Friday, September 19, 2014

Diana lain...

Salam hari Jumaat...

Hari ni saya terpaksa ambil emergency leave diatas sebab kesihatan husband yang kurang sihat.. Awal pagi dah tercongok depan klinik kesihatan.. teman dia cucuk ambil darah dan etc... Hajat hati malas nak amik leave tapi nanti tiba-tiba kecemasan susah pulak... So, cuti jela... Disebabkan itu juga, mami abah sanggup datang ke sini dari Port Dickson... Sampai aje rumah, tengok mami dah ada kat rumah... Bila masuk rumah, nampak sekotak besar atas meja... wooo hoooo, lajunya poslaju ni..

Lepas siap-siap masak sup ketam untuk husband, saya pun bukalah parcel tersebut...Yeyy, serupa macam seller tepek dalam messenger... Alhamdulillah, barang yg nama sama dengan saya dah tiba dengan selamat...

Saya telah membeli Diana F+ True Blue dan satu pack film 400 iso... Terus terang cakap bab film tu, saya minta seller bagi suggestion disebabkan saya dah lama tak handle dengan film... Berzamannnnn kot! Dulu kan kamera filem ni paling famous... kreettt krettt krettt bunyi tukar filem... asalnya nak beli instax mini tapi lepas dah tahu jangka hayat gambar kabur balik tu kira pendek, maka tak jadilah... So, bila search pasal lomografi ni, tu jadi berkenan balik... Diana lain ni pakai 120 film iaitu gambar dia nanti jadi segiempat sama.. Tapi yang best part pasal diana f+ ni, ada accessories lain macam lens, 35mm instant so boleh la nak jadikan dia macam instax mini tu, 35mm changeable back ( ni haa,bila tukar boleh guna filem biasa iaitu 35mm film)... Berat kamera ni hanyalah seberat tab dan badannya diperbuat dari plastik... First time tengok nampak macam mainan tapi bila tengok lama-lama cun gak... Banyak variety dari segi warna dan design... Kita boleh tune sendiri setting dengan ubah weather so pencahayaan yang masuk nanti tak la merosak gambar kemudian hari (cuaca mendung ke terang benderang ke) dan subjek utk kita focus berapa jauh (1-2meter, 3-4 meter atau infinity)
diana saya..nama sama..haha!
macam-macam warna ada... ihsan google

Selain diana f+ ni, ada diana mini... diana mini ni guna 35mm film dan ia adalah fix... kalau bab ukuran, sah-sah la mini menang sebab kecil aje... diana mini ni satu kekurangan dia yang saya baca lens dia tak boleh nak tukar... kalau bab kos murah dari segi film, diana mini juga pemenangnya... Harga diana f+ di Malaysia adalah RM 369 dan siap flash manakala diana mini RM 419 termasuk flash... Diingatkan semasa beli, baca betul-betul sebab ada sebahagian tak sekali dengan flash...
diana f+ vs diana mini.. haa ni contoh adalah original diana jadi nama dia diana classic

Setelah pukul rata kedua-dua mereka, saya pilih diana f+ walaupun dari segi filem dia mahal dan jarang kedai boleh cuci 120 film ni... Saya ambil dari segi lain iaitu boleh tukar lense, boleh jadi instant camera dan boleh dijadikan eksperimen... Walaupun diana f+ ni bukanlah jenis yang biasa kita dengar (Nikon, Canon etc) tapi dalam lomografi, ia boleh dikatakan jenama yang popular selain LC-A, Holga etc... Lomografi dah lama bertapak kat Malaysia tapi saya ni aje baru nak mencuba... Hahaha...

pasang ni terus boleh jadi instant camera..ala-ala instax mini/polaroid

lens untuk diana+ or diana f+

Monday, September 8, 2014

sukarnya buat decision

salam bulan 9...

hari ni hari meluahkan perasaan yang sampai tahap blur amat... adui, kalau boleh la kan tunjuk dalam bentuk objek, rasanya ada la macam busut gedabak dan struktur yg keras tu... tepu otak memikirkannya... hari ni saya telah membuat satu decision yang boleh mengubah kehidupan duniawi saya... hmm, macam geli geleman pulak perkataan duniawi tu..hahaha..tapi itu la hakikatnya...memang ia melibatkan duniawi... setelah memberi sesuatu yg agak drastik, bermulalah satu episod yang membuat saya perlu fikir solution utk kesejahteraan sejagat... sesi luahan hati one to one tu yang tak boleh tahan dan jawapan yg diberikan kepada decision saya telah ditolak... cakap salah, tak cakap pun salah...perasaan masa tu bercampur baur macam nasi digaul dengan pelbagai jenis lauk- ayam kurma,kari ikan, cendawan masak lemak cili api...hahaha, tiba-tiba ada aje ek menu lauk tu terselit lak kan... kira macam tu la gambaran yang boleh dibuat betapa macam-macam pemikiran yang wujud... move forward siapa yg tak nak kan? tapi look behind pun kena juga utk ditimbang tara... selepas mandi dan tenangkan jiwa, saya menemui satu kewarasan yang jitu dan sel mula berhubung dengan baik iaitu esok saya duduk hadap realiti dan dari realiti pada esok hari akan menjadi penetapan keseluruhannya.

tamat tahap serabut 1

Tuesday, April 29, 2014

Buruh sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam saya MC dek kerana diarrhea... Baik punya diarrhea, sudahnya melepek aje tido sepanjang hari.. Hari ni masuk juga office walaupun rasa tu macam ada lagi sebabnya kerja melambak-lambak macam baju lambak atas meja... Hahaha, ayat kena ekstrem kadang-kadang nak tunjukkan betapa banyaknya tu... Disebabkan semalam MC, hari ni kena kerja kuat sikit la...ye, sikit-sikit dahla.. Nanti kalau rajin sangat, lama-lama bos," Diana, u stay up opis ok hari2 lepas ni?"... Tak ke naya tu... Angkut segalanya termasuk laki pergi opis nanti sudahnya... hahaha...

Alhamdulillah, segala penat lelah dibayar dengan setimpal... Hahaha, budget macam dah tau berapa ek gaji bulan ni... Padahal, menanti lagi ni bunga-bunga riang terbit dalam bank... Sempena hari buruh sedunia, maka, saya sangatlah teringin nak shopping... Kata hari buruhhhh... Hari kebesaran orang makan gaji kenalah enjoy sikit... Bagi yang pegang title bos tu, tak perlulah menyambut hari buruh... Hahaha... Kalau bos campur pekerja tu, shopping sayur ikan dah sebab half aje buruhnya.. =p Bagi rakyat jelata yang cuti Jumaat, minggu ni hooray la mereka... Cuti 3 hari tuuu... Seronok ler mereka menghabiskan cuti 3 hari...

Sekarang, kita tengah mood nak bercuti... Kalau dapat pergi makan seafood kat Bagan Lalang pun rasa bersyukur sangat! Syukurrrrr.... Syuukuurrrr...

Nak pergi bercuti? Katakan Mahuuuuuuuu!!!



Friday, April 4, 2014

siang ke malam ke siang semula

assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah lama tak menulis sejak mula kerja ni.. ni pun masih bertapa kat opis disebabkan hari ni jugak nak settle semuanya.. esok hari cuti maka nak berguling-guling kat rumah.. last week sabtu kerja sampai pukul 8 malam manakala hari ahad sampai pukul 7 petang... haha... Allah takkan turunkan ujian kepada yang dikehendakiNya jika dia tak boleh buat kan? Maka dengan itu, in shaa Allah saya boleh buat dan partner meja sebelah saya pun boleh buat... positive thinking kekdahnya walaupun dalam hati, Allah aje tau... hari ni bakal balik 2-3 pagi... muahaha...lapar semua tolak tepi...janji kerja siap...

agak-agak rasa penat duduk, bersila atas lantai isi tender...asal bolehhhh

Thursday, March 20, 2014

murah rezeki

assalamualaikum...

alhamdulillah, bulan ni rezeki melimpah ruah tanpa disangka-sangka... setelah lama tak bekerja tetap, hari ni saya sudah bekerja semula.. perasaan tu, of course la takut semua ada kan.. semalam interview dan semalam juga dapat keputusan masuk serta- merta hari ni.. terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya.. doa saya, semoga saya dapat bekerja dengan baik dan segala kesulitan saya dapat atasi dengan baik... bertahun tak kerja, hari ni dah jadi pekerja.. haha, lawak pun ada.. syukur! harapnya rezeki kami diluaskan lagi... terima kasih Allah! betullah, jika kita ikhlaskan dan redha segalanya, pasti Allah akan beri kita ganjaran tersurat dan tersirat walaupun lambat... kepada mereka yang sekapal dengan saya, bersabar aje jika belum berpeluang lagi bekerja... in shaa Allah, satu masa nanti, anda dapat pekerjaan.. bak kata abah, ada hikmah setiap yang terjadi.. kalau kita muhasabah diri, lama-lama kita dapat jawapan kenapa kita lewat dari orang lain... ada perkara disebalik semua ni...

nervous kerja tak hilang walaupun dah lepas 1 hari... haha

Saturday, February 15, 2014

baby bib

assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam saya ada jahit sepasang baby bib untuk dijadikan hadiah... mula-mula lama juga terfikir apa hadiah yang sesuai yang saya boleh buat dengan kain yang banyak kat rumah ni... asalnya terfikir nak jahit changing mat tapi satu kain aje yang tak ada iaitu laminated cotton atau laminated vinyl.. laminated cotton atau vinyl ni penting sebab nanti senang lap aje if ada spill atas changing mat tu... so, disebabkan malas nak beli vinyl sheet tu atau beli yang dah siap laminated, jadi saya tukar ke benda lain..lama berfikir, bib baby juga yang jadi idaman...buat pun tak leceh, cuma membaca setiap blog tu aje yang penat.. haha...select pattern etc pun makan masa...alhamdulillah, siap dah...

if ada yang berminat nak beli baby bib handmade ni, bolehlah follow my facebook tu... just click aje... kalau komen sini pun, saya takut saya terlepas pandang... in shaa Allah, saya akan buat sampai toddler size...

=)


Monday, February 3, 2014

Special post

assalamualaikum dan salam sejahtera...

malam ni rasa feeling nak menaip pula... bulan lepas kami husband & wife dikejutkan dengan berita antara beloved lecturer kami di matrik uia, pj (walaupun kami berbeza batch) telah selamat menghadap Allah swt dalam usia yang muda... Al-kisah permulaannya arwah dijangkiti brain infection dan kemudian membawa kepada difficulty in breathing... Kami tak sempat nak ziarah arwah ketika dia masih hidup dan ingatnya sekembali dari sungai petani nak la singgah sekejap hospital tar klang... akan tetapi, Allah swt telah menjemputnya dahulu pada hari jumaat pukul 9 malam dan saya tahu lambat dalam pukul 11.30malam itu pun lepas whatsapp dengan kawan satu studio masa matrik... Alhamdulillah, segala urusan pengebumiannya berjalan lancar pada keesokkan harinya lepas zohor... Kami hanya dapat mendoakan arwah dari jauh sahaja...

precious memories dengan arwah memang ada... saya kagum cara arwah mengajar student- sangat motivated kalau masuk kelas dia... asalnya, studio master saya adalah lecturer perempuan tapi disebabkan dia masa tu cuti bersalin, jadi arwah ditugaskan ambil alih tempat studio master saya buat sementara... awalnya, saya risau sebab tak pernah tahu macam mana lecturer lain akan take over- marking etc (gerun!) tapi alhamdulillah rezeki dapat temporary lecturer yang baik... Arwah mengajar kami untuk think out of the box dan macam mana nak improve dari segi melukis, mewarna dan mengembangkan design yang sedia ada... No need to be fancy but it has to be practically used... theory is the fundamental of design but to create practical and 100% used is not an easy task- thus design need both of them... itu apa yang arwah cuba sampaikan setelah beberapa design ditolak dengan cara baik.. kenapa, apa, bagaimana- soalan selalu yang ditanya bila consultation period dengan arwah... arwah akan cuba tidak tinggalkan kami terkapai-kapai dengan design sendiri dan dia akan cuba ubah lepas tu pandai kita ubah design itu sehingga menjadi... itu side arwah bila mengajar...

bila kami second year rasanya masa tu (saya matrik 2 tahun), arwah menjemput kami satu studio ke majlis perkahwinannya- arwah berkahwin dengan lecturer matrik uia juga tapi wife dia lecturer major english (BEN)... so, disebabkan saya orang seremban, arwah mintak tolong nanti kalau bas matrik tak jumpa rumah dia, saya boleh lead... bila certain masa, arwah call," diana, bas dah sampai mana?" haha... takutnya kami tersesat... saya pun takut tersesat, yela, nama aje budak seremban tapi bukan semua tempat saya tahu...sekarang ni pun, perumahan yang bercambah, segala nama pelik-pelik semua keluar dan kalau orang minta guide, saya surrender awal-awal... saya respect arwah sebagai tenaga pengajar saya dan beliau sangatlah biasa-biasa aje- best woo jadi anak murid dia... Walaupun dah naik main campus dan berkahwin, arwah masih ingat saya dan husband... husband batch sebelum saya dan memang arwah studio master dia... kira hebat jugalah arwah, ada berapa batch student pun, dia masih boleh ingat kami dengan baik... itulah kelebihan arwah diberi daya ingatan yang kuat... subhanAllah!

kehilangan arwah pasti dirasai walaupun kami bukan golongan ahli keluarganya ataupun rakan rapatnya... apa pun, alhamdulillah diberi kesempatan mendapat ilmu daripadanya... ilmu itulah juga membuatkan kami berjaya sehingga ke hari ini... dulu blur bab design tapi sekarang kami berjaya menjadi architect, quantity surveyor, planner, designer...syukur, berkat doa dari para guru...

dah begini, pastilah segala benda difikir semula... kita tidak akan tahu bila masa kita atau keluarga atau orang sekeliling kita akan tiba...Allahuakbar...

terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya dan harap dihalalkan segala ilmu...

Al-fatihah buat arwah, lecturer Muhamad Hisham Hamidon... Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan terima kasih diatas ilmu yang diajar...






Wednesday, January 15, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu ni saya menyibukkan diri dan atas sebab itu, blog ini pun tak update... sigh!.. Sepanjang blog ni bersawang, saya naik Sungai Petani bagi membersihkan rumah dan packing segala barang untuk dibawa pulang... Ya, saya dah bukan orang Sungai Petani lagi dah lepas ni... Hehe, proses mengemas rumah mengambil masa berhari-hari lamanya... Phewww, barang rumah macam famili besar dah padahal berdua aje dengan lagi... Angkat mesin basuh la, angkat peti ais la, almari pakaian, tilam dibalut dengan plastik semua buat sendiri sahaja... Selagi boleh buat sendiri, buat la kan- tak perlu panggil jiran atau kawan-kawan... Sepanjang mengemas, saya pun tak masak (siap-siap pesan dengan husband, tak larat ;p)... Penat bukan kemain lagi.. Otot pun rasa keras gitu! Hahaha... Terasa macam bionic woman pun ada juga sebab masa yang diberikan kepada kami untuk kemas dan hantar pulang barangan hanya waktu minggu... Hari Sabtu, lori datang ambil barang, siap tanya ada lagi barang nak sumbat dalam lori atau tak... Betapa sendatnya lori tu dengan barang kami... Nasib juga jenis lori yang tutup siap kunci ala-ala lori frozen tu... Kalau yang jenis lori biasa, mak aii, malu juga... Semua boleh tengok barang kami... hihi... Bak kata brader lori tu, lori covered gitu dijamin barang selamat- hujan ke apa still barang tak ada masalah...

Akibat angkat benda berat, simptom macam nak demam, sakit bawah pusat tu memang terasa la... Haihh, nasib baik tak demam dan sebagainya... Tapi, bab kemalasan melanda tu tetap ada... Malas nak masak, malas nak kemas... Mak yang standby kat rumah masa lori hantar barang  pun terkejut tengok barang banyak semacam... Haha, apa boleh buat, hasil barang selama 3 tahun... Macam tu la rupa dia termasuk barang mertua bagi lagi... Sekarang sini dah ada dua mesin basuh dan dua peti ais... Peti ais tu boleh jadi storage untuk kek lapis, jadi, tak ada masalah kalau lebih dari 1... Oven gas yang beli dari Serikin tahun lepas pun tak dibuka lagi... In shaa Allah, tahun ni kalau ada kesempatan, nak la berjual kek lapis... =)

Dua minggu ni, saya telah mengalami satu semangat iaitu semangat nak menjahit semula... Kain-kain untuk projek menjahit saya pun ada yang dah sampai dan yang lain terpaksa order oversea sebab malaysia tak ada orang yang jual dalam harga berpatutan... Hmm, kalau dah jadi bentuknya, nanti saya kasi tayang dekat sini hasil jahitan... hehe!

Dah balik hometown ni, saya gigihkan diri mencari kerja semula... agak-agak ada tak nak hire saya bekerja? hmm, 3 tahun buat freelance QS disebabkan peluang kerja tak banyak kat belah utara dan sekarang rasa nervous pula nak masuk kerja... ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini dalam mencari pekerjaan yang halal dan luaskan la rezekiku dan jauhilah daku dari termakan rezeki yang haram... Amiinnnnn