Sunday, March 25, 2012

Syukurrr~~

Alhamdullilah..

Terima kasih Ya Allah diatas peringatanMu ini. Ya Allah, Engkau berkatilah sentiasa hidup ini, berikanlah hidayahMu dan tunjukkanlah aku jalan yang benar. Hanya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Aminnnnn~~

Thursday, March 22, 2012

Cuci mata..Hello Kitty~~


Tadi blogwalking tengok gambar hotel hello kitty di Beverly Hills. Dari penyambut tetamu sehinggalah benda-benda kecil pun jenama Hello Kitty! Kalau nak tengok betapa banyaknya Hello Kitty dalam hotel tu, bolehlah klik sini. Paling best, dalam bilik hotel tu disediakan make up Hello Kitty oleh Sephora tapi tak tau lah ianya boleh dibawa pulang ke tak. Hehehe, so sesiapa yang nak duduk hotel situ, bolehlah bagi review nanti... :p

Bila dah melekat tengok hotel yang super tu, mestilah google barangan Hello Kitty ni. Dulu saya pernah tengok satu blog ni, dia memang seorang penggemar barangan Hello Kitty dan boleh dikatakan dia hampir dapat penuhkan koleksi dia. Perghhh, salute kat akak tu. Ok la, mari kita cuci mata melihat barangan Hello Kitty yang comel-comel ni~~


atas: toaster, bawah: fridge, kanan: water dispenser

slow cooker

telefon

polaroid

atm machine kanak-kanak

casio camera

dari atas bermula kiri: mesin jahit, toater, wii console.
bawah bermula dari kiri: gitar, kerusi
waffle hasil hello kitty waffle maker

komputer hello kitty

baju dress :D comel kan? mcm nak satu je :p
cerek

mesin jahit




gambar2 datangnya dari sumber google:
  • http://www.thebrode.com/italy/milan1.html
  • http://shaydovgrey.hubpages.com/hub/Slow-Cooker-Stylin
  • http://www.kaboodle.com/reviews/hello-kitty-merchandise-wholesale-price-discounts-8
  • http://kataulurve.wordpress.com/tag/hello-kitty/
  • http://www.kittyhell.com/2007/10/28/hello-kitty-atm-bank/
  • http://internetsiao.com/the-hello-kitty-casio-exilim-camera/
  • http://www.hypnopixel.com/content/standard_v2.asp?name=Tomes_Archives_HelloKittyVSStarWars
  • http://foodbeast.com/content/2010/05/16/hello-kitty-ice-cream-waffles-sandwiches/
  • http://www.harrokitty.com/2010/01/minew-a10-hello-kitty-mini-pc/
  • http://www.ohmz.net/tag/hello-kitty/
  • http://www.jimmyspa.com/blog/kokoni_tweety_bunny/221320/detailed.jimmy

Wednesday, March 21, 2012

Tawakal jela

Hmm, tajuk kat atas tu selalu orang cakap bila dah usaha sehabis baik. Bagus tawakal ni kepada kita sebenarnya. Ini menunjukkan kita redha dengan apa yang terjadi setelah sehabis daya berusaha dan walaupun hasilnya tidak seperti diharapkan, kita tidak sesekali mengalah malah percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Tapi sayangnya, kadang-kadang orang salah menggunakan ayat ni iaitu percaya semuanya ditentukan Allah swt dan akhirnya berserah tanpa usaha. Biarlah, biarlah, biarlah nanti adalah hasilnya. Masa sekolah dulu, cikgu selalu pesan usaha banyak-banyak, berdoa pada Allah swt dan kemudian tawakal apa pun terjadi. Teruskan usaha, tak perlu mengeluh dan yakinlah kepada Allah swt.

Bila kita melihat orang yang lebih dari kita, kita janganlah pula soal kenapa tapi cepat-cepatlah berdoa agar pintu rezeki kita terbuka luas sama dan doalah agar orang itu sentiasa dilimpahi rahmatNya. Tahukah anda bahawa setiap kali anda memandang orang lain yang mempunyai lebih dari anda dengan cara negatif, anda cepat berputus asa dan akhirnya anda mula mempertikai segala apa yang dia ada? Janganlah anda memandang rezeki mereka dengan perasaan cemburu sebab penyakit ni membolehkan anda jadi lupa untuk bersyukur bahawa Allah swt telah beri anda nikmat rezeki selama ini. Jaga-jaga dengan segala apa yang anda pertuturkan dan apa yang anda fikir.  Sikap cemburu ni kita boleh ubah pada cara yang positif seperti anda berusaha dengan tekun setelah melihat kawan berjaya dengan jayanya.

Keraplah anda berusaha kerana Allah swt suka orang yang berusaha dan pastinya Allah akan memberi ganjaran yang terbaik kepada umatnya. =D Ingat tak apa cikgu selalu cakap kat dalam kelas, usaha itu tangga kejayaan! =))

Wednesday, March 14, 2012

Jadual yang sangat bagus adalah jadual berpuasa

Hee, hari ni jumpa jadual berpuasa bagi tahun 2012. Bagi yang belum ganti puasa tahun lepas, cepat-cepat ganti sebab ni dah bulan Mac. Tahun ni kita berpuasa awal iaitu pada pertengahan bulan Julai. Terima kasih kepada yang membuat jadual puasa ni. Saya jumpa jadual ni dalam facebook tadi. Ni saya share kepada tukang baca blog saya pula :D


Monday, March 12, 2012

=D

Syok pulak tengok gambar kahwin ni..Hehe, :P Love u hubby~~




A successful marriage requires falling in love many times, and always with the same person. 
- Mignon McLaughlin 

 The relationship between husband and wife should be one of closest friends. 
- B. R. Ambedkar

Thursday, March 8, 2012

8 Mac

Alhamdulillah, saya masih bernafas di atas muka bumi ni. Pagi-pagi je hujan turun renyai-renyai & tiba-tiba bunyi handphone. Mami wish happy birthday and yes, itu sangat menyeronokkan tau. Masa muda dulu (dan sekarang masih muda :P) asal birthday je, mami mesti belikan kek coklat. Hehe, favourite saya memang kek coklat~~ Lepas tu borak-borak, mami tanya hari ni ada masak special ke? Saya jawab masak macam hari-hari biasa je sebab malam nanti baru nak keluar dinner. Semalam hubby buatkan kek aiskrim & sepanjang dia kat dapur, saya dilarang masuk dapur. Hehehe.. Terima kasih hubby! <3



Terima kasih kepada famili, hubby & member-member yang tak henti-henti wish happy birthday. Saya sangat terharu, ok T_T Semoga segala doa & ucapan dari mereka dimakbulkan Allah swt. Saya doakan mereka juga akan dilimpahi nikmat rezeki yang tidak putus dari Allah swt. =)


Kepada semua yang bergelar wanita, Selamat Hari Wanita Sedunia. Semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam. Jadilah wanita yang terbaik~~~ =D

Wednesday, March 7, 2012

Dadih

Ingatkan mahu menyibukkan diri kat dapur tapi terlupa tak ada bekas comel2 nak isikan dadih :( Cadangnya nak buat dadih tembikai susu...Apakan daya, bekas pulak yang takde~~ Last few days, saya buat dadih coklat- saya guna susu coklat dutch lady tu je. Sedap & sangatlah senang. Bagi yang nak cuba, bolehlah ikut resepi dibawah ni...


       Resepi Dadih
  • 1 liter air
  • 1 liter susu strawberry/ coklat / melon
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • secubit garam 
     Cara-caranya
  1. masak air dgn gula sampai gula hancur.
  2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
  3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil. Simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Tuesday, March 6, 2012

Quote of the Day~~

Pagi ni mata saya dihidangkan dengan ayat yang marvellous dari seorang mommy. Syok sangat!

" Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan pula guruh dan petir. Puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi ..."

Ayat ni memang ayat pemberi semangat bagi sesiapa yang tengah down. Terima kasih mama syuhada! =D

Thursday, March 1, 2012

Bulan Ini Bulan Saya

Bulan mac bulan yang paling seronok bagi kami sebabnya.........