Tuesday, July 31, 2012

Rasa macam kurus

Gedik kan entry macam ni tapi apa boleh buat terima jela dengan hati terbuka bahawa saya sudah kurus sedikit. Perut pun dah nampak hilang sikit lemak-lemak degil. Haha. Semalam cakap dengan hubby macam sudah kurus la sambil menepuk-nepuk perut ni. Hubby balas," ok, nanti kita pergi timbang berat badan eh?". Sedih betul, hubby tak percaya. Cehhh, tak apa la, janji sendiri tau dah kurus. :p Perasaan mestilah gembira walaupun mungkin kehilangan lemak tu dalam 1kg aje. Kira perkembangan sihat jugalah kan dari tak ada langsung. =D

Sunday, July 29, 2012

Redup

Hari ni redup aje kat luar. Alhamdulillah, tak panas dan tak sejuk sangat. Kelmarin, saya terasa sangat sejuk sampai berselimut pun tak rasa apa dah. Gigil woooo. Tapi tengok hubby, macam ok aje. Saya aje yang lebih-lebih kesejukan. Bila dah sejuk tu, apalagi, buat la senaman iaitu senaman melipat baju. Fuhhhh, banyak kain bertimbun yang tak berlipat. Gasaklah lipat baju laju-laju. Kira ni macam pepatah,"sambil menyelam minum air"; yela, kain dah berlipat dan badan pun naik suam-suam.

Semalam lak aktiviti memenuhkan peti ais dengan barang basah. Mula-mula pergi tesco beli barang kering lepas tu baru pergi pasar beli daging dan ikan. Haa, kalau sesiapa hantu susu dutch lady, semalam nampak 4 kotak 1 liter susu bersamaan RM16. Saya pun beli 1 strawberry, 1 chocolate & 2 susu full cream. Boleh la semua tukang baca pergi serang tesco beli susu hari ni. Hari ni kan hari cuti jadi boleh la berjalan dari melepek aje kat rumah tak ada benda nak buat. Susu ni macam-macam boleh buat seperti dadih, kek moist, letak dalam nasi etc. Hari ni ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka puasa walaupun bahan ada kat rumah. Aiyooo, apa yang pasti nak goreng sayur kangkung. Dalam peti ada kaki ayam, daging, ikan kembung dan ikan siakap. Hmmm, pukul 2 kena siap-siap keluarkan bahan sebab nak tunggu defrost sangatlah lama. Insya Allah, by pukul 2 petang tu dah ada idea nak masak apa.. Hihi.


p.s: terasa nak makan bubur lambuk tapi sini tak ada orang buat bubur lambuk. kena balik seremban la nampak gayanya. sambil makan beramai-ramai sambil boleh melepaskan rindu jumpa family. semoga hubby dapatlah bonus raya, boleh balik jumpa family...yippieeeee~~~

Friday, July 27, 2012

RM10

Saya sangat gembira hari ni sebab terjumpa duit RM 10.00 dalam kocek seluar. Yeay! Petang nanti boleh beli sepotong kek.. Semalam punya kes la ni, teringin nak makan kek lepas tengok orang dah mula perang jual kek kat fb sempena nak raya ni. Paling tak tahan tu, ada pulak yang tepek gambar kek lapis sarawak. Kalau kek lapis ni, saya suka perisa mint, oreo cheese & cadbury cheese. Kek cadbury cheese tu tak boleh makan banyak sebab tersangatlah manis sampai trigger gigi dan kepala. Tahun ni harapnya adalah kek lapis oreo cheese kat rumah saudara-mara belah husband. Boleh makan dengan riang ria~~ Kot lepas makan kek lapis tu, tetiba petah bercakap dialek sarawak..Hahaha..

Err, berbalik pada apa yang hendak dibeli dengan duit RM10 ni.. Mula-mula rasa nak beli kek secret recipe tapi bila tengah syok lipat kain tu terpikir juga beli ayam golek pun syok gak kan? Kalau beli ayam golek boleh simpan sikit untuk sahur esok pagi.. Kalau beli kek secret recipe, sah2 la makan hari ni aje unless duit tu untuk beli bahan untuk satu kek besar. Kek coklat kukus, senang dan mudah... Hehehe... Hmmm, sudah dilema la pulak.. nak kek ke atau nak ayam golek??? Ahhhh! perut, hari ni nak makan kek ke ayam golekkkkkkk?

Wednesday, July 25, 2012

Terima kasih atas rezekiMu

Pukul 5 ptg semalam, hubby balik membawa sekilo kaki ayam. Yey! Rezeki kami semalam sebab ikutkan abang jual ayam tu kadang-kadang berniaga selang sehari. Hehe, jadinya nanti bolehlah buat sup kaki ayam ke kerabu kaki ayam ke kaki ayam goreng ke kan.. Disebabkan semalam dah ada menu berbuka nasi bukhari, ayam masak tomato dan salad timun letak mayonis; tak adalah nak buat sup kaki ayam. Lepas dah siap-siap masak menu berbuka, apalagi layan kejap rancangan Hidangan Barakah kat TV Al hijrah. Salad timun tu pun sebab terpengaruh dengan rancangan tu la.. hehehe..

Tengah syok melepak sambil tengok tv, tetiba terkejut dengar orang bagi salam. Hubby la yang menyambut salam akak tu. Akak tu sedekah satu plastik merah dan dia kata kat hubby dah sampai giliran dia untuk bersedekah dalam taman perumahan ni. Bila hubby letak atas meja, saya pun jenguk la dalam plastik tu. Wahhh, ada seplastik besar air soya, mee goreng satu polisterin, popia 2 biji & karipap 2 biji. Terus cakap dengan hubby rezeki kita dapat makan popia dan karipap sebab kebetulan hubby cari kat gerai tempat selalu beli popia & karipap sedap tapi orang tu tak jual pulak. Alhamdulillah, syukur di atas rezekiMu ini. Saya doakan semoga jiran ni dimurahkan rezekinya, dilimpahi rahmat dan diberikan kesihatan yang bagus. Terima kasih wahai jiran.. =D

Sunday, July 22, 2012

Scorecard Bulan Puasa

Tadi saya terfikir nak buat scorecard khas untuk bulan puasa. Scorecard ni saya buat untuk diri saya sendiri... Azam saya bulan puasa ni nak bagi puasa dan terawikh tip top (tak nak dah terawikh rongak-rongak!). Anda pun boleh juga buat sendiri. Mula-mula ambil calender kosong dan edit dekat application paint. So, bolehlah anda monitor diri sendiri di bulan puasa ni. Hmmm, nak kata nota ringkas pun boleh la. Dot-dot warna kat sebelah tarikh tu saya indicate sebagai hari-hari puasa dan hari yang pergi terawikh. Tahun ni, betul-betul nak bagi penuh terawikh. Rugi pula rasanya tahun lepas tak berapa bersungguh-sungguh. Marilah join saya buat scorecard ni... Menarik~~~ Semoga kita berjaya =D

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga untuk beribadat kepadaMu... Aminnnn...


Friday, July 20, 2012

Sehari sebelum puasa

Salam tengah hari... Saya tengah berhempas pulas kat dapur.. Hari ni masak simple aje iaitu ayam goreng letak rempah kari sikit dan juga pajeri terung. Tengah godak-godak plastik sayur, nampak pulak terung 3 ketul tadi. Duk pikir nak celur saje ke atau nak buat pajeri. Last2 pikir pajeri jela sebab ayam pun kering (goreng) takkan nak celur biasa aje kan? Gasak la, janji kul 2 nanti dah boleh makan tengah hari. =D

Disebabkan esok hari nak puasa, ramai betul orang kat pasar nak-nak part beli daging & ayam. Saya pun kena beratur juga nak beli ayam. Suasana kat pasar tu dah macam esok nak raya pulak dah. Mungkin hari ni ada yang makan besar kot, yela, bagi menyambut ramadhan pada esok hari. Jadi, hari ni la anak-anak pulang ke kampung berpuasa bersama ahli keluarga tersayang. Saya dan husband duduk diam-diam aje kat sini memandangkan kami jauh dari keluarga masing-masing. Malam ni sudah bermula solat terawikh dan kanak-kanak pula maybe malam ni dah start main bunga api. =D Masa borak-borak semalam dengan husband pun bukak cerita masa dia kecik-kecik dulu, dia pernah main mercun dekat dengan surau. Akibatnya tok imam terkejut dengar bunyi mercun... Hehe...

Marilah kita berpuasa dengan tenang.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan

Syukur alhamdulillah, saya sudah sihat sedikit. Hari tu agaknya excessive kemas rumah sampai sakit pinggang bagai. Mujur ada kawan bagitahu pasal multivitamin yang ok untuk saya consume. Sekarang saya makan Kordel's Bio-Liquid Women Multi with Fish Oil untuk kesegaran, kecergasan dan membaikpulih tahap kesihatan. Dah rupa macam promoter pulak. Sehari ambil sebiji aje, jangan sesekali overdose pulak. Sebotol 30 biji dalam RM 35, harga tu lepas diskaun. Kalau harga sebenar rasanya dalam RM 43, ni yang kawan bagitahu la. Bagi yang asyik rasa lesu dan tidak bermaya aje, boleh la ambil multivitamin ni. Tapi kalau yang lesu ada hari-hari tertentu tu, tak boleh nak buat apa la. Tu namanya memang mood kelaut nak buat kerja. ;p ;p ;p

pinjam gambar dari kawan saya.. Ibu Ila

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bagi kita umat Islam menunaikan ibadah puasa pada bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan. Jadi, jangan pula sesiapa mengigau cari breakfast hari Sabtu ni. Tak pasal-pasal kena naik van. Hehe. Sempena bulan puasa yang akan tiba ni, semoga kita semua dapat menunaikan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Tinggalkan yang melalaikan dan mula bina diri dengan benda kebaikan. Kalau boleh, secara berterusan la buat benda baik.

ihsan google
Sempena nak masuk bulan puasa ini, saya ingin meminta maaf kepada hubby, ahli keluarga saya dan keluarga mertua, saudara-mara, sepupu, anak buah, kawan-kawan dari kecil sampai sekolah universiti, blogger-blogger dan tukang baca saya jika ada tersalah laku dan kadang-kadang menyinggung perasaan. Ampunkan segala kesalahan saya selama ini. Saya manusia biasa yang tidak lari dari  melakukan kesilapan.

ihsan google

 Semoga bulan ini dan bulan seterusnya memberikan kita 1001 kemanisan yang tidak terhingga. =D 

ihsan google


(Tengah syok-syok menaip ni, saya teringat pula masa puasa bersama keluarga kat seremban. Insya Allah, ada kelapangan kami akan pulang berpuasa bersama-sama nanti. Nak request sambal goreng jawa agak-agak boleh tak? hehe ;p ;p ;p)

Monday, July 16, 2012

Unspeakable

I couldn't help anymore
Don't ask me why 
I think I should remain silent
Better as it is
Everyone will be happy
Unspeakable, yes, unspeakable
Silence are good for us
Sometimes words are not needed
I will not repeat it again
 

Sunday, July 15, 2012

Hobi

Sekarang saya sudah mempunyai hobi baru iaitu mengumpul buku-buku menjahit pula...Bak kata husband, kumpul sikit-sikit barangnya nanti dah dapat mesin jahit kasi buat banyak jenis baju... Hehehe, terima kasih kekanda kerana telah membelikan adinda segala benda. Sob3x, terhutang budi. Nanti adinda sudah bekerja, adinda belanja kekanda mekap si hijau tu ya... Heee~~

Ni antara koleksi buku yang ada...Tools untuk menjahit akan menyusul kemudian... Hehehe

murah je buku ni..rm 17.90

terus nak buat yg moden tu..ekekeke..
kebaya..ntah bila boleh muat balik ntah

baju melayu..tidak payah menghabiskan duit rm 130 utk upah @_@

boleh la buat seluar sendiri...yippie~~



Wednesday, July 11, 2012

Makanan Korea Lagi

Alhamdulillah, saya masih disini dan cuba menambah ke'tegar'an berblogging. Hmmm, tak tau la ada ke tak perkataan ketegaran tu, jadi adik2 yang masih bersekolah silalah jangan cuba menggunakan perkataan pasar tu.

Dua hari lepas saya buat tema makanan korea untuk makan tengah hari dan malam. Percubaan pertama membuat bibimbap yang saya kira sangat bagus bagi yang mencari sayur yang banyak dalam semangkuk nasi. Untuk tidak rasa kosong, saya buat kimchi stew sebagai teman. Bibimbap ni terdiri daripada nasi, daging/ ikan yang diperap, taugeh, lobak merah, timun, cendawan shitake, pucuk paku pakis yang digoreng, bayam, telur dan hot pepper paste. Saya punya style yang kira minimum la iaitu nasi, daging yang digoreng, taugeh, lobak merah, timun dan hot pepper paste (ni hubby letak cili giling sikit, dia kata sedap).

ini bibimbap versi saya, hanya letak yg wajib aje. telur, saya tak buat sebab saya kawankan dengan kimchi stew
ni kimchi stew. ni la paling best. saya dah buat banyak kali. terbaikkkkk!


Ini resepi bibimbap (full version) bagi yang sesiapa yang mahu cuba:

Nasi yang sudah masak
Daging/ Ikan salmon
Cendawan shitake
Lobak Merah
Timun
Taugeh
Bayam
Pucuk paku pakis
Bayam
Telur

Bahan perap:
Kicap manis
Lada hitam
Garam
Minyak bijan
Bawang putih

Sos:
Hot pepper paste (ni ada jual, tapi diragui halal ke tak).

Cara2 membuatnya:

1. Perapkan daging/ ikan dalam kicap manis, garam, lada hitam & minyak bijan. Perapkan juga shitake mushroom dalam bahan yang sama. Masa nak goreng, tabur sedikit tepung pada daging & shitake mushroom. Tepung ni sebagai agen supaya daging lebih juicy. Ketepikan bila sudah masak. Jika ingin rasa bijan tu lagi naik, tabur biji bijan ke atas daging.

2. Hiriskan lobak merah. Lobak merah ditabur sedikit garam, minyak bijan & bawang putih. Celur dan ketepikan. Kalau tak nak berminyak sangat, sila tabur lobak dengan sedikit garam dan terus celur. Ketepikan

3. Hiriskan nipis2 timun. Perapkan dengan sedikit garam dan goreng timun dalam minyak bijan sampai dia nampak cerah sikit bahagian tengah timun tu (lutsinar). Ketepikan

4. Bayam ditabur dengan garam dan dicelur. Ketepikan.

5. Taugeh dibasuh bersih2. tabur sedikit garam, bawang putih, minyak bijan & celur. Ketepikan

6. Pucuk paku pakis diperap dengan kicap manis, minyak bijan dan garam sedikit. Goreng dengan minyak bijan. Ketepikan.

7. Telur pula buat macam telur mata kerbau atau pecahkan telur dalam air yang mendidih (poached egg). Ketepikan.

8. Bila semua sudah siap, susun dalam mangkuk. Telur diletakkan tengah2.

Tuesday, July 10, 2012

Sejuk...sejuk...brrrrrrr!!!

Sejuk betul sekarang ni sampai rasa sakit kepala pun ada. Brrrr~~ Tapi bagus juga sejuk2 ni sebab orang kata mandi air sejuk ni boleh jadi awet muda. Hehe, fakta atau auta,tidak la saya ketahui. Pentingnya, perkara yang baik kita cedok, perkara yang mengarut kita kasi tolak tepi naaa... Perkara mengarut? Ya, perkara mengarut termasuklah seperti percaya kalau makan kepak ayam nanti boleh terbang... Hahahaha...tu sebenarnya sebab orang tua suka makan kepak ayam tapi nak elakkan anak2 dari makan, tu yang keluar peribahasa tu. ;p Tapi ada juga kata sebab ayam tu disuntik hormon kat kepak. Wallahua'lam. Jadi, kesimpulannya mandi air sejuk bagus untuk badan dan hormon (meningkatkan kesuburan bagi lelaki & wanita). Lepas ni kalau air panas ke suam2 akibat cuaca panas, letak ais batu dalam baldi... Barulah sensasi perasaan dia =D

Yey, sekarang matahari dah keluar pula. Possibility semua baju kering hari ni adalah tinggi. Boleh la basuh baju untuk another trip...hoooooooo yeeeeaaaaahhhhhhhhh~~~~

Friday, July 6, 2012

Drama...Drama..



Tengok drama sedih boleh sangat
Tapi jangan pula berdrama pada realiti
Tengok drama hantu boleh sangat
Tapi jangan terlebih pikir nanti rosak iman
Tengok drama aksi boleh sangat
Jangan pula beraksi tak tentu arah
Tengok drama keluarga negatif boleh sangat
Tolong jangan pikir keluarga tak sayang kalau ada masalah serupa
Tengok drama boring memang boleh sangat
Sambil tengok boleh tidur depan tv! =))

(hasil garapan bubblediana)

Thursday, July 5, 2012

Kemenangan

 
Ya, sangat betul quote kat atas ni. Tanda-tanda kemenangan yang nyata. 
Tabahlah, tabahlah, tabahlah..
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ini. Aminnnn

Wednesday, July 4, 2012

Yippie!

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana telah menurunkan rahmatMu di tanah Kedah ini. Syukur, tiada lagi jerebu dan asap berkepul-kepul yang tidak sihat di udara lagi. Tiada lagi yang boleh saya katakan selain memanjatkan kesyukuran di atas pemberianMu ini. Terima kasih~~ "Hujan la, Hujan la" inilah ayat yang selalu saya ucapkan ketika panas melanda beberapa minggu lepas. Huu, jerebu tak usah cakaplah, tebal sangat kot! Masa tu, air sejuk memang menjadi hidangan tekak la. Alamak, kantoi pulak asyik minum air sejuk berais tu ;p Tengah sejuk-sejuk ni, saya pun sedap meneguk air milo panas sambil menikmati udara segar dari luar. Berangan macam duduk kat Cameron Highland pulak jadinya walaupun sini tak ada strawberry, kira bolehlah..

pic dari google

Semalam masa duduk berborak dengan hubby, dia buka cerita nak belikan mesin jahit Singer untuk saya. Yeay, alhamdulillah! Seronok rasanya, rasa macam nak melompat-lompat kegirangan. At least saya bolehlah kembangkan minda saya. Sekarang pun, saya banyak membaca blog tutorial untuk menjahit pattern-pattern dan saya rasa tak rugi pun belajar menjahit ni. Awal-awal memang la semua orang tak pandai tapi kalau ada kemahuan, semuanya menjadi. Last saya menjahit masa sekolah kot, tu pun mak selalu suruh jahit langsir untuk raya. Mesin kepala hitam Singer versi goyang kaki tu je menjadi peneman waktu malam masa nak dekat raya. Berjasa woo.. Kali ni saya nak yang portable sebab nanti senang nak angkut ke sana ke mari. Heee~~ tak sabar rasanya nak dapat mesin jahit! Mesin jahit tepi, saya kiv dulu la disebabkan harganya pun RM 1245 paling murah.. Hmm, tak mampu la. Kalau ada mesin jahit tepi yang orang nak let go bawah RM 800, kan best..ekekek.. ;p Bak kata kawan saya, mesin jahit tepi beli kemudian. Sementara ni hantar dekat kedai tailor, minta diorang tolong jahitkan.. Hehe

jahit, jahit, jahit =D

Tuesday, July 3, 2012

Diet

Saya sudah memulakan misi mengurangkan makan nasi untuk bulan ni. Hehe, misi yang beberapa bulan lepas baru kini bergiat aktif semula. Saya target nak hilangkan 5kg untuk bulan ni. Ok la kan, penurunan sikit demi sikit. Semalam, menu tengahari jemput-jemput daging letak sayur (kacang peas, baby corn) dan malam pula makan telur rebus 2 biji, salad satu mangkuk & 2 biji buah epal. Hehe. Telur rebus tu untuk sumber protein yang sangat bagus untuk kita. Sebenarnya yang elok tu putih telur tapi ter'ngap' sekali dengan kuning2nya. =D

cucur..gambar dicedok dari google

telur rebus 2 biji

salad satu mangkuk..sedap letak sos cheese pedas sikit :D

epal 2 biji untuk 2 org

Pagi ni terjaga pukul 5.30pagi disebabkan terkena gastrik. Badan penuh angin,hmmm, dah macam belon panas jadinya T_T Lepas dah sapu minyak telon dan minum air kosong, perlahan-lahan gastrik tu hilang.. Hoo Yeahhh~~ Saya dah lama tak kena gastrik yang teruk tahap guling-guling ni. Rasanya last kena masa zaman sekolah dulu. Jadi, adik-adik kakak-kakak, sila jangan skip meal dan makan ikut masa. Seksa woo kalau dah kena angin gastrik ni. Oleh sebab saya dah kena gastrik, saya minta hubby belikan nasi lemak ;p Tapi terlupa nak pesan, sambal tu jangan letak banyak sangat sebab kalau dah kena gastrik tak boleh makan pedas nanti jadi semula. Untuk mengelakkan angin datang balik, saya minum susu full cream dutch lady. Bijak tak saya? Memang saya sangat bijak ;p Lepas makan nasi lemak, bunga-bunga sakit perut pula yang datang. =D

gastrik menyerang...aduhhh :(

nasi lemak pengisi perut

susu untuk neutralkan asid dalam perut

Walaupun hari ni dah makan nasi lemak waktu pagi, aktiviti diet tidak akan dilupuskan sama sekali. Saya tetap mahu berdiet. 5kg lemak, sila duduk jejauh.. I don't need you.. Heh

5 kilo...hilang lah kamuuuu~~
exercise hari2

muka puas hati lps hilang 5kg

Monday, July 2, 2012

Isi masa lapang dgn membaca

Saya suka membaca dari dulu tapi jika sudah sampai saat malas nak membaca, memang buku entah kemana. Hehe. Saat ini, saya membaca buku kisah Siti Hajar. Sebelum beli buku ni, saya tertarik dengan buku bertajuk Srikandi-Srikandi Yang Benar yang mengisahkan Aminah, Fatimah Az-zahra dan juga Rabiatul Adawiyyah. Bila dah habis baca buku tu, jatuh hati pula dengan buku-buku lain keluaran PTS. Lepas saat itu, maka bertambah la koleksi buku-buku PTS ni.

halwa sekarang

buku yang sangat best!

Masa sebelum beli buku Siti Hajar tu, suami sebenarnya baru je lepas membeli buku 4 khalifah terhebat zaman kegemilangan dunia Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Saya baru baca beberapa page. Bila dapat buku Siti Hajar tu, saya pun skip kejap yang ni. Hehe, boleh pulak main skip2 buku. 

Buku yg saya skip =D

Lepas habis baca buku-buku ni semua, saya ingat nak beli pula buku mengenai mazhab-mazhab. Err, bukan saya yang beli, minta hubby belikan sebagai hadiah.. Ekekeke.. ;p

Yang ni rasanya macam baru keluar beberapa bulan lepas
Ada tukang baca yang suka membaca tak? Tak kisah la apa-apa genre pun, janji buku. Baca komik pun kira membaca juga. Hehe. Kalau fiction, saya suka sangat dengan hasil garapan Sophie Kinsella & Sidney Sheldon. Best..

buku Sophie Kinsella..Shopaholic & Stand Alone Book.. Pic from google

Buku hasil tulisan Sidney Sheldon..