Thursday, January 20, 2011

jalan-jalan di alor setar @ pre-honeymoon~

Minggu lepas, sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah plus sempena belum lagi g honeymoon, kami rancang mahu jalan-jalan. Destinasi yg disenaraipendek sama ada jalan-jalan Alor Setar atau Penang. Macam la byk sgt tempat kan nak jalan-jalan kalau nak jauh dalam tidak lebih 60-70km dari koordinat sekarang; sg petani. layan jela. Dua hari sebelum tuh, duduk berhempas pulas cari kat blog / website pasal tempat menarik untuk kedua-dua tempat neh.

ALOR SETAR?? PENANG??

Setelah lihat blog campur tengok peta campur kesesakan lalu lintas dan juga kos, jadi, kami pilih:

.
..
...



Date/ Venue: 15/1/2011; YEAY, ALOR SETAR ~ kemas2x beg!~

Dari Sungai Petani ke Alor Setar, takla jauh sangat tapi biasalah jalan highway,of course mengantuk! Jadi, dengar radio, minum air yang sedap dan makan biskut adalah solutions yang terbaik. hahahha~ Disebabkan lambat bertolak dari rumah, jalan pun mata dah stok pedih2 tahan kepanasan. Sesiapa yang x tahan panas tuh, elok lah pakai sunglass. Kami bijak jadi kami tak pakai pun sunglass. (Sebenarnya memang takde langsung sunglass!)

Oleh kerana, tiada printed map disisi, jadinya berpusing-pusing la cari hotel sebabnya ingatkan mahu stay kat Hotel Grand Crystal or Noriz Palace Hotel. Walaupun kelaparan, masih juga cari kedua-dua hotel neh. Akhirnya, bila dah tahap putus asa jumpa pulak Hotel Seri Malaysia. Ok ajelah, asalkan ada TV. hahahha! Bila frontline tu cakap boleh check-in pukul 2, keluar terus cari makanan. Pusing punya pusing, singgah Pekan Rabu. Turun dari jejambat tuh, baru nak jenguk lauk apa, abg tu dah standby nak hulur nasi. Kira ok la makanan kat situ cuma sayur jela yang takde. Dua-dua capai lauk ikan sembilang berlada, air teh o ais. Sejukkan tekak.

Selepas makan, alang-alang dah jejak kaki ke Pekan Rabu, jalan la tengok-tengok apa yang menarik @ yang boleh dibeli. Seperti dalam blog orang lain yang dah jejak kaki ke Pekan Rabu neh, barang-barang kraf, hasil-hasil laut yang dah dikeringkan, serunding import, serunding tempatan dan pakaian. Sentuh bab pakaian, sini ada banyak baju Melayu: kain yang dipilih sedap dipakai dan jahitan sangat kemas. Harga boleh tahan juga tapi tak kisahlah kalau sedap dipakai. Hasil dari Pekan Rabu, kami beli bedak sejuk RM 2.00 dan sabun susu kambing 4 ketul RM 5.00. hahahaha~

Sila klik kalau nak tahu tempatnya:

Tepat pukul 2 ptg, kami balik hotel dan rehat saja. Dalam pukul 6.30ptg tu, baru keluar jalan-jalan tengok kedai ikan. Tengok kalau ada spesis ikan ke udang pelik-pelik tapi takde. Ada satu kedai akuarium kat Sg Petani neh adalah jual udang laut, nama kurang diketahui. ok, balik ke tajuk asal, dah penat tengok ikan berenang-renang di dalam akuarium tu, kami beli nasi kandar kat REstoran nasi kandar Nasmir. Harga standard nasi kandar, agak mahal. Cakap mengenai makanan, kebanyakkan blog ada tulis Nasi Lemak Royale- ingatkan nak singgah sebab dari hotel tu takla berapa jauh tapi asyik terlepas aje jadinya tak jadi rasa kesedapan nasi lemak tuh.

Keesokannya, sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Lepas check-out, tempat pertama dituju ialah Menara Alor Setar. . Sangat seronok, sangat berangin dan sangat sejuk sampai rasa nak tertido. hahahahah~ Bila dah puas bergambar, terus ke destinasi seterusnya. Oh ye, bila dah nak masuk kereta tu, baru perasan ada Istana Kuning dekat depan menara. Mula-mula tengok gate terbuka tapi takde org masuk; jadinya tengok dari luar. Bangunan dicat warna kuning, warna diraja dan disebabkan itu juga, nama jalan pun jalan istana kuning.


Tempat kedua lawatan ialah Muzium Diraja Kedah. Banyak perihal, sejarah, salasilah keluarga diraja diceritakan. Paling best, perkahwinan yang dilakukan serentak lima orang dan perkahwinan tu disambut meriah selama 3 bulan. Bayangkanlah betapa hebatnya. Dalam muzium tuh juga disebutkan juga peralatan yang digunakan dalam istiadat diraja seperti nobat diraja. Video mengenai nobat diraja pun ada. Kesimpulannya, kesemua elemen dalam sejarah Melayu mengajar kita kenal asal usul dan tidak lupa diri.

Balai Besar

Tempat ketiga kami tengok dari jauh sahaja; Masjid dan Balai Seni. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik tapi lokasinya jauh-jauh, masa yang suntuk dan tiada map, kami pun angkat kaki mahu pulang. Sesiapa yang mahu jalan-jalan di Alor Setar, draf baik-baik jadual perjalanan sebab 2 hari memang tak cukup.




Selamat Tinggal, Alor Setar!~

.

..

...

Dah habis? belum lagi..

Selamat datang ke Penang! ~

Setelah membuat timbang tara, kami pun buat misi lain iaitu jalan-jalan dan makan di BUkit Mertajam..heheh, kawasan yang dituju, Jusco Bukit Perda. Lokasi strategik, besar dan pastinya letih gak kaki nak menapak!~ Bagi yang suka shopping, tempat neh sangat seronok~ drooling, drooling! Kami? makan sizzling black pepper chicken rice claypot dan bawa balik big apple donut~ best kot!

BIla dah kenyang, masa utk pulang memandangkan asben kerja keesokkan harinya. Kami selamat sampai di rumah dalam pukul 4 petang. Itu lah dia perjalanan kami semasa Hari Keputeraan Sultan Kedah, Daulat Tuanku!