Tuesday, December 20, 2011

Yang biasa...

Petang tadi teringin nak minum kopi radix dan hasilnya pukul 8.00 malam tadi singgah restoran biasa memandangkan kat radix fried chicken tak ada minuman tersebut. Lepas tu, kami pergi beli roti cheese dan 2 sachet kopi radix untuk sarapan esok hari (ingatkan nak ambil lagi 2 sachet jus kopi tok guru pondok yang sedap tu, tapi tak jadi la pulak). Hooo Yeahhhhh~~

Orang kata tak baik minum nescafe sebab tu saya minum kopi radix..hehehe =P (alasan ni boleh diterima tak?)

beli 2 sachet je..satu untuk hubby, satu untuk wifey

tak jadi pulak nak beli 2 sachet tok guru pondok yg sedap tu..papan dia warna merah tu

Sunday, December 18, 2011

Kurnia

Sekarang, saya ada apa yang kamu belum ada lagi akan tetapi saya belum dikurniakan sesuatu yang berharga seperti mereka. Hmmm, dari kamu dan mereka tanya "bila nak ada kurniaan itu" atau "kamu dua plan ke?", kan lebih bagus kamu dan mereka mendoakan supaya saya dikurniakan harta yang tidak ternilai itu. Sesuatu yang diucapkan dari mulut kamu dan mereka itu satu doa tau, jadi doalah agar saya mendapat kurniaan itu dalam masa terdekat ni. =D


Thursday, December 15, 2011

Kelaparan~

14 Disember 2011, 9.30 malam
Malam ni rasanya malam yang paling kronik tahap kelaparannya. Masa tengah hari tu, konon la ingatkan cukup je kalau seharian makan spaghetti goreng ( konon nak diet la, tak nak makan nasi). Lepas aerobik bagai, perut mula bunyi-bunyi manja dan pukul 7 start makan. Hmm, ku sangkakan boleh la tahan sampai ke malam tapi akhirnya tak juga. Kruukkk Kruuukkk Kruuukkk bunyi perut! Tengok jam, err, dah pukul 9.30 malam~ Dalam hati, menyesalnya tak masak nasi (time ni dah lupa dah nak diet bagai). Jalan-jalan ke dapur tengok apa yang boleh ditelan tapi semua benda yang ada kena masak. Nak tak nak, masak air lepas tu buat air susu.

Hubby: Nak pergi beli burger ke apa-apa ke? Kesian tengok lapar~~
Saya senyum lepas tu diam, tengah fikir. Nanti kalau nak keluar, nak siap-siap lagi. Sekarang pun dah pukul 11 malam.Tiba-tiba imaginasi terlebih lak sebab jalan area ni boleh dikatakan sunyi. Haha, sempat lagi tu fikir entah apa-apa.
Saya: Tak apalah. (Geleng-geleng kepala. Dengan kadar segera cepat-cepat habiskan susu kambing, telan pati delima & habbatus sauda.)

Haaa, tengah-tengah syok minum susu tu, mulalah melayan perasaan. Bila pandang dinding pun nampak makanan; dah macam orang kat padang pasir yang nampak bayang-bayang oasis. Emm, sedapnya kalau dapat makan tu makan ni time sekarang. Tiba-tiba rasa sedih sebab kat rumah tak ada stok biskut tawar ke biskut coklat ke.

Perasaan sedih tu sampai la nak tidur...(kejap je, lepas tu dah tidur nyenyak dah!)


15 Disember 2011, 6.00 pagi
Bangun je subuh, perut dah kembali berkeroncong. Tak boleh jadi macam ni, kena masuk dapur juga. Masa tengah cuci kuali, teringat ada balance santan kotak dalam peti ais. Hmm apalagi, saya pun masaklah nasi lemak untuk sarapan pagi ni~~ Alhamdulillah, perut lega dapat makan nasi. Saya rasa sangat bersyukur kerana saya dapat mengisi perut yang lapar. Ohhhhhhh~~~

Wednesday, December 14, 2011

Saya telan ini itu untuk kesihatan optimum!

Haa, tengok tajuk macam banyak aje kan saya telan untuk kesihatan? Hehe, tak adalah banyak sangat tapi nanti mungkin list makin panjang kot rasanya. Lately, saya rasa sangat tidak bermaya, letih, lesu dan juga macam orang betul-betul tak cukup nutrien dalam badan.

"Ye ke tak cukup nutrien? Bukan kamu cukup makan? Entry makanan punyalah banyak kot~~" pasti ayat ini akan ada berlegar-legar di kepala, kan?

Saya akan membalas sebegini pula," Bak kata doktor, makanan yang hari-hari saya kunyah belum tentu dapat menampung lubang-lubang kosong nutrien yang hilang dalam tubuh badan. Tidak semua nutrien masih wujud dalam makanan kerana bila kita masak, pasti akan ada nutrien yang hilang secara tidak langsung. Maka dengan itu, cara memasak juga memainkan peranan penting dalam menjaga komposisi nutrisi."

Hmm, ada bakat jadi pakar kesihatan macam ni :P. Tapi memang betullah, saya rasa sangat letih dan lesu. Dibawah ni adalah makanan yang saya ambil setakat ini dan hopefully boleh mengembalikan tahap kesihatan yang baik untuk saya.

1. Pati Delima

Botol kedua sudah~
Pati Delima ni adalah shortcut untuk mereka yang jarang-jarang jumpa buah delima, jenis yang lupa untuk makan macam saya :P. Cara pemakanannya: satu sudu besar waktu pagi sebelum sarapan dan satu sudu besar sebelum nak tidur. Sebotol ni dalam RM 15.00 dan kalau online dalam RM 25.00 ke atas. Pati ni boleh tahan sebulan untuk 2 orang makan. Hee

Seperti yang diketahui umum, buah delima ini sudah lama terkenal dengan pelbagai khasiatnya sejak dari dulu lagi. Lagipun, buah delima ini salah satu buah-buahan yang telah diselitkan dalam ayat Al-Quran.

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An'aam 6:99)

Antara khasiat yang ada dalam buah delima itu:
  • Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman.
  • Membuang lemak-lemak berlebihan.
  • Menambah tenaga.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
  • Merawat dan membaikpulih pesakit kencing manis.
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
  • Mencantikan kulit Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain.

2. Habbatus Sauda'

Kebaikan habbatus sauda ini juga tidak dapat disangkal lagi dan ia telah dimuatkan dalam hadis iaitu penawar segala penyakit kecuali maut. Ada yang mengatakan habbatus sauda ni jenis panas (dalam bahasa melayu= jintan hitam) tapi bagi saya tak pun. Saya makan 7 biji waktu pagi dan 7 biji pada waktu malam seperti yang disarankan oleh kakak penjual barang-barang dari tanah arab. Dulu saya pernah makan yang Baraka Habbatus Sauda yang jenis softgel tu tapi sebab sekotak dalam RM 12.00 (pricey sedikit bagi saya) jadi sekarang bertukar selera ke dalam bentuk biji-biji ni. Jenama Durra ni dalam RM 7.80 aje. Hehe.

Antara khasiatnya: 
  • Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
  • Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
             - Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan. 
             - Antiarthritis, mengubati reumatik. 
             - Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain). 
             - Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu. 
             - Antiseptik, mengubati bau mulut. 
             - Antivirus, mengubati demam dan flu. 
             - Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim. 
             - Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal. 
             - Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit. 
             - Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu. 
             - Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung. 
             - Nematocidal, mengubati cacing pita. 
             - Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma). 

  • Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  • Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  • Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  • Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  • Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
  • Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Habbatus Sauda/ Black Cumin/ Nigella Sativa

3. Dibawah ni senarai yang ingin saya beli untuk kesihatan optimum:
  • Vitamin
Vitamin E

Fish Oil
Semalam saya search mengenai kedua-dua supplement ni, pakar-pakar kesihatan menyatakan dos yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan lantas boleh membuatkan life span seseorang menjadi kurang. Jadi, untuk itu, selain consult dengan doktor, sila ambil dos yang minima (contoh vitamin E, seeloknya makan yang 400IU tapi ambil la yang kurang seperti 250IU ke). Untuk pengguna Islam, sentiasa check produk supplement anda itu halal atau tidak eh sebab ada yang mengatakan certain brand tidak menepati piawaian JAKIM dari segi softgel tu. =D

  • Produk Tok Guru
Saya berkenan dengan produk tok guru ni sejak ada sekali tu beli sachet kopi tok guru tu. Rasa dia sedap jugalah. Hehe~~ Ada tak sesiapa yang nak share perubahan lepas teguk jus tok guru ni? Rambang mata pula tengok ada 3 perisa. Heee~~
Perisa Anggur macam sedap!

Strawberry pun macam best juga

Yang ni khas untuk perempuan



p.s: Akhir kata, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan kita dengan baik dan yang selebihnya kita redha dan tawakal pada Allah swt.


Sumber:

- Pati Delima (http://esunnahonline.com/2011/07/pati-delima-gulsan/)

- Habbatus Sauda (http://aja49.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-habbatus-sauda/)





Tuesday, December 13, 2011

Nikmatnya membaca Surah Al-Kausar



Surah Al-Kausar mempunyai 3 ayat sahaja yang bermaksud:


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Jadi, marilah kita menjadikan surah ini salah satu amalan dalam kehidupan seharian. Insya Allah, segala kekusutan dan kesedihan yang kita alami digantikan dengan berita 1000 kali ganda baiknya dari dulu. Tiada perkara yang mustahil bagi Allah swt. =D

Monday, December 12, 2011

Pretzel yang tidak menjadi~~Ahhhhh!

Semalam gigih la buat adunan pretzel tapi bentuknya ikut yang stick with chocolate dip Auntie Anne's tu. Kononnya nak buat macam bentuk pretzel berlingkar tu, haha, biasalah cita-cita terlampau tinggi la pula (boleh tak nak salahkan bab doh tak dapat diuli dengan baik? :P). Tengah syok membakar tu, buat pula caramel pakai susu pekat atau dinamakan sebagai Dulce De Leche. Dulce De Leche buatan sendiri ni sangatlah senang sebabnya just masukkan setin susu pekat dalam periuk besar yang berisi air- didihkan selama 3 jam. Tunggu tin tu betul-betul sejuk baru buka dan anda akan mendapat hasil seperti saya ni. Caramel ni adalah salah satu cara untuk memudahkan kerja sebagai filling untuk kek, macaroon dan sebagainya serta boleh dijadikan spread untuk roti bakar. 

My Dulce De Leche <3

Thursday, December 8, 2011

Terasa macam...

Hari ni saya asyik edit satu post ni aje tapi tak tahulah saya perlu atau tidak bagi kamu baca. Saya rasa macam nak publish tapi nantilah akan difikirkan kemudian. Hehe.

Eh? Entry pendek je kali ni?

A'ah, hari ni entry pendek aje sebab nak melayan perasaan~~~

Wednesday, December 7, 2011

Entry Kali Ni

Penulis tidak ada perasaan ingin menaip panjang-panjang atas sebab-sebab kesihatan dan mood yang tidak menentu. Hmm, tapi mungkin juga, sebenarnya penulis sedang busy melihat resepi pretzel auntie anne's yang sedap menjilat jari =P. Ada orang kat rumah ni asyik teringat pretzel aje, padahal baru je makan hari sabtu baru-baru ni. Entah siapa la orang tersebut. Mujur ada chocolate bar dalam peti ais tu, boleh buat dip. Hihihi.

Pretzel Auntie Anne's. Siapa yang teringin tu, sila mengaku cepat~~ :P




p.s: Teringin pula nak makan cucur jagung berlemak. Sedapnya kalau ngap!

Sunday, December 4, 2011

Tanda anniversary

Semalam pergi jalan-jalan pulau pinang. Mula-mula nak naik bukit bendera tapi bila dah sampai sana, tengok tak ada parking dah. Hmm, apalagi, disebabkan tak kuasa la nak menapak jauh, laki bini ni bertukar plan- jalan-jalan kat batu feringghi pula. Dalam perjalanan nak ke batu feringghi tu, tiba-tiba jumpa tempat lain akibat tersalah masuk simpang. Kami terjumpa pula taman botani! Langkah kanan jugalah sebab semalam start festival bunga-bunga ni kat situ. Siapa yang orkid lover, bolehlah borong pelbagai jenis orkid kat situ. Bab harga, saya tak tau la kategorikan sebagai murah ke mahal sebab saya bukan spesis suka bunga orkid. Festival tu tak silap saya, sampai 11 disember 2011. Jangan lepaskan peluang tauu~~

Ada juga beberapa penjual yang menjual pelbagai jenis anak pokok buah-buahan (haa, tang ni best, kalau musim dia berbuah boleh kenyang tukang tanam dibuatnya- berbaloi sikit kalau beli). Masa tengah belek-belek anak pokok buah-buahan tu, saya ternampak pula anak pokok delima. Heh, apa lagi, mulalah berdialog manja dengan husband. Hasilnya, yey! Husband beli juga anak pokok delima tu. Harga sepokok bergantung kepada saiz. Kalau saiz kecil (setahun setengah baru berbuah) dalam RM 8.00 dan bagi yang saiz besar ( setahun lagi berbuah la ia) dalam RM 18.00. Husband ambil yang saiz besar sebab atas pendapat bini dia iaitu kalau yang kecil tu takut nanti penjagaan dia rumit pula =P ( sebenarnya kalau saiz besar tu tak payah tunggu lama nak berbuah, hehe. Think Smart!). Saya ada juga tengok peniaga lain yang bawa pokok delima yang dah berbuah- kulitnya jenis merah, isinya tak tau lah. Dulu teringat jiran ada tanam pokok delima ni, kulitnya warna putih sedikit tapi dalamnya manis. Sekarang, jiran ganti tempat pokok delima tu dengan tanam pokok betik pula.

Ni lah dia anak pokok delima sebagai tanda laki bini sambut 1st anniversary kat pulau pinang. Membesarlah dengan sihat wahai pokok dan berbuahlah dengan lebat agar kami boleh mendapat khasiat dari memakan buah-buah yang dihasilkan. We love U, Pomegranate~~~ `\o/`

Anak pokok delima saiz besar RM 18. Hidup dengan sihat, ya~

Buat masa ni, ini jela yang mampu saya letak dalam entry kali ni disebabkan camera usb cable dah rosak. Insya Allah, entry baru nanti bila dah beli card reader, saya letak beberapa gambar sepanjang kami ada kat pulau tu. Heee~~

Saturday, December 3, 2011

Asmaul Husna

Mulakan hari anda dengan zikir Amaul Husna. Insya Allah, hari anda bertambah baik dari sehari ke sehari. =D

Asmaul Husna


Friday, December 2, 2011

Sardine Puff @ Puff Sardin!

Pagi ni saya nak buat puff sardin memandangkan pastry yang hari tu ada baki 4 lagi. Kira cukuplah kan untuk sarapan pagi kan? Kalau tak cukup, boleh jalan kaki beli nasi lemak 50 sen kat taman ni nanti. Kenapa? Terkejut nasi lemak dalam 50 sen? Masa awal-awal beli pun terkejut juga, ingatkan satu bungkus kecil dalam RM 1 (kat seremban pun, nasi lemak biasa sebungkus dalam RM 1.50- RM 2.50). Disebabkan satu bungkus dalam 50 sen, untuk saya seorang pun 4 bungkus! haha (habislah! mana semua cita-cita nak kurus! arghhhh, emosi-emosi~~). Saya memang suka makan nasi lemak berbanding roti canai. Dulu selalu makan kat kedai mamak berlainan semata-mata nak cari yang sedap tapi apa-apa pun tak sama juga dengan sambal makcik-makcik gerai. Ada satu je kedai mamak yang nasi lemaknya sangat sedap tapi kat seremban la. Siapa ada kat seremban, pergilah kedai mamak area City Park, Seremban 2 tu (nama kedai tak tau, yang saya boleh bagi landmark balai bomba, deret belakang Amanahraya). Kalau kami balik seremban, tu kira kedai wajib dilawati la. Sambal dia unik dan yang pasti sedap!

Cerita pasal nasi lemak ni nanti, ada juga bertukar angin beli nasi lemak bungkus. Clear mind kejap~~

SARDINE PUFF

PUFF SARDIN

SARDINE PUFF

PUFF SARDIN

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~

Sardin: Heyy, hari ni makan I aje..Lupakan si Nasi lemak tuu~

Thursday, December 1, 2011

Beef Stew Pie

Semalam saya buat yang ni! Sedap juga (masuk ni dah berapa kali dah buat beef stew ni). Mula-mula husband minta beef stew aje tapi bila dah tengok resepi lamb pie jamie oliver, saya terus bertukar fikiran. Hehe, hasilnya, superb! Bagi yang nak tengok resepi asal jamie oliver, sila klik sini ya!

Ok, tanpa membuang masa, saya nak tunjuk hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan jamie oliver, dia letak puff pastry pada bahagian bawah dan atas, kan? Saya cuma letak bahagian atas aje memandangkan pastry tak mencukupi. Saya pakai square puff pastry jenama Kawan, yela, nak buat puff pastry sendiri belum nak mahir lagi. Untuk beef stew tu, diana buat macam lamb stew jamie oliver ni. Kentang diletak kemudian, susun cantik-cantik atas beef stew dan terus letak pastry diatas. Lepas tu, baru masukkan dalam oven. Bila potong, nampak cantik aje.. :D

atas terbakar sikit, hehe, tapi garing..sedap!

bawah dia ada beef stew