Wednesday, October 31, 2012

Gelap Gelita

Sejak menjak ni, terasa gelap gelita pulak kat rumah ni. Mana taknya, awal-awal lampu bilik air padam lepas tu malam tadi lampu dapur pula yang padam. Dah la tak ada tangga (rumah ni ceiling tinggi bebenor), kalau tak bolehlah husband yang panjat. Saya takkan panjat sebabnya saya ni gayat! Hahaha... Ni kejap lagi masak dalam cahaya kurang terang la gamaknya sebab dapur ni pun dah sedia gelap. Kekdahnya, kena la berhati-hati bila handle sesi potong-potong dan juga bahan panas. Kat bilik air, tak terasa sengsara sebab bila malam, guna lilin. Semalam nak beli pelita zaman atok nenek tu, tak jumpa. Bijak sangat, cari kat giant, memang la tak ada. Selamat bergelap gelita lagi la sampai minggu depan...

ah ha! idea bernas juga buat gini..pelita gambar perempuan x ada, ni pun boleh la

Monday, October 29, 2012

Aktiviti Minggu Raya

Jumaat 26/10/2012

Hari ni hari raya aidiladha. Pagi tu bangun lewat sikit, kelam-kabut panaskan lauk pauk raya yang dah masak semalamnya. Mujurlah kan dah masak, kalau tak, pergi sembahyang raya dengan perut kruukk krakkk kruuukkkkk aje la. Konon pukul 7.45 pagi dah nak sampai masjid, dah namanya siap lambat, pukul 7.45 pagi tu baru terhegeh-hegeh nak gerak. Ni kes sebab tak tahu solat sunat pukul berapa punya pasal. Hehe. Masa nak siap-siap tu, teringat husband cakap," nanti sayang pakai seluar aje la sbb kita kan beraya kat SP ni...pakai telekung siap2..". Jadinya, pagi tu pun dah perasan lambat, capai aje baju waka-waka, seluar palazzo hitam, telekung. Nanti sangkut aje kain telekung kat bahu. Hehehe. Husband pun pakai baju melayu raya kain pelikat. Sunat berbaju baru dan bersih di pagi raya, accomplished! Suasana pagi cukup syahdu, yela, terdengar alunan takbir berkumandang dari surau taman ni. Bila dah sampai masjid yang dari rumah dalam 10 minit gitu, terasa macam lega sikit sebab tak ramai lagi. Alhamdulillah, tak terlewat lagi. Oleh kerana musykil dek jam kat dinding bahagian perempuan, saya pun tak dapat nak agak pukul berapa mula solat sunat raya. Mulut terkumat kamit mengalunkan takbir memanjatkan puji-pujian kepada Allah swt. Otak pula asyik terfikir kat famili, ape la diorang tengah buat waktu tu. Agak gedik juga la tetiba feeling tak pasal sebabnya kalau ikutkan last year pun sama aje macam ni (tak balik kampung utk raya). Sesudah solat sunat raya, sekarang halwa telinga ialah khutbah mengenai korban. Apa-apa pun kita di dunia ni, kita sama sahaja di pandangan Allah swt. Itulah mesej penting hari tu yang saya masih ingat. Pagi tu, semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, kami dapat sempurnakan solat sunat raya. Sampai ke rumah, aktiviti makan lemang ketupat bersama rendang ayam dan sambal jawa makin menjadi-jadi terutama saya la.. Hahaha.. Kejap-kejap pergi dapur ambil sepinggan.. Bak kata orang, tak baik membazir- tu kan amalan syaitonnnnn. Petang tu, kami beraya ke Jusco Bukit Mertajam. Selamat hari raya aidiladha, JJ dan kami datang nak tabur duit raya kat kamu! =D Macam selalu kalau dah sampai JJ, namanya beli bahan untuk kimchi stew la gamaknya. Eheks! Kami beraya sampai pukul 7 lebih (datang pun ngam-ngam masuk waktu asar).

Sabtu 27/10/2012

Pagi-pagi kami datang kaya kan kedai mamak dengan makan nasi lemak dan air milo. Lepas tu, mood round pekan pun datang. Ingatkan nak singgah kedai ikan, saje je nak habiskan waktu pagi dengan benda berfaedah. Hmm, sekali kedai belum buka lagi. Tengok jam kereta. Aisehh, baru pukul 9.30 am, memang la satu kedai pun tak buka lagi. Kami pun pulang dengan sedikit kebosanan di situ. Kononnya nak buat hobi baru iaitu bela ikan laga (betta fish) jenis halfmoon. Ni gara-gara kena racun dengan seorang kakak kat fb (kalau dia baca ni, sure dia tersengih aje). Kekanda ni sebenarnya tengah cari ikan laga betina untuk breeding. Saya pula menyibuk nak tau pasal ikan laga ni. Sekali kekanda ni tunjuk pula ikan laga halfmoon yang cun-cun. Apa lagi, ni dah gigil konon nak bela ikan laga.

Disebabkan pagi dah makan nasi lemak pagi tu, jadinya, tengah hari kami on diet. Pukul 2 ptg, saya dah mula keluarkan daging bagai nak buat stew so lewat petang tu dah boleh makan. Malamnya, husband ajak pergi minum kat luar. Pusing punya pusing (jauh gak la), kedai banyak tutup kerana raya. Hmmm, akhirnya pergi minum dekat area pekan (ceh!). Kami order mee bandung satu (mujur mee bandung dia sedap). Kami sampai rumah pukul 11 malam... Satu lagi hari di sia-siakan dengan jayanya...

Ahad 28/10/2012

Hari ni kami melawat tesco pula. Husband beli wiper kereta dan saya pula ambil roti gardenia squiggle. Lepas tu kami lepak-lepak kat food court. Masa tengah sedap mencekik, husband tunjuk sorang mamat tengah ambil lauk. Bila saya pusing, ohhh, member sama kelas kami kat universiti dulu. Lepas habis makan, kami pun tegur member kami pun. Duk borak-borak etc. Akhirnya, jumpa juga member masa time raya ni.. Kami pun balik ke rumah tapi macam biasa ada aje tempat singgah.. Kali ni singgah kedai burung. Fuhhh, burung-burung jenis eksotik! Apa ke nama dia pun tak tau la sebab kat cage pun tak letak nama spesis. Kat kedai tu pun jual rabbit jenis angora. Murah juga dia jual, RM 20.00. Hee, mana nak dapat rm20? Sekarang rata-rata pun jual dalam rm40 ke atas.

Pukul 3 ptg, saya mula buat kerja sikit sebab pukul 6 gitu nak pergi pasar malam. Pukul 6 lebih, kami pergi pasar malam. Sebelum tu, singgah kedai ikan. Banyak juga ikan-ikan spesis susah jumpa. Tertarik pula nak bela ikan.. :p Dah sudah round kedai ikan, kami pergi menapak ke pasar malam. Agak kecewa sebab tak ada makanan banyak. Sudahnya, beli air kelapa, air milo dan keropok lekor 2 ringgit.. Balik rumah, pukul 10 malam saya masak mee segera perisa ayam bawang. Lewat juga kami makan, tu sebab gara-gara tengok drama Hilangnya doa seorang ibu. Sedih woo cerita tu. Saya siap nangis lagi (nangis cover sikit la- nanti kena gelak dengan husband). Sayangi la ibu kita, jangan bongkak bila kita dah berjaya dan silalah jaga relationship antara adik-beradik. I love my family! Emosi seorang perantau, hehe. Habis cerita yang sensitif tu, kami tengok cerita James Bond sambil makan megi! Nyaman bahhh! Cerita JB tu, husband aje yang tengok sampai habis. Saya pula selebihnya tertidur dekat husband (lambat naa jalan cerita dia). Perut kenyang, mata pun jadi berat. Pukul 1 pagi, husband kejut masuk tidur bilik.

p.s: Masa tengah duk layan cerita emosi tu, kekanda pembela ikan tu pm kat fb yang dia sekarang dia dah ada ikan hiasan baru iaitu ikan guppy hasil dari rumah makcik husband dia. Ok, tak boleh jadi ni..

Abang, sayang mahu ikan halfmoon betta yang kat kedai tu. Nak warna biru metalik, sekoq! =P

Thursday, October 25, 2012

Esok Raya

Selamat menyambut hari raya aidiladha pada esok hari kepada semua tukang baca! Seperti tahun lepas, kami berdua beraya di perantauan sahaja. Malam ni saya akan mula masak juadah untuk esok. Menu esok buat masa ni yang boleh saya fikir ialah sambal goreng jawa dan errr, mungkin rendang daging kot. Walaupun raya berdua, kami ok aje kat sp ni. Hmm, ye ke?

Wednesday, October 24, 2012

Cukuplah

Cukuplah mengata orang tak tentu pasal. Bila tak tahu condition seseorang tu, tolong janganlah buat assumption yang entah apa-apa. Ketahuilah bahawa assumption yang mengarut tu boleh jatuh jadi fitnah tau jika duk bercerita mulut ke mulut. Haaa, eloklah seal mulut tu kalau jenis kaki dongeng. Nasihat tu boleh tapi kadang-kadang tukang nasihat tu selit-selit pula ayat-ayat sindir yang tak membina. Ingatlah bahawa setiap kata kita itu boleh merosakkan segala sudut jiwa raga orang lain. Itu hal dia, dia tahu la nak buat apa. Mana kita nak tahu, dia ada perancangan lagi best kemudian hari. Haihhh, kasihan kepada mereka yang terhimpit dek orang yang jenis suka jaga tepi kain orang... Hmmmm, makan nasi impit dengan kuah kacang lagi nikmat dari makan daging saudara sendiri hasil mengata tak berfaedah...

Tuesday, October 23, 2012

Leka

Sudahnya, saya leka makan buah delima yang juicy ini. Kerjanya gerak sikit aje. Buah delima ni saya beli di pasar dan harganya sebiji RM 1.00 sahaja.. Murah kan? Hehe, pakcik yang tukang jual tu memang jual buah-buahan dengan harga murah dan kalau kita bernasib baik, dia akan bagi sebiji dua buah lagi. Alhamdulillah, makin murahlah rezeki pakcik tu sebab sambil meniaga bersedekah sekali pada hari Jumaat. Hmm, diharap ramai lagi peniaga boleh menjadi seperti itu. Yela, dari buahan kita jadi rosak sebab tak ada orang beli kan lagi bagus jadikan tu salah satu sedekah. =)

Buah delima ni banyak khasiatnya untuk kita. Antaranya boleh bagi kulit menjadi cantik, memusnahkan sel kanser, melindungi kelenjar prostat, jantung, paru-paru dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih banyak khasiatnya, bolehlah tuan puan tukang baca google "khasiat buah delima". Sekarang pun banyak produk pati delima di pasaran cuma kena berhati-hati sikit masa membeli (ada dengar cerita certain produk ada tambahan yang tak bagus- entah la) . Beza makan buah delima dengan minum pati ialah masa makan buah delima boleh menghayati kerangupan isinya, boleh telek2 isinya yang juicy dan sah-sah fresh. Nanti kalau ada lagi buah delima kat pasar, nak beli lagi la... Syok pulak mengunyah delima ni... Leka okehhhh



Monday, October 22, 2012

Terima kasih

Apa-apa pun, silalah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...Janganlah kita mengeluh dengan apa yang kita ada tak sama dengan orang lain dan janganlah mengeluh apa yang anda ada sekarang satu bebanan... Rajin-rajinkanlah juga mata, telinga, hati tengok orang yang dibawah kita yang belum dapat apa yang kita ada... Rezeki itu datang dalam macam-macam jenis... Jika rezeki yang kurang diharapkan itu datang dulu dari rezeki yang sememangnya kita mahukan, ucapkanlah terima kasih kepada Allah swt... Silalah belajar untuk bersyukur dan insyaAllah, kita akan juga diberikan rezeki yang kita sememangnya nak sangat-sangat...



Mode- geram tengok orang yang menyindir orang lain dan bagi bermacam alasan itu ini macam satu halangan...apedaaaa

Sunday, October 21, 2012

Tahniah!

Wuhuuu, tahniah kepada pelumba motosikal Zulfahmi Khairudin kerana telah mendapat no 2 dalam Moto3 pada hari ni... Bangga juga saya sebab akhirnya Zulfahmi dapat juga naik podium... Hopefully, lepas ni dia sentiasa la naik podium & dapat no 1 pula =)



Sejak bila saya terjebak dengan moto3 ni? Hahaha, jawapan dia senang aje. Sejak ada anak tempatan yang masuk moto3 ni...Semangat waja kitorang kat rumah tengok moto3 ni...Dalam banyak-banyak race, hari ni kot paling mendebarkan sebabnya race kat litar sepang tu...Hari ni buat megi perisa asam laksa 2 bungkus tapi luaknya sebungkus suku gitu aje, berdebar-debar sampai tak lalu makan... Hmm, punyalah semangat tengok Zulfahmi berlumba.

Apa-apa pun tahniah kepada Zulfahmi...Semoga anda semakin maju ke hadapan! Kami kat rumah ni akan menyokong anda =D Bawa motor laju-laju next race, ok? Pesanan ni untuk mereka yang berlumba atas litar aje, yang kat atas jalan biasa tu jangan bawa motor laju-laju sangat, sila berhati-hati! =D

Malaysia boleh! Semangat-semangat

Wednesday, October 17, 2012

Kaya

Semalam, saya begitu terharu setelah seorang kawan cerita dia selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya selama ini. Kedengaran begitu biasa tapi bagi saya, ia luar biasa kerana kawan saya itu bukanlah orang yang saya pernah jumpa walaupun sekali. Ini baru kawan yang meluahkan segala apa yang dia patut beritahu, belum lagi hati orang lain yang tersirat. Terima kasih kepada semua yang tidak pernah putus mendoakan saya. Terima kasih kepada family dan sahabat!

Terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah mengurniakan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

Saya mungkin belum kaya dengan harta seperti orang lain tapi saya sudah kaya dengan hadirnya Allah swt, keluarga dan sahabat yang super best!

Saturday, October 13, 2012

Terapi terbaik...

Inilah terapi paling bagus di rumah ni: Avril si kucing







Tuesday, October 9, 2012

Choo Chooo

Hari ni kena cepat-cepat setelkan kerja supaya boleh gatal kaki dan tangan baking apa-apa yang patut. Semalam asyik rasa nak baking cream puff tapi tak beli-beli juga bahannya. Aisehhh, kalau dapat durian sebiji ni, boleh juga buat inti durian kan? Hmmm, enak aje rasanya macam donut durian durian kat big apple tu. Fuhhh, menjilat jari jemari gitu. Tak sabar nak buat cream puff! Oleh kerana itu, haruslah bertungkus lumus habiskan kerja ni...

Chooo Chooooo


p.s: sesiapa yang ingin mengikuti info ttc, boleh jenguk sini ya. Saya dah asingkan dalam blog lagi satu. bubble@diana TTC

Monday, October 8, 2012

Tegurlah dengan cara berhemah

Selamat pagi kepada semua.

Semalam, saya ada terbaca something yang agak mengecewakan dalam satu group ni. Solution dia bagi saya senang aje, komen jika rasa diri rajin nak komen dan biarkan jika rasa benda itu perkara biasa. Tapi disebabkan terlampau sensitif sesetengah ahli dalam group tu, maka, perkara sebegitu menjadi besar dan boleh menyebabkan ukhwah yang terjalin hancur begitu sahaja. Masing-masing ada pendirian dan pendekatan yang berbeza, jadi kenalah masing-masing hormat pandangan orang lain. Tidak ada kaitan dengan siapa menang dan siapa kalah dalam meluahkan perasaan. Jika rasa post itu boleh mencetuskan orang bertegang urat, hentikanlah niat nak post. Teguran perlu ada caranya, yela, Islam dah ajar macam mana teguran yang sebaik-baiknya. Tak semua orang sama level tahapnya dan kerana itu jugalah, kita disarankan bersabar dan setiap bait perkataan yang dikeluarkan tu penuh cara berhemah. Niat murni memang ada tapi jika ayat kita itu boleh mengguris perasaan orang lain, kan dah satu kerja pulak? Bila bertegur tu, jangan sesekali cepat label orang tu dengan perkataan yang negatif macam bangang, bodoh, pemalas. Kadang-kadang dia memang tak paham dan certain orang kan ada jenis kalau nervous semua kerja menjadi tunggang-langgang. Jadilah guru yang baik dan hasilnya, insyaAllah, semua murid hasil didikan itu berjaya dan sentiasa kenang budi baik pengajar. Kesimpulannya, tegur menegur amalan mulia sebab kita harus mengingatkan bagi yang alpa tapi hendaklah menggunakan cara yang terbaik untuk menegur dan tidak perlulah kita mendabik dada bercerita terlebih-lebih jika perkara itu sebenarnya menunjukkan kelemahan kita.

Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah, segala perbuatan yang buruk itu dari kita sendiri. =)



p.s: sesiapa yang ingin mengikuti info ttc, boleh jenguk sini ya. Saya dah asingkan dalam blog lagi satu. bubble@diana TTC

Saturday, October 6, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hari ini dapat berjumpa dengan rakan-rakan dalam group kat internet dan aktiviti terlaksana dengan baiknya. Hehe, mula-mula fikir banyak ok ke tak ya semuanya? Sempena jadi tuan rumah ni, kita nak la buatkan yang terbaik untuk kawan-kawan buat pertama kali berjumpa. Gambar nanti saya cuba dapatkan permission diorang, kalo ok, saya tepek kat sini. =D

Thursday, October 4, 2012

Hari ini dalam sejarah


Assalamualaikum...

 
Hari ini saya nak mengumumkan secara official bahawa saya telah membuat satu lagi rangkaian blog saya. Blog yang kedua ni, saya buat khas untuk ttc. Tujuan mengasingkan kedua-dua blog tersebut dibuat setelah menimbang tara segala aspek dan sudut. Jadi, marilah bakal ibu dan bapa semua, mari klik blog baru saya itu. Blog ni masih dikekalkan dan insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya update setiap hari.
 

Wednesday, October 3, 2012

Layan...

Hari ni sambil layan kerja kira-kira, sambil layan radio. Hehe, bagi semangat sikit. Semalam bila usulkan kat husband nak pergi library, dia cakap library tu jauh sikit. Jauh tu dalam erti kata jalan yang tak sama hala dengan tempat kerja dia. Jadinya, hari ni duduk buat kerja dari rumah. Dugaan betul. Semoga saya siap kerja minggu ni..Yihaaaaa!

Tuesday, October 2, 2012

Library

Hari ni terfikir macam nak pergi library aje mulai esok dan seterusnya disebabkan bila duduk rumah ni, kerja measurement tak settle juga. Lagipun, boleh fokus 100% untuk diri sendiri tanpa membuka facebook. Buka yahoo messenger tu, boleh la kot dimaafkan. Hehe. Hari ni saya belum mula kira lagi. Adoiiii, bangunan 2 setengah tingkat tapi nak kira dia, masyaAllah, malas sangat. Tak ada mood. Saya prefer buat cepat-cepat tapi disebabkan husband tegur kenapa buat laju sangat; saya pun stop lama. Hahaha. Tu yang jadi liat nak mula semula. Cerita pasal kerja ni, minggu lepas saya baru buka emel dan sayangnya saya terlepas interview kerja. Arghhhhh, stress.

Masa kat U dulu, saya suka habiskan masa dekat library masa sebelum exam semester. Tu pun sebab kadang duduk dalam bilik ni rasa takut aje bila tengok member dah habis study chapter yang belum saya sentuh. Ngeriiii! Kalau tak kat library, saya prefer balik rumah dan study. Janji sendiri-sendiri. Bila dah yakin, baru buat study group dengan member-member bagi timbus mana-mana yang belum boleh nak cover. Hmm, tetiba rindu waktu belajar.