Friday, September 19, 2014

Diana lain...

Salam hari Jumaat...

Hari ni saya terpaksa ambil emergency leave diatas sebab kesihatan husband yang kurang sihat.. Awal pagi dah tercongok depan klinik kesihatan.. teman dia cucuk ambil darah dan etc... Hajat hati malas nak amik leave tapi nanti tiba-tiba kecemasan susah pulak... So, cuti jela... Disebabkan itu juga, mami abah sanggup datang ke sini dari Port Dickson... Sampai aje rumah, tengok mami dah ada kat rumah... Bila masuk rumah, nampak sekotak besar atas meja... wooo hoooo, lajunya poslaju ni..

Lepas siap-siap masak sup ketam untuk husband, saya pun bukalah parcel tersebut...Yeyy, serupa macam seller tepek dalam messenger... Alhamdulillah, barang yg nama sama dengan saya dah tiba dengan selamat...

Saya telah membeli Diana F+ True Blue dan satu pack film 400 iso... Terus terang cakap bab film tu, saya minta seller bagi suggestion disebabkan saya dah lama tak handle dengan film... Berzamannnnn kot! Dulu kan kamera filem ni paling famous... kreettt krettt krettt bunyi tukar filem... asalnya nak beli instax mini tapi lepas dah tahu jangka hayat gambar kabur balik tu kira pendek, maka tak jadilah... So, bila search pasal lomografi ni, tu jadi berkenan balik... Diana lain ni pakai 120 film iaitu gambar dia nanti jadi segiempat sama.. Tapi yang best part pasal diana f+ ni, ada accessories lain macam lens, 35mm instant so boleh la nak jadikan dia macam instax mini tu, 35mm changeable back ( ni haa,bila tukar boleh guna filem biasa iaitu 35mm film)... Berat kamera ni hanyalah seberat tab dan badannya diperbuat dari plastik... First time tengok nampak macam mainan tapi bila tengok lama-lama cun gak... Banyak variety dari segi warna dan design... Kita boleh tune sendiri setting dengan ubah weather so pencahayaan yang masuk nanti tak la merosak gambar kemudian hari (cuaca mendung ke terang benderang ke) dan subjek utk kita focus berapa jauh (1-2meter, 3-4 meter atau infinity)
diana saya..nama sama..haha!
macam-macam warna ada... ihsan google

Selain diana f+ ni, ada diana mini... diana mini ni guna 35mm film dan ia adalah fix... kalau bab ukuran, sah-sah la mini menang sebab kecil aje... diana mini ni satu kekurangan dia yang saya baca lens dia tak boleh nak tukar... kalau bab kos murah dari segi film, diana mini juga pemenangnya... Harga diana f+ di Malaysia adalah RM 369 dan siap flash manakala diana mini RM 419 termasuk flash... Diingatkan semasa beli, baca betul-betul sebab ada sebahagian tak sekali dengan flash...
diana f+ vs diana mini.. haa ni contoh adalah original diana jadi nama dia diana classic

Setelah pukul rata kedua-dua mereka, saya pilih diana f+ walaupun dari segi filem dia mahal dan jarang kedai boleh cuci 120 film ni... Saya ambil dari segi lain iaitu boleh tukar lense, boleh jadi instant camera dan boleh dijadikan eksperimen... Walaupun diana f+ ni bukanlah jenis yang biasa kita dengar (Nikon, Canon etc) tapi dalam lomografi, ia boleh dikatakan jenama yang popular selain LC-A, Holga etc... Lomografi dah lama bertapak kat Malaysia tapi saya ni aje baru nak mencuba... Hahaha...

pasang ni terus boleh jadi instant camera..ala-ala instax mini/polaroid

lens untuk diana+ or diana f+

Monday, September 8, 2014

sukarnya buat decision

salam bulan 9...

hari ni hari meluahkan perasaan yang sampai tahap blur amat... adui, kalau boleh la kan tunjuk dalam bentuk objek, rasanya ada la macam busut gedabak dan struktur yg keras tu... tepu otak memikirkannya... hari ni saya telah membuat satu decision yang boleh mengubah kehidupan duniawi saya... hmm, macam geli geleman pulak perkataan duniawi tu..hahaha..tapi itu la hakikatnya...memang ia melibatkan duniawi... setelah memberi sesuatu yg agak drastik, bermulalah satu episod yang membuat saya perlu fikir solution utk kesejahteraan sejagat... sesi luahan hati one to one tu yang tak boleh tahan dan jawapan yg diberikan kepada decision saya telah ditolak... cakap salah, tak cakap pun salah...perasaan masa tu bercampur baur macam nasi digaul dengan pelbagai jenis lauk- ayam kurma,kari ikan, cendawan masak lemak cili api...hahaha, tiba-tiba ada aje ek menu lauk tu terselit lak kan... kira macam tu la gambaran yang boleh dibuat betapa macam-macam pemikiran yang wujud... move forward siapa yg tak nak kan? tapi look behind pun kena juga utk ditimbang tara... selepas mandi dan tenangkan jiwa, saya menemui satu kewarasan yang jitu dan sel mula berhubung dengan baik iaitu esok saya duduk hadap realiti dan dari realiti pada esok hari akan menjadi penetapan keseluruhannya.

tamat tahap serabut 1