Tuesday, December 31, 2013

novel

assalamualaikum dan salam sejahtera...

alhamdulillah, syukur diatas segala rezeki dan rahmat yang diberikanNya sehingga saat ini dan semoga bertambahlah rezeki yang halal dan sejuta rahmat pada masa akan datang...

pagi ni saya nak share sedikit sebanyak mengenai novel dan impaknya kepada diri sendiri... saya memang suka baca novel, sejak dari sekolah lagi dan mula serius membeli-belah novel setelah menginjak umur 18 tahun... usaha tangga kejayaan-itu la dia pepatah yang sesuai sangat dalam hal membeli novel ni... manakan tidak, duit yang mak bagi masa sekolah dah siap allocate untuk novel... haha... saya suka novel english disebabkan kebanyakan novel melayu ni asyik cintan cintun aje masa zaman tu... boring! masa sekolah, saya pernah pinjam buku roald dahl-matilda...hooo, memang best cerita tu... asal nak buat koleksi aje, tengok harga pun boleh tahan juga... sudahnya sampai sekarang tak juga beli... selepas dari itu, intai juga hasil roald dahl tapi itulah, harga dia tu...ngeri!

mula dari situ la, saya suka masuk keluar kedai buku- popular, mph, konikuniya bagai semua saya masuk... novel yang pertama saya buat koleksi ialah hasil sidney sheldon... mula dari satu buku ke satu buku akhirnya lengkap sudah koleksinya... seribu kali sayang, buku itu semua dah digigit lipas...arghhhh, stress... tapi semangat waja nak membaca tu mah menebal... so, saya pun beralih kepada sophie kinsella pula... asal mula pinjam dengan member kat matrik lepas tu," eh, seronok juga" dan akhirnya buat koleksi sampai mana yang mampu... buku tu dia spesis bersambung dan bila bersambung aje tak ada titik noktah pun tak syok juga...memang betullah macam pengkritik novel oversea kata cerita sophie tu spesis lawak bersahaja... orang boleh imagine rupa watak tu macam mana... haha...

kemudian, dah habis bab sophie kinsella, saya beralih kepada pelbagai author...susah dah nak cari novel yang betul-betul menarik minat... saya suka novel yang watak dia tak serius sangat, fantasi, ada unsur kelakar sedikit dan jalan cerita dia adventure... yela, kalau mendatar aje, rugi la sebagai pembaca- tak puas... novel ni selalunya saya habis dalam masa sehari ke tiga hari tapi kalau spesis yang tak best, memang la berbulan baru nak habis... salah satu kelebihan baca novel english ni, kita pun bolehlah guna certain ayat dia dalam penulisan dan juga percakapan... certain ok, bukan semua... ambil aje bahasa yang elok dan yang tak elok tu tak perlulah nak ikut kannn... saya dulu berangan nak buat mini library kat rumah dan kalau ada rumah sendiri, satu sudut memang dikhaskan untuk buku sahaja... dari atlas sehingga ke segala section buku ada... dulu, ada satu part dalam buku ada sebut, dari sebuah buku, kita boleh travel ke seluruh dunia... lecturer saya ada memang ulat buku dan saya sangat envy beliau sebab mini library dia dah jadi gigantic library...haha... setiap kali nampak beliau mana aje, buku pasti ditangan- dalam lif pun still membaca...

big bad wolf adalah salah satu event yang sangat mengujakan bagi pembaca yang inginkan buku tapi harga mampu milik...betul kata founder mereka, rakyat Malaysia nak membaca tapi harga adalah penghalang utama kita untuk meneruskan tradisi membaca jambatan ilmu... dengan itu, founder mula mencari buku-buku di serata dunia dan cuba untuk merealisasikan impian ulat-ulat buku.. saya sendiri dah dua kali pergi ke big bad wolf dan betullah it's the biggest book fair yang pernah saya pergi... kadang kata aje book fair tapi harga dia taklah book fair pun... cheapest book yang saya pernah beli RM 8.00 untuk sebuah novel dan novel-novel yang dijual pun bukan author sebarangan... so, setiap kali pergi, kami cuba cari ensiklopedia... ensiklopedia ni memang saya nak dari kecil tapi disebabkan harga dia memang RM 100.00+ jadi saya pendamkan aje... quite interesting juga ensiklopedia ni sebab segala ilmu bagai dalam tu- kalau tak ada internet, kita masih ada buku ditangan kan? jadi, buku adalah pelaburan yang baik untuk masa depan... dari kita sibuk bagi barang elektronik gadget pada anak, baik invest kepada buku... sekarang buku budak-budak pun menarik dari segi warna, jalan cerita dan certain ada pop-up gitu... tahun ni big bad wolf pun dah menarik ribuan orang datang untuk membeli buku- bayangkan ada 3 juta buku dalam event mereka baru-baru ini... syok! so, next year kalau ada lagi event ni, silalah ramai-ramai pergi ke sana...bawalah adik, anak-anak serta mak ayah pergi sekali... duit RM 200 pun dah boleh dapat belasan ke puluhan buku... paling penting, ia adalah buku yang berkualiti dan susah didapati... ada pun buku yang sama, price dia 2-3 kali ganda dari big bad wolf...

habis sudah bab mana nak dapat buku murah, sekarang saya nak cerita bab novel melayu yang berjaya memenuhi citarasa saya... saya mulakan dengan buku hasil keluaran PTS iaitu banyak berkisar sejarah Islam... buku-buku mereka memang sangat menarik dan harga boleh dapat RM 60.00 kebawah...cerita pasal perang, pahlawan Islam semua ada...pilih aje mana yang berkenan... tak rugi kita baca pun... sambil minum petang tu, boleh,ah membaca beberapa mukasurat... selain itu, buku yang saya rasa bagus untuk ketika ini adalah buku buku yang dihasilkan oleh ramlee awang murshid... asalnya, saya tak pernah terlintas nak baca novel hasil beliau dan agak hairan kenapa la orang asyik cakap buku dia best... jadi, tanpa melengahkan otak yang asyik berfikir, saya pun ambil kesempatan sementara ada duit ni, saya beli buku bertajuk 'Magis'- kira ambil paling baru la sebab kawan katabuku ni dia himpunkan watak-watak dari buku sebelumnya... bab-bab yang awalnya agak rasa pening juga bukan sebab susah nak adapt watak mereka tapi dia bergerak secara bergilir-gilir... bab A watak A, bab B watak B, bab C watak C lepas tu ulang balik ke A,B dan C... bila baca tu, nak refresh balik ke watak tu semula agak payah la...tapi keseluruhan cerita, saya sangat la suka dan itulah juga membawa saya balik kepada first buku beliau iaitu Tombiruo... disebabkan ketamakan juga, saya dah beli buku Aku bercerita walaupun buku Tombiruo tu tak habis lagi... haha...

itu la kisah saya dengan novel... jadi, marilah bersama saya, membaca buku pada waktu lapang... :-)


Sunday, December 15, 2013

lama

assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah lama saya tidak menulis dalam blog ni... agak busy bulan ni, minggu-minggu lepas saya berada di kuching, sarawak sempena pernikahan adik ipar...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik... sepanjang di kuching, kerja saya selain menyiapkan apa yg patut untuk majlis tu adalah jalan-jalan cari makanan...hahaha... dapatlah makan midin goreng, mee kolok, mee belacan, white lady dan buah-buahan eksotik sana... seronok tekak ni sumbat aje semua makanan... mee belacan dan buah terap antara makanan yang first time saya makan... rasanya mee belacan ni, bagi saya la, tak semua orang boleh makan... kalau berani mencuba, ok la...tapi kalau jenis orang yang takut-takut nak makan disebabkan pelik bagai memang susah nak telan... buah terap pula memang sedap-lemak manis gitu...

first week kami di kuching, kami terus pergi ke serikin... keluarga saya pun ada sekali, so, memang plan nak pergi ke situ... abah borong tikar sampai 2 bidang, mak & kakak borong baju dan telekung, manakala kami husband & wife borong oven, boat tin & baju selai... price ok ke tak? ok kalau pandai tawar :) serikin ni saya lihat barangan dia macam-macam dan ada yang antik juga...kira memang best sangat... macam tikar tu, kena pandai tawar habis-habisan dan sentiasa congak dgn bestari... kadang, dia letak harga diskaun tapi bila nak bayar nanti, dia tiba jadi up harga...so, sentiasa alert bab harga...telekung yang jenis sulam heavy tu, serikin baru aje rm50... kain pun sejuk... serikin ni adalah sempadan kalimantan dengan negeri sarawak, barangan yang dibawa semua dari kalimantan kebanyakkannya... bab makan? seeloknya sebelum bertolak, makan heavy sikit sebab sampai serikin tu nanti nak berjalan sepanjang jalan...penat wehhh, penat....topi adalah benda yang sangat penting masa berjalan tu nanti...hoho, panas! yela, kalau ikutkan sarawak ni kan awal setengah jam dari waktu semenanjung... subuh sana pun pukul 5 pagi, pukul 6.30 pagi dah syuruk.. pukul 9 pagi dah macam pukul 10 pagi...6.35 petang dah masuk maghrib... so, timing sudah lari, jadinya silalah pandai-pandai atur masa perjalanan dan sebagainya... seeloknya nak pergi tu, kereta spesis besar sebabnya nanti boleh sumbat barang banyak sikit...hahaha

lepas habis kerja memborong, konon nak singgah gua angin la gua pari-pari la tapi semuanya tak jadi disebabkan masing-masing sudah kepak ( penat)... jadinya, head to bau (cara sebut baok) makan dekat medan selera... ada makanan authentic sarawak macam ayam pansuh, botok (ikan dah lama dibalut dgn pelbagai daun), dabai kicap etc... so, bab makanan, alhamdulillah ok... masih boleh dicari tang halal... penduduk islam sarawak adalab kaum minoriti so, kadang kena tengok-tengok juga kedai makan tu...jangan main masuk aje... lepas makan, kami balik ke kuching... lepas solat, sambung lagi layankan mak & kakak beli barang souvenir etc...

esoknya, kami pergi ke muzium sarawak... masa tu ada dino trek dari petrosains... so, saje bawa anak buah tengok dinosor bagai... lepas tengok dinosor, kami pergi ke muzium entropologi, tekstil dan sebagainya...muzium-muzium ni, berdekatan area bandar kuchinh, tak la jauh... macam muzium sarawak, seberang jambatan dah ada muzium tiga serangkai iaitu entropologi, seni dengan semulajadi... best! muzium tekstil betul-betul tengah bandar iaitu bersebelahan dengan plaza merdeka... bab makan kalau nak, area kuching ni macam yang setakat ni sedap untuk makan pagi-teh tarik corner: pelbagai makanan disediakan macam mee jawa, mee kolok etc; kopi o corner: sama mcm teh tarik corner macam-macam ada; pak haji salleh- ni siapa nak try makan mee sapi dgn mee kolok; D'simpang: ni tempat saya try makan mee belacan... kalau nak cuba restoran, boleh try SCR ( singapore chicken rice) & Sugar bun- yang ni special sebab semenanjung tak ada, makanan dia pun ok... SCR saya rasa nak cuba boleh pergi area Satok sebab masa pergi dekat SCR Express plaza merdeka, servisnya sangat mengecewakan... stok bahan habis la, order yang tak ada lupa nak inform la dan ayam steam dia kebanyakan still mentah... so, sila baiki servis anda, branch SCR Plaza merdeka... saya memang balik kuching, target nak makan kat SCR, tapi janganlah sampai macam ni...tak seronok la bila nak makan tu, macam-macam jadi...

the next day, kami pergi melawat hidupan sungai yang digeruni oleh penduduk dunia iaitu buaya.. hehe... kami ke Jong's crocodile farm..yang ni tempat dia macam zoo, bukan setakat ada buaya tapi ada sekali haiwan macam ayam serama, memerang dan sebagainya...masuk kalau sarawakian rm10 dewasa, orang luar rm16 dewasa... Jong's crocodile ni bilamasuk, kita pun rasa tenang aje sebab ada tempat disediakan untuk berehat sambil tengok arapaima.. ada tasik gitu... stall jual makanan pun ada..best...masa pergi tu, ada sesi buaya tengah gaduh..hihi..bergelut sini sana...nak tengok feeding time, datang ngam-ngam pukul 12pm dan 3pm...so boleh tengok bujang senang jumping ngap makanan... saya datang lambat, tak dapat nak tengok buaya lompat-lompat... paling ngeri area bila jalan akat tempat dia breeding dengan ada satu jambatan, bawah tu semua buaya duduk... hehe...tapi jambatan tu dah siap ada protective layer iaitu dawai-dawai...tapi biasalah, otak asyik pikir yang dahsyat aje... so, kalau nak beli souvenir macam keychain, sini best sebab ada gambar buaya...hehe...barangan pun ada yang memang dari kulit buaya... so, saya bagi 10/10 untuk Jong's crocodile farm ni...berbaloi!

so, next year, kami ingat nak la pergi ke planetarium, gua angin, gua pari-pari, damai beach, matang wildlife etc...cultural village memang all time favourite saya...next year kami in shaa Allah pulang ke sana bagi meraikanraya aidilfitri..so, bagi yang ingin ke kuching, seminggu untuk round sana, rasanya tak cukup kot sebab jarak antara satu tempat ke satu tempat memang jauh...macam saya ni pun, tak sempat nak round semua tempat...kalau nak beli souvenir, area waterfront banyak kedai souvenir...kalau nak terubuk masin, bolehlah pergi ke kubah ria- cari nama papan tanda shukor...aloi terubuk masin, ikan dia memang fresh...saya disebabkan abah mami pesan, maka 55 ekor gak la terubuk dibeli...semua nak dibagi kepada orang...disebabkn banyak juga, ramai yang tanya nak niaga ke apa...hahaha... jadi, wahai orang semenanjung, mari la visit sarawak! kitak urang, juh dtg sarawak =)

Wednesday, November 27, 2013

senishawl part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam ada yang tanya saya macam mana nak gayakan senishawl lepas tu gigih la saya melilit ala kadar sebahagian daripadanya... senishawl yang saya reka tu kebanyakkannya di hujung penjuru shawl dan sikit aje yg bermula dr hujung tgh shawl...harga masih di paras affordable iaitu bawah RM60... kalau jenis readymade, saya jual RM 15 belum masuk poslaju...inner pn saya ada jual rm20 sblm msk pos...inner ni mmg saya pun pakai, sedap aje... takla tercekik ke etc... so, mari pakat like page saya...senishawl kat facebook...

http://www.facebook.com/senishawl

Monday, November 25, 2013

senishawl

assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni bermulalah episod bisnes saya... alhamdulillah, hari ni saya dapat la juga launch bisnes saya, kalau tidak asalnya hari sabtu tapi memandangkan sabtu saya pun kurang sihat, tunda la semua perkara... senishawl ni saya ambil namanya setelah fikir saya menghasilkan karya juga tapi bukan atas kertas tapi seni itu saya apply atas selendang... awalnya, saya ingin namakan page saya merahkantan tapi baik saya cari nama yang lebih klasik campur moden...

senishawl adalah 100% design, effort dan kasih sayang saya... kalau tidak ada idea, saya takkan mula sebab nanti hasilnya tidak seberapa... so, kesian nanti pd penggemar senishawl nanti...kepada tukang baca yang mahu lihat, bolehlah klik gambar bawah ni...

 senishawl
senishawl

Tuesday, November 19, 2013

pagi jelita/kacak!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi ni saya sangatlah bertenaga, lepas subuh terus masak untuk bekalkan husband nasi berlauk...malam tadi dah siap buat rencah sambal, senang terus masak aje pagi ni...pukul 7 pagi dah settle segala lauk...alhamdulillah, hope husband enjoy la lunch box dia hari ni...sorry kalau terkurang rasa etc..so, inilah menunya...

nasi, sambal udang pecah telur, sup sawi & telur dadar.. jemput makan, readers!




Thursday, November 7, 2013

euwww, sangat....duhhh!

assalamualaikum dan salam sejahtera....

alhamdulillah, saya masih bernafas sehingga ke hari ini... terima kasih ya Allah... hari ni pagi-pagi dah sarapan pisang tanduk goreng dengan air susu kambing campur madu... sedap sangat pisang itu, mak tinggalkan sebiji pisang tanduk minggu lepas... pisang tu mak beli kat kuala pilah, ada ciku jugak tapi dah buruk- tak perasan punya pasal... masa beli ciku tu belum masak, so, tak la jenguk selalu ( bijak sangat, sekarang saya yang rugi T_T )...

bijak sangat....

perasan tak sekarang ni ramai yang suka update kat fb pasal macam comel je, macam cute aje... fenomena ke apa macam-macam ni... bila dah tiap masa asyik macam-macam, kadang-kadang rasa nak muntah pun ada... haha... dulu fenomena mak jemah- dari atas sampai bawah update ganti diri mak jemah... duhhh... muak pulak rasanya... video tak usah katalah, geli lak macam-macam gaya ada... cuba korang tengok balik semula footage fenomena macam-macam tu; sebolehnya berusaha nak tunjuk macam cute tu... haha... sorry la ya pada yang terasa tapi tu la hakikatnya... kadang-kadang rasa nak aje kata," macam menyampah aje, macam rasa nak tampar aje"... haaa kan gitu... hihi... so, nasihatnya, kurang-kurangkanlah penggunaan macam-macam tu... kot setiap masa nak macam-macam, letih laa...

sorry again...

bye!

Tuesday, November 5, 2013

punch!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam dan hari ni rasa nak tumbuk orang aje..kalau dapat seorang dua, rasanya lega kot... muahahaha..

ok bye!

Saturday, November 2, 2013

borak kosong

assalamualaikum dan salam sejahtera...

malam ni saya bersiaran dari kampung halaman di Port Dickson... ni update pun sebab duk teman husband buat kerja dia... saya kalau husband buat kerja, saya suka tengok sambil tu brush balik segala ilmu zaman belajar dulu... yela, dulu pun kerja dengan kontraktor jadi ada yang tak cover... better belajar balik ek, tak rugi pun walau sesen... mana tau nanti dapat kerja semula, senang sikit... terus boleh buat kerja, tak la melangok mandang sepi...

kami sampai PD dalam pukul 3.30 petang tadi... ni pun lambat sedikit sebab ada roadblock JPJ dekat highway PD... tau ada roadblock pun lepas nampak segerombolan mat motor lawan arus dekat highway... bahaya betul la, lari dari JPJ sampai bahayakan diri sendiri... kalau rasa diri tu memang bersalah, silalah jangan ulanginya- renew la roadtax, hidupkan lesen memandu dan stop la modify sampai jadi illegal... dah sudah nempuh roadblock tu, jammed pulak sekejap area pantai PD ni tapi yang ni memang biasa tak kisahlah musim perayaan ke weekend... kampung saya ni sebahagian tempat tumpuan orang ramai, jadinya hadap ajelah dengan ketenangan...

haa, cerita pasal jammed ni teringat siang tadi masa ambil adik ipar di bukit jalil dan sepanjang highway arah ke selatan jammed teruk (dalam 40km) juga... kasihan pada yang ada anak kecil, sure mengamuk dalam kereta... yela, kalau dekat dengan R&R tak apalah, boleh berhenti sekejap- rehat sambil minum etc... ni tengah jalan kiri kanan pokok semata, apalah yang boleh dibuat... stress level pun dah boleh jadi tinggi serta merta...

alhamdulillah, syukur sangat mujurlah kami ada jalan alternatif iaitu LEKAS, memang lekas betullah sebab kejap aje sampai ke rumah... haha...sebelum keluar ambil adik ipar, saya telah melakukan satu kejahatan iaitu merobohkan iron board kat rumah seremban... tengah syok iron barang jualan, boleh pulak dia runtuh... haha.. tak senonoh sungguh, agaknya barang jualan tu berat 1 tan kot.. :-) esok balik seremban, singgah beli yang baru la- cari yang ok terus... karang tak la pisang berbuah 2 kali...

esok, hari yang panjang bagi saya sebab esok la nak beli stok makanan, esok la nak singgah kedai jahitan sekejap bagai... jadi, disebabkan esok banyak agenda, malam ni kenalah tidur awal.. kononnnn..

selamat malam wahai tukang baca sekalian...jangan lupa doa yang baik2 utk mlm ni dan esok2 pula.. maafkan semua yang ada salah dengam kita sebelum tidur... ok?

assalamualaikummm....




Wednesday, October 23, 2013

saya suka!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

saya kini berada di seremban... macam biasa la,husband ada kerja sedikit di hq.. insyaAllah, kami bakal duduk di sini sampai minggu ni... kami bertolak dari sp hari isnin yg lepas, masa on the way tu, hujan lebat dan ada accident etc so kami stuck lepas tol juru.. disebabkan itu, kami ambil keputusan untuk melencong sedikit ke jj bandar perda di bukit mertajam tu... yela, dari kelaparan dan sebagainya atas highway, baik makan dulu... makan itu penting walaupun diet... sampai sahaja jj, kami naik tingkat atas dan menuju terus ke kedai komputer- bestbuy it mall.. hehehe.. alhamdulillah, memanjat kesyukuran dan dengan keizinan Allah swt, saya dapat hadiah dari husband sebuah tab! yahuuuuu!!! walaupun tab ini tak la up sangat brand nya tapi motif utamanya asal boleh guna, itu memadai kan? Janji kami berdua boleh guna.. husband boleh cek emel dan baca komik malah saya boleh on whatsapp,update blog dan juga main game.. saya suka sangat dgn hadiah ni.. hehe.. semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga lagi dan lagi..

selepas mendapat hadiah, kami terus menuju food court...laparrrr punya pasal... kami pesannasi beryani ayam..mak aii, mmg berempah habis nasiknya...nasib baik lepas makan tu, perut ok aje...kot tiba datang angin nak memerut tengah highway tak ke susah? kot sejam tak apa lagi, ni haaa, 5 jam kalo tak jammed! naya aje... dah sudah makan, kami sambung perjalanan lagi.. alhamdulillah, jalan dah clear sikit... nampak la ada certain rumah tepi highway kene tenggelam disebabkan hujan lebat...tambahan pula, kawasan tu sawah padi....hmmm, semoga keluarga yang terlibat dipermudahkan segala urusan...

masa dalam perjalanan, kami tiba2 dapat call dari kawan husband kami terpaksa patah balik sebab tak perlu hadir meeting..so kami pun exit taiping.. disebabkan otak penat, saya ajak husband tido hotel dan gerak balik sp esok pagi ajela...so petang tu kami hooray2 siap pergi zoo taiping lagi...haha..balik hotel, bos husband pula call suruh balik juga ke hq...ada meeting lain yang husband kena cover... dgn perasaan sedih, kami pun kenalah juga balik ke selatan.. tapi tak mengapalah, lain kali boleh holiday lagi ek... walaupun pendek holidqay kami ni, tapi ia sangat sweet! Allah lebih mengetahui diatas apa yang terjadi...

kami sampai seremban pukul 1 pagi sudahnya.. balik terus tidur..penat pergi zoo tak habis lagi... :-)  tu la holiday sweet escape kami... thanks my sweet husband for everything dari hadiah sehinggalah ke zoo...hahaha

Sunday, October 20, 2013

Tune Tone Excel

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ok, tengok pada tajuk pun dah tau kan hari ni saya nak menulis entry mengenai produk Tune Tone Excel... Last two weeks, kawan saya pm kat fb saya dan bercerita serba sedikit mengenai simcard tune ni... Pada awalnya, saya pun blur-blur juga apa la program ni... Saya tak tahu langsung kewujudannya (ini adalah kisah benar...kot anak buah, mahu dia kata,"itu pun tak tau ke?" T_T)... Yela, rata-ratanya kita tahulah Celcom, Digi, Maxis, U mobile, Redtone, Tunetalk tapi Tune Tone Excel Wow? Memang la sangat asing di telinga saya... Kawan saya ni pengguna dan juga agen simcard special ni... So, apalah salahnya kita tanya serba sedikit mengenai apa marvellous sangat simcard ni dari simcard telco yang lain... Untuk jadi pengguna bijak, kita haruslah menambahkan ilmu agar kita menjadi bijak...

Mula-mula sekali kawan saya ni ceritakan mengenai benefits dan kemudian coverage telco ni... Penting tu! Nanti dah beli, tak pasal sesi panjat gunung semata-mata nak dapatkan signal network... Hahaha, tak pasal aje ek... Setelah di beri sedikit pendedahan, saya merasakan dengan hanya sekeping simcard ini sangat berbaloi kepada mereka yang suka sangat nak terbang di awangan dengan hanya top up setiap bulan kerana top up ini menukarkan ia kepada points untuk AirAsia flights! Yay! Flights yang boleh kita booked tu tak semestinya in Malaysia only tapi oversea pun boleh...

Tu diaaa...atas awan berkepul2
 As a telecommunication user, apa yang penting untuk kita adalah selain dari rate call, sms,mms etc sepadan dengan keupayaan kita membayar bagi meneruskan penggunaan line tersebut, for sure kita nak something yang boleh kita dapat in return... Betul tak? Jadi, ok lah bagi saya- win win situation... Bagi yang masih samar-samar apa la best sangat Tune Tone Excel ni, saya akan bercerita secara ringkas seringkasnya... Tune Tone Excel ni adalah program yang dikelolakan oleh Tone Excel dan dikuasakan oleh Tune Talk iaitu pembekal perkhidmatan telefon... Coverage adalah salah satu benda paling penting bila memilih sebarang telekomunikasi ini... Oleh kerana itu, ingin saya menyatakan bahawa Tune Tone Excel ni sharing coverage network sama dengan Celcom... Aisehh, ayat skema betul.. Maafkan saya... Benefit yang kita dapat selain daripada tiket kapal terbang dan juga penginapan di tune hotel (corporate rate tune hotel), kita juga secara automatik layak untuk mendapatkan insurans kemalangan dari Tune sendiri tertakluk kepada terms & condition yang telah digariskan serta bagi yang mencari extra income, anda juga boleh mendapatkan komisyen dari sini.. So, kepada tukang baca bolehlah consider peluang ini...

Simpack ni bukanlah seperti yang tukang baca sekalian serta saya sendiri di kedai-kedai telekomunikasi tu... Warna simcard ni meriah, vibrant gitu dan bukan memang la bukan macam tune talk yang berharga RM 5... Simcard ini berharga RM 80 kerana setaralah dengan apa yang kita dapat kebaikannya berbanding simpack biasa tu... Topup yang disediakan sekali adalah RM 30..

Simcard Tune Tone Excel
Haaa kan saya dah kata, vibrant warnanya... Hahaha... So inilah rupa beliau dan jika anda jumpa ini, maka inilah simcard keluaran Tune Talk berganding bahu dengan Tone Excel itu... Sama seperti telco yang lain, kita boleh tukar nombor kita yang sedia ada ke telco lain ataupun kot cari second number, bolehlah purchase terus simpack ni...

Untuk yang berminat melihat dan mendengar sendiri lebih lanjut mengenai Program Wow Tune Tone Excel ni, bolehlah direct call/sms kepada salah seorang pemilik serta agen tune tone excel ni:
Mr Hairul Rizal ( 016-7600600) 

Website untuk bacaan:






Monday, October 14, 2013

Hari Raya Haji

Kepada muslimin dan muslimat,

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tukang baca yang beragama Islam... Bagi yang tengah on the way nak balik ke kampung, semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang... Berhati-hati di jalan raya dan tak usahlah ikutkan adrenalin yang bergelora tu sampai tak consider pemandu-pemandu yang lain... Semoga raya aidiladha tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas... Bagi saya pula, tahun ni macam tahun lepas iaitu beraya di perantauan... Bila beraya sendirian ni, semua juadah raya kena masak sendiri la... Petang nanti baru beli bahan nak masak untuk esok... Kedah, cuti raya haji ni 2 hari... Nak bersiar-siar pun semua orang beraya, ye tak? Maka, duduk ontok2 la kat rumah... Huhuhu... Baru-baru ni tanya husb nak makan apa untuk raya nanti... Dia pun balas makan kfc jela raya haji... Sabar aje la...

Kalau yang masih 50-50 tu nak balik ke tak, baliklah menemui orang tua yang tercinta... Inilah masa terbaik spend time dengan mak ayah dan adik beradik serta anak-anak buah... Bagi yang kehilangan ibu/bapa, doakanlah mereka dan hadiahkanlah mereka dengan surah-surah yang indah... Semoga mereka di alam barzakh sentiasa dicucuri rahmat... Pengorbanan itu besar maknanya dan bukan hanya tertakluk kepada penyembelihan lembu serta wang ringgit...

Bagi yang berpuasa pada hari ini iaitu puasa sunat arafah, semoga kalian berpuasa dengan penuh keikhlasan...

Salam Aidiladha,
bubble@diana


Tuesday, October 1, 2013

Suka sangat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt... Hari ni hari gembira buat saya kerana saya dah boleh mula langkah setapak ke hadapan dan kemudian membuka langkah yang lebih jauh mencari rezeki yang halal... Semoga permulaannya berjalan lancar dan rezeki pelbagai penjuru semakin murah mencurah-curah selepas ini... Aminnnn....

Beberapa hari ni, hujan turun dengan lebatnya di tanah Sg Petani... Hujan rahmat gitu... Alhamdulillah... Site office mate husband kata sini dah lama tak hujan dan kebanyakannya mula dah mengalami simptom-simptom nak demam dan sebagainya... Jangan hujan bertukar seperti ribut macam dua tahun lepas, itu memang saya tak mahulah... Dah la duduk seorang diri kat rumah... Ngeri tau!

Hari ini misi saya adalah menjemur baju... Nasib baik ampaian ada bumbung, jadinya, bolehlah menjemur dengan seronoknya tanpa risau akan hujan... Masa menaip ni pun, hujan mula nak turun lagi sekali... Sejuk!


Sunday, September 29, 2013

Snip snip dan snip!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam setelah beberapa tahun menyimpan dan memotong sendiri rambut, husband pun mengajak saya memotong rambut di salon rambut area Village Mall, Sungai Petani... Sebelum kahwin, saya rajin juga ke salon rambut buat treatment la, rebonding la, perm lahh... Haha, penipu la bab perm tu sebabnya saya bukanlah berambut lurus so tak perlu membazir duit ke perm... Rebonding ni pun saje suka-suka buat memandangkan kadang-kadang tak tahan kena bahan dengan family "rambut kembang semangkuk etc"... Family saya memang kejam bab ni =( Dahulu zaman hingusan, saya berambut lurus tapi bila dah menginjak remaja terjadi pulak rambut ikal mayang... Adik beradik semua rambut lurus, saya seorang aje ikal... Rambut orang berikal (tak nak kata kerinting :p) ni, ada musim behave dengan kurang kesedaran sikit dia punya pintal tu... Bila musim behave, fuhhh, rambut cun aje macam rambut zaman elizabeth taylor etc masa berlakon dalam cerita rambut pintal-pintal ni... Kot masuk musim kurang kesedaran sivik, masya Allah, macam zaman 80s & 90s tu haa, serabut sikit!

Macam ni la gayanya selepas bangun tidur... huh!
Memandangkan saya memiliki rambut yang ikal berpintal-pintal, jadi cabaran no 1 saya adalah mencari tukang gunting yang mahir... Tak semua orang pandai membelai rambut orang ikal ni... Ikut sedap aje motong... Bila dah sudah, bangun pagi esok tu dah macam Albert Einstein, ok! Ooohhh tidakkkk~ Zaman dahulu, saya pernah tau pergi satu kedai ni, mak aiii, dasyhat betul cara dia... Yela, dah rambut berpintal, dia pulak pakai sikat jenis bergigi rapat, memang rasa balik tu rambut banyak tercabut... T_T Segar biji mata memang betul, tapi, kesakitan tu memang tak boleh disangkal lagi... Jadi selama 28 tahun ni, banyak juga tukang gunting rambut saya... Hahaha, kat seremban, saya suka pergi area Oakland, Kedai gunting rambut cherry namanya... Tukang gunting tu pun peramah, jadi, tak adalah kes bosan tunggu rambut siap...

Oleh kerana itu jugalah, saya suka membela rambut panjang! Simple aje untuk tukang gunting rambut trim rambut saya... Kalau potong pendek, saya rasa memang asyik berambut kembang aje la... Selepas kahwin, saya ambil inisiatif kerat sendiri rambut... Hahaha, sebab musababnya takut tak jumpa tukang gunting yang memahami rambutku yang jelita ini... Semalam aje tergerak hati nak gunting rambut... Sebelum tu, husband tolong kerat setengah rambut saya kerana rambutku sudah rosak! Huwaaaa~ Sedih, ok! Saya tak pernah ada problem sebegini rupa... T_T

Ini kalau panjang sedikit.. Haha tapi curly lagi banyak dari ni =P
Bila sampai kat kedai De Touch area Village Mall tu, paling saya suka adalah ada tingkat atas untuk muslimah... Ya, untuk muslimah uolsss~ Jarang dapat kedai macam ni... Kadang kata untuk muslimah, tapi, nanti basuh kepala etc bercampur juga... Sama aje la kan? So, semalam saya ambil junior stylist rm23 untuk cut & wash... Murah kan? Kalau pro, rm33... Tak perlulah pro sebab kadang-kadang pro pun sama aje potongnya dengan junior... Hahaha... Semalam yang entertain saya, Apple Tan namanya... Memang best! Borak-borak dan kita pun tak rasa janggal... Apple kata rambut saya cantik sebenarnya- senang pintalkan ikut sesuka hati... Hahaha, gembira kejap... Tambah best lagi, siap ada scalp scan... Free! Bila scan tu, baru saya tahu, saya ada dandruff dan oily scalp... Sedih lagi... Dia kata disebabkan kulit kepala oily, jadi, keguguran rambut tu terjadi... Hmm, dia suggest buat treatment rm110 selama sejam... Saya pun kata kat dia, next month la saya buat treatment... Untuk muslim, surau ada terletak di tingkat 3... jadi, kot suami ke adik beradik nak solat, ada disediakan tempat solat... Haaa, jangan main-main kedai rambut ni... Best sangat... Sebelum nak balik, Apple tu tunjuk la syampu dan barang yang bagus untuk saya pakai dan bagi tips cara syampu rambut untuk orang yang oily scalp ni... Dia bagi tips sila syampu 2 kali satu masa dan gunalah syampu yang sensitive scalp dan bukan dandruff punya... Aiseh, salah beli syampu daa rupanya... Syampu, basuh, syampu,basuh... Barulah rambut bersih dari segala kekotoran  ^_^ Setelah tips diberi, dia pun kata dia off hari rabu kalau nak dia yang assist... Disebabkan saya first come customer, dia bagi buah tangan iaitu sample keratase serum... Hahaha... Rambut dah jadi macam ni, kena la jaga lebih kan? Apple kata kita sebagai perempuan kena jaga rambut seelok-eloknya... Terpanah jua hatiku ini.... Apple telah menyedarkan saya jadi next month, saya nak jelitakan diri! Hahahaha


Sample serum untuk saya! Thanks Apple

Nak jadi macam ni...have shiny and healthy hair! Ohoiii


Wednesday, September 25, 2013

Permudahkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya dah berada di Sungai Petani dan maka tiada lagi sesi order daging salai... Hihi, kot yang nak order ikan pekasam boleh la... =) Hari ni bangun pagi dan sarapan nasi lemak terus memberus porch depan ni.. Penat? Mestilah penat! Semalam sampai sini dalam pukul 2 pagi macam tu, terus sapu dan mop rumah... Yela, dah lama tinggal, berhabuk debu semua ada.. Jalan pun bila tengok kaki,masya Allah, hitammm! Hahaha... bertuah sangat rasanya!

Hari ni perangkaan nak kemas baju-baju masuk dalam almari tapi pukul berapa nak mula tu, masih dalam mencari mood... Sekarang, duduk depan computer fikir sedalam-dalamnya strategi untuk memulakan bisnes... Minta rakan-rakan doakan segalanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki... Bertapak perlahan-lahan kemudian barulah melangkah dengan besar...


Monday, September 23, 2013

Lain jadinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, niat dihati yang suci murni telah dilaksanakan... Lega rasanya... Tapi tang rasa tu, tak tau la macam mana sebabnya dah selamat sampai ke office husband pagi tadi... Dulu saya ada pernah cakap nak cuba victoria sandwich cake tapi hasilnya lain pula... Asalkan boleh makan, itu lagi penting ek... Ayat nak sedapkan hati aje :p Kek ni saya namakan Roselle Cream cheese Cake sebab menggunakan jem roselle dan cream cheese... hihi... Apa susah-susah cari nama, cari aje yang main dia kan...hahaha... Nak, silalah jamu mata =D

Roselle cream cheese cake

Top view

Saturday, September 14, 2013

Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dua hari ni mata asyik pandang kek aje... Semua macam sedap belaka... Memandangkan tak lama lagi ada birthday husband jadinya, saya akan mencabar diri sendiri untuk membuat kek yang baru pula... Yela, takkan la nak kek yang sama aje kan, kek coklat semata... Hmmm, ada juga kawan yang takut nak cuba kek-kek selain yang dia mahir tapi kalau kita tak berani nak cuba untuk kali kedua, mana tahu kan... Awal-awal memanglah ada yang jenis gunug berapi, jenis tasik etc tapi lama-kelamaan kalau kita ada inisiatif nak buat lagi, insyaAllah pasti Allah makbulkan doa kita supaya kek yang kita buat tu cantik dan sedap... Kalau rasa resepi tu tak kena dengan taste kita, cari resepi lain... Saya pun ada juga kek yang tak menjadi macam kek lapis sarawak tapi bila cuba kali kedua masa raya bulan lepas, cantik dan sedap jugalah... Yela, orang n9 nak buat kek lapis sarawak, sure la jadinya lain sebabnya tak pernah lagi tengok adunan kepekatannya jenis macam mana... Hoho, bila dah siap tu, bangga jugalah bila tetamu kata sedap dan tak manis sangat :))

Bulan ni banyak juga perancangan saya selain membuat kek... Saya minta tukang baca sekalian mendoakan agar apa saya rancang ni diberkati oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan saya... Terima kasih kepada yang mendoakan saya... Saya doakan semoga tukang baca sekalian dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah... Hanya Allah sahaja yang boleh memberi ganjaran besar diatas jasa baik tukang baca...

Haa, kepada peminat kucing sekalian, anda bolehlah membawa keluarga anda ke Putrajaya Presint 3, Auditorium Cempaka Sari bermula hari ini sehingga esok iaitu 14/9/2013- 15/9/2013... Ada pameran kucing berlangsung disana... Masuk percuma dan bermula dari 10 pagi sehingga 6 petang... InsyaAllah, jika saya ada masa, esok baru nak tengok kucing-kucing yang comel tu...

Salam...


Monday, September 2, 2013

September yo!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni dah 2/9/2013.. Sekejap aje masa berlalu, ye tak? Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan september... Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik dan semoga bulan ini bulan yang terbaik dan mendapat perkhabaran yang gembira buat kita... 20 hari akan datang ada special day untuk husband... Hopefully, rezeki kami bertambah dengan meluasnya dan bolehlah kami sekali harung sambut anniversary kami yang ke-3 dengan penuh bermakna.. Gedik eh padahal anniversary bulan 11 nak jugak buat awal... Hahaha... Bulan 11 nanti tak boleh nak feeling over gedik dengan husband sebabnya masa tu menyibukkan diri tolong adik ipar menyiapkan apa yang patut untuk kenduri kahwinnya... Kalau tak dapat sambut anniversary bulan ni pun, bulan 12 pun boleh nak tunda bulan 1 ke 2 tahun depan tapi masa tu semua jadi double la... Hahaha..

Azam bulan 9 ni, saya nak istiqamah balik membekalkan badan dengan nutrisi yang bagus... Yela, masa raya asyik makan rendang la etc maka imbalance balik dah la nutrien dalam badan... Geng group whatsapp saya ada yang berniat nak bagi saya jealous dengan bakal body shaping dia yang kurang berlemak lapis dengan cara zumba exercise maka saya pun mahu menyahut cabaran dengan membuang segala lapisan lemak dengan kickboxing exercise juga... Hahaha, dah kalau yang tengah pregnant nak kurus, tak ke rasa diri tercabar? Sabar ajela... Istiqamah, istiqamah....

Monday, August 26, 2013

Tahniah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah kepada diri sendiri kerana telah berkecimpung di dalam arena cream cheese secara berterusan dalam 1 minggu... Mula-mula buat cheesecake resepi usu husband lepas tu buat pula cheesekut... Asalnya cheesecake tu husband nak bawa ke office nya di bangi tapi tangguh dan separuh daripadanya dah bagi kepada orang yang terdekat, jadi lupakan aje la... Petang semalam juga gigih buat cheesekut... Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada officemate husband hari ni, kek tu pun dah licin habis... Niat nak memberi dah dilaksanakan, kira bersyukur sangat...

cheese cake resepi usu..jauh dari sarawak...

cheesekut..kudos kepada awal2 yg memperkenalkan

Wednesday, August 21, 2013

Ziarah-menziarahi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, nampaknya kita sudah masuk hampir minggu kedua bulan syawal tahun ini... Macam mana hari raya semua tahun ini? Bagi saya, tahun ini tidaklah semeriah tahun-tahun lepas kalau nak diikutkan sebab selalunya sekali saudara mara sampai habis licin periuk lauk-pauk sampai ada masa kena masak lagi untuk trip yang kedua dan ketiga... Masa beraya rumah saudara, ada seorang pakcik tu cakap, "Bila orang tua (atok nenek etc) dah tak ada, baru kita nampak keseluruhannya.. Sedikit aje saudara atau anak-anak yang akan bertandang melawat kita yang bawahan ni masa beraya..." Memang betul la apa yang dikatakan pakcik tu sebab arwah nenek baru aje meninggal tahun ni dan yang datang ke rumah pun bila congak balik dikira sedikit aje... Atuk nenek belah abah dah tak ada, belah mami pun dah tak ada... Tahun ni, abah melepaskan anak-anaknya beraya ke rumah waris yang terdekat dan rapat dengan kami... Mula-mula saya tak faham juga kenapa kami yang pangkat anak ini kena jalan beraya dulu sebab memang tiap tahun kami gerak segerombolan terus.. Abah kata kat akak, tahun ni abah kena jaga rumah memandangkan arwah nenek tak ada, jadi kena standby la ikut giliran... Tapikan bagus juga abah suruh kami melawat dulu sebenarnya, yelah, kalau kita yang muda ni tak didedahkan beraya sendiri ke rumah waris kita, alamatnya lama-lama kita pun boleh lupa kita sebenarnya ada saudara kita.. Generasi akan datang iaitu anak-anak? Lagi lah kalau tak heret sana sini pergi beraya, mesti tak tau dan akhirnya terkubur la tradisi beraya plus mengenali saudara tu secara tidak langsung... Hari raya hari untuk bergembira, jadi, marilah kita memberi kegembiraan dengan melawat mereka... :D





Sunday, August 4, 2013

Rindunya Ramadhan, Selamat Datang Syawal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Oh, lamanya tak bersiaran di dalam blog yang indah ni... Ini semua disebabkan hampir sebulan berada di Seremban dimana kat sana tak ada kemudahan internet selaju kereta F1 dan ketiadaan laptop mahupun PC... Jadi, hari-hari saya bertemankan TV, mesin jahit dan whatsapp di handphone... Lagi 3 hari lagi, kita bakal menyambut bulan Syawal... Tahun ni, abah sudah bagi warning no more cookies dah sebabnya tiap tahun pasti ada pembaziran yang dahsyat berlaku dan sebagai alternatifnya, abah menyarankan anak-anaknya membakar kek sebanyak yang mungkin... Ayat hujung tu tambahan semata tapi ayat abah suruh buat kek itu adalah benar...haha... Persiapan raya saya pada tahun ini agak mengujakan dari tahun-tahun lepas, mana taknya siang malam keluar ke sana ke mari mencari yang terbaik untuk sendiri... ;p ;p ;p

Hari-hari penghujung Ramadhan ini, semua orang akan terasa sayu dan rasa sekejap aje masa berlalu... Semoga segala doa kita di bulan Ramadhan serta segala amalan kebaikan kita akan diberkati dan dikira Allah swt... Hampir sebulan yang lepas Ramadhan datang, kini bulan keampunan ini beransur pergi bagi memberi laluan kepada bulan Syawal tanda kegembiraan buat umat Islam... Semoga bulan Syawal tahun ini adalah bulan yang paling menyeronokkan kepada semua pembaca blog ini... Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika ada tulisan saya yang menganggu sensitiviti anda atau ada yang terasa dan sebagainya... Saya hanyalah penulis blog biasa yang kadang-kadang melakukan kesilapan...


Thursday, July 4, 2013

Surirumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ramai kawan yang suka bertanya seronok atau tidak menjadi surirumah ni dan ada juga bertanya mengenai aktiviti malahan ada yang juga sinis dalam percakapan... Saya adalah seorang surirumah setelah berkahwin dan saya menjadi surirumah kerana agak sukar mencari pekerjaan di sini... Malu sebagai surirumah? Tidak langsung rasa malu sebab saya tahu surirumah ni macam-macam jenis latar belakang dan tidaklah sepatutnya dipandang rendah oleh masyarakat... Ada dikalangan surirumah ni berpendidikan tinggi yang kadang kita tak jangka sebenanrnya dia itu adalah seorang pemegang PHD dan ada dikalangan surirumah ini orang yang terkenal dan lain-lain... Sejak menjadi seorang surirumah, bila fikir balik la kan, awal-awal agak susah untuk menyesuaikan diri... Yela, dah pernah bekerja dan sebagainya alih-alih jadi surirumah kan... Fikiran tu memang serabut jugalah- ini nak difikir, itu nak diambil kira... Orang ini kata begitu, orang itu kata begini... Ia memang menyakitkan kepala dan itulah jua faktor utama hormon tunggang langgang dibuatnya... Sudah lama berkecimpung dalam dunia surirumah ini, baru la rasa tenang sedikit dan minda pun dah tak berapa nak sempit... Berkawan dan belajar dari mereka yang merasa menjadi surirumah ni... Alah bisa tegal biasa, haaa, pepatah melayu terus~... Kes saya, saya ada ijazah dan saya boleh bekerja akan tetapi, orang kata belum rezeki saya lagi untuk bekerja- option saya jadi surirumah... Merata sana sini mencari kerja, tak dapat juga... Senang bagi orang berkata "You patut PJJ (perkahwinan jarak jauh)" lepas tu ada pula yang suggest "Kerja baliklah di Seremban"... Woohoo, senangnya cakap suruh PJJ... Sekejap mungkin la boleh tahan, kot kalau bertahun? Saya hanya senyum meleret dari meneruskan jawapan saya sebab saya tahu saya ada alasan logik dan tepat dari orang yang memberi suggestion itu...

Surirumah tak semestinya tak ada aktiviti yang boleh dibuat... Macam-macam boleh buat seperti belajar, membaca buku, pergi attend kelas etc... Saya pernah juga dapat soalan," Tak takut tepu ke sebab dah lama tak bekerja?"...Kalau kita set minda kita lupakan segala yang kita belajar, automatik minda kita jadi tepu... Kalau kita tahu menghargai apa kita belajar, insyaAllah, Allah akan membantu kita menyimpan segala data yang ada dalam sel otak... Janganlah menganggap surirumah ni pekerjaan yang sangat membosankan sebab itu adalah pilihan kita menghantar ke otak bahawa ia sesuatu yang membosankan... Setiap kali berjumpa orang mesti keluar soalan serupa sahaja... Janganlah begitu runcingkan skop surirumah ni... Ia sama aje dengan pekerjaan kamu sekalian... Hari-hari ulang kerja yang sama... Sudah-sudahlah tanya soalan sebegini rupa... Masing-masing ada alasan masing-masing... Surirumah pun manusia biasa juga, kadang-kadang pilihan dibuat bukan atas pilihan sendiri... Sekarang ni ramai aje surirumah yang berilmu dan ada yang lebih berpengetahuan dari anda sangkakan... Surirumah banyak masa membaca dan sebagainya dari yang bekerja? Tidak semestinya kerana anda yang bekerja lagi dikelilingi orang-orang yang berpengalaman jadi tidak ada alasan sebegitu...=)

Jadi, nasihat saya, berlapanglah sedikit pemikiran itu dan saya sebagai salah seorang surirumah di Malaysia sangatlah berbangga dengan waktu sekarang- saya ada masa cukup untuk belajar apa saya mahu etc... Bila saya bekerja nanti, saya takkan lupa saat-saat jadi surirumah... Hahaha...


Tuesday, June 25, 2013

Buah tangan dalam kotak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni FIL (father in law) ada singgah sini sekejap sebabnya ada kursus di Alor Star... Alang-alang kan nak ke Alor Star, jadi, datanglah menjenguk kami di Sungai Petani... Hari ahad dalam pukul 10.30 pagi, kami pun pergilah menjemput FIL kat bayan lepas airport dan hajat dihati sambil tu bolehlah pergi makan area foodcourt dalam airport tu... Sekali, aiseyyy, kedai tu dah tak ada... Kami pun naik atas tengok apa aje yang available... Rupanya certain bahagian dah bertukar kedai... Tahun lepas kami naik flight dari sana, tengah-tengah level ada kedai kopitiam tapi sekarang dah digantikan dengan kedai jual coklat... Kopitiam tu dah move ke sebelah McD... Pusing punya pusing kami singgah makan nasi kandar line clear jela kat bawah... Selepas makan nasi tu (flight FIL baru landed), saje la ajak husband pergi kat ada satu food stall ni, cuci mata tengok sandwich dia- huiyooo, harga dia sama dengan sepinggan nasi kandar RM 10! Mujur la kami tak beli sandwich biasa tu.. Kalau bentuk macam subway ke kan boleh la diterima akal kalau mahal... Hahaha... Kami pun tunggu la FIL kat pintu arrival tu.. Pukul 12.15 tengahari, nampak la FIL bersungguh-sungguh menolak troli... So, kami pun salam dan terus menuju ke balik pulau kerana aktiviti seterusnya adalah makan DURIAN!!! Kecoh je kan makan durian padahal kat kampung pun dah gugur banyak :p Tak kisah la, ni durian balik pulau ni... Hahaha...

Dengan jalan berliku-liku, kami sampai juga ke balik pulau.. Saya macam mabuk jadinya disebabkan duduk belakang- selalu jadi co-pilot... Hahaha... Rezeki kami nak makan durian musang king tak kesampaian sebab baru nak ambil stok, jadi, kami ambil aje sebiji durian kampung (sekilo RM 5)... Awalnya, makcik jual tu kata," saya takkan tukar ye ke buah lain kalau isi dia tak elok dan kalau nak kena beli buah lain.. Saya tengok isi dalam dia dulu ya" tapi setelah FIL balas, "ohh macam tu pula ya" dan saya berkerut lepas tu makcik tu terus kata," tak apalah saya tukar baru"... Haihh, peniaga ni macam-macam tapi bukan ke dalam Islam pun dah dikatakan tak boleh meniaga benda yang tidak elok/rosak lain la kalau yang buat rosak itu adalah pelanggan sendiri... Hmmm... Alhamdulillah, buah yang FIL pilih tu elok dan favourite saya isi dalamnya PUTIH.. yiehaaa... Dah habis makan, FIL beli pula sekilo rambutan... Sekilo RM 5... Rezeki...

Selesai sesi makan durian, kami pergi ke area Padang kota lama semata-mata untuk pekena rojak pasembor... Tapi kan, bukan setakat rojak tu aje, sotong kangkung dan sotong tumbuk pun ada... Hahaha... aisehhh, FIL nak belanja makan sotong tumbuk dan sotong kangkung, rezeki jangan ditolak kannn... Jalan-jalan cari makan area penang berakhir di situ dan malamnya bersambung pula di sungai petani pekena mee udang banjir... Malam tu, masing-masing perut ketat...Hahaha...

Malam tu, husband take over keluarkan buah tangan yang MIL beri... Macam-macam ada dalam kotak ajaib tu... hahaha... Semuanya of course, makanan la..Nak buat macam mana, anak menantu suka makan... MIL ada beri buah kalak, tepung sagu untuk buat linut, ikan terubuk masin, rempah bubur pedas, serunding halia, terung dayak, umai dan laksa sarawak paste... Alhamdulillah, dapat juak kamek makan buah kalak lagi... Buah unik yang dah jadi kegemaran saya dari sarawak setakat ni... Kalau pergi ke sarawak, cubalah buah unik kat sana macam buah dabai & buah kalak ni... Musim dia bulan 6 sampai hujung tahun tapi hujung tahun ni tak banyak dah... Rupa bentuk buah unik, rasanya bolehlah google sendiri... Taip & search~...

Semalam, bawa FIL berjalan makan laksa utara dan cendol dekat kedai pak nik cendol (paling famous sini)... FIL nampaknya suka sebab penuh dengan isi ikan dan kuah pekat... Lepas makan tengahari, kawan FIL datang jemput FIL & terus pergi ke Alor Star... Malamnya, husband pun jenguk kat dapur, tengok buah kalak dah masak sangat so dia pun rebuslah... Mujur juga saya dah siap masak ikan patin gulai tempoyak petang tu jadi malam tu hanya tambah buah kalak dengan umai aje la... Buah tangan dalam kotak!

Tuesday, June 18, 2013

Kami & tesco semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam masa lepas solat maghrib sebab tiba-tiba terbayang air susu strawberry yang sejuk curah atas cereal.... Makanya husband pun kata," Ok, cepat kemas. Kita pergi beli"... Woohoo, girangnya rasa di hati... Macam budak-budak dapat makan keropok jajan! Yela, dapat jalan pergi tesco pun best tau... Hahahaa

Bila dah sampai aje tesco, tengok susunan barang pun dah lain sedikit... Lain tu bukan apa sangat pun tapi disebabkan orang dah mula nak borong bahan untuk buat biskut raya dan sebagainya... Minyak sapi pun dari mahal, semalam tengok harga dah turun separuh...Hmm, apa kes dengan minyak sapi ni tiba-tiba ek? ;p Ini semua gara-gara ada sekali tu tertengok dekat belakang paket tepung manisan yang kami suka (tak tau nama manisan tu tapi warna kuning) hanya menggunakan air dan minyak sapi semata... Ok, ni dah bunga-bunga entry ni nak jadi pasal manisan ni... Hehehe, kita tinggalkan mengenai manisan & minyak sapi tu eh...

Kami husband & wife pun meneruskan perjalanan ke rak seterusnya... Ada banyak spesis berat cornflakes, huuu, bayangkan 2 rak sahaja dia bolot... Setelah berfikir dengan kritis plus disebabkan saya malas nak pergi area cereal yang berdekatan dengan biskut-biskut, saya pun ambil jela sekotak cornflakes yang berharga RM 8.99... Pusing belakang kotak ada siap resepi biskut raya... Sahlah dah mula musim orang bertungkus lumus buat biskut raya... Kami bakal beli sahaja tahun ni... =D Cerita pasal cornflakes ni, kalau diikutkan dari dulu lagi saya ni bukanlah penggemar cornflakes tapi semalam fikir macam sedap juga makan dengan susu strawberry.. Kalau cereal jenis koko crunch ke honey star ke takut nanti saya yang muak kerana manis susu bertemu manis cereal (urghhhh, loya tekak)... Dah puas hati dapat ambil cereal cornflakes, kami pun pergi la ke sesi tempat freezer tu konon nak cari air susu kotak kecil untuk minum lepas bayar nanti tapi tak ada pula... Kami pun meneruskan perjalanan ke area rak susu- husband ambil susu pekat dan saya ambil susu strawberry jenama Goodday memandangkan Dutch Lady tak ada promotion 3 untuk RM 16 selain semata plain milk... Lepas ambil susu strawberry, saya terpandang la susu Magnolia Smoo saiz kecil. Saya minta husband ambilkan susu coklat sebab dia paling dekat dengan rak susu tu... Husband pula cuba Dairy Champ yoghurt milk drink... Dah cukup barang yang dibeli, kami pun beratur nak bayar dan bila sampai turn kami.......

Kaunter...

Cashier:   Aik, cepatnya nak buat biskut raya (mata pandang cornflakes)
Husband: =D (senyum semata)
Saya:       (pandang husband & cashier balik) Eh takla, mana buat biskut raya.. Nak buat makan aje... (dalam hati, sabar jela =D...terasa macam satu kesalahan lak beli cornflakes etc time ni...aisehhh)

Keluar dari tesco, kami melepak pula di area food court sambil makan aiskrim vanilla... Sejuk je tekak rasanya...Hihihi... Dah habis makan, kami balik ke rumah ( sorang tak sabar nak minum susu coklat & sorang lagi pura-pura tak excited nak minum yoghurt milk dia ;p)... Selamat sampai rumah, husband terus masukkan susu yoghurt dia dalam peti ais... Husband tak masukkan susu coklat saya dalam peti ais sebab dia tahu saya prefer tak terlalu sejuk & kalau sejuk sangat sure lambat aje nak minum... Tiba masanya, husband keluarkan susu yoghurt dia dan saya ambil susu coklat dalam plastik tesco... Tukar-tukar rasa... Susu yoghurt tu sedap jugalah macam vitagen... Mula-mula bayangkan mesti rasa dia pelik sebab masam terlebih ke ala-ala macam plain yoghurt tu... Huuu, rupanya sedap jugalah! Rugi tak join husband beli setin... Aisehhhh.... Ini dah tahu kesedapannya, lain kali boleh la beli setin =D

Thursday, June 13, 2013

Keinginan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni dengan tak cukup tidur plus tak boleh tidur langsung, saya pun menjamu mata dengan hidupan laut yang boleh kita makan iaitu seperti ketam, kepah, kupang, pepahat, lala, ikan siakap, sotong etc... fuhh, bestnya kalau dapat makan seafood! Setakat ni, saya rasa paling best makan hidupan laut ni kat bagan lalang disebabkan harganya berpatutan... Kalau kat kedah ni, of course la tanjung dawai tu haa... Masa awal kahwin dulu, kami berdua makan banyak juga kat tanjung dawai tu sebabnya bil RM 60.00 ... Bayangkan ikan jenahak sedang, sayur goreng belacan, sotong masak masam manis, ikan pari bakar & kerang bakar tapi orang yang makan tu 2 orang sahaja... Rekod agak menakutkan jugalah bila difikir balik semula... Hahaha, apa boleh buat, awal-awal nafsu makan pun tinggi... Kalau kat bagan lalang, paling tinggi bil makan kami berdua ni RM20.00- tak la meriah macam kat tanjung dawai makanannya tapi mengenyangkan... Hihi... Baru-baru ni ada juga singgah makan kat restoran dangau area jalan nak ke Merbok tu, ok juga masakan dia tapi sayangnya tang bakar-bakar ni tak banyak la pulak (hanya ada siakap, kerang, keli & 1-2 kembung)... Kalau tak nak makan bakar-bakar pun tak apa, sebab bahagian masakan panas dia sedap la juga macam sup sayur seorang makan pun dah boleh 3 orang makan... heee~

Dalam kepala ni, saya asyik terbayang ketam masak lemak aje... Seronoknya kalau dapat makan 1-2 ekor ketam, nak-nak isi penuh... Huuuyaaaiii, menjilat jari! Ada pulak sambal belacan sama dengan ulam-ulaman... Kegemaran saya kalau bab hidupan laut ni ketam, lala, kerang, udang & ikan... Sotong tak la sangat tapi kalau ada terhidang depan mata, makan aje la kan... Rezeki tuuu... Udang pula tengok spesis juga sebab saya ni ada alergik pada udang... Kadang ada masa kena gatal-gatal kat jari jemari tangan kanan... Abah dulu pernah cerita kat husband, saya ni suka makan udang... Sikit-sikit order udang aje... Sampai masa dah terlalu makan banyak udang, dah tak nak dah (mami yang cerita)... Tapi serius, saya memang tak ingat bab asyik order udang tu... Hahaha... Ikan pari bolehlah sikit-sikit tapi tak la makan banyak pun.. Banyak kepada merasa aje... Kat rumah, abah & kakak saya suka siput sedut masak lemak kadang tu mami masak black pepper... Kisah kesedapan siput sedut black pepper tu setelah masa saya kecik-kecik dulu, kami sekeluarga kalau setiap kali lalu nak ke cameron ke utara ke mesti singgah ada satu restoran kat tanah rata... Nama kedai tu "Little House" tapi dah lama tutup dah... Mula-mula tu tak yakin sangat dengan pilihan tauke tu sebab dia kata yang tu paling hot kat kedai dia tapi abah pun kata okay la, try la menu tu sedap betul ke tak... Lepas aje makan, ternyata memang sedap tapi setelah kedai tutup, abah minta mami masakkan kalau teringin sangat nak makan siput sedut black pepper tu... =D

Best kan entry kali ni? Anda teringin nak makan apa pula? Mari la share keinginan anda... Saya dah share saya teringin nak makan seafood~~~

Monday, June 10, 2013

Pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua manusia diberi pilihan untuk buat apa yang kita rasakan kita yakin dengan diri sendiri akan tetapi tidaklah bermakna kita harus memilih pilihan itu jika kita tahu pilihan itu mengundang kepada yang tidak bagus... Tidaklah juga bermakna segala pilihan yang dia ingin lakukan itu perlu dipandang sepi hanya disebabkan dia memilih jalan untuk menjadi lain dari yang lain dalam kelompok yang sama... Sepatutnya bila kita tahu segelintir ingin keluar kepompong yang sudah biasa bagi kita ni, kita bagi sokongan padu pada mereka dan janganlah terus lompat ke kesimpulan yang kita reka malah mengagung-agungkan benang dah sah-sah basah... Bertanya lebih baik jika tidak tahu mengapa dan kenapa dia membuat pilihan itu dan bukannya mengatakan sesuatu (kesan) yang tidak elok kepadanya... Typical judgment- itu yang saya rasa tepat bagi sesetengah orang yang terlalu takut akan berfikir diluar kotak... Orang yang membuat pilihan ini bukanlah mereka golongan yang tidak membuat sebarang kajian sebelum memilih sesuatu yang dia kehendakkan... Pilihan dan aturan telah digariskan kepada masing-masing... Jika kita berfikiran atas satu dasar sahaja memanglah outcome yang kita nampak hanya situ sahaja... Buka minda, bagi cerah sedikit mentaliti... Pandangan secara scare tactics haruslah ditukar kepada yang lebih positif jika kita rasa kita ini dalam generasi keterbukaan dalam berfikir... Usaha menjadi lebih baik dari semalam dan yang buruk menjadi elok kan lebih bagus...


Wednesday, June 5, 2013

Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Semalam satu hari saya rasa macam kekejangan ke salah urat entahnya pada tangan kiri iaitu dari siku sampailah ke hujung jari... Terjaga pukul 3.00 pagi lepas tu gerak-gerakkan tangan... Fuhh, sakit memang tak terperi tahapnya sampai tapak tangan rasa panas disebabkan menahan sakit... Mula-mula nak bangun lepak kat sofa ruang tamu ni tapi tiba-tiba rasa macam tak best aje, tak jadi la... Sempat aje fikir entah apa-apa ekkk... Pusing badan kiri kanan, tangan letak atas bantal, bawah bantal, juntaikan tangan dan segala aksi pun ada tapi tak juga hilang sakitnya tu... Sudahnya, capai tangan husband minta dia picit tangan ni... Husband dalam lelap mata pun picitkan la tangan bini dia ni.. Asal nak sambung tidur aje mesti sakit tu datang... Mujurlah semalam memang nak puasa jadinya tak la saya tidur... Pukul 4.50 pagi, bangun terus mandi lepas tu sapu vicks kat tangan... Lepas subuh baru tidur balik tapi ingatkan dah surut... Bangun semula terasa lagi sakit... Petang dalam sakit tangan tu sempat lagi buat ayam tandoori untuk berbuka... Hahaha, makan itu penting tau! Gigih tak gigih sangat la, angkat periuk nasi pun ada style tertentu, hehehe!

Alhamdulillah malam tadi dalam tak sedar surut dah sakit tu... Akhirnya dapat tidur dengan nyenyak... Seronok rasanya...=))

Sunday, June 2, 2013

Gila kain

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni terserlah bahawa saya sudah menjadi pengumpul kain yang corak pelik-pelik belaka... Baru-baru ni beli kain pita ukur, hari ni memborong kain waterproof bunga-bunga lepas ni nak membeli pula kain jentera berat (excavator bagai)... Antara ketiga-tiga kain tu, paling teruja adalah kain excavator! Mana pernah tengok kain macam tu... Saya bakal rembat yang tu dalam 0.5meter aje, bukan untuk buat baju pun tapinya buat barangan kraf... =D Hmmm, bahaya betul! Hari ni ingat nak pergi membeli sedozen zip disebabkan hari tu pergi beli tak cukup panjang pulak... Aisehhh!

Friday, May 31, 2013

Dating!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni nak pergi dating tengok movie! Hoorayyyyy! Setelah berkahwin selama 2 tahun lebih ni, rasanya boleh kira dengan jari aje berapa kali kami tengok wayang dan tidaklah bermakna kami tidak tengok cerita yang latest ni... Dengan adanya movie sharing, maka, kami dapatlah juga menonton di rumah... Bestnya part tengok kat rumah ni, of course la tak payah nak melawa pakai tudung bagai dan gaya adalah bebas iaitu boleh duduk, baring, menelentang dan sebagainya (sikda orang gago!)... Malam ni kira husband saje nak treat wife diatas nama kasih sayang plus berlibur (muahaha, ikut sukahati aje tapi rasanya betul dah tekaan tu ;p)...

Asalnya nak pergi esok sempena memang nak berjalan ke jusco bandar perda tapi kat tgv seberang prai tu tak ada cerita menarik perhatian kami (ada 4 movie aje) sudahnya kami memilih nak tengok malam ni aje kat gsc amanjaya mall... Mula konon nak tengok midnight (tak la midnight mana pun, masuk pukul 11 malam), lepas tu tak jadi pulak sebabnya husband kata nanti mengantuk so jadinya malam ni tengok show pukul 9.35malam... Asalkan boleh lepaskan solat Isyak, kira ok la kan...

Bab cerita apa yang kitorang nak tengok malam ni amatlah panjang ceritanya... Awalnya nak tengok movie Jurassic Park 3D  disebabkan husband peminat tegar dinosaur, mujur la dinosaur dah pupus~ kalau tak, agaknya dah bela sekor kat rumah ni! ;p Setelah dipikir oleh wife beliau, wife beliau reject la idea tersebut (kes tak berapa gemar dinosaur ditambah cerita lama dan memilih nak tengok cerita  kartun Epic (wife beliau sangat suka cerita kartun! Ini juga diakui oleh anak buah dengan mengatakan cik nana beliau macam budak-budak tengok cerita kartun) akan tetapi husband pula yang 50-50 nak tengok cerita Epic (sabar ajelaaa)... Oleh kerana itu, kami pun tengok trailer fast furious yang dimana-mana orang sibuk memperkatakan kehadiran movie itu di semua cinema.. Bila habis aje tengok trailer kat youtube, kami jadi 50-50 balik (tengok so-so aje, nak kata hebat sangat tak la juga)... Kemudian, kami tengok trailer cerita lain yang ada kecuali cerita tamil (jangan main-main, husband suka tengok gak cerita tamil... dia dulu tukar channel TV kalau ada cerita tamil) dan mendapati movie 'Now you can see me' lagi macam best dari kesemua movie- husband kata semua pelakon pun spesis top! (dapat approval la tu kesimpulannya)... Dah memenuhi citarasa, kami pun booking terus tiket movie yang berharga RM 19.00 termasuk bank charges RM 1.00...

Rasa nervous pulak nak masuk wayang, feeling macam first time dating dengan husband zaman remaja... Remaja sangat! Hahahahaaahahhhahahahhahahahahahha...

Thursday, May 23, 2013

Panas yang membara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni sangat panas sampai tak bergerak langsung nak sambung jahit beg... Huuu, tadi macam dengar aje guruh tapi hujannya tak pula malah bertambah cerah lagi... Oh ya, dah menaip ni, saya nak tayang satu gambar zippered pocket cara saya... Saya tekankan cara saya sebabnya saya tak ikut tutorial dalam internet mahupun buku (senang cerita main hentam aje)... Hahaha... Inilah dia zippered pocket! Comel tak? Berpeluh-peluh memikirkan cara nak menjahit poket ni...



 Dan ini pula adalah poket biasa dalam beg... Comel tak? Di sini saya jahitkan juga cotton label... Poket ini pun saya tak ikut mana-mana tutorial, ikut sahaja perencah sendiri bab saiz dan juga cara jahit... Hari ni, misi saya, memikirkan cara bagaimana hendak memasang zip pada atas beg... Magnetic button telah saya pasang dengan jayanya semalam... Lepas habis jahit kesemua ini, baru saya pasang bag handle...hehe...



Tuesday, May 21, 2013

Kata-kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Letih juga kan nak balas balik bila orang berkata main syok sendiri ni... Allah swt menciptakan mulut supaya apa yang dikeluarkan dari mulut tu cantik susunan ayatnya plus menyejukkan sesiapa yang mendengarnya... Janganlah kita gunakan mulut kita tu sebagai senjata mengumpat orang, jaga tepi kain orang malah memburukkan orang lain dan yang paling bahaya menjadi batu api... Dari duduk jadi batu api tu lagi baik pergi bakar arang dalam tempat barbeque tu haa,at least boleh la bakar sate ke ikan ke ayam ke lepas tu jemput orang makan... Setiap yang keluar dari mulut kita tu adalah doa jadinya berhati-hati bila berkata dan silalah jaga perasaan orang yang mendengar... Esok nanti orang pun naik meluat... Dulu pernah mami nasihat, jangan rapat sangat dengan orang-orang yang kita tak rasa dia tu good listener ke tukang penyimpan mohor-mohor ni sebab nanti entah apa-apa jadi kemudian hari... Ada aku kesah? Yup, anda perlu take note sebabnya kata-kata yang dikeluarkan itu mencerminkan diri anda sendiri...

Monday, May 20, 2013

Silap

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, hari ni hujan juga di sini setelah beberapa hari kepanasan melampau-lampau...Semalam disebabkan kepanasan, semua kerja jadi lambat macam siput plus silap memotong certain bahagian untuk letak zip beg...  Sabar jela, boleh pula jadi lebar... Aaarghhhh, dia punya tahap stress rasa macam nak mengamuk... Sudahnya bertapa depan pc & cari kain pelik-pelik... Hehe, setakat ni jumpalah dua tiga empat yang berkenan di hati dan telah confirm dua helai kain... =P Dasyhat kan? Saya beli pun tak banyak- 0.5meter setiap satu (untuk kraf semata)...

Hari ni memikirkan lagi sama ada nak menyelamatkan kain yang terlebih potong ataupun potong another piece of fabric sambil curi masa main candy crush... Mujur la kain lining aje yang rosak, kalau yang outer, heee, menangis dulu la gamaknya...hehehe...

Thursday, May 16, 2013

Okay

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni menjamu mata kawan-kawan kat FB dengan makanan yang telah berjaya saya masak sebelum-sebelum ni... Gambar-gambar tersebut saya kumpulkan dari blog ni... Saya suka update makanan dekat blog tapi entahlah, saje nak upload kan kat FB pula... Lagipun, blog saya ni tak semua kawan ada link, jadinya, tak salah la kan bagi saya share gambar makanan aje.. Hehehe... Hari ni saya agak menyibukkan diri dengan aktiviti menjahit saya dan sambil-sambil tu, cari peluang nak advertise hasil handmade saya nanti bila dah sekaligus siap... Petang ni, sambung sedikit lepas tu nak buat pattern baru pula untuk tote bag... Saya tidak ada pattern yang specific, jadi, terpaksa la cari idea macam mana nak buat pattern dan saiz beg yang dikehendaki... Beli pattern? Ohh, saya rasa beli pattern ni bagus juga tapi saya rasa adalah lebih baik saya terus membeli buku terus (lagipun tak ada printer kat rumah ni :p :p :p)

Tadi saya tengok sekejap updated blog listing, nampaknya macam saya seorang aje yang gila menaip hari-hari... Haha, rasa macam kelakar pun ada... Saya cuti menaip pun weekend la sebabnya habiskan masa dengan husband pergi pasar bagai...

Hari ni sebenarnya saya tak larat nak masak tapi disebabkan husband tak balik, terpaksalah juga masak untuk diri sendiri- nanti tak pasal kena gastrik... Kalau kena gastrik, jawabnya berguling2 la jadinya- lagi haru biru... Pukul 11.30 saya dah mula memasak, simple aje lauknya untuk hari ni... Mula-mula masak sayur kangkung goreng lepas tu konon nak goreng ikan cencaru tapi perut dah mula angin jadi tukar menu ke telur dadar... Jadilah kan... Esok hari cuti baru saya masak yang sedap-sedap... Hari ni biasa-biasa sudahlah :p (kata-kata seorang yang malas bertapa lama kat dapur)...

Oh ya, sebelum terlupa, selamat hari guru kepada semua guru di malaysia... Di kesempatan ini juga, selamat hari pendidik juga kepada semua ibu bapa kerana tanpa didikan ibu bapa serta tunjuk ajar mereka jugalah tak ada anak-anak yang berjaya... Cikgu dan ibu bapa juga sama penting dalam pendidikan anak-anak... Teringat masa zaman sekolah rendah, balik rumah terus buat homework.. Tak faham, malam tu tanya mami macam mana nak selesaikan & sambil tu mami check segala buku- kot la anak dia lupa nak buat... Walau mami busy kerja (kadang balik lewat malam), still gak curi masa tengok beg sekolah anak-anak... Tak siap, subuh-subuh pun boleh sambung buat kerja sekolah... Hehe, sekarang ni pun, mami mengajar cucunya kalau diorang tak faham... Best kalau mami ajar tapi siaplah, kena marah pun ada... Ngeh3x, belajar dengan abah? Woohoo, yang tu lagi la mahu kena tengking kalau tak faham-faham gak... Nanti tak siap kerja sekolah, airmata berjujuran...Sob3x... Saya bangga ada cikgu di rumah walaupun tak ada certificate sebagai cikgu dan saya beruntung kerana cikgu sepanjang pengajian saya dari sekolah sampai universiti semuanya penyabar... Marah, pukul kat tangan tu disebabkan salah jawab tu biasalah, kalau tak kena, tak ingat dah tua-tua ni... Kesimpulan, walaupun saya bukanlah seorang cikgu, saya akan menjadi cikgu yang bagus untuk anak-anak cucu cicit sendiri... Muahahahaha

Wednesday, May 15, 2013

Cerita semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hmmm, hari ni saya bercerita mengenai insiden semalam... Bila cakap semalam ni, saya rasa entry saya banyak mengenai apa yang terjadi semalam... Yela, kalau cerita hari ni, tak best la pulak rasanya sebab tak banyak nak pot pet- macam mana nak pot pet banyak kalau dah waktu pagi waktu menaip blog? Nanti bosan pulak asyik entry makanan aje yang keluar ;p ;p ;p... Hari ni saya menaip lewat sikit disebabkan pagi tadi agak busy sarapan pagi segala-galanya... Kejap lagi lepas aje publish post ni, saya nak menyambung sisa-sisa kerja memotong kain... Esok dan lusa nak memotong kain special untuk dijadikan sesuatu yang special untuk orang yang special... Kesimpulannya, semua berkaitan dengan SPECIAL...

Al-kisahnya semalam, sedang saya berseronok trace pola atas kain campur pula tengok cerita sinetron "Aliyaa" dengan drama filipina "Dangerous Love" (haa, sampai ingat tajuk cerita tu, asia drama sangatttt!) sekali prakkkk!!! Oh tedah! Pensil kapur saya dah terpatah dua dek tergenggam kuat sangat... Errr, sabar jela! Terpaksalah guna juga pensil kontot tu... Bila dah agak tak best campur malas nak sharpen, maka saya pun terus melupakan untuk tracing segala bentuk dan terus menonton cerita drama melayu pukul 4 kat tv3 "Kalau Bukan Aku" (yang ni terpaksa google sebab lupa tajuknya :p)...

Ni la dia, mangsa tersebut... Kesian kan tengok dia- patah dua dah... Tak apalah, weekend ni nak singgah kedai alatan jahit beli lagi 1 pensil bersama beberapa barang lain lagi... Hehehe... Alasan yang sangat bagus untuk berjalan melihat doniaaaaa :)) Muahahaha Muahahaha Muahahahahaha



Tuesday, May 14, 2013

Oh yeah, main masak-masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam sempena berpuasa dan ada sedikit kerajinan maka saya pun buat la ayam goreng pandan... Resepinya saya tak ikut sepertimana orang lain buat disebabkan kekurangan bahan nak-nak rempah... Jadinya, saya pun buatlah ikut sesuka hati saya- janji sedap dan tidak menyusahkan diri sendiri... Haha... Saya perap ayam ni dari pukul 12.30 tengah hari hinggalah pukul 7 malam... Perapan ni penting sebab nanti daging ayam tu serap segala rempah.. Pukul 7 malam baru terhegeh-hegeh nak goreng, phewww, mujur sempat duduk depan meja makan pukul 7.27 malam- sini azan maghrib pukul 7.30 malam... Hehe, alhamdulillah juga, husband tolong buatkan air & hidangkan lauk lain sebelum tu... Kalau tak, hmmm, kelam-kabut jadinya...

Ini la gambar ayam semasa diperap... Comel kan? yang hujung kanan tu, dah macam kuih koci pulak rupanya... Haha... Saya tak pakai pun sebarang toothpick ke lidi ke untuk secure daging ayam tu dalam daun pandan tu sebabnya daging tu dipotong kecil- saya cuma gulung lepas tu kelepet aje hujungnya...

Perapan ayam goreng pandan
Resepi versi ringkas ayam goreng pandan:

8 ketul daging ayam saiz kecil
8 daun pandan

Untuk kisar:
Sebiji bawang merah
Halia
Garam
4 batang serai (kalau kecil, tambah lagi)
Serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (pastikan tekstur kisar tak terlalu halus atau terlalu kasar)...Kalau halus sangat, tak berapa best la, tak ada kerak nak gaul dengan nasi...
2. Lumurkan daging ayam dengan bahan kisar...
3. Ambil daun pandan yang telah dibersihkan dan balut daging ayam tersebut bersama hampasnya... Masukkan dalam bekas seperti gambar diatas dan masukkan dalam peti ais bawah untuk proses pemerapan... Lagi lama perap, lagi sedap!
4. Untuk bagi yang suka rasa pedas dan berlemak, bolehlah tambah cili padi, lengkuas dan santan...
5. Dua kaedah yang boleh digunapakai iaitu goreng dalam minyak yang panas dan api yang besar ataupun bakar... 


Inilah hasil selepas digoreng... Versi senang, pantas, ringkas... Kalau ada bahan seperti serbuk ketumbar, jintan semua tu bolehlah masuk sekali... Kalau seperti saya yang bahan yang semua ada di kedai tu, gunalah resepi versi saya ni... Husband puji ayam goreng pandan saya sedap! Hohohoho (bangga kejap)

Ayam goreng pandan...


Monday, May 13, 2013

Melonjak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni terasa macam nak gembira aje satu hari sebabnya:-

1. Semalam dah beli kain kesukaan saya kat kamdar plus dapat beli kain remnant 1.5m dalam rm 4.50 aje.. dah lama tunggu kain kesukaan tu sampai sini .. Almaklumlah, sini spesis kain yang best susah nak dapat... ramai juga geng tailor bertanya tapi kain tak sampai juga area sini (bagus juga join geng tailor ni, macam-macam boleh tau)... kat kamdar semalam pun ada nampak pu leather & beberapa kain cotton yang super cute... tak apalah, tu masuk next item nanti...

2. Separuh barang buat beg dah selamat sampai sini... tinggal lagi satu parcel sampai... lepas tu, boleh la try & error... kali ni bersemangat sangat sebabnya nak buat something special... Harapnya jadi dengan jayanya la kan... hmm, jangkaan saya maybe parcel ni sampai hari ni atau esok... saya tak dapat nak track parcel tu disebabkan poslaju tak update sistem... hari tu pun, nak track parcel barang beg tu pun tak boleh tiba-tiba aje pin pin pinnn depan rumah... mujur husband ada time tu- dia lah ambilkan parcel tu... pesanan khas buat poslaju," Silalah update sentiasa sistem tu... sangat susah bagi customer...atleast boleh la ready (berpakaian sopan+pakai tudung) menyambut kedatangan posmen..."

3. Hari ni nak masak nasi lemak ayam pandan!!! Heee, saje menggatal nak buat ayam goreng pandan memandangkan dah ada daun pandan dalam peti ais... Kejap lagi nak google la resepinya lepas tu boleh perap lama sikit... Petang nanti bolehlah goreng & makan... Hehehe...

Sekarang ni, saya asyik tengok aje buku-buku ni... terasa macam nak beli tapi harganya agak mahal... saya sangat suka buku kraf macam ni...

Buku yang sesuai untuk beginner





Buku bagi yang dah bijak sedikit

Buku menambahbaik kreativiti...

Friday, May 10, 2013

Wewiittt!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Jumaat!

Hari ni hari cuti bagi Kedah, jadi, hari ni macam hari-hari Jumaat yang biasa iaitu pergi ke pasar melawat ayam ikan... Semalam saya sibuk online shopping membeli sedikit barang keperluan untuk membuat beg... Saya nak menjual handmade bag secara offline dan online... Dulu berhenti sekejap sebabnya tak jumpa lagi supplier yang menjual barang buat beg dengan harga yang berpatutan... Kali ni, alhamdulillah, dah jumpa beberapa supplier yang menjualnya dengan harga yang sangat ok dan yang penting boleh order secara online! Bulan ni bulan Hari Ibu, jadi saya nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat semua ibu, bakal ibu dan semua yang ingin menjadi ibu di Malaysia... Yey! Semoga kita semua diberikan tahap kesihatan yang bagus, dimurahkan rezeki dan tahun ni kita menyambut dengan gembira~~

Wednesday, May 8, 2013

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang semalam, alhamdulillah, kami selamat sampai ke Sungai Petani dari Port Dickson... Berhari-hari duduk kampung, best sangat - habiskan masa dengan anak-anak buah, berjalan dengan mami & kakak, menanam pokok malah makan banyak-banyak juga ;p... Pagi-pagi lepak dekat buaian depan rumah sambil tengok pokok durian dah mula berbunga & ada 1 pokok yang dah mula berbuah... Abah kata raya nanti boleh la kenduri durian... Yey!!! Pokok limau bali & rambutan dah berbuah dengan lebatnya... Huu, tahun ni alhamdulillah murah rezeki... Pokok delima yang kami bawa dari sini baru nak bercabang... Last month sebelum bawa balik pokok delima, husband cantas habis ranting-rantingnya sebab nak tanam kat Port Dickson... Kesian juga tengok pokok delima tu asyik gugur aje bunganya, tu yang rasanya eloklah tanam dalam tanah (mana tau tak cukup nutrisi kalau tanam dalam pasu ;p)... Tak sabar pulak rasanya nak tunggu pokok delima membesar, berbunga dan mengeluarkan hasil... Abah pun ada tanam 1 pokok delima merah, yang tu baru nak membesar - maybe dalam setahun setengah gitu baru ia berbunga buat kali pertama...

Hasil buah-buahan setakat ni, nenas dan buah naga... Nenas sarawak paling maju la- dekat 40 biji jugalah boleh dapat kalau semua menjadi... Hari tu dah cantas sebiji dan abah kata buahnya manis... Buah naga kali ni bolehlah buat makan (tak semeriah dulu-dulu) disebabkan certain pokok naga tu macam dah kena penyakit aje... Dulu pernah sekali, segala tanaman tak menjadi... Pokok inai pun rosak dan mati... Abah kata maybe disebabkan tanah masa tu tak berapa elok... Mana pokok yang nak ditanam, semua KIV dulu... Ni bila dah ok sikit tanahnya, baru abah tanam sikit-sikit...

Kakak pula sekarang semangat juga sifat ingin menanam setelah pokok bunganya kembang beranak pinak... Hahaha... Hari Sabtu masa balik ke Seremban terjumpa pulak tapak semaian yang ada 100 lubang & biji benih bunga matahari, hmmm, lagi la seronok dia nak menanam... Masa dulu, tak ingatlah arwah nenek ke abah tah pernah tanam bunga matahari... Masa tu, memang lawa la depan rumah dengan segala spesis bunga... Tapi disebabkan kawasan rumah nak kena renovate, pokok bunga terpaksalah dicabut...

Rumah kami kat Seremban masa zaman dulu kala, penuh dengan pokok bunga orkid & bunga kertas... Pokok mangga pun ada... Kadang-kadang ada juga jiran datang singgah minta tips macam mana nak menanam ke cantum pokok bunga ke... Lepas anak-anak meningkat remaja dan dewasa (cewahh) malah memang abah berniat nak duduk kat Port Dickson, maka segala pokok-pokok dibuang dan di simen aje car porch tu... Abah memang suka bab berkebun ni, agaknya dengan berkebun ni cara dia menghilangkan kepenatan lepas balik bekerja kot... Hahaha... Rasanya sikap suka berkebun ni abah dapat dari arwah nenek kot... Suka hati aje buat assumption ;p... Arwah atok dulu lagi best, main campak aje biji durian kat belakang rumah (testing semata) & tak sangka pokoknya jadi besar... Hahaha... Tapi, sekarang ada certain pokok yang arwah atok punya kena tebang sebabnya dah masuk kawasan orang... Yela, nanti kesian kat orang complain daun durian bersepah-sepah...

Saya pun rasanya macam start semula aje menanam apa yang boleh... Tanah hitam pun ada lagi ni... Sekarang ni kat depan rumah cuma ada aloe vera dengan daun cekur aje... Hahaha, maybe lepas ni nak tanam pokok bunga la pulak.. Bagi ceria sikit depan rumah ni, tak adalah kosong semata... Huuuu~~

Monday, April 29, 2013

Fokus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya rasa asyik mengantuk aje, pantang nampak bantal nak landing aje memanjang... Hajat hati konon nak basuh baju tapi bila fikir balik, malam nanti jela basuh... ;p Malam tadi payah sangat nak tidur sebabnya panas sangat dan paling bijak sekali dah tau panas, pergi pula minum air Pearl Cafe tu haaa... Terserlah kebijaksanaan yang tidak terperi! Semalam nak sangat minum Pearl Cafe, tu yang beli kat 7 Eleven... Hmmm, hari ni, nak tak nak kena fokus la buat something yang berguna sikit... Rasa-rasa nak potong kain la hari ni tapi tak tahulah waktunya- maybe lepas Zohor kot... Hari ni target nak buat banyak pattern beg, harapnya bolehlah saya fokus dengan baik... Lusa dah nak balik Seremban, hari khamis esoknya tu dah nak hantar husband ke airport (semangat mengundi ^3^)... Haiyaa, bosan la pula tak ada member, sudahnya minggu ni kiranya jadi single but not available sekejap la untuk 4 hari... Hari sabtu sure kakak ajak pergi berjalan meneman anak-anak buah pergi menghabiskan masa dengan bermain... Huhu... Untuk memberi diri sendiri gembira selama 4 hari (macam la PJJ lama, cettt) hari ni kenalah potong kain, lepas tu siap-siap order online butang dan hujung minggu bolehlah mengerjakan memasang butang kemudian hari ahad tepat pukul 8 pagi pergi beratur kat kawasan masjid sempena mengundi secara berjemaah- Abah, Mami, Kakak-kakak... Hohoho... Petang isnin tu kembali terpacak kat KLIA tengok kapal terbang naik turun dulu sambil makan coklat ataupun minum secawan milo panas ke ataupun menyuapkan diri dengan burger yang sedap sebelum melambai-lambai dari jauh menerima kepulangan husband pukul 8 malam di balai ketibaan...

Thursday, April 25, 2013

Klinik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam tadi selepas rasa sometimes sakit dada sebab batuk dan sejuk, saya cakap dengan husband dah tak tahan dah batuk-batuk ni... Ubat yang doktor prescribed 9 hari lepas pun dah habis especially ubat batuk... Maka, lepas solat maghrib husband pun ajak pergi jumpa lagi sekali... Bila dah masuk bilik doktor, saya pun memulakan bicara...

Saya: Doktor, batuk saya tak recover lagi la... kadang-kadang waktu pagi sakit dada sebab batuk... ubat pun dah habis...
Doktor: Haiya, U last datang 16hb...sudah lama ni... Tak apalah, saya check U lagi sekali la eh...
Saya: Ok doktor...

Doktor check paru-paru, kerongkong dan suhu badan

Doktor: Paru-paru U ok, kerongkong clear tak ada masalah & suhu badan pun normal...Nevermind, I kasi U ubat yang lagi ok la... Selesema, kahak ada lagi ke?
Saya: Masih selesema lagi, kahak pun ada... Kadang kahak susah nak keluar...
Doktor: Ya, kahak kadang-kadang susah sikit mau keluar untuk certain orang... Selesema ada lagi sikit ya...
Saya: A'ah... Saya rasa pasal sakit dada tu sebab sekarang pun sejuk waktu pagi... (Batuk depan doktor)
Doktor: Angguk-angguk... Haaa, itu U punya kahak belum habis keluar lagi... Ok, U last time datang masa delay period... U expecting ke?
Saya: Tak doktor... Saya tak pregnant lagi...
Doktor: Ok la... Ubat batuk yang saya kasi ni ok sikit dari yang lepas...
Saya: Terima kasih doktor...

Bila sampai aje kaunter farmasi tu, pembantu klinik bagi 4 jenis ubat- antibiotik, kahak,selesema dengan ubat batuk... Hmmm, kali ni kena RM 30..Okla, murah la juga... Singgah Tesco beli biskut dan susu Marigold... Mula-mula nak beli burger tapi hujan lebat sangat takut pula adik jual burger tu tak berniaga jadinya singgah Shell beli Maggi Cup perisa kari... Hentam jela...

Lepas dah makan etc sambil tengok cerita korea, sudah sampai masa waktu makan ubat...Hmmm, semua ubat yang diberi memang lain dengan yang lama... Fuhhh, paling tak boleh blah, ubat kahak dia lagi pahit dari peria! Antibiotik lagi la, memang sah pahit... Paling sedap ubat batuk dia sebab macam rasa madu... Bau dia pun manis macam madu... Semoga kali ni terus hilanglah segala penyakit ini... Sangatlah tidak selesaaaaaa~

Tuesday, April 23, 2013

Mari Mengundi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekarang ni, saya tengok ramai yang up pasal kempen untuk PRU 13 yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2013... Bagus sekali kerana ini menunjukkan bahawa anda peka dengan keadaan sekeliling... Saya dulu bukan kisah pun pasal pilihanraya ni dan tak pernah mengundi tapi sejak kahwin ni, kadang-kadang interest kita akan berkembang dek kerana partner kita... Tahun ni saya bakal mengundi di Seremban, yahooo~~ Alasan tiba-tiba mengundi? Satu sebab tanggungjawab, dua sebab rasa diri dah matang sikit, ketiga sebab husband suruh mengundi, keempat sebab saje nak menambah undi dan kelima sebab boleh balik kampungggggg! Nanti saya nak pangkah X pada orang yang saya berkenan la, yela, duduk di Sungai Petani mana nak tengok banner bagai or terserempak dengan calon untuk parlimen Seremban... Jadinya, pangkah aje la dengan menggunakan jiwa... Apapun undi itu adalah rahsia, hehehe... Bagi yang terlalu fanatik dengan parti anda, rileks-rileks la, jangan la gunakan harsh words or kekerasan, janji kita undi aje macam biasa... Kadang-kadang kompang kuat-kuat tapi bila mengundi, tak pula pergi mengundi... Kempenlah dengan bijak agar orang dapat menerima anda dengan hati terbuka...

Monday, April 22, 2013

Rentetan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas kami husband and wife seronok marathon cerita korea Flower Boys Next Door... Ini semua gara-gara tertengok episod 1 cerita ni kat hypp tv channel M 601... Bila dah upgrade unifi ni, kenalah tengok hypp tv ;p astro pula kenalah sayonaraaa~~ Hahaha.. Yela, kang orang labelkan kami ni gila tv pula sebab dah ada hypp tv nak langgan lagi astro... Bagi yang baru pasang unifi seperti kami, pihak TM dengan berbesar hati memberikan free semua channel hypp tv selama sebulan! Saya sebagai pengguna mestilah suka- ade ke orang tak suka dapat menatang free ni? Channel hypp tv paling banyak channel tv cina dengan hindustannn, kot yang kaki hindustan tu rasanya sure kata berbaloi ambil hypp tv :D... Walaupun tak sampai lagi sebulan saya jadi pengguna setia hypp tv ni, saya rasa dah boleh buat review pasal hypp tv ni, channel memang banyak tapi tu la, ada masa tertentu rasa sedikit bosan la cerita yang ditayangkan tu sebab rata-rata cerita yang dah lapuk & tak best... Saya harap lepas ni pihak TM senaraikan la cerita yang best & kalau boleh yang baru :D Husband pula kecewa bab channel sport sebab semuanya pasal soccer & dia pernah komen kat pihak hypp tv kenapa tak dipelbagaikan bahagian sport ie MotoGP ke F1 ke gimnastik ke sukan air berenang berirama ke (yang dua sukan tu tambahan aje :p)... Hypp tv ni kelebihan dia adalah pada interactive tv iaitu anda bolehlah layan youtube ke facebook ke menggunakan tv... Tapi dinasihatkan tv anda sebesar 32 inci ke sebab sangat la halus tulisannya kalau guna tv 14 inci macam kami ni... Nak login masuk FB sangatlah payah, apa tulis pun tak tau- Hahaha.. Bagusnya interactive tv ni ialah tak perlulah anda berebut-rebut PC kalau nak on FB... Overall, rasanya kalau yang jenis suka menonton tv, saya rasa mesti ada golongan yang tak berapa puas hati dengan rancangan yang ditawarkan kat hypp tv... Apa yang boleh saya kata, hopefully, lepas ni makin banyaklah rancangan yang tip top dari hypp tv...

Ok habis bab hypp tv, saya sebenarnya nak cerita pasal cerita korea yang kami busy marathon tu... Cerita korea ni sebenarnya kalau tengok dari segi jalan ceritanya sama aje macam cerita-cerita cinta loving loving feeling feeling yang lain tapi apa yang membezakan ialah setiap episod ade aje value added... Cerita ni sebenarnya mengajar kita macam mana nak berkomunikasi dengan efektif bila berhadapan dengan someone yang opposite dengan kita... Bagi saya, cerita ni sangat best kalau kita tengok dengan pasangan kita sebabnya secara automatik kita akan train diri sendiri atau train pasangan kita untuk meluahkan apa yang kita rasa dan dia rasa.. Being too silent can cause burden to ourselves... 

Kadang-kadang kita rasa kita tau apa kita kata,
Kadang-kadang kita rasa kita buat semuanya betul,
Tapi kadang-kadang itulah sebenarnya selalu terbalik...