Tuesday, April 17, 2012

Vietnamese Spring Roll

 Hari tu ada buat vietnamese spring roll. Spring roll vietnam ni berbeza sedikit dengan kita (malaysia) dari segi kulit popia tu dan cara penyediaan membuat spring roll.

Kulit popia vietnam ni diperbuat dari beras dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Teksturnya keras macam kulit buku dan ada garis2 alas tempat mereka keringkan (ala2 macam garis2 anyaman kat tampi tu). Sebelum melipat, kulit tu harus la direndam dalam air sebentar supaya ia menjadi lembut.


Vietnamese Spring Roll versi saya :D


 Vietnamese Spring Roll 

Bahan-Bahan:
lobak merah
bunga kobis
brokoli
kangkung
mee / soon/ bihun (optional- saya tak letak)
ayam diperap dengan halia & dibakar (resepi asal ada letak udang)

sos:
2 cili merah (potong cincang)
3-4 ulas bawang putih (potong cincang)
Satu ibu jari halia (potong cincang)
secukup rasa sos ikan
secukup rasa gula
Sedikit kacang tanah ditumbuk (saya tak letak)


 Cara-cara membuat:
1. Celurkan sekejap sayur-sayuran & mee / soon/ bihun. Ketepikan, tunggu sehingga sejuk
2. Satukan bahan-bahan sos itu dan masak di atas api yang sederhana. Ketepikan sos itu & tunggu sehingga dia sejuk.
3. Keluarkan rice paper dan rendamkan dalam air jarang. Biarkan seketika dan angkat bila ia sudah menjadi lembut.
4. Masukkan sayur-sayuran & mee / soon / bihun tadi ke dalam satu bekas dan tuangkan sedikit sos tadi. Gaulkan dengan sebati.
5. Siatkan ayam tadi. Kalau menggunakan udang, boleh terus ke cara no 6.
6. Proses menggulung. Letakkan sayur, mee/ soon / bihun dan ayam/udang. Gulungkan. (cara-caranya macam anda tengok orang gulung popia)
7. Curahkan sedikit lebihan sos di atas spring roll. =D

Friday, April 6, 2012

Terkejut~~

Baru je baca post dari cousin. Mak cik (adik mami) turun darah dengan banyak semalam. Bila check dengan doktor, doktor suspect antara fibroid atau lead to cancer. Saya doakan agar makcik saya diberikan kesihatan yg baik & hopefully not a cancer. So, to my dearest friends, do please seek a doctor if your period is unusual ( too much bleeding, period colour changes and too much cramp).

Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.


ihsan: http://portal.alamhamil.com/faqs-kehamilan/sukar-hamil/86-fibroid.html

Wednesday, April 4, 2012

cergas~!

hari ni memulakan strategi baru dan semangat kental yang baru (jadual dah disusun cantik) hehehe...berusaha sampai berjaya tapi sekarang rasa lemau aje..jap lagi la mula strategi..mau berangan dulu laa~~ ;p

Oh, di kesempatan ini, saya nak ucapkan tahniah & semoga sukses sentiasa kpd kawan lama saya yang telah pun menceburkan diri dalam dunia perniagaan dalam bab masak2 ni. Happy for her~ Bagus perancangan keluarga dia, macam-macam bisnes diorang buat dan alhamdulillah semuanya berjaya. Nanti saya balik seremban, saya mahu makan nasi goreng daging eh! Teringat lak zaman sekolah, saya duduk sebelah dia masa f4-f5. Saat paling best, bila dia menyanyi kat sebelah- suara dia sedap (ni kalau dia baca ni, sure kembang-kuncup :p) kalau boring dalam kelas nak2 time Lukisan Kejuruteraan, duk la merapu macam2. Masuk tahun ni dah 11 tahun kami berkawan, tang suka duka tu memang selalu share. Walaupun dah kahwin masing-masing, kami still macam dulu. Touching lak pagi-pagi ni. haha. tak ada benda lagi berharga selain dari friendship. =D