Thursday, January 31, 2013

Mabuk ubat

Hari ni kepala agak pening-pening lalat.. Ini semua gara-gara selsema dari kelmarin... Semalam tak tahan dari siang sampai ke malam, hingus jatuh ke bumi ala-ala Niagara falls ( tahap Niagara aje la, macam pelik pula kalau letak Angel Falls)... Disebabkan tak selesa, pukul 9 malam dah mula tidur-tidur ayam sampai la pukul 10.30 malam... Hahaha, tidur-tidur ayam pun boleh jadi sejam lebih ek... Dalam pada tidur tu, boleh dengar lagi dalam rancangan apa tah kat tv 1, cerita pasal makanan tradisi kat negeri sembilan- lupa lak apa makanan tu tapi yang pasti bukan masak lemak cili api... Bangun dari tidur, terus kruukkk kruuukkk krruukkk, garu-garu lengan kerana digigit nyamuk durjana... Hingus pun sambung meleleh-leleh... Kes geram punya pasal, malam tadi pukul 12 malam telan sebiji ubat selsema husband... Haaa, lega sikit...

Lepas solat subuh, sambung tidur kat sofa... Badan dah terasa panas... Bangun pukul 8.30 pagi, dengan mamai-mamai masuk bilik, tengok husband dah tengah bersiap nak pergi kerja... Dalam kepala, nak buat air panas tapi tak larat... Akhirnya, sambung baring kat sofa... Husband bancuhkan air panadol soluble letak atas meja pc... Hmmm, dah terbuat air soluble tu, makanya, nak tak nak, kena jugalah bangun buat air vico panas dan makan biskut untuk alas perut... Tak baik makan ubat masa perut kosong, kena makan juga sedikit untuk tenaga... Lepas minum air panadol soluble, sambung menjahit...

Sekarang ni, sambil menaip sambil rasa nak tidur... ZzzzzZzzzzZzzzz

Sunday, January 27, 2013

Lamanya

from tumblr.com
Dah lama tak rasa stress macam ni... Semalam, dia dah buat lawatan rasmi kat sel-sel otak... Katanya, berfikir la juga pasal ni, asyik duduk fikir macam mana nak jahit aje... Hmmm, setelah beberapa jam memerah otak, solution paling baik adalah dengan menidurkan diri seperti bayi... Jam baru pukul 10.30 malam, saya terus tutup lampu dan tarik selimut... Asalnya, mula-mula rasa macam nak minum air panas vico ke 3 in 1 coffee ke lepas solat isyak tapi bila fikir-fikir, malas pula nak bancuh air... Husband pun tengah main game kat pc masa tu... Boring, tak ada teman nak borak-borak... Akhirnya, tidur jela (terapi bagus setelah setengah hari menjadi hari yang menyukarkan)... Ada juga bangun 2-3 kali disebabkan terasa tak syok tak tutup pintu bilik (terlampau terang jadinya- bayi kan tidur dalam keadaan gelap dan aman damai ;p)... Disebabkan tidur awal maka mimpi punyalah berderet-deret macam keretapi- mimpi tidur kat hotel, mimpi bergotong-royong cat dinding hotel (tiba-tiba hotel tu buat ubahsuai) dan mimpi masuk pertandingan sorakan paling happening antara universiti...

Bangun pagi ni, adalah tersisa sedikit bad mood... Betapa hebatnya sisa ni kat sel-sel otak, sampai jatuhnya periuk ke lantai... Hmmm, apa lagi, jadi satu kerja jugalah mengelap lantai yang dipenuhi kuah kicap... Sesudahnya kerja-kerja pembersihan, letih pun dapat, buat 1 cawan 3 in 1 coffee dan kunyah seketul roti... Haha... Mood pun dah menjadi elok sikit... Lepas makan nasi lauk ikan goreng cili kering (konon-konon style masakan cina, guna cili kering) dengan sup sayur (brokoli, daun saderi & cili benggala), mood pun dari macam awan mendung berarak kelabu dah jadi awan putih bersih... Hahaha...




Wednesday, January 23, 2013

Kamus dan zaman belajarku

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog ni..

Hari ni disebabkan tercetusnya idea satu group facebook untuk memulakan setiap rabu adalah hari bahasa inggeris, maka saya pun terkena tempias konon-konon nak menulis dalam BI kat facebook... Haha, konon-konon aje pun, pengakhirannya tulis dalam Bahasa Melayu juga... hihi.. Apa kaitan zaman matrik dan juga BI ni eh?

Alkisahnya, tadi saya cari kat google beberapa penggunaan perkataan yang betul BI ni... Bila tengah cari tu, pop! keluar la beberapa link kamus yang boleh dipercayai... Saya pun tengok la jenama-jenama kamus tu dan dalam banyak-banyak link tu, saya berkenan nak klik Macmillan Dictionary...
Tiba-tiba teringat pula zaman matrik dulu-dulu membawa kamus yang besar dan juga berat itu... Ok, tak tipu eh... Sangat la besar dan berat, mujur tak senget bahu membawanya... Hahaha... Bestnya kamus ni adalah setiap penerangannya boleh dikatakan tip top dan padat... Kami masa matrik tu, memang diwajibkan seorang satu kamus Macmillan ni... Masa zaman saya matrik tu kulit kamus berwarna merah menyala- bagus warna merah menyala ni, bagi terang biji mata! Sekarang tak tahu pula kot-kot dah bertukar kulitnya ke atau masih merah menyala...

Masuk universiti, kamus saiz comel menjadi pilihan dan sentiasa ada di sisi, itu pun disebabkan ada satu kelas memang pensyarah mewajibkan masing-masing membawa kamus (kamus Macmillan masa ni kena tinggal dalam bilik aje- tak larat nak bawa kamus besar tu)... Kelas yang mewajibkan bawa kamus tu adalah kelas contract... Contract ni seperti sedia maklum, ayat dia memang spesis bunga-bunga dan banyak ayat tersirat bergantung kepada situasi (nak-nak dalam construction ni, kena betul-betul baca dan paham..boleh naya kalau salah interpret)... Masa tu memang tiba-tiba semua jadi rajin bawa kamus pergi kelas... Bila ingat-ingat balik memang seronok menggalas kamus ke mana-mana sahaja.. Hihi.. Paling tak tahan zaman matrik la, dengan tak cukup tidur mengerjakan art project, pagi pula pergi kelas.. Hmm, perkara terhuyung-hayang bawa buku-buku masa berjalan tu memang dah sebati dah... hahaha

Sekarang ni, kamus Macmillan tu entah mana entah- tak ingat tinggal di rumah seremban ke atau mak dah bawa kotak-kotak buku ke rumah port dickson (kes rumah seremban tak cukup kawasan buku-buku ilmiah)

Tuesday, January 22, 2013

Flower Power

Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua pembaca setia dan baru nak setia membaca... =D

Best tak tajuk post hari ni? Macam kena aje ek flower power tu? Hahaha... Alkisahnya, semalam saya baru siapkan pattern sekuntum bunga tahap giant! Naik letih + lenguh mengerjakannya... Berapa kali jahit tetas jahit tetas untuk mendapat end product yang menarik dan tertarik... Hari ni, disebabkan kain base masih di kedai dobi, maka saya teruskan pula projek patchwork sarung bantal. Kalau dah settle sarung bantal ni, maka, esok lusa misi jelujur 2 saiz besar comforter bakal bermula... Oh ya, insya Allah, hari ni pelbagai jenis tapak mesin akan sampai ke rumah... Perasaannya? Saya mestilah sangat gembira kerana bakal memudahkan kerja-kerja quilting! Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan semoga segala hasil kerjaku ini kemas serta para penerima merasa seronok setelah mendapat hasilnya... =D

Ini lah dia, setelah beberapa hari mengerjakan patchwork sekuntum bunga tahap giant... kesimpulan di sini, kalau rasa nak tenangkan jiwa yang tengah gelora badai tu, jom la kita buat patchwork ni.. Confirm segala gelora, susah hati dan nak nangis hilang serta-merta... Hehehe

template buat sendiri sebab nak saiz godang

acara susun-susun atas carpet..abaikan kalau ternampak urat2 kain/benang bersepah2 tu

busy buat kelopak bunga..part ni kena handstitch disebabkan takut insiden menggelembung

ini hasil patchwork bunga...

dari pandangan atas...

 

Monday, January 21, 2013

Mamee chef!

Ohoiiii, selamat tengah hari semua... Saya baru lepas makan lunch iaitu mamee chef perisa tomyam... Dah lama cari mamee chef ni setelah husband bagi tahu mamee ada keluarkan produk baru. Mula-mula tengok iklan macam," eh, betul ke sedap ni?"... Yela, kadang-kadang ikut juga perencah macam mana kan- ada yang sedap dan ada yang kurang memuaskan... Kena pulak dengan orang yang agak cerewet macam saya ni... Kalau tak sedap, memang awal-awal cakap tak sedap...

Ok, testimoni mengenai mamee chef ni... Overall, perencah dia memang sedap macam ala-ala kedai tomyam tu cuma kalau nak lagi sedap, boleh la terjunkan lagi sedikit sayur-sayuran dan juga udang... Bila tengah masak tu, bau wangi dari daun limau purut memenuhi ruang dapur... Paket udang & sayur-sayuran juga disertakan- saiznya agak kecil jadinya eloklah tambah rencah sendiri-sendiri ok (pihak mamee kalau rasa lepas ni nak upgrade, upgrade la tambahan udang dan juga sayuran ni ya)... Bagi saya, kali ni perisa tomyam keluaran mamee ni best - kira boleh masuk la dalam kategori A untuk mee segera saya.. Susah woo nak dapat yang betul-betul memenuhi citarasa... =))

bagi yang nak intai-intai dulu produk dan testimonial geng-geng yang dah cuba, silalah ke Facebook Mamee Chef

ihsan dari Facebook Mamee Chef
ihsan dari Facebook Mamee Chef

Tuesday, January 15, 2013

Sibuk

Sekarang sudah masuk sesi menyibukkan diri untuk membuat quilt. Baru-baru ni balik kampung, dapatlah dua task untuk comforter quilt (satu queen size & satu lagi king size). Alhamdulillah dengan rezeki ini. =D Semalam dah siap prewash semua kain-kain jadinya hari ni boleh mula second stage iaitu melakar design dalam sketch book. Puas hati dengan lakaran, baru boleh transfer kepada kain. Kesimpulannya, quilt ni boleh menjana kedua-dua belah otak sebab kena betul-betul bab ukuran & design kena ngam barulah hasilnya meletup-letup! Nanti dah siap, saya tunjukkan hasilnya di sini ya... Hmmm, sekarang kena menambah koleksi tapak mesin dan juga bahan-bahan yang lain...


Wednesday, January 9, 2013

inilah hasil pertamaku!

Lama dah tak update blog ni... Sekarang duk busy manjakan diri dengan mesin jahit bagi release segala ilmu yang dah lama terendam dalam jiwa ( dah bukan terpendam dah lagi sebab dah lama jauh dalam lubuk sel-sel otak)...

Untuk projek pertama, saya memilih patchwork medium clutch bag. Beberapa hari diperlukan untuk buat patchwork ni ( ada la dalam seminggu untuk patchwork sahaja). Dari saat menggunting, jelujur kepada bentuk yg kita nak dan kemudian jahit jadi objek yang kita nak hasilkan. Bila dah ada bentuk yang kita inginkan, senangla untuk kita transfer kepada bentuk barangan yang kita inginkan. macam saya, asalnya nak buat quilt cadar tapinya bila terlampau besar, susah pula. Jadi, saya mulakan dengan projek pertama iaitu purse! :D

Inilah permulaan untuk hasilkan patchwork medium clutch bag macam saya tulis diatas tadi. Kena betul-betul pastikan berapa keping hexagon (ada bermacam jenis bentuk ada: segitiga, dresden, segiempat etc). Untuk projek pertama ni, saya siapkan 24keping hexagon untuk setiap corak kain. Jadi, tak perlulah untuk bersusah payah nak kena mula dari awal kan kalau kes tak cukup bentuk ni.. Masa ni agak rumit juga la tapi kalau ada azam nak buat, boleh jadi punya. Ini pun, pertama kali bagi saya buat patchwork. Beginner la gitu...



Ni dah dalam proses 60% nak siap dah..Ni poket hadapan, saya buat patchwork sedikit. Belakang beg ni, ada lagi patchwork penuh untuk exterior bag. Comel kan?


Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus 2 hari di hadapan mesin jahit. Jahit bahagian penutup tu boleh tahan juga rumitnya tapi bila dah siap hasilnya, haa, tersenyum lebar sampai ke telinga! Hilang segala penat nak buat ni.. Yela, bukan 100% guna mesin jahit tau... Jahit tangan pun ada! Boleh dikatakan semua skill yang saya tahu, semua saya curah dalam menghasilkan beg pertama ni.. Haha


Untuk pattern, banyak website yang memberi pattern secara percuma. Kena rajin google, itu sahaja petuanya. Ini pun, saya dah modify sedikit dari original pattern. Semalam dah ada permintaan untuk buatkan clutch bag lagi... Alhamdulillah, rezeki =D Saya pun tengah usaha nak cuba pelbagai jenis beg lagi ni... Nanti saya update yang lain pula.. :)