu except buat thesis).

Semalam mami telefon, ajak jalan-jalan kuantan this coming 20th November. Saya pun dah cakap dengan husband, if dia nak join sekaki (nota : sebagai bini, minta keizinan husband sangat penting tau. Kalau dia kata tak boleh, kena accept & merengek sebulan pun tak guna TAPI ikutlah isu yang diketengahkan). Bawah ni dialog saya dengan mami kesayangan:

Mami : Nanti kalau awak nak ikut pergi Kuantan, 20 haribulan tau. Kita pergi hari Sabtu, attend kenduri anak Uncle Jamal lepas tu kita jalan-jalan round Kuantan. Abah dah suruh K.tie (my big sister) ambil cuti hari Isnin. Bagi tahu lah dekat Awang ( my husband), kalau nak ikut, ambil cuti Ahad & Isnin.
Saya : Emm, nanti saya tanya Awang kalau dia ok, saya join lah.Time tu dia tak masuk gaji lagi, takut tak boleh nak berjalan sangat (ni salah satu keburukan kalau bini tak bekerja, susah nak berjalan..aiyooo~~).
Mami : Alaa, K.tie pun tak gaji lagi. Tak apa, nanti time berjalan tu mami belanjalah. Alaa, yang tu boleh difikirkan lagi. (time ni riang ria dah..hehe, mami saya ni kalau bab jalan, akalnya panjang..tapi bila fikir balik, bagus gak kalau orang sponsor..kihkihkih)
Saya : haa, nanti akan difikirkan semula. Bab berjalan no. 1 eh, manalah tak anak2 semua kuat berjalan, hehe.. ( mata mula mencari hubby dimana)
Mami : Yela, sekali-sekala kita nak kena berjalan juga, ni asyik duduk rumah aje. Boring~ Kesian kat kita (mami), kita (mami) bekerja tak ada gaji tau (pensioner yg sekarang jadi housewife mana ada gaji).
Saya : Haha, bab kesian tu tak boleh blah. Saya pun kerja tanpa gaji juga~~ hahaha.. (dulu pekerja sekarang penganggur & housewife. arghhh, sangat tak best tak kerja tau~)
Mami : Hahaha, tu la kan. Na, nanti mami confirm kan balik dengan awak bilanya date kenduri semua. Lepas mami check, mami call awak balik la.. Pasal berjalan, mami ada, awak jangan risau. Try la balik rumah eh. Nanti awak tanya aje awang eh. Awak pun tak ada benda penting sangat, sementara tak kerja semula, jom la kita berjalan holiday satu famili. Ok la, nanti jangan lupa bagi tahu awang tau. Mami nak tidurkan Nabila (my niece) dulu ni. Esok-esok mami call, Assalamualaikum~ (teringat pula time dulu, kalau mami pujuk2 my hubby, sure my hubby pun lemah aje. haha, mami memang pandai pujuk orang!)
Saya : Waalaikumussalam~~

Tengok, mami sangat sporting orangnya. Dulu, mami selalu call masa awal-awal masuk belajar jauh. Kalau member sebelah terdengar mesti tanya,"kau cakap dengan boyfriend eh?". Haha, saya pun balas jela cakap dengan mami, member memang tak percaya sampai kena tunjuk history received call lagi. Kebanyakan member yang pernah jumpa mami, memang semuanya cakap mami best. Mami pun suka aje cakap," Mami rasa mami macam ada ramai anak aje, kawan2 awak semua panggil mami. Mami siap pesan lagi kat kawan2 awak, nanti nak datang rumah datang jela & tak payah malu2 or mengada2 segan". Hehe, buat member yang nak jenguk mami kat rumah, datanglah jumpa mami walaupun aku dah merantau. Mami kata no hal~~

Opss, terlebih pula bercerita.. Kesimpulannya, ok, mami, nanti saya fikirkan plan 20 haribulan ni eh~ (elok gak tu, sambut anniversary sekali, hahaha).

Tuesday, November 8, 2011

November: Cukup Setahun!

Selamat hari raya aidiladha! Hehe, minta maaf lewat sedikit wish raya haji ni. Biasalah busy masak rendang dan lain-lain. Raya haji ni kami tak balik nogori atau sarawak, jadi berayalah kami di perantauan ni haa. Mula-mula rasa sedih juga, yela, first time raya tanpa famili. Bila adik ipar datang sini, best juga, adalah juga famili yang datang melawat. Tapi betullah apa orang kata 'macam mana pun, sebak tak balik raya tetap ada'. Huuu~~

Dua hari sebelum raya haji:

Husband: " Sorry, raya haji ni tak belikan baju baru"
Saya: " Tak apalah, beli baju baru pun belum tentu saya pakai. Baju raya puasa pun baru pakai 1-2 kali. Hmm, hujung bulan dah anniversary. Saya tak nak baju raya tapi nak berjalan, boleh?"
Husband: "Nak jalan pergi mana?"
Saya: "Dekat-dekat pun jadilah. Janji berjalan sempena anniversary. Hehe" (sememangnya saya ni kaki jalan, jadi, saya tetap seronok bila dapat jalan walaupun hanya pergi beli bahan nak masak! pelik? ya, memang kenyataan)

Ya, hujung bulan ni saya & hubby bakal menyambut anniversary yang pertama. Perasaan? Saya mestilah seronok sebab saya telah dikurniakan seorang husband yang baik. Alhamdulillah! Tu sahaja yang boleh saya katakan. Saya sentiasa doakan marriage ni kekal sampai bila-bila dan tidak putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Harapnya bulan sempena anniversary ni memberi khabar berita gembira buat kami =D.