Tuesday, May 17, 2016

Butik Avon Online di ZALORA

Siapa tahu jenama AVON, sila angkat tangan tinggi-tinggi!

Bila saya sebut AVON pasti ada antara anda mesti teringat akan barangan mereka yang pelbagai dan mutu barangan yang berkualiti tinggi kan? Saya ada cerita menarik dan berita sensasi untuk pengguna-pengguna barangan ini. Maka, disebabkan ia terlalu menarik, kita simpan dahulu, okay?



Mari kita imbas kembali sedikit sebanyak sejarah mengenai jenama AVON. AVON, yang seperti umum tahu, ia antara salah sebuah syarikat peneraju produk barangan wanita dan jenama ini sebenarnya sudah lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1886! Sekarang tahun 2016, nah, sudah 130 tahun ia ditubuhkan dan hampir semua negara di seluruh dunia memiliki cawangan AVON. Penubuhan AVON ini dibuat oleh David H. McConnell setelah beliau melihat wanita pada ketika itu yang tidak ramai berani menceburkan diri dalam perniagaan dan mereka cenderung kepada kecantikan. Setelah kajian beliau dalam pembuatan minyak wangi berjaya dan hasil penjualan mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula menggorak langkah ke satu tahap ke hadapan iaitu terus menggubah peranan wanita serta inovasi barangan kosmetik yang kekal ke hingga hari ini.

Jika kita perhatikan barangan AVON dari dahulu hingga sekarang, saya akui penambahbaikkan setiap produk sentiasa berjalan dan paling laris ialah deretan minyak wangi dan lipstik! Masa saya masih bersekolah rendah, saya sudah pun didedahkan dengan barangan AVON dan saya seringkali ke cawangan mereka untuk mengambil stok barangan untuk pelanggan mak. Saya pun ada gunakan korset keluaran mereka iaitu Aura Shape Up dan saya rasakan produk mereka setanding dengan produk lain yang jauh lebih mahal. AVON juga sudah pun berkembang dari barangan untuk wanita sahaja kepada skop yang lebih besar iaitu menyediakan produk untuk lelaki dan penggunaan untuk kediaman. Jadi, tidak hairanlah jika produk AVON masih bertakhta di hati pengguna-penggunanya di seluruh Malaysia.

Baiklah, sekarang anda dah tahu orang disebalik tabir penubuhan AVON, sebab ia ditubuhkan dan pengalaman saya sebagai pengguna produk AVON Online, jadi, dengan ini saya berbesar hati ingin memberitahu satu berita gembira untuk semua pengguna AVON di seluruh Malaysia.

Kadangkala kita pernah melalui saat dimana barangan kesayangan kita dah habis tetapi tidak ada masa nak keluar ke butik untuk membeli barangan tersebut atau sudah sampai di butik, tiba-tiba barangan itu pula sudah kehabisan stok. Kecewa dan sedih semuanya hadir kerana itu sahaja yang sesuai dengan kulit kita.

Bagi mereka yang suka shopping secara online, pasti pernah menggunakan khidmat Zalora Malaysia dan mempunyai apps Zalora Malaysia di dalam telefon bimbit masing-masing.

Sekarang, tidak perlu gusar wahai pengguna setia AVON kerana kita boleh membeli secara online! Ya, anda semua tak salah baca kerana sememangnya AVON berada secara online di website Zalora Malaysia . Suka lah tu dan saya ingin buat anda bertambah gembira lagi dengan memberitahu setiap pembelian melebihi RM 75.00 keatas, penghantaran adalah secara percuma! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Friday, February 19, 2016

Cubalah jika mahu tau rasanya

Assalamualaikum...

Boring sampai tak tau nak masak apa untuk hari ini? Nah,cubalah wahai rakan taulan ikan salmon masak asam pedas...



Asalnya la kan, akak saya yang cuba dulu lepas tu dia recommend la suruh cuba cara masak yang lain untuk ikan salmon...

Masa pergi jusco, asalnya nak beli makanan kucing tapi sambil tu alang-alang pergilah juga bahagian basah dan ternampak kepala salmon dan sedikit bahagian isi hanya rm 8.90... Lepas fikir punya fikir, belilah juga satu paket kepala salmon tu... Sekarang kena berjimat cermat,ada murah dan masih segar, kita belilah- tips seorang shopaholic! Haha

Untuk kuah asam pedas, buat je macam biasa dan jangan fikir boleh ke ikan salmon ni dengan resepi asam pedas mak... Kalau rasa tak cukup bahan untuk buat kuahnya, beli je paste dah siap kat kedai... Paste jenama mak nyonya tu... Setakat ni, paste tu je yang kita gunakan jika ada kecemasan (malas nak blend bahan)... Dah sudah mendidih, masukkan ikan salmon yang telah dibasuh bersih... Taraaa, siap!

Review ikhlas menu asam pedas ikan salmon ni:
Nak sedap, carilah bahagian kepala dan isi dekat tulang ikan.. Bahagian ni paling manis,isi pun lembut dan ada lemak ikan... Seriously, kena cuba.. Selalunya orang akan panggang aje kan ikan salmon, kenapa tak pelbagaikan masakan?

Monday, February 15, 2016

Tahun 2016

Assalamualaikum...

Setiap kali nak masuk blog, tiap tu la rasanya try banyak kali email & password... Sedihhhh sangat...

So tahun 2016, semuanya pasti ada berita sensasi pasal masing-masing kan? Haaa, jangan nak kelepet sangat la tak ada berita sensasi... Kita ada berita sensasi, terkini dan pasti mengejutkan semua lapisan masyarakat... Haha, statement kena meletup ala-ala artis... ;p

Tersebutlah kisah, ingat tak pasal kita ada update kidney stone last year bulan 7? Apa tak tau? Boleh selak balik je kalau nak tahu - small matter bak kata orang barat... Lepas rentetan itu, bulan selepasnya kita update, kita telah menggemparkan office kita dengan pengsankan diri... Maka, masuklah kita ke dalam wad untuk 3 hari...

Seingat kita, masa tu,kita balik tengah hari macam biasa then dalam pukul 1.50, masuk semula la... Lepas tu, tragedi pengsan berlaku - tak ada sakit kepala ke etc... Tiba-tiba rebah di meja dan tak sedarkan diri... Mengikut sumber sahih (officemate), kita menjerit sekuat-kuatnya sebelum keras dan pengsan... Nasib baik kita kat meja masa tu, tengah duduk... Kalau tengah berdiri, dah satu masalah pula kan? So, bila kejadian itu, seluruh officemate kita duduk di sekeliling sambil kipas2... After about 2 hours, kita tersedar dan of course, pelik kot semua kerumun kita... Tengah mamai tu, mereka pun ceritalah nak call ambulans bagai dan dah call husband & family members kita untuk bawa kita ke hospital dengan segera...

Masa dekat hospital, doktor suruh admit masuk wad dan saya dengan penuh blur, masuk la dengan rela... Masa tu,memang kosong je kepala otak dan kita tak boleh ingat nama orang even no phone pun tak boleh ingat! Lama nak recall siapa orang tu... Malam tu, kita pun pengsan buat kali kedua dalam bilik air... Nurse kata mata terbeliak dan bila dia tanya, kita jawab dan senyum.. Esoknya bila dia tanya semula ingat tak malam tadi? Kita cakap tak dan bila kata saya ada reapond, kita cakap memang kita rasa kita tidur.. Nurses pun kita tengok muka pucat - seram kot dan tanya lagi dah kalau bukan kita, siapa yg respond?

Second day, dah start dehydration etc.. Masih state yang sama iaitu tak ingat nama dan suku daripada memory lost... Doktor suruh buat macam-macam test dari scan kepala sampai ke jantung nak tengok sama ada ada apa-apa ke etc.. Alhamdulillah, tak ada penyakit...

Then, discharged.. Rumah nampak lain dan badan masih lemah.. Masuk rumah sendiri pun rasa asing sangat dan percaya atau tidak, kita duduk diam je dekat satu penjuru... Husband tak berani nak bagi kita masuk kerja terus dan saya pun masih lemah... Hari pertama balik rumah sendiri, pukul 3 pagi sure terjaga, kepala blank lepas tu sambung tidur... Mak abah suruh husband kita bawa balik kampung sebab risau kalau husband kita kerja nanti... Masa dekat kampung, kes terjaga awal pagi terjadi selama seminggu... Siang hari asyik duduk je pandang luar... Perasaan dia kan macam otak bergerak tapi badan statik je - badan berat je... Bila kes macam ni, for sure, kita ikhtiar rawatan alternatif kan? Maka jumpalah ustaz minta air penawar...

Bila jumpa ustaz, ustaz terus cakap ," benda ni pandai keluar masuk..jejak je kawasan, dia keluar la"... Ngeri juga kan? Tengah berubat, half body kita menggigil, kepala melayang-layang macam orang tak jejak tanah... Balik dari berubat, masih lagi lemah, bangun pukul 2-3 pagi etc...

After two weeks on leave, saya masuk kerja dan bila orang tanya kenapa - saya pun jawab tak tahu sebab health ok je.. Tapi, satu yang pasti, saya tak boleh nak ingat too many things serentak... Until now, effect tu masih ada...

Oleh sebab itu, saya mula berfikir pasal kesihatan saya dan setelah bincang dengan husband, husband pun kata, letaklah resignation letter... As for me, yes, I'm a workaholic dan saya memang jenis suka sedaya upaya menyiapkan kerja (mana tau kan, mungkin terlebih bekerja jadi macam ni?)... On January 2016, I resign officially and hoping I will recover faster so I can have a job back... Sekarang, pekerjaan sampingan saya menjadi pendapatan saya iaitu menjual susu kambing mummylicious....

Saya nasihatkan kepada semua jagalah kesihatan diri sendiri dan jangan sampai macam saya... Sedih tau jadi orang yang pelupa ni - bila masa, pergi mana, apa nak buat; semua kena ingat balik...

Inilah dia kehidupan saya untuk awal tahun 2016... Maybe it's a soft reminder for me from Allah - whatever we do, please, have a moment for Allah...