Tuesday, May 17, 2016

Butik Avon Online di ZALORA

Siapa tahu jenama AVON, sila angkat tangan tinggi-tinggi!

Bila saya sebut AVON pasti ada antara anda mesti teringat akan barangan mereka yang pelbagai dan mutu barangan yang berkualiti tinggi kan? Saya ada cerita menarik dan berita sensasi untuk pengguna-pengguna barangan ini. Maka, disebabkan ia terlalu menarik, kita simpan dahulu, okay?



Mari kita imbas kembali sedikit sebanyak sejarah mengenai jenama AVON. AVON, yang seperti umum tahu, ia antara salah sebuah syarikat peneraju produk barangan wanita dan jenama ini sebenarnya sudah lama ditubuhkan iaitu sejak tahun 1886! Sekarang tahun 2016, nah, sudah 130 tahun ia ditubuhkan dan hampir semua negara di seluruh dunia memiliki cawangan AVON. Penubuhan AVON ini dibuat oleh David H. McConnell setelah beliau melihat wanita pada ketika itu yang tidak ramai berani menceburkan diri dalam perniagaan dan mereka cenderung kepada kecantikan. Setelah kajian beliau dalam pembuatan minyak wangi berjaya dan hasil penjualan mendapat sambutan yang menggalakkan, beliau mula menggorak langkah ke satu tahap ke hadapan iaitu terus menggubah peranan wanita serta inovasi barangan kosmetik yang kekal ke hingga hari ini.

Jika kita perhatikan barangan AVON dari dahulu hingga sekarang, saya akui penambahbaikkan setiap produk sentiasa berjalan dan paling laris ialah deretan minyak wangi dan lipstik! Masa saya masih bersekolah rendah, saya sudah pun didedahkan dengan barangan AVON dan saya seringkali ke cawangan mereka untuk mengambil stok barangan untuk pelanggan mak. Saya pun ada gunakan korset keluaran mereka iaitu Aura Shape Up dan saya rasakan produk mereka setanding dengan produk lain yang jauh lebih mahal. AVON juga sudah pun berkembang dari barangan untuk wanita sahaja kepada skop yang lebih besar iaitu menyediakan produk untuk lelaki dan penggunaan untuk kediaman. Jadi, tidak hairanlah jika produk AVON masih bertakhta di hati pengguna-penggunanya di seluruh Malaysia.

Baiklah, sekarang anda dah tahu orang disebalik tabir penubuhan AVON, sebab ia ditubuhkan dan pengalaman saya sebagai pengguna produk AVON Online, jadi, dengan ini saya berbesar hati ingin memberitahu satu berita gembira untuk semua pengguna AVON di seluruh Malaysia.

Kadangkala kita pernah melalui saat dimana barangan kesayangan kita dah habis tetapi tidak ada masa nak keluar ke butik untuk membeli barangan tersebut atau sudah sampai di butik, tiba-tiba barangan itu pula sudah kehabisan stok. Kecewa dan sedih semuanya hadir kerana itu sahaja yang sesuai dengan kulit kita.

Bagi mereka yang suka shopping secara online, pasti pernah menggunakan khidmat Zalora Malaysia dan mempunyai apps Zalora Malaysia di dalam telefon bimbit masing-masing.

Sekarang, tidak perlu gusar wahai pengguna setia AVON kerana kita boleh membeli secara online! Ya, anda semua tak salah baca kerana sememangnya AVON berada secara online di website Zalora Malaysia . Suka lah tu dan saya ingin buat anda bertambah gembira lagi dengan memberitahu setiap pembelian melebihi RM 75.00 keatas, penghantaran adalah secara percuma! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!