Saturday, August 27, 2011

Percubaan Pertama: Susu Kambing!

Semalam pergi cari susu kambing dan seharusnya yang dalam paket. Kalau yang jenis fresh, takut pula tak boleh telan. Kebaikan susu kambing ni sudah memang lama terbukti dari zaman Nabi lagi. Saya tergerak hati nak mencuba setelah membuat perbandingan antara susu lembu dengan susu kambing. Pagi tadi masa sahur ingatkan nak bancuh tapi bila hubby dah buat nescafe, tak jadi la pula. Nampak macam sedap aje nescafe tu kann. Bak kata orang, yang memang tak mendatangkan faedah sememangnya selalu sedap! haha. Semalam saya beli yang jenama My Goat. Harganya mahal sedikit dari Hi-Goat. Tak kisahlah brand apa pun janji minum susu kambing. Sifat teruja makin menjadi-jadi bila ada kawan mula minum susu kambing ni ( dia pun sama, tak pernah minum susu kambing). Marilah kawan-kawan, kita cuba susu kambing. Untuk kesihatan anda dan juga keluarga. =D


  • Susu terbaik selepas susu ibu
  • Tidak menyebabkan alahan
  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali
  • Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
  • Melancarkan sistem penghadaman & usus
  • Mengimbangi gula dalam darah & kolestrol
  • menguatkan jisim tubuh yang sihat
  • Awet muda
Susu Kambing vs Susu lembu
  • Tidak Mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) – Penyebab utama alahan
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Sumber Nutrien Susu Kambing
  • Tenaga
  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Gula
  • Kalsium
  • Zat Besi
  • Vitamin A
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin B12
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Sodium
  • Potassium
  • Selenium
Baik Untuk
  • Usus
  • Hati
  • Otak
  • Tulang
  • Kulit

Thursday, August 25, 2011

Semalam punya Menu: Char Kuey Teow

Menu berbuka puasa semalam adalah char kuey teow. Resepi ini dicedok dari blog ke myresepi entahnya. Dah tak ingat, saya pun salin aje atas kertas kecik bersaiz buku 555. Ok, kita teruskan ke resepi char kuey teow ye. Kali ni, gambar pun saya ambil random saje sebab tak sempat nak ambil gambar sebab perut sakit, keletihan dan mood yang tidak baik.

RESEPI PENANG CHAR KUEY TEOW
(sekali makan boleh 4-5 orang)

Bahan-bahan:
a) Untuk Paste
200gm udang besar/ sederhana
250ml air (dalam 1 cawan)
4 ulas bawang putih (cincang)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap pekat ( tak ada, tambahkan ke kicap manis)
3 sudu kicap manis
2 sudu besar pati ikan bilis
1 sudu kecil otak udang/ petis udang
1 sudu kecil garam


b) Bahan lain
1 bungkus kuey teow
Daun kucai
Taugeh
1 sudu besar cili boh
Telur (2 biji)
Kerang rebus (kalau ada)

Cara-cara:
1. Untuk paste, didihkan air, masukkan udang dan keluarkan bila dah separa masak. Masukkan bawang putih, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, pati ikan bilis, otak udang dan garam. Gaulkan sehingga sebati. Tutup api.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan goreng cili boh. Masukkan paste tadi sedikit demi sedikit. Masukkan kuey teow, daun kucai dan taugeh. Gaulkan dan pecahkan telur. Gaul sehingga rata dan masukkan udang. Dah siap! (pastikan api besar eh)


macam ni la rupanya..kalau nak sedap tambah kerang


Wednesday, August 24, 2011

Kasut Raya, errr, Selipar Raya?

Hari sabtu lepas teman hubby shopping kat Parkson. Dia test selipar baru, saya pun sama test. Entahlah sejak dari sebelum kahwin, kalau dia nak test selipar, saya pun suka menyibuk. Walaupun tahu tu selipar lelaki yang sememangnya besar gabak tapi masih nak cuba. Ada yang jenis keras dan ada yang macam cushion tapaknya. Seronok! Akhirnya, hubby choose yang saya suka pakai. Hihi. Lepas dah pusing tempat lelaki, naik pulak ke tempat perempuan. Lalu aje kat tempat selipar, semua saya test (saya test yang design pelik2 aje). Ada gak yang berkenan tapi bila dah 2-3 kali pusing, macam tak berkenan. End up balik rumah terus dengan alasan berfikir secara waras sebelum membeli. Almaklumlah, kasut saya banyak tapi tak terpakai. Hubby cakap nanti nak belikan selipar raya untuk saya sempena keselesaan yang optimum. Ni sekarang tengah berfikir lagi, nak beli ke tak nak selipar yang cun tu. Selipar dia biasa saja tapi kat tepi ada bentuk selipar kecik. Comel!

Tuesday, August 23, 2011

Biskut raya kedua dan terakhir: Biskut Cappuccino Hazelnut

Salam sejahtera kepada pembaca tegar blog ni. Semalam saya dah berjanji ingin menunjukkan hasil biskut kedua yang baru dibakar semalam.  Biskut ini sebenarnya resepi biskut nescafe tapi saya olah semula menjadi biskut cappuccino hazelnut. Saya suka menukar resepi asal mengikut bahan yang sudah ada di rumah. Jangan membazir bahan yang dah ada. Pelbagaikan aje. Biarkan orang kata pelik tapi bila makan sangat sedap. Hihi. Kalau ada lebihan serbuk badam ke, oat ke, nestum ke bolehlah cuba. Masa inilah tunjuk bakat terpendam!

baru keluar dari oven







RESEPI BISKUT CAPPUCCINO HAZELNUT
(satu adunan dah penuh satu balang besar)


Bahan-bahan:


250gm mentega
125gm gula aising (just nice, kalau nak manis tambah lagi)
2 biji kuning telur
4 sudu besar serbuk hazelnut (resepi asal 4 sudu besar nescafe)
75gm tepung jagung
450gm tepung gandum (ayak)
1 1/2 sudu kecil cappuccino emulco ( boleh aje ganti dgn mocha emulco)
Sedikit pewarna coklat


Cara-cara:


1. Potongkan mentega kepada kiub kecil; ini untuk memudahkan untuk mengadun. Masukkan ke dalam mixer mentega dengan gula aising. Pukul sehingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan pula serbuk hazelnut.
2. Setelah sebati, perlahan-lahan masukkan tepung jagung dan adunkan lagi. Sedikit demi sedikit masukkan tepung gandum. Masukkan sekali cappuccino emulco dan pewarna coklat. Jika adunan nampak lembik, tambahkan sukatan tepung gandum sehingga ia senang diuli dan dibentukkan.
3. Uli doh dan terapkan acuan yang anda inginkan.
4. Sapu loyang dengan mentega dan letakkan biskut tadi. Taburkan lebihan serbuk hazelnut diatas biskut. Bakar pada suhu 160'c dalam 20 minit. (Saya bakar 10 minit pada suhu 160'c dan 10
minit pada suhu 150'c sebab nampak macam nak hangus bila straight bakar 20 minit pada suhu 160'c) 
5. Ketepikan biskut yang panas. Bila dah sejuk baru masuk dalam bekas. Masa sejuk tu, kalau nak hias dengan dark chocolate atau white chocolate bolehlah buat. =)

biskut cappuccino hazelnut
 Semalam masa ym dengan kakak, dia bagi tahu nanti tak ada biskut raya. Jadi, dua balang besar biskut ni nampaknya akan dihidang di ruang tamu. Nasiblah, siapa yang cepat dia lah dapat rasa sebab saya memang buat satu balang aje untuk satu biskut. Tak larat, mentega pun dah habis! Hihi. Silalah menjamu mata melihat biskut cappuccino hazelnut dengan biskut susu strawberry almond ni. =D

kiri: biskut cappuccino, kanan: biskut susu strawberry (entry semalam)
 



Monday, August 22, 2011

Biskut raya pertama laki bini: Biskut Susu Strawberry

Selamat pagi dunia!Kelmarin saya dan hubby sangat rajin membuat biskut raya. Pada mulanya nak buat biskut susu (original) tapi bila sudah tambah perisa strawberry dan serbuk badam, rasanya lagi sedap. Kalau sesiapa tengah rajin sekarang, bolehlah mencuba biskut susu strawberry ni. Insya Allah, mungkin saya akan bake biskut cappuccino pula hari ni. Entry untuk biskut cappuccino mungkin saya akan letak esok atau lusa eh. Ok, berbalik pada biskut susu strawberry, saya buat dalam 3 adunan untuk memenuhkan satu balang besar dan suhu oven pun dikurangkan sebab masa pertama kali bake tu, biskut dah nak hangit tapi bila makan masih sedap! Heee, saya akan paste kan resepi biskut susu strawberry untuk satu adunan.








RESEPI BISKUT SUSU STRAWBERRY
(kalau nak satu balang penuh, buat 3 adunan)


Bahan-bahan:
 
150 gram tepung gandum
100 gram gula halus
100 gram mentega
50 gram susu tepung
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar strawberry emulco

Sedikit pewarna merah
3 sudu besar serbuk almond 
Lebihan serbuk badam untuk hiasan


Cara-cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur kuning dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan tepung gandum, susu tepung, strawberry emulco, pewarna merah dan 3 sudu besar serbuk badam sehingga sebati. (Adunan agak lembik, tambahkan sedikit tepung gandum lagi supaya boleh diuli)
4. Terapkan adunan ke dalam acuan semperit pecah @ bentukkan mengikut citarasa anda
letakkan ke dalam dulang ketuhar
5. Letakkan serbuk badam diatas adunan dan bakar pada suhu 150'c dalam 15 minit (resepi asal pada suhu
180'c dalam 15 minit, tapi saya dah cuba; hangus)
6. Letakkan di dalam bekas lain, tunggu sejuk baru masukkan ke dalam balang. Kalau nak buat corak coklat, buat masa biskut dah sejuk tau.

Wednesday, August 17, 2011

Makanan ruji orang korea : Kimchi

Selamat pagi kepada semua dan diharapkan semuanya dalam keadaan yang baik. Semalam akibat kebosanan yang melanda, saya pun gatal la tangan tengok resepi kimchi ni. Kimchi ni bolehlah dikategorikan sebagai makanan yang perlu ada diatas meja makan. Anda makan nasi atau mee atau snek pasti akan ada kimchi disitu. Dulu saya ada juga buat sekali kimchi yang jenis pantas tapi rasanya agak kurang. Jadi, semalam cuba buat yang jenis peram tu. Semakin lama peram, semakin enak gitu. Yelah, macam ikan masin/ ikan pekasam. Tercetusnya idea nak buat kimchi ni adalah disebabkan juga pengaruh tv. Hari-hari tengok kbs world dekat astro, nak-nak tengok rancangan "One night 2 Days". Makanan yang ditunjukkan sedap-sedap.

Tanpa melengahkan masa dan tenaga anda, saya akan tunjukkan bagaimana hasil kimchi saya dan cara-cara membuatnya. Saya ambil dari Maangchi; beliau adalah orang korea tapi menetap di amerika. Pada awalnya, nampak macam susah, tapi, bila dah buat, rasa seronok aje. Kesabaran adalah kunci dalam pembuatan kimchi.

untuk lebih senang sila lihat video ini:




RESEPI KIMCHI
(bahan2 ini untuk 10 pounds kobis panjang)

Bahan utama:
Kobis panjang
Lobak merah/ Lobak putih

Bahan perap:
Garam

Bahan untuk paste:
- 1/2 cawan tepung pulut/tepung gandum dicampur dengan 3 cawan air
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan sos ikan
- 4-6 cawan chilli flakes (ikut kepedasan yang anda mahu)
- 1 cawan bawang putih
- 1 sudu besar halia
- 1 labu bawang besar (saiz sederhana)
- Daun bawang ( dalam 7 batang sederhana, kalau kecil, banyakkan sedikit)
- Daun kucai ( saya ambil dalam secekak)


Cara-caranya:
(a) Bahan utama:
1. Potong kobis dalam 4 section, jangan potong di bahagian bawahnya. Basuhkan setiap kelopak, jaga-jaga jangan sampai dia tercabut. Masukkan di dalam strainer dengan keadaan daun dibawah dan batangnya diatas. Toskan semua air. Ketepikan.
2. Buang kulit lobak merah/ lobak putih. Basuhkan, potong dalam seinci dan toskan.
3. Saya biarkan dalam 10minit-15minit untuk proses ini.

(b) Pemerapan
1. Ambil kobis panjang tadi dan lumurkan setiap kelopak dengan garam. Kawasan yang perlu banyak garam adalah di batang sayur kobis tadi. Pastikan kawasan itu lebih banyak garam dari daunnya.
2. Dalam bekas berasingan, lumurkan juga lobak merah/ lobak putih dengan garam.
3. Proses pemerapan dalam 4 jam/ semalaman. Setiap dua jam pusingkan kobis dan lobak merah/lobak putih.

(c) Kimchi paste
1. Masukkan 1/2 cawan tepung dan 3 cawan air di dalam periuk. Letakkan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa supaya dasarnya tidak hangus. Bila sudah sampai tahap mendidih, masukkan 1/4 cawan gula. Kacau lagi dan ketepikan bila sudah pekat. Sejukkan.
2. Dalam blender, masukkan sos ikan, bawang putih, halia, bawang besar. Kisarkan sehingga halus.
3. Letakkan bahan yang sudah dikisar di dalam besen. Masukkan chilli flakes, daun bawang dan daun kucai. (daun bawang dan daun kucai dipotong dalam satu inci)
4. Masukkan tepung yang telah disiap tadi (no 1) ke dalam besen. Gaulkan. Untuk chilli flakes, masukkan anggaran sedikit demi sedikit. Kalau tak pedas, baru letak lagi.

(d) Basuhan
1. Basuhkan kobis dan lobak tadi setelah 4 jam pemerapan. Bagi kobis, tos dan perahkan sehingga tiada air lagi. Bagi lobak, hiriskan memanjang.
2. Ketepikan.

(e) Cara sapuan paste
1. Pastikan anda memakai glove. Ini penting untuk mengelakkan tangan anda menjadi pijar.
2. Ambil kimchi paste tadi dan lumurkan ke setiap kelopak kobis panjang. Pastikan lumurannya sekata. Buat sehingga habis.
3. Untuk lobak, gaulkan kimchi paste tadi sehingga sebati.
4. Masukkan kobis dan lobak didalam bekas kedap udara. Letakkan di suhu bilik selama sehari dan bila nampak ada buih/putih2, bermakna ia telah diperam dengan baik. Masukkan kedalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Jika anda rasa sedikit pahit, itu bermakna kimchi anda belum memasuki proses matang. Tinggalkan beberapa hari di suhu bilik.
5. Kimchi ini boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi atau anda juga boleh membuat stew. Untuk stew, anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:
- Minyak bijan
- Daging dipotong sederhana
- Tauhu lembut
- Cili boh dan chilli flakes
- Daun bawang

Cara membuat kimchi stew:
- Masukkan sedikit minyak bijan dan gorengkan daging. Masukkan air kimchi (kimchi akan menghasilkan air sedikit) dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan kimchi kedalamnya. Masukkan air (agak-agak), satu sudu besar cili boh, satu sudu kecil chilli flakes (nak pedas tambah lagi), sedikit garam dan tauhu lembut. Besarkan api dalam 10 minit (tutup periuk) dan kecilkan api. Masukkan tauhu dan daun bawang. Letakkan lagi minyak bijan ( minyak bijan ini berfungsi untuk menambahkan rasa dan mewangikan stew)

kimchi buatan sendiri

rupa bentuk kimchi
inilah dia kimchi stew, makan dengan nasi..sedap! tak perlu lauk lain.




Monday, August 15, 2011

Untuk wanita: Jagalah sistem peranakan anda~

Saya baru lepas baca blog dari Dr Hamid Arshat. Beliau merupakan doktor sakit puan. Saya suka membaca blog beliau kerana banyak info yang berguna. Mungkin ada yang bertanya,"tidak terlalu awal ke baca blog sedemikian?". Ini jawapan saya," kebanyakan orang pasti menganggap keadaan mereka adalah normal jadi pemeriksaaan kesihatan terutama sistem peranakan dijatuhkan kepada no 2 atau 3 atau terakhir. Bila masuk alam perkahwinan, barulah sibuk mencari info mengenai sistem peranakan dan permasalahan yang ada. Ini adalah salah, lagi awal kita detect, lagi senang. Saya suka membaca pasal kesihatan (dari diet pemakanan sehinggalah ke masalah wanita) ini, mungkin disebabkan keluarga saya sendiri (mak dan ayah adalah pekerja hospital)"

Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. Saya pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Berkali-kali dia bertanya saya "adakah dia sukar hamil pada kemudian hari?". Saya balas balik kepadanya," the best answer is to seek a gynae". Dia pun ada pernah bagi tau dia ada mimpi dia sukar hamil tapi saya beritahu mimpi mainan tidur dan selalunya ia reflect kepada apa yang kita fikir. Walaupun anda berumur 18 tahun ataupun 20 tahun, tidak perlu malu berjumpa doktor. Kadang-kadang kita nampak ia simple,"ala, muda lagi. senggugut ni memang macam ni, esok lusa baiklah" tapi sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. Saya tidak mahu menakutkan anda tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu. Di bawah ini, saya letakkan bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi jangan ambil kes ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai wanita.


Penerangan dari Dr Hamid Arshat mengenai senggugut jadi endometriosis:

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.







Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)




Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovari rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang boleh melanda kilang ovari dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telur permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.


Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakit puan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.


Sumber: Dr Hamid Arshat  (klik sini, banyak info yang menarik)

Wednesday, August 10, 2011

A+ untuk kehidupan

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Doa ini saya jumpa dalam satu forum. Doa ini dinamakan "Doa Pembuka 12 Pintu" yang sangat elok diamalkan setiap hari. Setiap kali selepas solat atau memulakan hari yang baru, saya pasti akan membaca doa ini. Semoga apa yang dipohon, diperkenan olehNya. Amin.

Tuesday, August 9, 2011

biskut raya atau kek coklat?

Al-kisahnya, 250gm mentega cantik aje duduk dalam peti ais. Mentega tu dibeli sempena konon-konon la nak buat kek nenas. Tapi, bila dah tengok gambar biskut semperit, teringin pula nak buat biskut ni. Dalam banyak-banyak biskut raya, biskut semperit la kot yang paling best. Laju je masuk tekak. hihi. Sesiapa yang belum pernah tengok biskut semperit yang tradisional, ni lah rupanya. Biskut semperit moden yang jenis rupa bunga tu (ada ceri merah/hijau kat tengah-tengah). Tak silap saya lah kan, masa sekolah dulu pernah tolong kakak-kakak buat biskut semperit tradisional ni. Kesimpulan, adunan perlulah betul-betul cantik, kalau tak, masa menekan nanti putus-putus. Tak cantik!

biskut semperit yang menjadi kegilaan, kalau separuh dip dengan coklat pun sedap ek (gambar ihsan mr. google)

Cerita pasal biskut raya ni, teringat zaman dulu. Kakak yang pertama suka betul buat biskut raya ni. Nak dekat raya, dia jela yang rajin nak buat macam-macam. Masa tu, dia nak cuba biskut halia. Saat paling kelakar tu, tak tau la mana silapnya, biskut tu jadi keras bila sejuk. Jadi, bila baling ke dinding tu, biskut tu tak berderai pun. Bentuk? memang mengarut lah. Dia pilih bentuk ayam dan warna menjadi pilihan warna hijau. haha. Mengerikan jugalah nak makan. Akhirnya, mami beli aje biskut raya lain disebabkan biskut raya halia tu tak menjadi. =))


biskut bentuk ayam warna hijau? cuba bayangkan, hihi

Habis dah cerita pasal biskut raya yang dasyhat, kini berbalik pula pada yang asal. Tadi pergi jalan-jalan tengok blog orang dan akibatnya ternampaklah kek coklat dan kek batik yang sedap. Teringin pula nak buat kek coklat atau kek batik atau kedua-duanya. Dulu pernahlah buat kek batik sempena menggatal nak mencuba, tapi mana entahnya resepi tu. Masa tu buat, adalah juga bagi kat boyfriend (sekarang dah jadi hubby) sebabnya dia teringin nak makan kek batik. Layankan aje. Sememangnya saya suka buat kek tapi itu pun ikut kerajinan. Kalau jenis orang suka paksa-paksa/ suruh buat kek, memang takkan buatnya lah. Nak- nak orang yang suruh kita buat tapi tak nak tolong, eiii, memang pantang betul orang macam tu.


kek coklat kukus yang sedap (gambar mr google) hasil sendiri dah lama dalam perut

kek batik (ihsan mr google) yang ni sedap tapi agak cepat cair. kena simpan dlm peti ais aje


Jadinya, sebuku mentega tu belum dipastikan lagi nak menjuruskan ke mana. Tengoklah minggu depan, kalau- kalau rajin, fikir mana satu nak buat. Kononnya, ingat nak buat bawa balik seremban memandangkan tahun ni raya di seremban. Biskut raya menang ke kek raya yang menang? Kita tunggu dan lihat. Entah-entah apa pun tak ada..haha
dilema biskut semperit atau kek coklat yang sedap. haha

Monday, August 8, 2011

Spaghetti carbonara untuk berbuka hari ni..

Disebabkan mengalami masalah penghadaman, hari ni saya nak buat spaghetti carbonara aje. Paling senang, pantas dan tak perlu bersusah payah. hihi. Hubby pun cakap nak makan yang ringan-ringan aje memandangkan dia nak menjadi kurus. Spaghetti ni saya cuba dua bulan lepas kot. Saje gatal nak mencuba dan hasilnya sangat hebat!

untuk menjadikan ini, harus perlu ada bahan-bahannya (gambar hiasan)


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA EDISI PANTAS

Secekak penuh spaghetti yang siap direbus (sekali makan untuk 2 org)
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit lada hitam1 labu bwg besar bawang besar dipotong dadu
3-4 ulas bawang putih dihiris halus
1 tin campbell mushroom/ chicken soup dlm tin
100-200gm cendawan butang (hiris)
100-200gm chicken fillet ( potong sederhana)
1-2 sudu besar chilli flakes
daun parsley (optional, saya pun tak pakai)
grated cheese (apa jenis pun boleh, mozarella, goat cheese etc)


Cara-cara:
1. Sediakan periuk, letakkan air (dlm setengah tin campbell ) dan masukkan setin mushroom/chicken soup pekat. Proses ini penting supaya kuah tidak akan berketul-ketul. Kacau sehingga tiada lagi ketulan cream tadi. Ketepikan bila sudah siap.
2. Sediakan kuali besar, letakkan sedikit minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, cendawan butang, sedikit garam, lada hitam dan hirisan ayam tadi. Gaulkan sebentar dan perlahan-lahan, masukkan pula soup tadi ( dalam 2-3 senduk dahulu). Kemudian masukkan chilli flakes. Kalau nak pedas, tambah lagi chilli flakes tu.
3. Masukkan pula spaghetti yang telah siap direbus. Gaulkan sehingga sebati. Masa ni, masukkan lebihan soup tadi secara sedikit demi sedikit. Ini penting supaya tekstur nanti menjadi cantik (kena pandai jaga kuantiti kuah). Jika ingin masukkan cheese, inilah masanya. Masukkan juga hirisan daun parsley (jika ada). Gaulkan semuanya dan bolehlah dihidangkan.



tips:
bagi yang jenis suka makanan laut, bolehlah gantikan ayam dengan kepah, udang besar atau ikan salmon/ tuna. untuk yang ni, gunakan campbell mushroom soup. rasanya akan lebih menarik lagi. cubalah nanti ya. nak lagi kreatif, buat meatball sendiri. masa nak hidang, letak banyak lagi cheese. sedap!







Thursday, August 4, 2011

Selamat Berpuasa!

Sebelum kita masuk episod yang mengarut, saya nak ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua umat Islam seluruh dunia dan semoga tahun ni kita semua mendapat keberkatan dariNya. Masuk hari ni dah 4 hari berpuasa tapi hari ke-4 ni mencabar juga. Bukan apa, semalam dah mula sakit tekak, selesema dan batuk-batuk kecil. Lepas aje buka puasa semalam, terus makan ubat batuk dengan panadol sebiji. Saya rasa seperti dunia berpusing-pusing. Dalam pada pening tu, sempat jugalah masak untuk juadah puasa. Saya buat kuah stew dengan sos black pepper. Hubby pula bakarkan kambing dengan kentang. Gasaklah, konon-konon macam western style tapi masih ada unsur melayu disitu (nasi mana boleh tinggal).

Hari ni, macam tak larat aje nak masak untuk berbuka. Nanti takut ada jadi lauk hingus dan nasi likat lekit-lekit. haha. Tadi dah mesej hubby minta dia belikan makanan dekat bazar (awal kan mesej, tapi bagus juga mesej awal sebab pukul 4 hubby balik. takut tak sempat). Masa tengah mesej tu, terfikir pula nasi ayam, murtabak, nasi kerabu, ayam percik dan segala jenis makanan. Saya rasa macam nak ikut pergi bazar tapi tak sihat, tak pasal nanti terbaring kat bazar. Makanan entah kemana, saya pula masuk klinik. haha. Imaginasi luar kawalan waktu macam ni. Selesema kali ni hebat juga, mana taknya sambil taip sambil lap hingus, dasyhat kan? Dah masuk buka puasa nanti, kena cepat-cepat makan ubat. Kalau lambat makan mesti lagi teruk. Saya bukan apa, bila dah kena batuk susah nak baik. Sekali kena batuk mahu sebulan baru baik. Tak nak batuk, tak nak batuk!

Dalam pada tak sihat 2 hari ni, mulalah tengok makanan seperti biasa. Tiba-tiba teringin nak makan kek coklat dan biskut raya semperit. Ini semua gara-gara tengok biskut raya kawan jual la ni. Tadi dia ada post gambar dekat facebook, biskut raya untuk dijual. Biskut raya yang paling saya suka semperit dengan biskut dam tu. Dua tu memang sedaplah dibuat kunyahan, bahaya juga pada tuan rumah. Haha. Tak pasal nanti biskut raya habis ditelan oleh raksasa ni. Kalau di kampung belah mak saya, biskut-biskut macam tu memang menjadi kemestian campur pula dengan kerepek-kerepek yang rangup. Air pula paling sedap di tekak haruslah air sirap biji selasih. Bila borak-borak dengan sepupu sebelum bulan puasa ni, dia kata dah tak ada orang di kampung buat air sirap dah. Masing-masing bagi air coca cola, pepsi, f&n dan sebagainya. Hmm, macam manalah masing-masing tak kena penyakit. Teringin pula nak balik kampung belah mak tapi tok laki dan tok perempuan dah tak ada. Rindu betul!

Haa, lupa pula nak bagi tau. Baru-baru ni kan saya ada bagi tau saya nak mengumpul barang-barang mekap. Akhirnya tercapai juga impian. Kesemuanya dah ada dalam beg. haha. Entah apa-apa kan, hubby pun tau hobi yang satu ni memang hobi pasang surut. Tak apalah, janji dah ada. Kalau tak nak, nanti boleh let go. hihi. Bukan satu masalah pun. Marilah tengok hasil tangkapan saya yang tidak seberapa tapi lengkap juga ni. hihi.

pelembap muka dari shurah. muka jadi licin, wangi aje. hubby yg cakap tang wangi.

elianto concealer. sesuai untuk org yg kadang2 mekap sbb kecil saiznya

elianto eye primer utk bagi eyeshadow tahan lama

88 colours eyeshadow, saya beli murah rm45 belum masuk pos. ada yang jual rm 60-rm 80 belum masuk pos

7 pcs brush, dalam rm 15 belum masuk pos. murah kan?

maybelline eyeliner, belum test lagi. nanti kita bg review

celak untuk pakai waktu mlm, bagi mata sihat. laki bini pakai. haha (gmbr org lain)

silkygirl lipstick, saya ambil warna orange, hubby kata baru nampak bibir lembap dan seksi. suka hati je tambah perkataan seksi tu.

haha, yang tu hasil pembelian sendiri. Rezeki datang bergolek pada masa tu, rembat aje lah, lagipun dah lama tak membeli secara online ni, hihi. Baru-baru ni, kawan baik saya ada cakap dia nak bagi hadiah seperti di bawah ni (gambar sebenar tak tau lagi sebab parcel tak sampai kat rumah). Awal cerita, sebenarnya suruh dia cari kan lipgloss dengan eyeliner aje memandangkan kakak ipar dia menjual barang mekap replica mac, nanti saya bayar. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya kali ini, dia nak belanja pula. =)

12 pcs brush.. replica mac kot.

liquid eyeliner replica juga
lipgloss replica mac. tapi tak tau bentuk rupa macam mana, main letak gambar aje =D

Sedar tak sedar, dah pukul 4 petang. Sekejapnya masa berlalu. Saya rasa entry kali ni la paling banyak menulis. Sebelum ni, selalu panjang sebabkan resepi aje. Haha. Oklah, selamat berbuka untuk semua ya nanti. Bukan sekarang tau! ;p