Thursday, June 28, 2012

sedapnya bau!

Time tengah menaip ni, pakcik2 majlis perbandaran tengah potong rumput. Harumnya bau rumput, semerbak masuk dalam rumah. Saya suka bau rumput ni, rasa tenang semacam aje & semua serabut kat kepala hilang serta merta. Kalau hari tu baru lepas hujan, lagi la makin kuat bau rumput. Segar!

Rumput segar

Monday, June 25, 2012

dah termimpi-mimpi pulak dah~

Aiyooo, dah berapa kali mimpi benda yang sama. Tak boleh jadi ni, saya rasa saya kena rembat juga nanti sebarang dua ni. Hopefully, dapat la apa yang diidamkan itu. Inilah dia yang menjadi igauan dan angan-angan saya selama ini. Dari tak buat apa sangat kat rumah ni selain duty utama surirumah, saya rasa baik saya tajamkan skill yang satu ni. Ada juga faedah ;p

harga rm599..ok la, tayah mahal2..

mesin jahit tepi brother..kalau ada yang nak jual 2nd hand, meh la bagitau


Malam tadi sebelum masuk mimpi yang satu ni, sebelum tu mimpi anak kucing putih yang sangat comel & gebu. Ekor dia spesis kembang & ada halus2 warna coklat cair.. Comel gila! Pastu mimpi member kat london ajak dtg rumah utk celebrate wedding anniversary dia.

kucing munchkin..comel kan? tp xde kat malaysia ni

Monday, June 18, 2012

Oh dear!

I need a good communicator,
I need a good listener,
I need someone that has time for me,
Yes, it won't take long,
I am very sure it will be great moment to think of ,
Oh dear, Oh dear,
Can u lend me your ears?
Hmmm, I think after all it is a big 'NO'

Oh dear, Oh dear!

tempoyak

tempoyak sangat enak,
sedap dimakan begitu sahaja,
kalau rajin buat ikan masak gulai tempoyak,
kalau malas campur dengan sambal belacan ratah dengan ulam-ulaman,
ohhhh~~tempoyak yang sangat sedap,
pemecah nafsu makan sentiasa~~~



ni la akibatnya kalau ada yang mula bercerita pasal tempoyak. Hmmm, enak2x. Ada sesiapa nak bagi sedikit tempoyak tak? :p

Wednesday, June 13, 2012

beautiful cinderella

Ada ke sesiapa tak suka princesses walt disney? Hehe, saya suka cinderella, sleeping beauty & beauty and the beast. ;p Stok kartun yang lama-lama. Yang baru-baru ni tak berapa nak melekat kat jiwa la. Hmmm, agaknya sentimental value tak berapa nak banyak macam kartun dulu-dulu. Ni yang kena minta husband carikkan ni.. hehehe >:p. Cinderella ohhh cinderella~~ ekekeke



A dream is a wish your heart makes
When you're fast asleep
In dreams you lose your heartaches
Whatever you wish for, you keep
Have faith in your dreams and someday
Your rainbow will come smiling thru
No matter how your heart is grieving
If you keep on believing
the dream that you wish will come true

Tuesday, June 12, 2012

mary poppins!

pagi-pagi dah mengadap depan pc tengok cerita mary poppins. Cerita ni mengisahkan Mary Poppins (Julie Andrews) sebagai Nanny atau pun penjaga kanak-kanak. Hmm, cerita ni dah lama iaitu pada tahun 1964. aiyaa, time tu saya pun belum lahir. Part paling best ialah masa Mary Poppins ni turun dari langit dan part dia kemas rumah hanya dengan petik jari je Snap! Snap!. Bahagia aje kalau kemas rumah macam tu. Hehe, tapi ngeri juga tengok barang terbang sana sini. Pheww~~ Oh ya, thanks darling husband sebab gigih carikkan cerita ni. Next time, nak minta tolong cari cerita lain pula. Hehe ;p

Weekend ni rasa nak beli movie yang best kat astro first la..hehe, beli popcorn & jajan yang sedap-sedap lepas tu duduk kat sofa yang empuk..hehe..romantik la konon..ehehe..nak tengok wayang kat tgv ke gsc ke entah bila lagi, jadi the best option: purchase a movie at astro first..ekkeke... ;p

haa, ni la sedutan mary poppins...lagu yang membolehkan tergeliat lidah nak menyebut! enjoy eh~~

Monday, June 11, 2012

Am I ???

Malam tadi tiba-tiba terpikir panjang lepas tengok member post lagu pendek ni kat facebook. Baru-baru ni ada la insiden yg membuatkan saya rasa sedih tapi lepas pikir balik, "ahhh, dah memang kerja setan-setan ni yg suka simbah minyak kat api yg marak" terus cool semula. Hehe, senang kan.. Kalau ada yg tengah berduka lara, buat la macam ni. Kita sedih2 pun bukan boleh tukar situasi pun. Percaya saja pada Allah yg Maha Esa dan usaha untuk dapat apa yang kita nak. Ada member kata saya nampak tabah aje walaupun saya dengan dia sama perahu. Hehe, kalau diri sendiri tak tabah macam mana nak hidup kat dunia ni. Cewahhh.. Betul la tu kan..Kalau tak tabah, hanyut sudah...

When the dog bites,
When the bee stings,
When I'm feeling sad,
I simply remember,
My favorite things,
And then I don't feel so bad...

Ni lah sebahagian lirik lagu yang ditepek oleh member malam tadi. Ringkas aje ayat dia, tapi sesiapa dalam situasi yang mendung berarak kelabu tu sure memberi kesan mendalam (nak-nak ayat pertama sampai ketiga tu). Sekarang bila saya rasa sedih, saya terus online shopping sebab tu kegemaran saya menukarkan yang pahit kelat ke manis semanis madu lebah.. Hehehe.. Jadi kalau sedih, jom buat perkara yang kita suka supaya kita tak rasa sedih lagi dah..


Sunday, June 10, 2012

Embroidery Craft

Huuu, sekarang tengah gila nak mula jahit sulam2 ni.. dulu nak gak la asah balik bakat terpendam merendam direndam ni haa. Biar la orang kata outdated ke hape, nak juga mula jahit semula. Semalam semakin membara niat yang suci ni lepas tengok embroidery tools jenama clover tapi harga dia jual agak mahal la. Bagi yang pemalas nak pikir gaya nak jahit sulam ni boleh la membeli embroidery tools ni. Hehe. Kat malaysia, setakat ni saya jumpa dua tempat yang jual barangan jenama clover ni: Maycraft dan Greenie Clover. Macam-macam ada, tingggal hobi nak menjahit aje. =D

stitching tools

embroidery tool

kaedah nak buat..bagus alat ni menyenangkan keje..hahaha

 video cara guna clover kantan couture

 video cara guna stitching tools


see? teruja tak? kalau yang minat menjahit sure la teruja tapi kalau yang memang bukan kaki menjahit, entry ni pun dibaca sekali lalu jek...hahahaha.. Haiii, best nya kalau dapat mende alah ni dan mesin jahit portable. Ada jugak yang siang malam duk buat projek menjahit..ehehhee.. =D

Thursday, June 7, 2012

Abaya

Saya sudah berkenan dengan abaya-abaya yang cun. Arghhh, tahun ni raya pun ingat nak pakai abaya aje memandangkan malas mahu pakai baju kurung. Ekeke, tapi tengok la,kalo ada abaya cun, saya rembat la..kalo x ada, jadinya terpaksa la pakai baju kurung. Hehe.. Hmm, bercerita pasal abaya ni, selain hitam & kelabu, ada tak warna-warna lain? Setakat ni jumpa abaya yang guna kain crepe ni semua warna hitam. Satin ada la yang berwarna2 tapi rasanya macam panas la pulak pakai satin. Hehehe.. Meh cuci mata tengok design abaya yang super comel.. Kalau ada mesin jahit ni, ade jugak den jahit selai ni.. :))

suka tang lengan & dada..kerawang2 kat dada tu, tenun ok..harga dalam rm270

ni abaya ada cutting..simple je, just letak manik etc kat lengan..
letak lace kat lengan gini, cara gak..
cun tp kalau tak ada lace dekat lengan & ada cuff sure lagi cun..ni nampak sarat
sape yg pandai jahit sulam gini, memang bagus..
lengan macam ni la saya suka..ada gelembung sikit..auww~~
cekak di pinggang, cun.. :D

Tuesday, June 5, 2012

tika saat ini

mengantuknya~ sekarang tengah hujan kat luar, makanya mata makin mengecil. best nya kalau sambung tidur lagi ni... ;p huwaaarrrrrr!!!

Monday, June 4, 2012

raya raya baju raya

gedik kan? bulan puasa pun belum dah terhegeh-hegeh nak beli baju raya..  :p tp org kata bagus beli awal2 ni sebab nanti tak ada la kes dah berkenan tapi size tak ada...hihi..oh ya, cerita pasal baju-baju ni, teringat lak hari tu konon nak beli kain pasang buat baju.. sekali sampai dekat tailor tu, tanya la upah baju melayu. terkejut kita lepas dia bagi tau upah jahit baju melayu biasa RM 130.. Masa keluar dari kedai tu, saya cakap dgn husband mujur tak beli kain pasang tadi; kalo tak mahu RM 200+ melayang.. Sudahnya, nanti kita beli baju dah siap jela kan, darling? Huuu..Tukang baca sekalian, dah pilih warna tema ke? Saya berkenan kuning, hijau, biru gelap, ungu, pink & merah.. Husband pesan jangan amik kaler striking sebab nanti nampak gemuk dalam gambar... hahaha.. husband kata saya dah gemuk!!! aisehhhh... kalau gemuk ni gemuk pregnant nak jugak.. :p

Friday, June 1, 2012

Hujan rahmat

Tengah tulis entry ni, hujan tengah lebat. Patutlah pagi ni rasa sejuk semacam aje, rupanya tanda nak hujan lebat. Tidur guna toto pun masih terasa sejuknya. Alhamdulillah, rahmat diturunkan ke atas hidupan di atas muka bumi sg petani. Burung-burung pelbagai jenis semua keluar, agaknya seronok nak mandi la tu. haha. Tetiba teringat bait lagu arwah sudirman,'hujan yang turun bagaikan mutiara~~'. Yup, hujan tu memang bagaikan mutiara untuk manusia, haiwan & tumbuhan. Tanpa hujan, pasti kering-kontang tanah ni & kehijauan semua jadi kekuningan disebabkan tidak cukup satu sistem iaitu air.




"Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap"