Friday, September 28, 2012

Nak buat bisnes? Sila la tapi awas...

Sekarang, macam-macam jenis bisnes yang anda boleh lakukan dari rumah, tempat kerja, secara online dan sebagainya. Tepuk dada tanya selera yang mana memikat di hati menusuk kalbu dan berjaya menarik ramai pelanggan/agen untuk barangan anda. Saya cuma tidak gemar sesetengah cara orang melariskan/mencari agen dengan ayat yg sangat la cliche. News feed saya penuh dengan orang yang join bisnes ini itu: ada yang jenis tegar dan ada yang jenis suam-suam kuku tapi berjaya lebih dari yang tegar.

Al-kisahnya, hari ni saya mendapat tahu bahawa ada seorang kakak ni nak buat bisnes dan saya tanya la dia bisnes apa yang dia nak join? Setahu saya, yang menjadi idola dia tu ada bisnes restoran. Jadi, saya anggap dia nak join buka kedai makan juga ke etc. Lepas tu akak tu balas, dia nak join satu produk ni (upline, downline- nama company dirahsiakan) dan saya support dia dari belakang. Kami pun merapu la dan saya cakap dengan akak tu," nanti kalau ok, bagi tau la" sambil gelak-gelak. Saya nak join? tak ada la, sebab malas nak berbuih-buih mulut tarik orang bawah saya. Saya pernah ikut kakak saya dulu pergi join satu event ni and seriously kalau tak aktif memang kelaut la bisnes tu. Hehehe. Dah gelak-gelak, tiba-tiba idola akak ni menyampuk,"OMG!!! kalau nak berjaya, tak boleh tengok orang lain yg berjaya dulu. Kena la dua-dua berjaya. Nanti kalau akak tu dah berjaya, dah pergi oversea, tak nak dah layan kawan-kawan"...Zzzz, ayat yang selalu dengar...Boring!

Ok, first saya baca ayat dia, terus aje terfikir rezeki tu ada dimana-mana dan tak semestinya join up&down tu semata-mata nak duit bertambah.. Yes, bisnes tu digalakkan tapi tak semestinya satu cabang aje. Ada 99 cabang bisnes, janji hati kental, ada modal dan bijak mengatur kewangan. Dalam bisnes, kita perlu buka seluas-luasnya minda kita dan perlu peka sekeliling kita. Saya belajar pasal bisnes ni melalui kawan saya masa sebelum kahwin dulu. Dia memang jadikan bisnes sebagai mata pencarian utama dia. Alhamdulillah, dia dah berjaya. Dia mula dari bawah. Masa tu saya join jadi partner dia sekejap. Brainstorming tu memang kena ada sebab kita kena tahu apa barang yang selalu orang guna & macam mana bentuk yang orang suka. Mana-mana buku/ seminar bisnes mesti ada bab ni. Alamak, terpanjang cerita pulak pasal bisnes. Hahaha, tapi point utama untuk perenggan ni adalah," nak berjaya bukan setakat satu tu aje, banyak cara lain. Yang penting ukur baju dibadan sendiri. Mampu, u buat. Tak mampu, timba ilmu lepas tu try & error. Sorry to say, tengok orang berjaya tu penting sebab kita boleh tau sejauh mana produk tu di mata pelanggan"

Secondly, ayat dia "tak nak layan kawan-kawan dah" hmmm, no wonder dia pun suam-suam kuku aje dgn saya. Kawan hanya layak pada yang join bisnes setara & ada kereta mewah hasil bisnes tu aje? Kekayaan tak melambangkan apa-apa pun dan saya tahu dia baru je join group up &down ni. hehe, ayat cliche macam ni memang boring. Kat facebook tu, cara nak laku kan bisnes, perghhh macam-macam ayat cliche ada. Lucu pun ada. Hahaha. Saya tengok ramai aje yang buat bisnes tapi tak pernah pula tengok status macam tu. Ada seorang kawan saya bagi ayat superb," saya tak nak berjaya macam tu sebab nanti saya lupa kawan-kawan". Hahaha, betul juga eh? Tapi saya tak nak la balas macam tu sebab takut nanti mengeruhkan keadaan. Seorang kawan pergi, kawan baru yang datang lagi berganda-ganda dan lagi super best... Hehehe

Bila saya baca ayat kakak tegar tu, saya nak tergelak pun ada dan nak naik angin pun ada. Kenapa la serious sangat bab tu? Saya dengan akak tu borak-borak biasa aje. Saya pun mula la balas ayat dia dengan bagi alasan tak ada modal (malas betul dengar bila org tegar berbicara). Tapi saya silap langkah pulak sebab mesti senang dia nak counter balik. Seperti saya jangkakan, dia pun cakap setakat modal tu minimal issue aje, nanti kita borak-borak. Bila masuk bab borak-borak tu, tak ada kerja lain la push buat loan semata-mata untuk bisnes. So, taktik basi membuatkan saya dah boring, saya cakap la," lambat ke cepat buat bisnes ni, nanti hasilnya sama juga kan? Saya pun dah pernah buat bisnes tapi stop sebab supply of material tak ada. So, kita support akak ni saje on bisnes dulu k?" Hahaha.. yela, akak tu post status tu sebab dia yang nak join, bukan saya.Tak pasal saya pulak yang kena. Apedaa, terus mood kelaut petang-petang ni.

Ada aje kawan saya yang join up&down ni, tapi tak la tahap kritikal punya fanatik.. Ukur bab kaya, alhamdulillah aje tengok dia buat bisnes. Setiap orang ada pendirian masing-masing nak join ke tak nak, jadi, perlulah menghormati dan menerima keputusan mereka. Semakin push sampai limit pun, kalau memang tak nak, memang tak jadi. Hehe

Thursday, September 27, 2012

Feeling waktu pagi

Pagi ni saya terfikir macam nak balik seremban aje, leh jumpa famili dan kawan-kawan. Hmm, tak boleh jadi ni, nak siapkan kerja taking off ni cepat-cepat lepas tu balik seremban. Duduk kat seremban dalam seminggu dua ke kan.. Raya hari tu tak sempat nak jumpa member paling rapat, aduhhh, merajuk sudah dia tu. Lepas rindu kat famili pun tak habis. Nanti kalau jumpa member tu, boleh la tengok mesin-mesin kesayangan dia & menuntut sikit pasal menjahit. Lagi satu, advantage kepada saya mana la tau dapat kerja kan. hehehe. Balik seremban boleh makan masakan mami..Nyummmmmm3x.. Bila petang, boleh jalan-jalan kat citypark..Cewahhhh..semangat-semangat! Mari buat kerja mengira dan kerja rumah yang lain. Dah free, mahu pulang ke seremban naik bas. Pon pon pon ponnnnnnn~~


(Avril si kucing, nanti I dah balik seremban sila jaga diri sendiri. Kalau nak makan, mintak tuan ehh.. Puan nak pulang ke kampung halaman, yahuuuuu)

Monday, September 24, 2012

Jealous tak? Of course

Baru-baru ni berjalan sempena pembukaan shopping mall baru kat sg petani ni haa. Nama dia, C-Mart. Kenapa C-Mart? Tak tahulah apa maknanya. Overall, best juga la tapi saya still berharap Jusco siap cepat-cepat. Kalau Jusco siap, tak perlu la kami berjalan jauh kalau nak beli kimchi untuk buat stew. Hahaha, tu je sebenarnya. Oh, kembali kepada C-Mart ni, jika ada yang nak pergi, boleh la pergi ke Amanjaya tapi disarankan pergi lagi dua minggu ke sebab kebanyakan kedai belum dibuka secara rasmi; nak-nak yang kaki tengok wayang tu.

Masa berjalan-jalan tu, nampak la beberapa bayi yang super comel! Teringat ada seorang kawan ni dia balas "budak-budak kecik memang la comel..dah besar tak tau la" bila saya cakap anak dia comel. Pelik betul perangai si emak tu. Cakap la, terima kasih..anak saya memang super cute gitu ke kan? Hahaha..kembali kepada sesi berjumpa dengan bayi-bayi comel kat C-Mart. Tiba-tiba husband cakap dia rasa jealous tengok orang dah ada anak. Saya pun balas ayat dia, "saya pun jealous juga...nak 10 anak boleh?"..Husband kata,"amboi, ok je tapi larat ke?"..Hahahaha, kembar berderet, ok sangat!...Nak anak kembar tapi genetik kembar tak ada pun.. =))

Jealous tu memang pasti la, tanya la mana-mana pasangan yang lama berkahwin, sure kata jealous kecuali kalau yang merancang tu tak rasa apa la kot. Dulu saya berangan, nak anak 4 orang aje sebab saya adik-beradik pun 4 orang sekali bila dah setahun lebih ni, terfikir bosannya kalau anak 4 aje, upgrade terus nak anak 6 orang atau lebih.. Hehehe...Saya selalu melawak dengan husband, agaknya terus dapat anak kembar kot sebab tu rezeki belum lagi...Harapnya cycle kali ni, ada la rezeki zuriat buat kami suami isteri..Tak mahu dah hidup berdua aje, nak la bertiga, berempat, berlima... ;p

Tuesday, September 18, 2012

Resepi Snow Cheesecake

Hari ni baru nak post resepi. Minta maaf kepada semua yang tertunggu-tunggu kehadiran resepi ni. Hihi, ni update sebab baru ada mood nak menulis. Ampunnnnnnnn~~ Oklah, tanpa membuang masa, dengan ini, saya memulakan cara-cara saya membuat snow cheesecake.

Resepi Snow Cheesecake

 Untuk kek:

1 pek tepung vanilla sponge cake ready mix
Telur
Air
Minyak jagung

Cara-cara membuatnya:

1. Pertama sekali, sila buat anggaran besar mana kek tersebut. Jika beli 1 kilo tepung ready mix, saya syorkan hanya guna dalam 750gram sahaja sebab dia naik tinggi. Anggaran untuk berapa biji telur, air dan minyak jagung- sila baca pada label yang diberikan. Tepung yang saya gunakan hari tu, ada tulis untuk sekilo tepung gunakan 16 biji telur, 250ml air dan 250ml minyak jagung.

2. Panaskan oven pada suhu 165'C

3. Setelah anda mempunyai sukatan yang betul untuk kesemua bahan tersebut, bolehlah pecahkan beberapa biji telur, masukkan tepung ready mix dan air. Putarkan pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi putih. Perlahan-lahan masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung. Putarkan lagi sehingga adunan nampak gebu.

4. Sapukan sedikit minyak pada permukaan & keliling baking tray dan alaskan dengan baking paper. Ini untuk mengelakkan kek sponge tadi melekat pada tray. Masukkan adunan tadi ke dalam tray. Pastikan tiada buih-buih dan pusing-pusingkan tray tu supaya adunan menjadi rata.

5. Masukkan dalam oven selama 50 minit (yang ni agak-agak berapa lama, bergantung kepada oven anda). Bila dah siap, sejukkan. Saya cadangkan kek ni dibuat sehari sebelum supaya kek betul-betul sejuk baru buat next stage.

Untuk tips lebih senang, buat 2 adunan dalam 2 bekas jadinya tak perlulah melalui proses potong lapisan tengah kek. Nanti bila dah sejuk, just trim aje bagi permukaannya rata.

sejukkan kek dahulu...masa ni bau dia pun macam kuih bahulu..hihi


Filling dan topping:

Cream cheese
Susu pekat
Grated Cheddar cheese

Cara-cara membuatnya:

1. Letakkan cream cheese dan susu pekat dalam suhu biasa sebentar supaya senang bila nak pukul nanti. Tak adalah kes berketul-ketul ke apa. Masukkan cream cheese dan susu pekat ke dalam bekas. Putarkan filling tersebut sehingga nampak soft teksturnya. Untuk kedua-dua item ni, sila buat anggaran sendiri. Sebiji kek, gunakan 500gram cream cheese dan 2-3 senduk susu pekat. Kalau susu pekat tu jenis terlampau manis, kurangkan amaun tersebut. Masa ni sentiasa rasa konsistensinya. Bila dah siap ketepikan.

tengok konsistensinya..jangan ada ketul-ketul..


2. Ambil kek sponge yang dah siap tu, potong tengah supaya kita boleh letak filling di lapisan tengah. Sapukan filling tadi dan ratakan secantik yang boleh. Letakkan balik lapisan atas tadi. Sapukan filling cream cheese pada lapisan atas dan sekeliling kek. Parutkan cheddar cheese pada topping & sekeliling kek. Sesudah aje siap, masukkan dalam peti ais sehingga ia benar-benar sejuk barulah potong. Proses filling dan topping ni kena dibuat segera, nanti cream cheese tu cepat cair dan akhirnya menjadi sememeh. Saya nasihatkan supaya kek ni disimpan dalam peti ais semalaman, jadinya tak adalah kes kek pecah bila potong. Overall, 2 hari diperlukan sebelum kek tu dimakan. Selamat mencuba.

bersedia untuk filling...

Hasilnya selepas deco, cepat-cepat masuk peti ais...kagum sungguh

bersedia untuk dibawa ke open house



Friday, September 14, 2012

Snow cheesecake versi saya

Alhamdulillah, hari ni saya masih di depan laptop ni menaip dan memerah otak apa yang nak ditulis. Hehe, semalam saya ada event iaitu open house kat site office husband. Sebelum ni saya ada post pasal gigih membuat kek untuk open house. Alhamdulillah 2 biji kek langsai dengan lajunya dan ada yang siap tapau bawa pulang.  Masa sesi bungkus-bungkus makanan, husband cakap tinggal beberapa potong aje jadi dia letak dalam bekas kecil sedikit. Ada kakak tu dah tanya saya, ada lagi ke tak dan saya jawab ada lagi, kalau nak, ambil dalam peti ais kat pantry. Dia pun seronok la ada untuk dia. Sekali datang seorang staf kontraktor buka peti ais tu & nampak bekas kek tu. Dia pun nak tapau sikit. Kakak yang tanya saya tu cakaplah dengan staf tu, jangan ambil semua, tinggalkan dia sikit. Lucu aje tengok gelagat diorang. Semua kata kek tu sedap. Masa nak balik tu, husband siap cakap lagi kalau ada yang nak tempah, bolehlah tempah. Hahaha.

Inilah kek yang saya buat untuk event tu: Snow cheesecake!

Snow cheesecake versi saya

Yummy! Kek ni tak boleh terdedah sangat pada suhu biasa terlampau lama sebab nanti topping cream cheese tu cepat cair. Kalau nak makan, kena potong sedikit demi sedikit. Kek ni boleh dikatakan susah juga nak buatnya, jadi no wonder harga dia boleh tahan mahalnya. Mula-mula nak buat kek ni, tengok macam," eleh senang nya". Sekali bila dah buat, terasa susahnya. Bila dah siap cantik, rasa nak melompat-lompat aje. Hilang segala penat mengadun dan sebagainya. Tu baru sikit, lepas kena puji, lagi la seronok.


Tuesday, September 11, 2012

Aktiviti hari ni

Hari ni hari baking. Petang nanti dalam pukul 2-3 petang nak mulakan sesi membakar kek. Kek apa? Kek span vanilla. Aktiviti membakar kek ni sempena hari khamis ni ada open house kat site office husband. Tiap tahun, mereka buat open house dan jemput client, contractor, consultant, ahli keluarga & penduduk setempat. Boleh dikatakan event besar juga la. Tahun lepas, saya tak pergi disebabkan takut saya seorang aje ahli keluarga consultant yang hadir. Walaupun begitu, sempat jugalah buat bingka susu sikit untuk open house. Part paling best, bingka susu habis. Ingatkan tak habis dimakan. Hehehe, so tahun ni bakar kek pula. Hari ni dikira percubaan pertama la nak test guna tepung sponge mix. Sebelum ni, kalau baking, guna bahan dari scratch. Hentam la labu, janji boleh dimakan. Bentuk yang kelaut boleh dicantikkan. Hahahahaa. Dua hari ni, saya busy baking dan decorate kek span tu. Kira kalau nak tengok hasil finishing tu, esok paling awal la. Saya target hari ni test sebiji & kalau rasa macam tak cukup esok pagi sambung balik. Esok petang baru assemble & sejukkan terus. Lusa pukul 9.00 pagi dah boleh terkedek-kedek bawa kek pergi office husband.

Dengar husband cerita, macam-macam jenis makanan diorang prepare untuk tahun ni memandangkan ni last open house raya. Tahun depan, bulan 5 projek sini dah siap. Ok la, tukang baca sekalian. Saya nak siap basuh-basuh peralatan baking ni. Nanti kita jumpa di lain siaran. Bye bye.

Monday, September 10, 2012

Isnin 10/9

Simple kan tajuk hari ni? Tu sebab tak ada idea nak letak tajuk yang best-best. Petang semalam pergi pasar malam kat bandar laguna merbok, sg petani. Hmm, macam biasa la belikan ikan untuk si kucing avril, sate ayam 10 cucuk (sate ni sedap sangat!), air kelapa dua bungkus dan karipap RM 2.00. Masa dalam kereta nak pulang ke rumah, tiba-tiba teringat kakak sepupu cakap masa raya,"kalau rasa nak buat master, buat la dari tak ada apa nak buat"... Best juga kan idea dia tu, sambung master. Nak memang nak sambung belajar tapi... bab duit tu yang agak payah sikit. Pinjaman? Yang sedia ada pun tak habis bayar. Terus terkubur niat nak sambung belajar. Sampai rumah, cepat-cepat masuk dapur masak lauk sebab husband puasa sunat syawal. Alhamdulillah, habis dah puasa sunat dia. Good!

Hari ni, bangun tidur terus siap-siap bilas semua baju kotor. Nanti husband balik, baru minta tolong dia angkut baldi-baldi tu ke belakang nak mesin. Habis sesi membilas, buatkan ikan rebus untuk avril dan lipat baju sikit. Ni sambil duk menaip sambil tu pikir nak masak apa untuk tengah hari. Ingat nak goreng ikan aje cicah budu tapi terpikir pulak buat ikan goreng sambal pun macam best aje kan? Hahaha... Sayur buat sup aje, jimat masa dan tenaga. Hmm, jam dah tunjuk pukul 12.20pm, masa untuk super housewife memasak. Oh ya, tadi cuci mata tengok kain-kain yang comel kat satu blog ni. Harga pun, boleh tahan la juga- tak la semahal orang lain jual. Kumpul duit nak beli kain-kain comel la. Nak buat apa tu lain cerita. =D

Sunday, September 9, 2012

Hobi zaman dahulu: Handphone

Saya baru je lepas baca artikel mengenai kehebatan telefon bimbit pintar (smartphones) HTC One X vs Samsung Galaxy S3. Saya baca ni pun lepas ternampak abang ipar share artikel ni kat facebook. Lepas dah habis baca artikel tu, teringat pula hobi zaman dahulu kala, haha. Masa saya sekolah menengah dulu, hobi saya adalah mengumpul handphone. Mula-mula dapat handphone jenama siemens, tu pun kakak yang bagi saya. Masa tu, jadi pengguna digi. Hehe, gembira woo dapat handphone. Zaman tu, tak la canggih macam sekarang ni dan skrin pun kecik aje tapi orang kata, asal boleh guna tak kisah pun. Nak main internet? Kat rumah ada PC dah, online la puas-puas kat rumah. Hayat handphone siemens tu tak lama sebab kena air. Bilik tidur kami beradik perempuan ni, selalu juga bocor kalau masa hujan lebat.

Lepas tu, dapat pula handphone Nokia 3310. Hahaha, handphone ni dulu famous sungguh. Best part, kalau bosan-bosan tu boleh main game ular. Syok! Sampai masanya, handphone tu macam gila-gila sikit, mami belikan Nokia 3315. Sama aje macam Nokia 3310 tu, tak adalah beza sangat pun. Keypad dia ok la, tapi tak best macam Nokia 3310. Ada yang panggil telefon ni telefon buat baling sebabnya dia memang spesis berat dan petak gitu. Bila masuk dalam poket seluar, kembung aje poketnya dek handphone tu.

Masuk je Form 4, member bagi handphone baru kat saya. Dia bagi la handphone motorola yang jenis lipat tu. Fuhh, time tu, memang rasa diri bergaya kejap. Ekeke, tak silap masa tu aplikasi dia dah makin advance sikit la dari Nokia 3310 tu. Handphone motorola ni bagus tapi kalau nak tulis mesej tu, agak payah jugak la sebabnya dia macam auto dictionary. Everytime nak mesej, kena off kan dictionary tu. Leceh leceh. Lama juga la guna handphone tu. Dah lama tu, pulang balik motorola tu.

Bila dah dalam matrik, perangai mencari handphone yang best makin menebal. Nak-nak dapat biasiswa. Hmmm, memang tak ada kerja lain la kan. Member nak bagi Nokia S60 yang keypad dia jenis bulat tu tapi saya kata tak payah. Saya pun guna Nokia yang biasa-biasa aje. Nokia time tu dah ada color screen dah. Model tak ingat la pula. Masa tu, saya ada 2 handphones. Tapi takla pergi kelas bawa dua-dua. Tu pun kadang-kadang malas bawa, saya tinggal aje bawah bantal kat hostel. Yela, handphone bukan jenis mahal, tak kisah pun. Zaman gila handphone, apa pun tak kisah.

Masuk main campus, tanduk makin bercabang. Pantang jumpa kedai handphone, survey harga bagai. Masa ni, handphone pun dah makin menggila. Kejap ok, kejap tak ok. Abah pun ada juga bagi handphone jenama Samsung. Nipis. Best memang best tapi keburukannya satu je- bateri susah nak tahan lama. Sikir-sikit asyik habis bateri. Bosan disitu.

Lepas tabung dah penuh sikit sebab ada duit kerja part time kat company tempat praktikal, saya pun beli la handphone Sony Ericsson. Memang sayang sangat handphone ni sebabnya kamera dia sangatlah best! Sayangnya, tak ada 3G. Warna pun mengancam, putih gitu. Oleh dek kerana masa tu selalu berjauhan dengan boyfriend (husband sekarang), maka saya pun jual la handphone tu dan ambil Sony Ericsson yg lain sebab ada 3G. Bila dah ada 3G, mulalh guna line celcom. Hehe, biasalah boleh guna line internet. Senang sikit nak browse internet & assignment pun boleh settle. Guna alasan assignment siap, tak boleh blah betul ;p Time ni tak silap, ramai yang guna friendster & facebook tu baru nak mula popular. Lama juga la hayat handphone SE ni dengan saya.

Biasalah, bila handphone ni dah lama, dia ada gila sikit. Masa tunang, husband belikan Nokia N71. Hmmm, handphone ni berat semacam aje. Lenguh tangan nak memegangnya dan cepat panas. Handphone ni best buat browse internet. hehe, tu aje la sebenarnya. Kalau dah letih asyik pegang aje, saya letak tepi. Hahaha. Kamera dia? So-so aje. Tak secantik gambar sony ericsson dan samsung la. Samsung rasanya paling cun dari SE. SE ni kena tengok model juga- ada yang cun hasil gambarnya & ada yang teruk. Nasib la kan.

Dah kahwin, jual Nokia N71 tu ambil pula Sony Ericsson Hazel. Yang ni jenis slide. Hmm, overall best sebab ada wifi. hahaha, senang nak connect internet. Kamera? Tak best macam SE Walkman zaman belajar kat U dulu. Yang tu aje yang superb gambarnya. Hehehe. SE Hazel ni, sekarang speaker kecik dah rosak. Kalau orang call, saya kena buka loud speaker baru boleh dengar caller cakap apa. Tapi, nak jual handphone tu tak la kot. Sayang woo sama si hazel ni.

Lepas ni ada ura-ura nak tukar ke? Hmmm, tak kot rasanya. Hahaha, sekarang ni nak buat hobi baru pula iaitu nak mengumpul designer's fabrics. ;p ;p ;p Agak-agak boleh ke tak macam ni? =D

Wednesday, September 5, 2012

Tenangkan diri

Hari ni hari rabu bersamaan 5/9/2012. Sekejap aje masa berlalu kan, alhamdulillah saya masih di sini menulis dan terus menulis. Hahaha, gaya macam penulis popular pula padahal biasa-biasa aje. ;p Bila cerita pasal menulis ni, husband pernah cadangkan buat lagi satu blog. Perghhh, nak menulis satu entry pun kena mencari ilham ni kan pula nak tulis 2 entry pada satu masa. Topik pun tak tau apa nak ditulis kalau ada satu lagi blog tu. Kalau sini, entry kebanyakan merapu jadinya tak la berapa nak kisah. Hahaha, sekurang-kurangnya bagi tukang baca bersantai kan. Saya tahu kadang duduk opis tu boring juga, asyik menghadap satu benda tu boleh jadi stress ;p ;p ;p Pandai-pandai aje buat ayat =D

Haaa, malam ni ada cerita Bedah Tong Gas Nak Raya kat tv berapa tah pukul 8.30 rasanya ke 9.00 ntah. Cerita tu best sebab ada pelakon Norkhiriah. Dia tu memang tak payah buat aksi lebih-lebih bagi orang kering gusi kerana dia dah semulajadi kelakar orangnya. Jom la kita tengok cerita bedah tong gas malam ni. Lepas aje baca entry ni, terus set note kat handphone masing-masing. Hahaha, suka hati aje kan ajak orang lain tengok cerita komedi ;p ;p ;p Tak apalah, dari masa terbuang macam tu aje, marilah kita bergembira tengok tv. Kalau nak makan kunyah-kunyah (jajan) dan air yang sedap-sedap (jus buah) , beli siap-siap balik kerja nanti. =D =D =D

Tuesday, September 4, 2012

Saya Memang Glamour

Nama saya Avril. Saya suka makan ikan kembung rebus digaul bersama nasi,hmmm, lagi enak kalau campur sedikit air rebusan ikan tu. Memang menjilat jari!!! Friskies dan seumpama dengannya tak memenuhi citarasa saya yang suka ikan fresh ni. Yela, saya kan dari pasar so saya suka makan ikan yang tentunya sedap belaka. Saya mengiau dengan kuatnya bila perut sudah berbunyi dan bila mahu ajak tuan bermain dengan saya. Lain masa, saya hanya purrrrrrrr~~~





Monday, September 3, 2012

Ngeri

Alhamdulillah, saya sudah kembali sihat walafiat setelah gering 2-3 hari plus insiden tercekik tulang ikan. Sedih tau masa kena tercekik tu, rasanya itulah pertama kali kes tercekik paling teruk dan tak mahu lagi dah kena. Alkisahnya, hari kena tu pada hari sabtu baru ni. Biasalah, time cuti merdeka baru-baru ni, kan cuti panjang so ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinan & kenduri. Kami laki bini ni tak terkecuali attend wedding sana sini. Hari sabtu tu, ada 2 kenduri; satu kat Alor Setar dan satu lagi kat Sg Petani ni. Alhamdulillah, dapatlah pergi kedua-dua tempat ni.

Kes tercekik tulang tu masa kenduri kat SP. Kenduri kat SP ni meriah jugalah sebab ada dua pengantin dan makanan pun boleh dikatakan berganda-ganda. Ada ayam golek, kari kambing, daging masak apa tah, kerabu, pajeri nenas, ulam& kawan baiknya sambal belacan dan rojak buah. Bila dah nampak makanan, saya mulalah rasa nak makan nasi maka bermulalah sesi ambil lauk yang sedap. Saya pun ambil ayam, daging, pajeri nenas (tapi tak makan) dan kerabu. Awal-awal makan seronok la tapi bila dah nak akhirnya tu, masa tu la tercekik tulang. Tidak ku tahu bahawa kerabu tu ada isi ikan. Minum air banyak pun tak jadi apa, makin rasa nak muntah balik sebab tulang tu mencucuk ke belakang tekak. Perit rasanya sampai rasa nak jolok keluar tulang tu! Cakap dengan husband, nak balik sebab rasa nak muntah sangat. Tengah berjalan nak ke kereta, nampak ada satu plastik besar tulang2 ikan kat motor orang. Memang sah la kot, kerabu tu ada isi ikan. Nak kata tulang ayam, takkan la kot sebab yang ni tajam duri. Bila masuk kereta, capai air kosong tapi masih sama- sakit tak tertahan lagi. Dalam hati, selawat banyak-banyak. Dah lama menahan nak muntah, sekali sampai satu traffic light, saya terus muntah dengan banyaknya dalam kereta. Habis sudah segala nasi, ayam,daging etc. Husband pula suruh muntahkan aje, saya pun memang rela nak muntah lagi dan lagi. Hmmm,sungguh pun begitu, tulang tu masih terlekat. Sampai rumah, berlari ke toilet dan muntah air pulak. Disaster! Tenaga makin hilang, saya banyak tidur aje lepas tu. Saya tanya dengan kawan-kawan petua nak bagi hilang tulang ikan tu, ramai yang suggest telan nasi kepal. Malam tu, saya gigihkan diri telan nasi kepal. Kejap ok, kejap tak ok. Perut pula makin lapar tapi nak telan nasi tak dapat. Setelah banyak kali percubaan makan nasi kepal. keadaan masih sama dan hanya mampu berdoa semoga disembuhkan dengan segera. Nak beribadah pun jadi tak selesa, perit aje. Tidur malam tu, saya tinggikan bantal dan jika keadaan masih sama esoknya, nampak gaya pergi klinik la. Pagi bangun subuh, keadaan teruk macam ada luka kat dalam. Minum air sebanyak yang mungkin. Pagi tu saje suruh husband tengokkan kat dalam, kot-kot la nampak. Lepas duk senget-sengetkan lidah, tiba-tiba dah tak rasa lagi sakit kena guris tulang ikan tu dah- sikit-sikit aje sakitnya. Syukur alhamdulillah, doa dimakbulkan oleh Allah. Yela, hanya dengan keizinan Allah swt, saya dapat sembuh. Pagi tu walaupun dah sembuh tapi mood makan pun dah hilang, masih takut-takut nak makan ikan. Hmmm... tu la pengalaman yang sangat tak best... Terima kasih kepada husband sebab tolong cucikan muntah saya...

Hubby: Siapa muntah dalam kereta????

Wife   : Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! ;p ;p ;p