Sunday, February 26, 2012

Renungan bersama

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua tukang baca setia. Hari ni, saya nak share sesuatu yang amat bermakna iaitu mengenai kejadian manusia. Kita kadang-kadang suka menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku atau sentiasa rasa berduka lara jika apa yang kita mahu tapi terlepas dari genggaman... Petikan ni saya dapat bila baca buku hadith 40 pada minggu lepas...

Dalam riwayat Ibn Mas'ud, ada diterangkan bahawa apabila air mani telah bertempat dalam rahim, maka malaikat terus mengambil dengan tapak tangannya seraya berkata: Hai Tuhan! Adakah hendak dijadikan kejadian ini atau tidak? Apabila Tuhan menjawab: Tidak dijadikan; maka air mani itu dicampakkan ke dalam rahim berdarah dan tidak bernyawa. Tetapi kalau Tuhan menjawab: Jadikanlah! Maka malaikat itu berkata lagi: Adakah dia lelaki atau perempuan? Berbahagiakah orangnya atau celaka? Bagaimana rezekinya? Berapakah lama usianya? Dan di bumi manakah matinya? Setelah itu Tuhan menjawab: Pergilah kepada Luh al-Mahfuz. Segala-galanya ada di sana. Lalu malaikat menyalin apa yang ada termasuk sifat-sifat yang kecil.

Ketahuilah bahawa semuanya telah dituliskan dari kita dalam rahim ibu lagi. Kita berjalan di muka bumi ini kerana urusan kita adalah mengikut apa yang ditulis dalam Luh al-Mahfuz. Walaupun begitu, bukan bermakna kita tidak perlu berusaha ubah segala yang negatif kepada positif. Bangunlah dari kesedihan, tabahkanlah hati dan percayalah kepada kekuasaan Allah swt. Berusahalah sedaya upaya.

Thursday, February 23, 2012

Ikan Pelik~~

Malam tadi mimpi abah suruh pergi beli ikan kerapu dengan seorang pakcik ni. Masa abah suruh pergi kedai tu, sibuk pikir, macam mana nak pandu kereta sebab dah lama tak driving (konon2 bolehlah dijadikan alasan tak nak pergi beli ikan :P). Sekali tu, entah macam ada, dah masuk dalam scene dalam kereta saga kesayangan saya- kira dah on the way la tu.

Bila sampai kat kedai pakcik tu...

Saya: Pakcik, saya nak beli ikan kerapu ni.. Pakcik tolong carikkan yang elok sikit..
Pakcik: Oklah, kejap pakcik cari.. (duk tengok kat tempat ternak kerapu..jgn main2, mimpi pun dasyhat ni).. Yang ni boleh tak, nak?
Saya: Err, kenapa badan dia kecik kepala dia besar, pakcik? (pikir, apsal pelik je rupa ikan kerapu ni...)
Pakcik: Yang ni je ada, nak..kira besar juga..
Saya: Haa, bolehlah macam tu..abah saya yang nak ikan kerapu..

Pap! Terjaga pukul 6 pagi.. Tengah tunggu azan subuh, duk fikir lagi apasal la pelik sangat rupa bentuk ikan tu..Sekali teringat dah..badannya ikan kerapu tapi kepalanya ikan monkfish...hahahahaha... mimpi merapu betul~~ T_T

ikan kerapu
monkfish

Tuesday, February 21, 2012

Hantu Keledek!

Sekarang, saya sangat suka makan keledek jepun. Hari tu beli kat tesco, ingat kalau beli sekilo macam lambat habisnya tapi sebenarnya lagi cepat habis. Hehehe. Keledek tu saya prefer rebus aje lepas tu minum pula air kopi untuk makan petang. Perghhhh, sangat best! Ingatkan petang ni nak beli lagi stok ubi keledek jepun ni; apa-apa pun tunggu hubby balik dari kerja :D

Monday, February 13, 2012

Rezeki

Salam semua. Dah lama saya tak menulis kat blog ni, bukan apa, sekarang menumpukan 100% pada diri sendiri. Hari sabtu baru-baru ni seronok tengok cerita kuch kuch hota hai kat TV3. Hubby kata cerita tu dikira legend, yela, siapa je yang tak tau kewujudan cerita tu macam pelik aje. Saya suka tengok cerita tu sebab ada Rani- bagi saya dulu, dia dikira cun la :p Oh ya, cukuplah pasal cerita hindustan yang satu tu.

Sekarang, saya tengah giat mencari kerja di area Selangor. Insya Allah, setelah hubby habis projek kat Sungai Petani ni, kami akan berlori-lori pulang ke Selangor pada pertengahan tahun ni atau awal tahun depan. So, perancangan saya selepas ni nak giat mendapat pekerjaan seawal yang boleh dan tidaklah degree & experience saya disia-siakan begitu sahaja. Baru je tadi saya dapat call panggilan untuk interview tapi saya terpaksa menolaknya sebab tempat kerja tu di Melaka. Jauh pula.. Kalau takat sampai Seremban tu bolehlah lagi. Agensi pekerjaan tu pula cakap, lepas ni dia akan try carikan area Selangor/ Negeri Sembilan. Doakan saya mendapat rezeki pekerjaan juga; bolehlah saya membantu famili saya yang telah banyak menolong saya setakat ini.


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”(Surah Al-Qashash: Ayat 24)