Friday, February 19, 2016

Cubalah jika mahu tau rasanya

Assalamualaikum...

Boring sampai tak tau nak masak apa untuk hari ini? Nah,cubalah wahai rakan taulan ikan salmon masak asam pedas...



Asalnya la kan, akak saya yang cuba dulu lepas tu dia recommend la suruh cuba cara masak yang lain untuk ikan salmon...

Masa pergi jusco, asalnya nak beli makanan kucing tapi sambil tu alang-alang pergilah juga bahagian basah dan ternampak kepala salmon dan sedikit bahagian isi hanya rm 8.90... Lepas fikir punya fikir, belilah juga satu paket kepala salmon tu... Sekarang kena berjimat cermat,ada murah dan masih segar, kita belilah- tips seorang shopaholic! Haha

Untuk kuah asam pedas, buat je macam biasa dan jangan fikir boleh ke ikan salmon ni dengan resepi asam pedas mak... Kalau rasa tak cukup bahan untuk buat kuahnya, beli je paste dah siap kat kedai... Paste jenama mak nyonya tu... Setakat ni, paste tu je yang kita gunakan jika ada kecemasan (malas nak blend bahan)... Dah sudah mendidih, masukkan ikan salmon yang telah dibasuh bersih... Taraaa, siap!

Review ikhlas menu asam pedas ikan salmon ni:
Nak sedap, carilah bahagian kepala dan isi dekat tulang ikan.. Bahagian ni paling manis,isi pun lembut dan ada lemak ikan... Seriously, kena cuba.. Selalunya orang akan panggang aje kan ikan salmon, kenapa tak pelbagaikan masakan?

1 comment:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com