Friday, May 31, 2013

Dating!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni nak pergi dating tengok movie! Hoorayyyyy! Setelah berkahwin selama 2 tahun lebih ni, rasanya boleh kira dengan jari aje berapa kali kami tengok wayang dan tidaklah bermakna kami tidak tengok cerita yang latest ni... Dengan adanya movie sharing, maka, kami dapatlah juga menonton di rumah... Bestnya part tengok kat rumah ni, of course la tak payah nak melawa pakai tudung bagai dan gaya adalah bebas iaitu boleh duduk, baring, menelentang dan sebagainya (sikda orang gago!)... Malam ni kira husband saje nak treat wife diatas nama kasih sayang plus berlibur (muahaha, ikut sukahati aje tapi rasanya betul dah tekaan tu ;p)...

Asalnya nak pergi esok sempena memang nak berjalan ke jusco bandar perda tapi kat tgv seberang prai tu tak ada cerita menarik perhatian kami (ada 4 movie aje) sudahnya kami memilih nak tengok malam ni aje kat gsc amanjaya mall... Mula konon nak tengok midnight (tak la midnight mana pun, masuk pukul 11 malam), lepas tu tak jadi pulak sebabnya husband kata nanti mengantuk so jadinya malam ni tengok show pukul 9.35malam... Asalkan boleh lepaskan solat Isyak, kira ok la kan...

Bab cerita apa yang kitorang nak tengok malam ni amatlah panjang ceritanya... Awalnya nak tengok movie Jurassic Park 3D  disebabkan husband peminat tegar dinosaur, mujur la dinosaur dah pupus~ kalau tak, agaknya dah bela sekor kat rumah ni! ;p Setelah dipikir oleh wife beliau, wife beliau reject la idea tersebut (kes tak berapa gemar dinosaur ditambah cerita lama dan memilih nak tengok cerita  kartun Epic (wife beliau sangat suka cerita kartun! Ini juga diakui oleh anak buah dengan mengatakan cik nana beliau macam budak-budak tengok cerita kartun) akan tetapi husband pula yang 50-50 nak tengok cerita Epic (sabar ajelaaa)... Oleh kerana itu, kami pun tengok trailer fast furious yang dimana-mana orang sibuk memperkatakan kehadiran movie itu di semua cinema.. Bila habis aje tengok trailer kat youtube, kami jadi 50-50 balik (tengok so-so aje, nak kata hebat sangat tak la juga)... Kemudian, kami tengok trailer cerita lain yang ada kecuali cerita tamil (jangan main-main, husband suka tengok gak cerita tamil... dia dulu tukar channel TV kalau ada cerita tamil) dan mendapati movie 'Now you can see me' lagi macam best dari kesemua movie- husband kata semua pelakon pun spesis top! (dapat approval la tu kesimpulannya)... Dah memenuhi citarasa, kami pun booking terus tiket movie yang berharga RM 19.00 termasuk bank charges RM 1.00...

Rasa nervous pulak nak masuk wayang, feeling macam first time dating dengan husband zaman remaja... Remaja sangat! Hahahahaaahahhhahahahhahahahahahha...

Thursday, May 23, 2013

Panas yang membara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni sangat panas sampai tak bergerak langsung nak sambung jahit beg... Huuu, tadi macam dengar aje guruh tapi hujannya tak pula malah bertambah cerah lagi... Oh ya, dah menaip ni, saya nak tayang satu gambar zippered pocket cara saya... Saya tekankan cara saya sebabnya saya tak ikut tutorial dalam internet mahupun buku (senang cerita main hentam aje)... Hahaha... Inilah dia zippered pocket! Comel tak? Berpeluh-peluh memikirkan cara nak menjahit poket ni...



 Dan ini pula adalah poket biasa dalam beg... Comel tak? Di sini saya jahitkan juga cotton label... Poket ini pun saya tak ikut mana-mana tutorial, ikut sahaja perencah sendiri bab saiz dan juga cara jahit... Hari ni, misi saya, memikirkan cara bagaimana hendak memasang zip pada atas beg... Magnetic button telah saya pasang dengan jayanya semalam... Lepas habis jahit kesemua ini, baru saya pasang bag handle...hehe...



Tuesday, May 21, 2013

Kata-kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Letih juga kan nak balas balik bila orang berkata main syok sendiri ni... Allah swt menciptakan mulut supaya apa yang dikeluarkan dari mulut tu cantik susunan ayatnya plus menyejukkan sesiapa yang mendengarnya... Janganlah kita gunakan mulut kita tu sebagai senjata mengumpat orang, jaga tepi kain orang malah memburukkan orang lain dan yang paling bahaya menjadi batu api... Dari duduk jadi batu api tu lagi baik pergi bakar arang dalam tempat barbeque tu haa,at least boleh la bakar sate ke ikan ke ayam ke lepas tu jemput orang makan... Setiap yang keluar dari mulut kita tu adalah doa jadinya berhati-hati bila berkata dan silalah jaga perasaan orang yang mendengar... Esok nanti orang pun naik meluat... Dulu pernah mami nasihat, jangan rapat sangat dengan orang-orang yang kita tak rasa dia tu good listener ke tukang penyimpan mohor-mohor ni sebab nanti entah apa-apa jadi kemudian hari... Ada aku kesah? Yup, anda perlu take note sebabnya kata-kata yang dikeluarkan itu mencerminkan diri anda sendiri...

Monday, May 20, 2013

Silap

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, hari ni hujan juga di sini setelah beberapa hari kepanasan melampau-lampau...Semalam disebabkan kepanasan, semua kerja jadi lambat macam siput plus silap memotong certain bahagian untuk letak zip beg...  Sabar jela, boleh pula jadi lebar... Aaarghhhh, dia punya tahap stress rasa macam nak mengamuk... Sudahnya bertapa depan pc & cari kain pelik-pelik... Hehe, setakat ni jumpalah dua tiga empat yang berkenan di hati dan telah confirm dua helai kain... =P Dasyhat kan? Saya beli pun tak banyak- 0.5meter setiap satu (untuk kraf semata)...

Hari ni memikirkan lagi sama ada nak menyelamatkan kain yang terlebih potong ataupun potong another piece of fabric sambil curi masa main candy crush... Mujur la kain lining aje yang rosak, kalau yang outer, heee, menangis dulu la gamaknya...hehehe...

Thursday, May 16, 2013

Okay

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni menjamu mata kawan-kawan kat FB dengan makanan yang telah berjaya saya masak sebelum-sebelum ni... Gambar-gambar tersebut saya kumpulkan dari blog ni... Saya suka update makanan dekat blog tapi entahlah, saje nak upload kan kat FB pula... Lagipun, blog saya ni tak semua kawan ada link, jadinya, tak salah la kan bagi saya share gambar makanan aje.. Hehehe... Hari ni saya agak menyibukkan diri dengan aktiviti menjahit saya dan sambil-sambil tu, cari peluang nak advertise hasil handmade saya nanti bila dah sekaligus siap... Petang ni, sambung sedikit lepas tu nak buat pattern baru pula untuk tote bag... Saya tidak ada pattern yang specific, jadi, terpaksa la cari idea macam mana nak buat pattern dan saiz beg yang dikehendaki... Beli pattern? Ohh, saya rasa beli pattern ni bagus juga tapi saya rasa adalah lebih baik saya terus membeli buku terus (lagipun tak ada printer kat rumah ni :p :p :p)

Tadi saya tengok sekejap updated blog listing, nampaknya macam saya seorang aje yang gila menaip hari-hari... Haha, rasa macam kelakar pun ada... Saya cuti menaip pun weekend la sebabnya habiskan masa dengan husband pergi pasar bagai...

Hari ni sebenarnya saya tak larat nak masak tapi disebabkan husband tak balik, terpaksalah juga masak untuk diri sendiri- nanti tak pasal kena gastrik... Kalau kena gastrik, jawabnya berguling2 la jadinya- lagi haru biru... Pukul 11.30 saya dah mula memasak, simple aje lauknya untuk hari ni... Mula-mula masak sayur kangkung goreng lepas tu konon nak goreng ikan cencaru tapi perut dah mula angin jadi tukar menu ke telur dadar... Jadilah kan... Esok hari cuti baru saya masak yang sedap-sedap... Hari ni biasa-biasa sudahlah :p (kata-kata seorang yang malas bertapa lama kat dapur)...

Oh ya, sebelum terlupa, selamat hari guru kepada semua guru di malaysia... Di kesempatan ini juga, selamat hari pendidik juga kepada semua ibu bapa kerana tanpa didikan ibu bapa serta tunjuk ajar mereka jugalah tak ada anak-anak yang berjaya... Cikgu dan ibu bapa juga sama penting dalam pendidikan anak-anak... Teringat masa zaman sekolah rendah, balik rumah terus buat homework.. Tak faham, malam tu tanya mami macam mana nak selesaikan & sambil tu mami check segala buku- kot la anak dia lupa nak buat... Walau mami busy kerja (kadang balik lewat malam), still gak curi masa tengok beg sekolah anak-anak... Tak siap, subuh-subuh pun boleh sambung buat kerja sekolah... Hehe, sekarang ni pun, mami mengajar cucunya kalau diorang tak faham... Best kalau mami ajar tapi siaplah, kena marah pun ada... Ngeh3x, belajar dengan abah? Woohoo, yang tu lagi la mahu kena tengking kalau tak faham-faham gak... Nanti tak siap kerja sekolah, airmata berjujuran...Sob3x... Saya bangga ada cikgu di rumah walaupun tak ada certificate sebagai cikgu dan saya beruntung kerana cikgu sepanjang pengajian saya dari sekolah sampai universiti semuanya penyabar... Marah, pukul kat tangan tu disebabkan salah jawab tu biasalah, kalau tak kena, tak ingat dah tua-tua ni... Kesimpulan, walaupun saya bukanlah seorang cikgu, saya akan menjadi cikgu yang bagus untuk anak-anak cucu cicit sendiri... Muahahahaha

Wednesday, May 15, 2013

Cerita semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hmmm, hari ni saya bercerita mengenai insiden semalam... Bila cakap semalam ni, saya rasa entry saya banyak mengenai apa yang terjadi semalam... Yela, kalau cerita hari ni, tak best la pulak rasanya sebab tak banyak nak pot pet- macam mana nak pot pet banyak kalau dah waktu pagi waktu menaip blog? Nanti bosan pulak asyik entry makanan aje yang keluar ;p ;p ;p... Hari ni saya menaip lewat sikit disebabkan pagi tadi agak busy sarapan pagi segala-galanya... Kejap lagi lepas aje publish post ni, saya nak menyambung sisa-sisa kerja memotong kain... Esok dan lusa nak memotong kain special untuk dijadikan sesuatu yang special untuk orang yang special... Kesimpulannya, semua berkaitan dengan SPECIAL...

Al-kisahnya semalam, sedang saya berseronok trace pola atas kain campur pula tengok cerita sinetron "Aliyaa" dengan drama filipina "Dangerous Love" (haa, sampai ingat tajuk cerita tu, asia drama sangatttt!) sekali prakkkk!!! Oh tedah! Pensil kapur saya dah terpatah dua dek tergenggam kuat sangat... Errr, sabar jela! Terpaksalah guna juga pensil kontot tu... Bila dah agak tak best campur malas nak sharpen, maka saya pun terus melupakan untuk tracing segala bentuk dan terus menonton cerita drama melayu pukul 4 kat tv3 "Kalau Bukan Aku" (yang ni terpaksa google sebab lupa tajuknya :p)...

Ni la dia, mangsa tersebut... Kesian kan tengok dia- patah dua dah... Tak apalah, weekend ni nak singgah kedai alatan jahit beli lagi 1 pensil bersama beberapa barang lain lagi... Hehehe... Alasan yang sangat bagus untuk berjalan melihat doniaaaaa :)) Muahahaha Muahahaha Muahahahahaha



Tuesday, May 14, 2013

Oh yeah, main masak-masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam sempena berpuasa dan ada sedikit kerajinan maka saya pun buat la ayam goreng pandan... Resepinya saya tak ikut sepertimana orang lain buat disebabkan kekurangan bahan nak-nak rempah... Jadinya, saya pun buatlah ikut sesuka hati saya- janji sedap dan tidak menyusahkan diri sendiri... Haha... Saya perap ayam ni dari pukul 12.30 tengah hari hinggalah pukul 7 malam... Perapan ni penting sebab nanti daging ayam tu serap segala rempah.. Pukul 7 malam baru terhegeh-hegeh nak goreng, phewww, mujur sempat duduk depan meja makan pukul 7.27 malam- sini azan maghrib pukul 7.30 malam... Hehe, alhamdulillah juga, husband tolong buatkan air & hidangkan lauk lain sebelum tu... Kalau tak, hmmm, kelam-kabut jadinya...

Ini la gambar ayam semasa diperap... Comel kan? yang hujung kanan tu, dah macam kuih koci pulak rupanya... Haha... Saya tak pakai pun sebarang toothpick ke lidi ke untuk secure daging ayam tu dalam daun pandan tu sebabnya daging tu dipotong kecil- saya cuma gulung lepas tu kelepet aje hujungnya...

Perapan ayam goreng pandan
Resepi versi ringkas ayam goreng pandan:

8 ketul daging ayam saiz kecil
8 daun pandan

Untuk kisar:
Sebiji bawang merah
Halia
Garam
4 batang serai (kalau kecil, tambah lagi)
Serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (pastikan tekstur kisar tak terlalu halus atau terlalu kasar)...Kalau halus sangat, tak berapa best la, tak ada kerak nak gaul dengan nasi...
2. Lumurkan daging ayam dengan bahan kisar...
3. Ambil daun pandan yang telah dibersihkan dan balut daging ayam tersebut bersama hampasnya... Masukkan dalam bekas seperti gambar diatas dan masukkan dalam peti ais bawah untuk proses pemerapan... Lagi lama perap, lagi sedap!
4. Untuk bagi yang suka rasa pedas dan berlemak, bolehlah tambah cili padi, lengkuas dan santan...
5. Dua kaedah yang boleh digunapakai iaitu goreng dalam minyak yang panas dan api yang besar ataupun bakar... 


Inilah hasil selepas digoreng... Versi senang, pantas, ringkas... Kalau ada bahan seperti serbuk ketumbar, jintan semua tu bolehlah masuk sekali... Kalau seperti saya yang bahan yang semua ada di kedai tu, gunalah resepi versi saya ni... Husband puji ayam goreng pandan saya sedap! Hohohoho (bangga kejap)

Ayam goreng pandan...


Monday, May 13, 2013

Melonjak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni terasa macam nak gembira aje satu hari sebabnya:-

1. Semalam dah beli kain kesukaan saya kat kamdar plus dapat beli kain remnant 1.5m dalam rm 4.50 aje.. dah lama tunggu kain kesukaan tu sampai sini .. Almaklumlah, sini spesis kain yang best susah nak dapat... ramai juga geng tailor bertanya tapi kain tak sampai juga area sini (bagus juga join geng tailor ni, macam-macam boleh tau)... kat kamdar semalam pun ada nampak pu leather & beberapa kain cotton yang super cute... tak apalah, tu masuk next item nanti...

2. Separuh barang buat beg dah selamat sampai sini... tinggal lagi satu parcel sampai... lepas tu, boleh la try & error... kali ni bersemangat sangat sebabnya nak buat something special... Harapnya jadi dengan jayanya la kan... hmm, jangkaan saya maybe parcel ni sampai hari ni atau esok... saya tak dapat nak track parcel tu disebabkan poslaju tak update sistem... hari tu pun, nak track parcel barang beg tu pun tak boleh tiba-tiba aje pin pin pinnn depan rumah... mujur husband ada time tu- dia lah ambilkan parcel tu... pesanan khas buat poslaju," Silalah update sentiasa sistem tu... sangat susah bagi customer...atleast boleh la ready (berpakaian sopan+pakai tudung) menyambut kedatangan posmen..."

3. Hari ni nak masak nasi lemak ayam pandan!!! Heee, saje menggatal nak buat ayam goreng pandan memandangkan dah ada daun pandan dalam peti ais... Kejap lagi nak google la resepinya lepas tu boleh perap lama sikit... Petang nanti bolehlah goreng & makan... Hehehe...

Sekarang ni, saya asyik tengok aje buku-buku ni... terasa macam nak beli tapi harganya agak mahal... saya sangat suka buku kraf macam ni...

Buku yang sesuai untuk beginner





Buku bagi yang dah bijak sedikit

Buku menambahbaik kreativiti...

Friday, May 10, 2013

Wewiittt!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Salam Jumaat!

Hari ni hari cuti bagi Kedah, jadi, hari ni macam hari-hari Jumaat yang biasa iaitu pergi ke pasar melawat ayam ikan... Semalam saya sibuk online shopping membeli sedikit barang keperluan untuk membuat beg... Saya nak menjual handmade bag secara offline dan online... Dulu berhenti sekejap sebabnya tak jumpa lagi supplier yang menjual barang buat beg dengan harga yang berpatutan... Kali ni, alhamdulillah, dah jumpa beberapa supplier yang menjualnya dengan harga yang sangat ok dan yang penting boleh order secara online! Bulan ni bulan Hari Ibu, jadi saya nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' buat semua ibu, bakal ibu dan semua yang ingin menjadi ibu di Malaysia... Yey! Semoga kita semua diberikan tahap kesihatan yang bagus, dimurahkan rezeki dan tahun ni kita menyambut dengan gembira~~

Wednesday, May 8, 2013

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Petang semalam, alhamdulillah, kami selamat sampai ke Sungai Petani dari Port Dickson... Berhari-hari duduk kampung, best sangat - habiskan masa dengan anak-anak buah, berjalan dengan mami & kakak, menanam pokok malah makan banyak-banyak juga ;p... Pagi-pagi lepak dekat buaian depan rumah sambil tengok pokok durian dah mula berbunga & ada 1 pokok yang dah mula berbuah... Abah kata raya nanti boleh la kenduri durian... Yey!!! Pokok limau bali & rambutan dah berbuah dengan lebatnya... Huu, tahun ni alhamdulillah murah rezeki... Pokok delima yang kami bawa dari sini baru nak bercabang... Last month sebelum bawa balik pokok delima, husband cantas habis ranting-rantingnya sebab nak tanam kat Port Dickson... Kesian juga tengok pokok delima tu asyik gugur aje bunganya, tu yang rasanya eloklah tanam dalam tanah (mana tau tak cukup nutrisi kalau tanam dalam pasu ;p)... Tak sabar pulak rasanya nak tunggu pokok delima membesar, berbunga dan mengeluarkan hasil... Abah pun ada tanam 1 pokok delima merah, yang tu baru nak membesar - maybe dalam setahun setengah gitu baru ia berbunga buat kali pertama...

Hasil buah-buahan setakat ni, nenas dan buah naga... Nenas sarawak paling maju la- dekat 40 biji jugalah boleh dapat kalau semua menjadi... Hari tu dah cantas sebiji dan abah kata buahnya manis... Buah naga kali ni bolehlah buat makan (tak semeriah dulu-dulu) disebabkan certain pokok naga tu macam dah kena penyakit aje... Dulu pernah sekali, segala tanaman tak menjadi... Pokok inai pun rosak dan mati... Abah kata maybe disebabkan tanah masa tu tak berapa elok... Mana pokok yang nak ditanam, semua KIV dulu... Ni bila dah ok sikit tanahnya, baru abah tanam sikit-sikit...

Kakak pula sekarang semangat juga sifat ingin menanam setelah pokok bunganya kembang beranak pinak... Hahaha... Hari Sabtu masa balik ke Seremban terjumpa pulak tapak semaian yang ada 100 lubang & biji benih bunga matahari, hmmm, lagi la seronok dia nak menanam... Masa dulu, tak ingatlah arwah nenek ke abah tah pernah tanam bunga matahari... Masa tu, memang lawa la depan rumah dengan segala spesis bunga... Tapi disebabkan kawasan rumah nak kena renovate, pokok bunga terpaksalah dicabut...

Rumah kami kat Seremban masa zaman dulu kala, penuh dengan pokok bunga orkid & bunga kertas... Pokok mangga pun ada... Kadang-kadang ada juga jiran datang singgah minta tips macam mana nak menanam ke cantum pokok bunga ke... Lepas anak-anak meningkat remaja dan dewasa (cewahh) malah memang abah berniat nak duduk kat Port Dickson, maka segala pokok-pokok dibuang dan di simen aje car porch tu... Abah memang suka bab berkebun ni, agaknya dengan berkebun ni cara dia menghilangkan kepenatan lepas balik bekerja kot... Hahaha... Rasanya sikap suka berkebun ni abah dapat dari arwah nenek kot... Suka hati aje buat assumption ;p... Arwah atok dulu lagi best, main campak aje biji durian kat belakang rumah (testing semata) & tak sangka pokoknya jadi besar... Hahaha... Tapi, sekarang ada certain pokok yang arwah atok punya kena tebang sebabnya dah masuk kawasan orang... Yela, nanti kesian kat orang complain daun durian bersepah-sepah...

Saya pun rasanya macam start semula aje menanam apa yang boleh... Tanah hitam pun ada lagi ni... Sekarang ni kat depan rumah cuma ada aloe vera dengan daun cekur aje... Hahaha, maybe lepas ni nak tanam pokok bunga la pulak.. Bagi ceria sikit depan rumah ni, tak adalah kosong semata... Huuuu~~