Tuesday, January 31, 2012

Update: Our source of oxygen

Best tak tajuk kali ni? Haha, sumber oksigen kami laki bini di rumah makin membesar. alhamdulillah, rupanya saya ni ada ciri-ciri gardener yang bagus gak. Setakat ni, yang bercambah dengan sihatnya adalah anak pokok labu manakala anak sunflower macam tak cukup nutrien la pulak. Pokok delima pula, daun-daunnya makin cantik berkilat malah encik-encik semut pun sibuk berkhemah dalam pasu. Mungkinkah encik semut boleh bau manis pada pokok delima tu? Kalau ya, maka hebatlah encik semut tu dan tuan punya pokok pun rasa teruja nak tunggu pokok tu mengeluarkan buah delima yang super manis. Bila datang rajin, saya siram dengan air basuhan pertama beras. Orang-orang tua kata boleh menyuburkan pepohon. Marilah lihat gambar anak pokok labu yang super sihat dan sunflower yang kasihan itu. Hihi, kepada gardener lain, ada cara tak nak bagi pokok sunflower tu jadi bertenaga balik?

anak pokok labu..yg first tu adalah yg kedua bercambah..dia slow bercambah tapi paling subur..hihi

ni la anak sunflower yg kasihan tu...huhuhu

Thursday, January 26, 2012

aiskrim malaysia~~

Hajat di hati nak buat aiskrim malaysia a.k.a aiskrim 10 sen. Hari tu dah siap beli kordial sarsi tapi kerajinan nak membuat tu tak muncul lagi la pulak (nak makan tapi pemalas :P). Tengoklah petang nanti, kalau saya dah siap packing aiskrim malaysia ni saya tepek kat coming soon entry k.. Tu pun kalau buat la petang ni.

Sesiapa yang lahir tahun 80an-90an tau la kot aiskrim ni. Dulu setiap petang, lepas round satu taman naik basikal dengan member mesti singgah rumah seorang makcik ni. Rumah makcik ni memang sarang tempat jual jajan yang pelbagai jenis & jeruk-jeruk yang marvellous. Member saya suka beli jeruk betik dengan makcik tu. Saya pula suka beli aiskrim 10 sen tu la. Ada masa makcik tu tak ada kat rumah, time tu rasa gelap gelita dunia tak ada aiskrim 10sen ni haa. Perasaan bila dapat aiskrim 10 sen tu sangatlah gembira, tak terkata! Masa kecil dulu, aiskrim macam wall's ke yang mahal2 tu kira last option, hihi. Seingat saya, perisa yang paling popular iaitu asam masin, jagung, coklat, sarsi & oren. Sesiapa yang tak tahu, bolehlah rujuk kepada yang tua sebab sure diorang tau kewujudan aiskrim ni.Sekali makan, rasa nak lagi! Hahaha

Tuesday, January 17, 2012

Ok, saya tertipu~~

Alkisahnya, internet problem lagi sebab itulah saya tidak bersiaran beberapa hari lepas. Aiyoyoyo, banyak betul problem, apakah rumah ni tak ada feng shui yang baik? Hihi, ok, menyalahkan rumah sangat tidak bagus. :P Haa, hari ni saya nak cerita sesuatu yang best. Meh baca kisah saya meh (sadisssss)

Tarikh: 16/1/2012
Jam: 11 pagi
Tempat: Rumah sendiri

Krinnggg...krinngggg

Saya: Hello~~
Orang TM: Hello~~ Saya dari TM ya..Internet dah ok?
Saya: Belum lagi. Hmm, macam mana ni eh? (soalan macam mana tu sepontan je keluar, kepala still blur2)
Orang TM: Oh, tak ok lagi eh. Macam mana ya- nanti saya gunting line tu lepas tu saya pasang balik.
Saya: Ehhh?? Ok la macam tu. Hahahaha (Letak phone. Gelak bagai nak gila, biar betul org TM ni?)

Bila husband dah balik rumah lunch hour

Saya: Tadi ada orang TM call..dia tanya pasal internet dah ok ke belum..
Hubby: Habis tu jawap apa je?
Saya: Disebabkan kepala macam ting tong, tanya la dia macam mana ni..Dia jawab nanti dia gunting lepas tu sambung balik line..
Hubby: *haha* tak rasa nak pelangkung dia ke?
Saya: Tah, tak terfikir pun pasal tu.. kepala pun rasa pening je..
Hubby: Hahahahahahahahahahaha..heyy sayang, tu abang la yang call tu..takkan tak cam kot??? Hahahahahahaha
Saya: Haaa, hahahahhaa..kenapa suara lain?!! (dlm hati, pasrah kepada husband sendiri + malu sangat2 ok..)
Hubby: Lepas ni nak call hot.fm la..helo, saya nak buat panggilan hangit khas utk bini saya..
Saya: Hampehhhhhh~~ Dah ler..sakit je hati~~

Tu la kisah saya yang dah terkena dengan husband sendiri. Mujur la husband sendiri, kalau orang lain, memang ku pijak2 kaki beliau sampai lumat..Haissshhhh

Thursday, January 12, 2012

Nak Share Ini~~

Selamat pagi kepada semua tukang baca! Kepada tukang baca, semoga hari ini anda semua berada dalam keadaan baik dan tenang aje. Bagi tukang baca yang duduk di Kelantan, Kedah & Terengganu, sure hari ni rasa cergas dan extremely happy sebab hari ni last day kerja- esok dah cuti, yahooo!

Semalam saya blogwalking dan saya menjumpai sesuatu yang saya rasa sangatlah patut saya share dengan tukang baca yang beragama Islam di sini iaitu mp3 30 juzu' Al-Quran. Sebenarnya, saya dah lama mencari yang full version dan alhamdulillah, akhirnya semalam saya terjumpa dalam blog mutiara hati ni. Pada tukang baca yang masih tercari-cari mp3 ni, bolehlah klik sini. Marilah kita menenangkan jiwa dengan mendengar mp3 ni. Nanti kalau dah download semua file, bolehlah anda share dengan rakan-rakan yang lain pula. =D

Wednesday, January 11, 2012

Semangat & Azam baru

Alhamdulillah, saya telah diberikan tahap kesihatan yang baik oleh Allah swt. Terima kasih diatas nikmat-Mu yang satu ni. Pagi ni macam hari-hari yang lain, cuma kali ni hati semakin lapang setelah mempunyai aktiviti baru iaitu menjaga pokok-pokok secara optimum. haha, entah apa-apa ek perangai. Orang kata kalau kita menjaga tumbuhan dengan penuh kasih sayang, ia akan menjadi (bunga jadi cantik & pokok buah menghasilkan buah yang sedap). Kiranya samalah macam konsep certain tukang baca main bela pet dalam game tu, tak ke pet tu makin gebu, comel etc? Hehe.

Petang semalam saya ada baca satu blog yang amat membantu. Blog ni menceritakan cara penjagaan, cara menanam dengan betul dan cara kita nak cure penyakit-penyakit yang menyerang pokok-pokok comel. Bila dah baca separuh isi blog tu, hmm, apa lagi mulalah macam-macam benda nak ditanam. Hubby cakap boleh penuhkan depan rumah ni dengan pasu-pasu tanaman. Hmm, bagus juga kalau tanam sayur-sayur ni, tak payah susah-susah nak beli sayur. Dari segi ekonomi, baguslah mengurangkan sedikit perbelanjaan- sepaket benih, ada la dalam 20 biji kot. Petik je depan rumah (tiba-tiba teringat iklan heinz yang pokok tomato keluarkan hasil botol sos tu. Abah kata elok juga ada pokok macam tu, tak payah susah-susah beli sos tomato kat kedai!).

Sesiapa yang kaki tanam sayur ke bunga ke pokok ke, klik sini. Blog ni la saya cakap banyak info tu. Terima kasih kepada tuan punya blog sebab tuan la, saya makin berkobar-kobar nak bercucuk tanam. Kalau tukang baca pun suka menanam, bolehlah share link blog kamu dan mana tahu nanti saya pun jadi penanam yang bagus..Hihi


Tuesday, January 10, 2012

Ringankan kepala~

Pukul 8 pagi tadi, saya dah get ready duduk kat laman depan rumah yang sekangkang kera sambil menikmati udara sejuk. Hmm, sebenarnya duduk depan rumah tu bukan sebab melayan perasaan tapinya sebab nak menanam pokok bunga dan sayur, hehe. Pagi ni saya tanam benih-benih bunga matahari, daun ketumbar, cili padi dan cili merah. Hopefully, kesemua semaian saya itu mendatangkan hasil. Kalau bunga matahari membesar, bolehlah saya makan kuaci. Haha. Lepas ni nak cari benih chrysanthemum la, boleh buat air teh bunga yang tentu-tentu 100% organik tanpa pengawet :p (mulalah angan-angan). Oh ya, pokok delima saya makin meninggi tapi disebabkan hari tu seminggu balik kampung, pokok tu dah tak merimbun dah akibat kehausan. Kasihan pokok delima. Lain kali kalau balik kampung, kena angkut la pokok-pokok kesayangan ni. Bayangkan kereta penuh dengan pokok-pokok.. Hahaha. Nak minta tolong jiran siramkan, jiran pun jarang-jarang ada di rumah.

Bila dah ada tanaman sendiri ni, rasa seronok aje. Kepala pun jadi ringan. Hmm, sebab tu la agaknya mama saya suka menghabiskan masa kat laman rumah (mama= mak angkat saya). Setiap hari, dia habiskan masa sejam kat laman aje. Ingat lagi masa saya kecil, dia suka tanam pokok bunga orkid dan beberapa pokok hiasan. Ada satu pdaun pokok tu macam daun sup dan saya dengan bijak bestarinya, mengunyah tanpa bersalah. Haha, sampai sekarang tak tahu apa spesis pokok tu.

Tengah syok menaip ni, hujan turun renyai-renyai. Alhamdulillah, sejuk sikit pagi ni. Orang kata time hujan ni, insya Allah jika diizinkan Allah swt; doa akan termakbul. Saya doakan semua tukang baca sihat sejahtera hendaknya dan dibukakan segala pintu nikmat rezeki. =D


Monday, January 9, 2012

Ya dan Tidak

Dalam pelbagai jenis perangai manusia, saya rasa manusia yang tergolong dalam kepura-puraan adalah golongan yang paling susah hendak diikut. Manakan tidak, berpura-pura untuk cuba rasa seronok walaupun sebenarnya 80% dalam diri dikuasai perasaan sedih. Contoh? Tak payah jauh, diri sendiri. Pagi semalam saya rasa seronok sangat atas sebab tertentu (ada segelintir je yang tahu kenapa) tapi bila masuk pukul 8 malam iaitu lepas terlihat seseorang post sesuatu rezeki yang belum saya dapat dan masih usaha ke arah itu, saya rasa sangat sedih. Bila nak tidur, terfikir lagi sampaikan bantal pun dah basah. Perasaan sedih tu memang tak boleh dibendung lagi dan ia berlarutan sehingga saya tengah menaip sekarang.

Setiap orang yang bertanya saya jawab dengan seikhlas hati tapi tu la tak ramai yang tahu, untuk menjawab persoalan begitu memerlukan kekuatan dari dalam yang saya akui kadang-kadang saya lack of it. Itulah saya katakan, susah untuk menjadi orang yang hidup dalam kepura-puraan padahal realitinya sangatlah berbeza. Teringat satu scene cerita korea dalam Ojakgyo Family, bapa Suyeong berkata kepada Suyeong:
" I want you to be happy but it doesn't mean you need to pretend you're happy"

Agak payah untuk buang tabiat berpura-pura gembira ni, nak-nak bila masuk bab yang membolehkan emosi seseorang tidak stabil. Satu saat ketika mesti terfikir balik, kan? Apa-apa pun, saya tidak akan putus asa dan akan terus berusaha. Persoalan mengenai rezeki ni, saya sendiri tidak ada jawapan yang pasti. Hanya Allah swt mempunyai jawapannya. Ayat bawah ni selalu yang saya guna, hmmm, boleh dikatakan setiap hari kot:-

"Ya, saya sangat gembira dengan nikmat rezeki yang saya dapat sekarang dan Tidak, saya tidak akan putus asa untuk berusaha =D"


p/s: terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu mimpi saya dah pregnant & bawa baby =D. doakan saya sentiasa agar semua mimpi kamu tu menjadi realiti. Aminnnn~~

Sunday, January 8, 2012

Selama tidak bersiaran~~

Salam sejahtera kepada semua tukang baca. Alhamdulillah, saya sihat-sihat aje selama mendiamkan diri cuma hubby je yang demam kura-kura (kejap suhu sejuk, kejap panas bahang). Selama saya tidak menulis ni adalah disebabkan beberapa perkara (dua perkara je pun :p) :

1. Beberapa hari tak dapat nak online kerana kabel wayar TM kena curi. haiyoo, ni sudah kali kedua kecurian kabel berlaku. Perasaan? Saya mestilah seperti katak dibawah tempurung, kebosanan tahap tertinggi! Ni nak bebel sikit kepada orang yg suka menyusahkan org lain. Kepada tukang curi, sudah-sudahlah menyusahkan pengguna talipon rumah sebagai emergency dan streamyx macam saya ni. Cuba bayangkan kalau kamu sendiri yg kena, tiba-tiba ada emergency nak ke hospital? Semua kemudahan tak ada dan hanya talipon rumah je alternatif terakhir tapi talipon tak boleh nak guna~ Tak ke boleh menyebabkan nyawa hilang macam tu aje hanya disebabkan kamu wahai si tukang curi kabel! Sudahlah nak recover line TM agak lama; seminggu lebih diperlukan untuk pemasangan semula. Wahai si pencuri kabel, hentikanlah perbuatan kamu yang tidak bermoral tu lagi. Duit hasil jualan kabel tu dahlah sah-sah haram dan sah-sah anda akan rasa duit tu sentiasa tidak cukup. Janganlah menganiaya orang lain, orang lain pun sama susah macam kamu juga!

2. Dalam masa minggu TM cuba recover balik kabel yang dicuri tu, kami dah bercadang nak balik seremban dan sangat berharap TM dapat menyelesaikan masalah tu sebelum kami pulang. Yela, nanti TM call tapi kami tak ada, kan susah? Alhamdulillah, TM mengotakan janjinya dan kami pun boleh pulang dengan riang rianya~~. Oh ya, terima kasih banyak-banyak kepada pihak TM kerana tanpamu; kami seperti cacing kepanasan akibat tak ada internet. Hahahaha. Antara program yang menyebabkan kami pulang adalah untuk menghantar adik ipar register kat IMU, jumpa famili dan melihat anak buah saya yang lahir pada Disember 2011. Alhamdulillah, anak buah saya ke-5 itu diberi nama Muhammad Harris dan sekarang dia pun sudah sihat sepenuhnya (lepas 7 hari lahir, baby kena high fever. Dalam seminggu jugalah baby harris dalam nursery Columbia Asia Hospital). Perasaan dapat anak buah baru, mestilah saya seronok sangat. Harapan? Lepas ni, saya pula yang pregnant, selamat melahirkan seorang baby atau baby kembar dan baby2 saya semuanya sihat walafiat! Hik, history kembar tak ada pun tapi dah dinyatakan semua perkara tidak mustahil bagi Allah swt- percayalah 100% kepada kekuasaan Allah. =D