Sunday, December 30, 2012

Kamu gembira, saya pun gembira!

Sebelum saya meneruskan karangan berkenaan hari ni, saya nak ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir... Jangan biarkan ahli keluarga main air banjir masa ni... Bahaya, ok! Semoga segala kesulitan dipermudahkan urusan oleh Allah swt... Hari tu ada juga dengar-dengar kedah pun dah nak mula hujan mulai esok... Tahap hujan tu tak la diketahui tapi berjaga-jagalah ya... Semalam pun hujan sedikit aje tapi alhamdulillah, tersiram juga pokok delima saya kat luar tu :D

Ok, sekarang saya nak bercerita mengenai hari ni pula...

Alhamdulillah, di pagi hari yang cerah ni (mungkin kedah aje kot cerah, tempat lain mendung), saya dapat berita gembira iaitu kawan baik saya dari sekolah menengah sudah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam arena jahitan & fesyen... Setinggi-tinggi tahniah, darling! Saya ingat lagi masa zaman sekolah dulu, kalau tengah buat kerja atau takde kerja, dia mesti menyanyi kat sebelah tak pun ajak berborak sampai tak ingat dunia... Masa waktu rehat, kami duduk lepak kat belakang koperasi- boleh la juga kata tu tempat paling aman sekali (nak duduk kantin, ramai orang, sempit)... Kami pernah lost contact masa zaman universiti... Dia di uitm shah alam, saya uia di gombak... Dah beberapa lama kemudian (makan tahun juga), kami berjumpa semula... Orang kata macam mana pun persahabatan tu, kalau kita ikhlas, mesti kita jumpa semula walau makan bertahun... Sekarang, masing-masing dah berkahwin... Harapan saya, kami boleh panjangkan persahabatan kami hingga ke anak cucu cicit etc... :D

Oh ya, mengenai projek sewing saya, alhamdulillah, sekarang dah siap yang part susah... Insya Allah, hari ni saya akan buat trace pattern & mula untuk masuk stage berikutnya.. Semalam gembira sebab barang-barang jahitan saya dah ada rumah besar iaitu tool box! hahaha, beli kat C-Mart, RM 4.99 sahaja... Kalau yang besar lagi, rasanya RM 9.00 kot... Terima kasih Allah swt & suami kerana saya berjaya kumpul sedikit demi sedikit perkakas yang memang saya perlukan untuk menjayakan projek menjahit ni... :D

Thursday, December 27, 2012

Syukur!

Terima kasih kepada Allah swt & husband... Akhirnya benda yang diidamkan dah dapat...Yeayyy! Berkat kesabaran yang menggunung, saya berjaya memilikinya... Ayat tak boleh tahan, dah macam menang anugerah pulak ek... Tak kisahlah, sekarang saya sangat gembira sebab dah dapat sebuah mesin jahit Brother GS 2700 dengan harga RM 699 sahaja (harga sebenar RM849). Alkisahnya, sehari sebelum pergi ke kedai bertuah ni, kitorang survey kat kedai elektrik biasa, ada salesgirl ni bagi buah fikiran yang mantap kat mana tempat yang sangat sesuai untuk beli mesin jahit. Petang tu pula singgah la courts mammoth (ada la beberapa model brother & toyota) tapi bila lepas borak-borak dengan salesman kat situ, hati berkata," hold dulu, cek kat kedai lain kot-kot dapat yang lagi elok & murah sikit".





Brother GS2700


Esok tu, bagi tau husband nak round area pusat serenti sg petani... Salesgirl tu ada sebut satu kedai melayu bertentangan dengan pusat serenti. Tengah duk slow kat deretan rumah kedai tu, nampak la kedai mesin jahit... Dari jauh saya dah nampak dia ada buat offer... Masuk aje kedai tu, pakcik tu tunjuk la mesin-mesin yang tengah offer. Ada mesin jahit lurus industri yg harganya RM900. Pakcik tu recommend beli yang industri tapi saya ni beginner, so, saya lebih rasa sesuai pakai yang portable sahaja. Alasan munasabah lain, nanti tak la susah nak angkut sana sini... Hehehe... Mata saya memang dah terpanah kat GS2700, dah lama aim nak mesin model tu. Tengok kat online pun, paling murah dia jual dalam RM800 termasuk kos pos semenanjung sahaja. Jadinya, pendam kan aje niat di hati nak rembat sebuah. Alhamdulillah, rezeki saya agaknya, saya dapat juga beli dengan harga yang memang dalam range RM700... Kalau ada yang nak beli mesin jahit, bolehlah jenguk kat area pusat serenti sungai petani... Pakcik tu pun jenis suka berborak, jadi, boleh la tanya macam2 berkaitan mesin.. Oh ya, kedai tu pun jual pelbagai alatan menjahit... Harga? boleh tahan murah juga... Mari la serbu kedai pakcik ni... Offer mesin jahit ni sampai 31 disember aje :D

Thursday, December 20, 2012

Loghat...

Assalamualaikum...dan selamat tengah hari...

Hari ni tajuknya "loghat/ dialek".. Bukan senang nak jadi pro dalam memartabatkan dialek ni dalam diri nak-nak generasi baru macam saya ni. Tapi, rasanya tak terlambat untuk kita menambahkan ilmu penggunaan dialek ni. Saya ni nama aje IC orang negeri adat pepatih tapi apa pun tak tau. Haha. Nak buat macam mana, mak pun orang johor jadinya terikut pulak percakapan belah sana yang banyak ek ek kat hujung ayat... Bila masuk sekolah menengah, ada juga la kawan yang memang excellent dialek-dialek ni... Jadinya, belajar dengan mereka la.. Tu pun rasa macam pelik aje sebutan dia...

Bila nak kahwin, belajar pula dialek sarawak... Siap minta husband tulis surat cinta dalam bahasa sana... Alhamdulillah, boleh la baca cuma certain tu tak berapa nak tangkap. Masa jadi tunang, mak dia pulak ajar yang senang-senang. Dah kahwin, paham tu paham tapi nak cakap tu tak berapa reti. Jadinya, kalau yang ajak bercakap dengan saya, saya cakap dalam bahasa kebangsaan dan dia bercakap dalam dialek sana la... Hehe...


Ni antara basic dalam pertuturan (bahasa kebangsaan, dialek negeri sembilan, dialek sarawak)


Saya- Esey, Eden - Kamek

Awak- Ekau - Kitak

Ya- Yo - Aok

Buat- Buek - Polah

Muda- Mudo- Biak

Sedap- Sodap- Nyaman


"Eh tapi kenapa ada beza ya dengan saya punya?"
Sebelum ada yang kemukakan soalan ni, meh saya tolong jawabkan awal-awal. Jawapannya senang sahaja, dialek ni bergantung pada daerah/ suku kaum yang ada pada negeri itu... Sekian

Wednesday, November 28, 2012

24 Bulan

Alhamdulillah, sudah 24 bulan usia perkahwinan kami.. Semoga kami sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki, kasih sayang semakin mencurah-curah tanpa putus, kekal bahagia sampai bila-bila, dikurniakan zuriat dan dirahmati Allah...

Disebabkan hari ni antara hari special dan penuh kegirangan, lauk pun mestilah special..Kalau tak special pun, ada tambahan makanan pemanis mulut & jiwa...Hehehe..

"Ya Allah, bukakanlah segala pintu untuk kami sekeluarga; pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu zuriat, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampuanan dan pintu-pintu syurga..."

Wednesday, November 7, 2012

Tips Kurus

Haaa, tajuk kali ni syok kan? Sekarang ni macam-macam jenis produk ada kalau nak slim ala-ala supermodel... Hehe..janji jangan mudaratkan diri sendiri sudahlah... Ramai juga yang akan syorkan produk masing-masing bila kita start bersuara macam nak kuruskan badan bila nampak kek lapis semulajadi di bahagian perut... Kita yang nak kurus, sure akan teruja dan bermulalah episod nak try itu ini secara automatik!

Kalau nak kurus:

1. Bersenam la.. bagi yang berduit, pergi gym... tak ada duit, pergi kat taman yang sesuai untuk beriadah..kesian kat majlis perbandaran penat2 buat taman bunga etc tu..haa, dah alang-alang dating, ajak gf/bf/fiance/husband/wife pergi taman-taman ni..at least 10,000 langkah sehari ok.. For me, saya selalu round shopping mall.. 10,000 langkah...10,000 langkah...

2. Tukar pola pemakanan yg kurang sihat kepada sihat. Gantikan beras putih kpd beras perang. Heyy, rasa dia not bad tau.. Actually, tak ada rasa pun..kenyal-kenyal aje..Lepas ni, nak beli beras perang lagi..

3. Makan sayur! Ini penting woo..untuk kesihatan menyeluruh..biar la orang kata dah serupa kambing la tapir la kerbau la asyik makan sayur, janji dalam & luar cantik.. nak kulit cantik, ini pun boleh tau, mak!

4. Buah-buahan.. jangan ditinggalkan bab yang ni..nak cun? haa, ini wajib ni...kalah ratu cantik nanti..

5. Protein..haa, protein tak tertakluk hanya pada daging sahaja...Jadi, makanlah ikan juga ya..Selain cepat hadam, bila kita ambil ikan, secara tak langsung kalori mudah terbakar.. daging tu makan sekali-sekala sahaja..

6. Minum air masak.. Yang ni ada yang still confuse berapa banyak kita harus minum.. Kita perlu minum 8 gelas sehari, jangan terlampau teguk air kalau tak work out/ kerja dibawah matahari terik.. Terlebih minum air boleh membahayakan sistem badan tau..

7. kenali tubuh badan anda..yang ni selalu menjadi masalah kepada perempuan..dah kategori kurus tapi nak kurus lagi..ketahuilah, jika anda dah dalam bmi normal, itu paling terbaik ok..jgn compare body anda dgn kawan2/ supermodel..

8. Rasa diri semua tip top.. Huuu, yang ni pun parah gak ni..jgn sesekali cakap,"tak apalah, I ok, semua ok walaupun I berisi" No no no, saya selalu dengar ayat ni.. Sorry ok, sekarang memang semuanya ok, tapi esok lusa, you boleh jamin kesihatan you tip top? Please la, kalau tak dapat turun banyak kg that month, atleast berusaha la kurangkan sedikit demi sedikit.. Fikir satu jela, decrease untuk kesihatan masa hadapan..

9. Beli seluar/baju idaman satu/dua saiz kecil sedikit dari sekarang. Ni motivasi ni...Pasti anda menjadi lebih bersungguh-sungguh nak jadi kurus..

10.Belajar menolak pelawaan rakan taulan untuk makan dan makan dan makan lagi.. Kalau susah nak cut portion makanan masa keluar dengan rakan, belajar katakan tidak, saya tengah diet..saya boleh teman tapi jgn sua makanan berat kat saya.. (ni dah pernah buat, bila keluar makan, saya pilih sup sayur)

11. Training.. Ni paling penting.. Awal-awal memang rasa susah, sedih, sakit sini sana sebab bersenam..Percayalah, sebulan pun dah boleh rasa badan makin menunjukkan arah positif.. Yela, dah tak ada toksin merebak ke segenap ruang badan dah..

12. Makan? Boleh makan cuma belajar untuk limit. Mana-mana dietitian akan cakap macam tu.. Tak perlu berlapar sehingga gastrik bagai cuma perlu tahu apa yang patut kita makan dan saiz hidangan kita. Itu sahaja. Diet dengan cara sihat bukan diet untuk menambah rasa sakit.


Cara nak nampak kurus.. ada boleh percaya, =)) :

1. Pakaian jangan ketat-ketat, tu menampakkan lagi kek lapis semulajadi anda ok...

2. Bila bergambar, amik sampai paras anda rasa kurus.. Ambil bahagian mata pun boleh juga...

3. Bagi bakal pengantin, sebelum kahwin tak payah beria sangat nak kurus..Nanti lepas kahwin, kalau dah berisi, orang cepat nampak...Kurus sederhana sudah...

4. Cari posisi yang boleh nampak kurus... Ni kalau nak bergambar la... takkan kalau berjalan pun nak jalan sisi..Tu dah serupa macam ketam...hehe!

5. Pakai bengkung.. Tak perlu habis duit beli yang mahal-mahal...Konsepnya sama nak bagi ramping perut...Sekarang banyak bengkung moden, tak susah pun..

6. Pakai baju besar sikit..Nanti orang sure cakap, eh, you dah kurussss! Apa rahsia you,eh?

7. Bila angin kuat & baju cam melekat, tarik nafas kejap kalau ada orang sekitar tu..Kalau tak boleh, apa boleh buat.. tunjuk la dengan bangga sambil fikir saya banyak happy hari ni!

=D

Monday, November 5, 2012

POM POM POM!



hebat rasanya diri ini...walaupun setiap kali nak tulis, asyik kehilangan idea aje tapi berjaya juga keep update blog yang cantik rupawan ni... oleh sebab gembira, ni yang buat nak pergi kedai mamak melantak sekeping roti canai & minum secawan milo panas...

Sunday, November 4, 2012

Kronologi demam

3/11/2012

Awal pagi cek suhu dalam 36.9...sakit tekak menjadi-jadi, selesema tak usah cakap la-hmmmm...dalam otak, pikir suhu tinggi sebab tekak panas aje...Lepas tu pergi jalan-jalan kejap, konon nak cari sekali almari untuk bilik. Akibat rasa panas kat mata (petanda nak mula demam), pukul 12 tengah hari balik rumah...Lepas makan, terus terbaring atas tilam.. Capai termo...Tengok kat skrin, 37.4... Kepala pun dah berat, terus tido! Bangun pukul 3.15ptg, cek lagi sekali suhunya...Dalam hati, cepat la sembuh, xnak la demam bagai ni.. Tit tit tit tit tit tit 37.6... Aiseh, bangun terus sejukkan badan dgn mandi.. Tak boleh jadi, cakap dengan husband nak pergi klinik alang-alang nak cari almari. Dalam pada tak sihat tu, sempat singgah kedai deco sebelah kedai furniture & tesco beli lampu...Dah borong kat tesco, singgah klinik homeopati.. Saje nak cuba ubat homeopati... Dapat la ubat bulat2 putih 3 botol & ubat batuk warna pink.. Balik rumah pukul 6, terus makan ubat homeopati..Yang bestnya, ubat kecik-kecik tu sebiji perisa gula-gula mentos. Lepas maghrib, cek suhu lagi...makin naik 37.7..Husband suruh makan juga panadol sbb risau suhu tak turun.. Minum satu cawan air letak soluble dgn sebiji actifast.. Dengar aje azan isyak, cepat2 pergi solat...risau takut x larat.. Disebabkan makan awal hari ni, malam tu saya buat megi letak mushroom soup vono.. Pukul 12mlm, siap2 pesan dekat husband, nanti tgk2kan kita takut panas tiba2...

4/11/2012

Bangun pagi terus capai termo, suhu 37.4..ok sikit la, ada progress..yang penting tak ada bunyi termo yg berturut2.. tu tanda memang suhu lebih 37.5..Pagi ni siap-siap buat air susu satu cawan. Lepas teguk 2 sudu besar ubat batuk hurix ( x mkn pun yg homeopati tu), kejap tu, terus rasa keluar kahak...Berlari-lari anak la ke sinki dapur...Ptuihhhh, keluar pun seketul besar kuning.. Lega sikit tekak.. Kepala pun ada pening sikit la tapi sempat juga main game kat fb... dah tu, g mandi main-main..janji badan rasa sejuk.. Bak kata akak, biar kena selesema jgn high temperature.. Hmm, sambung kejap hobi main game kat fb lepas tu tiba-tiba rasa menggigil kesejukan.. Apalagi cepat-cepat selubung dgn selimut. Cek suhu dah naik 37.6..Adoi, tak boleh jadi ni kena buat air barli.. Bangun pergi dapur masak bubur instant & rebus barli. Pukul 1 baru makan bubur & minum air barli...


Ya Allah, sembuhkanlah aku dari segala penyakit..

Thursday, November 1, 2012

Tidak mudah untuk mudah



Ia datang segerombolan, beramai-ramai seperti askar
Mencari dan terus mencari setiap sudut, rezeki berada dimana-mana
Pelbagai saiz, itu sememangnya pasti
Ia tidak pernah gentar untuk berebut
Walaupun nyawa di hujung pedang
Ohhh, musuh sudah sampai
Bertahan wahai kawan-kawan! 
Jangan berundur!
Kita pasti menang kerana kita ramai!

Kelepek kelepek! Satu demi satu gugur di tangan musuh
Kita boleh! Kita boleh! Kita boleh!
Laungan untuk bersemangat bagi yang tinggal

Musuh semakin susah hati
Tidak mudah untuk mudah
Membunuh segerombolan semut

Wednesday, October 31, 2012

Gelap Gelita

Sejak menjak ni, terasa gelap gelita pulak kat rumah ni. Mana taknya, awal-awal lampu bilik air padam lepas tu malam tadi lampu dapur pula yang padam. Dah la tak ada tangga (rumah ni ceiling tinggi bebenor), kalau tak bolehlah husband yang panjat. Saya takkan panjat sebabnya saya ni gayat! Hahaha... Ni kejap lagi masak dalam cahaya kurang terang la gamaknya sebab dapur ni pun dah sedia gelap. Kekdahnya, kena la berhati-hati bila handle sesi potong-potong dan juga bahan panas. Kat bilik air, tak terasa sengsara sebab bila malam, guna lilin. Semalam nak beli pelita zaman atok nenek tu, tak jumpa. Bijak sangat, cari kat giant, memang la tak ada. Selamat bergelap gelita lagi la sampai minggu depan...

ah ha! idea bernas juga buat gini..pelita gambar perempuan x ada, ni pun boleh la

Monday, October 29, 2012

Aktiviti Minggu Raya

Jumaat 26/10/2012

Hari ni hari raya aidiladha. Pagi tu bangun lewat sikit, kelam-kabut panaskan lauk pauk raya yang dah masak semalamnya. Mujurlah kan dah masak, kalau tak, pergi sembahyang raya dengan perut kruukk krakkk kruuukkkkk aje la. Konon pukul 7.45 pagi dah nak sampai masjid, dah namanya siap lambat, pukul 7.45 pagi tu baru terhegeh-hegeh nak gerak. Ni kes sebab tak tahu solat sunat pukul berapa punya pasal. Hehe. Masa nak siap-siap tu, teringat husband cakap," nanti sayang pakai seluar aje la sbb kita kan beraya kat SP ni...pakai telekung siap2..". Jadinya, pagi tu pun dah perasan lambat, capai aje baju waka-waka, seluar palazzo hitam, telekung. Nanti sangkut aje kain telekung kat bahu. Hehehe. Husband pun pakai baju melayu raya kain pelikat. Sunat berbaju baru dan bersih di pagi raya, accomplished! Suasana pagi cukup syahdu, yela, terdengar alunan takbir berkumandang dari surau taman ni. Bila dah sampai masjid yang dari rumah dalam 10 minit gitu, terasa macam lega sikit sebab tak ramai lagi. Alhamdulillah, tak terlewat lagi. Oleh kerana musykil dek jam kat dinding bahagian perempuan, saya pun tak dapat nak agak pukul berapa mula solat sunat raya. Mulut terkumat kamit mengalunkan takbir memanjatkan puji-pujian kepada Allah swt. Otak pula asyik terfikir kat famili, ape la diorang tengah buat waktu tu. Agak gedik juga la tetiba feeling tak pasal sebabnya kalau ikutkan last year pun sama aje macam ni (tak balik kampung utk raya). Sesudah solat sunat raya, sekarang halwa telinga ialah khutbah mengenai korban. Apa-apa pun kita di dunia ni, kita sama sahaja di pandangan Allah swt. Itulah mesej penting hari tu yang saya masih ingat. Pagi tu, semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, kami dapat sempurnakan solat sunat raya. Sampai ke rumah, aktiviti makan lemang ketupat bersama rendang ayam dan sambal jawa makin menjadi-jadi terutama saya la.. Hahaha.. Kejap-kejap pergi dapur ambil sepinggan.. Bak kata orang, tak baik membazir- tu kan amalan syaitonnnnn. Petang tu, kami beraya ke Jusco Bukit Mertajam. Selamat hari raya aidiladha, JJ dan kami datang nak tabur duit raya kat kamu! =D Macam selalu kalau dah sampai JJ, namanya beli bahan untuk kimchi stew la gamaknya. Eheks! Kami beraya sampai pukul 7 lebih (datang pun ngam-ngam masuk waktu asar).

Sabtu 27/10/2012

Pagi-pagi kami datang kaya kan kedai mamak dengan makan nasi lemak dan air milo. Lepas tu, mood round pekan pun datang. Ingatkan nak singgah kedai ikan, saje je nak habiskan waktu pagi dengan benda berfaedah. Hmm, sekali kedai belum buka lagi. Tengok jam kereta. Aisehh, baru pukul 9.30 am, memang la satu kedai pun tak buka lagi. Kami pun pulang dengan sedikit kebosanan di situ. Kononnya nak buat hobi baru iaitu bela ikan laga (betta fish) jenis halfmoon. Ni gara-gara kena racun dengan seorang kakak kat fb (kalau dia baca ni, sure dia tersengih aje). Kekanda ni sebenarnya tengah cari ikan laga betina untuk breeding. Saya pula menyibuk nak tau pasal ikan laga ni. Sekali kekanda ni tunjuk pula ikan laga halfmoon yang cun-cun. Apa lagi, ni dah gigil konon nak bela ikan laga.

Disebabkan pagi dah makan nasi lemak pagi tu, jadinya, tengah hari kami on diet. Pukul 2 ptg, saya dah mula keluarkan daging bagai nak buat stew so lewat petang tu dah boleh makan. Malamnya, husband ajak pergi minum kat luar. Pusing punya pusing (jauh gak la), kedai banyak tutup kerana raya. Hmmm, akhirnya pergi minum dekat area pekan (ceh!). Kami order mee bandung satu (mujur mee bandung dia sedap). Kami sampai rumah pukul 11 malam... Satu lagi hari di sia-siakan dengan jayanya...

Ahad 28/10/2012

Hari ni kami melawat tesco pula. Husband beli wiper kereta dan saya pula ambil roti gardenia squiggle. Lepas tu kami lepak-lepak kat food court. Masa tengah sedap mencekik, husband tunjuk sorang mamat tengah ambil lauk. Bila saya pusing, ohhh, member sama kelas kami kat universiti dulu. Lepas habis makan, kami pun tegur member kami pun. Duk borak-borak etc. Akhirnya, jumpa juga member masa time raya ni.. Kami pun balik ke rumah tapi macam biasa ada aje tempat singgah.. Kali ni singgah kedai burung. Fuhhh, burung-burung jenis eksotik! Apa ke nama dia pun tak tau la sebab kat cage pun tak letak nama spesis. Kat kedai tu pun jual rabbit jenis angora. Murah juga dia jual, RM 20.00. Hee, mana nak dapat rm20? Sekarang rata-rata pun jual dalam rm40 ke atas.

Pukul 3 ptg, saya mula buat kerja sikit sebab pukul 6 gitu nak pergi pasar malam. Pukul 6 lebih, kami pergi pasar malam. Sebelum tu, singgah kedai ikan. Banyak juga ikan-ikan spesis susah jumpa. Tertarik pula nak bela ikan.. :p Dah sudah round kedai ikan, kami pergi menapak ke pasar malam. Agak kecewa sebab tak ada makanan banyak. Sudahnya, beli air kelapa, air milo dan keropok lekor 2 ringgit.. Balik rumah, pukul 10 malam saya masak mee segera perisa ayam bawang. Lewat juga kami makan, tu sebab gara-gara tengok drama Hilangnya doa seorang ibu. Sedih woo cerita tu. Saya siap nangis lagi (nangis cover sikit la- nanti kena gelak dengan husband). Sayangi la ibu kita, jangan bongkak bila kita dah berjaya dan silalah jaga relationship antara adik-beradik. I love my family! Emosi seorang perantau, hehe. Habis cerita yang sensitif tu, kami tengok cerita James Bond sambil makan megi! Nyaman bahhh! Cerita JB tu, husband aje yang tengok sampai habis. Saya pula selebihnya tertidur dekat husband (lambat naa jalan cerita dia). Perut kenyang, mata pun jadi berat. Pukul 1 pagi, husband kejut masuk tidur bilik.

p.s: Masa tengah duk layan cerita emosi tu, kekanda pembela ikan tu pm kat fb yang dia sekarang dia dah ada ikan hiasan baru iaitu ikan guppy hasil dari rumah makcik husband dia. Ok, tak boleh jadi ni..

Abang, sayang mahu ikan halfmoon betta yang kat kedai tu. Nak warna biru metalik, sekoq! =P

Thursday, October 25, 2012

Esok Raya

Selamat menyambut hari raya aidiladha pada esok hari kepada semua tukang baca! Seperti tahun lepas, kami berdua beraya di perantauan sahaja. Malam ni saya akan mula masak juadah untuk esok. Menu esok buat masa ni yang boleh saya fikir ialah sambal goreng jawa dan errr, mungkin rendang daging kot. Walaupun raya berdua, kami ok aje kat sp ni. Hmm, ye ke?

Wednesday, October 24, 2012

Cukuplah

Cukuplah mengata orang tak tentu pasal. Bila tak tahu condition seseorang tu, tolong janganlah buat assumption yang entah apa-apa. Ketahuilah bahawa assumption yang mengarut tu boleh jatuh jadi fitnah tau jika duk bercerita mulut ke mulut. Haaa, eloklah seal mulut tu kalau jenis kaki dongeng. Nasihat tu boleh tapi kadang-kadang tukang nasihat tu selit-selit pula ayat-ayat sindir yang tak membina. Ingatlah bahawa setiap kata kita itu boleh merosakkan segala sudut jiwa raga orang lain. Itu hal dia, dia tahu la nak buat apa. Mana kita nak tahu, dia ada perancangan lagi best kemudian hari. Haihhh, kasihan kepada mereka yang terhimpit dek orang yang jenis suka jaga tepi kain orang... Hmmmm, makan nasi impit dengan kuah kacang lagi nikmat dari makan daging saudara sendiri hasil mengata tak berfaedah...

Tuesday, October 23, 2012

Leka

Sudahnya, saya leka makan buah delima yang juicy ini. Kerjanya gerak sikit aje. Buah delima ni saya beli di pasar dan harganya sebiji RM 1.00 sahaja.. Murah kan? Hehe, pakcik yang tukang jual tu memang jual buah-buahan dengan harga murah dan kalau kita bernasib baik, dia akan bagi sebiji dua buah lagi. Alhamdulillah, makin murahlah rezeki pakcik tu sebab sambil meniaga bersedekah sekali pada hari Jumaat. Hmm, diharap ramai lagi peniaga boleh menjadi seperti itu. Yela, dari buahan kita jadi rosak sebab tak ada orang beli kan lagi bagus jadikan tu salah satu sedekah. =)

Buah delima ni banyak khasiatnya untuk kita. Antaranya boleh bagi kulit menjadi cantik, memusnahkan sel kanser, melindungi kelenjar prostat, jantung, paru-paru dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih banyak khasiatnya, bolehlah tuan puan tukang baca google "khasiat buah delima". Sekarang pun banyak produk pati delima di pasaran cuma kena berhati-hati sikit masa membeli (ada dengar cerita certain produk ada tambahan yang tak bagus- entah la) . Beza makan buah delima dengan minum pati ialah masa makan buah delima boleh menghayati kerangupan isinya, boleh telek2 isinya yang juicy dan sah-sah fresh. Nanti kalau ada lagi buah delima kat pasar, nak beli lagi la... Syok pulak mengunyah delima ni... Leka okehhhh



Monday, October 22, 2012

Terima kasih

Apa-apa pun, silalah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...Janganlah kita mengeluh dengan apa yang kita ada tak sama dengan orang lain dan janganlah mengeluh apa yang anda ada sekarang satu bebanan... Rajin-rajinkanlah juga mata, telinga, hati tengok orang yang dibawah kita yang belum dapat apa yang kita ada... Rezeki itu datang dalam macam-macam jenis... Jika rezeki yang kurang diharapkan itu datang dulu dari rezeki yang sememangnya kita mahukan, ucapkanlah terima kasih kepada Allah swt... Silalah belajar untuk bersyukur dan insyaAllah, kita akan juga diberikan rezeki yang kita sememangnya nak sangat-sangat...



Mode- geram tengok orang yang menyindir orang lain dan bagi bermacam alasan itu ini macam satu halangan...apedaaaa

Sunday, October 21, 2012

Tahniah!

Wuhuuu, tahniah kepada pelumba motosikal Zulfahmi Khairudin kerana telah mendapat no 2 dalam Moto3 pada hari ni... Bangga juga saya sebab akhirnya Zulfahmi dapat juga naik podium... Hopefully, lepas ni dia sentiasa la naik podium & dapat no 1 pula =)



Sejak bila saya terjebak dengan moto3 ni? Hahaha, jawapan dia senang aje. Sejak ada anak tempatan yang masuk moto3 ni...Semangat waja kitorang kat rumah tengok moto3 ni...Dalam banyak-banyak race, hari ni kot paling mendebarkan sebabnya race kat litar sepang tu...Hari ni buat megi perisa asam laksa 2 bungkus tapi luaknya sebungkus suku gitu aje, berdebar-debar sampai tak lalu makan... Hmm, punyalah semangat tengok Zulfahmi berlumba.

Apa-apa pun tahniah kepada Zulfahmi...Semoga anda semakin maju ke hadapan! Kami kat rumah ni akan menyokong anda =D Bawa motor laju-laju next race, ok? Pesanan ni untuk mereka yang berlumba atas litar aje, yang kat atas jalan biasa tu jangan bawa motor laju-laju sangat, sila berhati-hati! =D

Malaysia boleh! Semangat-semangat

Wednesday, October 17, 2012

Kaya

Semalam, saya begitu terharu setelah seorang kawan cerita dia selalu mendoakan yang baik-baik untuk saya selama ini. Kedengaran begitu biasa tapi bagi saya, ia luar biasa kerana kawan saya itu bukanlah orang yang saya pernah jumpa walaupun sekali. Ini baru kawan yang meluahkan segala apa yang dia patut beritahu, belum lagi hati orang lain yang tersirat. Terima kasih kepada semua yang tidak pernah putus mendoakan saya. Terima kasih kepada family dan sahabat!

Terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah mengurniakan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat kepada saya.

Saya mungkin belum kaya dengan harta seperti orang lain tapi saya sudah kaya dengan hadirnya Allah swt, keluarga dan sahabat yang super best!

Saturday, October 13, 2012

Terapi terbaik...

Inilah terapi paling bagus di rumah ni: Avril si kucing







Tuesday, October 9, 2012

Choo Chooo

Hari ni kena cepat-cepat setelkan kerja supaya boleh gatal kaki dan tangan baking apa-apa yang patut. Semalam asyik rasa nak baking cream puff tapi tak beli-beli juga bahannya. Aisehhh, kalau dapat durian sebiji ni, boleh juga buat inti durian kan? Hmmm, enak aje rasanya macam donut durian durian kat big apple tu. Fuhhh, menjilat jari jemari gitu. Tak sabar nak buat cream puff! Oleh kerana itu, haruslah bertungkus lumus habiskan kerja ni...

Chooo Chooooo


p.s: sesiapa yang ingin mengikuti info ttc, boleh jenguk sini ya. Saya dah asingkan dalam blog lagi satu. bubble@diana TTC

Monday, October 8, 2012

Tegurlah dengan cara berhemah

Selamat pagi kepada semua.

Semalam, saya ada terbaca something yang agak mengecewakan dalam satu group ni. Solution dia bagi saya senang aje, komen jika rasa diri rajin nak komen dan biarkan jika rasa benda itu perkara biasa. Tapi disebabkan terlampau sensitif sesetengah ahli dalam group tu, maka, perkara sebegitu menjadi besar dan boleh menyebabkan ukhwah yang terjalin hancur begitu sahaja. Masing-masing ada pendirian dan pendekatan yang berbeza, jadi kenalah masing-masing hormat pandangan orang lain. Tidak ada kaitan dengan siapa menang dan siapa kalah dalam meluahkan perasaan. Jika rasa post itu boleh mencetuskan orang bertegang urat, hentikanlah niat nak post. Teguran perlu ada caranya, yela, Islam dah ajar macam mana teguran yang sebaik-baiknya. Tak semua orang sama level tahapnya dan kerana itu jugalah, kita disarankan bersabar dan setiap bait perkataan yang dikeluarkan tu penuh cara berhemah. Niat murni memang ada tapi jika ayat kita itu boleh mengguris perasaan orang lain, kan dah satu kerja pulak? Bila bertegur tu, jangan sesekali cepat label orang tu dengan perkataan yang negatif macam bangang, bodoh, pemalas. Kadang-kadang dia memang tak paham dan certain orang kan ada jenis kalau nervous semua kerja menjadi tunggang-langgang. Jadilah guru yang baik dan hasilnya, insyaAllah, semua murid hasil didikan itu berjaya dan sentiasa kenang budi baik pengajar. Kesimpulannya, tegur menegur amalan mulia sebab kita harus mengingatkan bagi yang alpa tapi hendaklah menggunakan cara yang terbaik untuk menegur dan tidak perlulah kita mendabik dada bercerita terlebih-lebih jika perkara itu sebenarnya menunjukkan kelemahan kita.

Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari Allah, segala perbuatan yang buruk itu dari kita sendiri. =)



p.s: sesiapa yang ingin mengikuti info ttc, boleh jenguk sini ya. Saya dah asingkan dalam blog lagi satu. bubble@diana TTC

Saturday, October 6, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hari ini dapat berjumpa dengan rakan-rakan dalam group kat internet dan aktiviti terlaksana dengan baiknya. Hehe, mula-mula fikir banyak ok ke tak ya semuanya? Sempena jadi tuan rumah ni, kita nak la buatkan yang terbaik untuk kawan-kawan buat pertama kali berjumpa. Gambar nanti saya cuba dapatkan permission diorang, kalo ok, saya tepek kat sini. =D

Thursday, October 4, 2012

Hari ini dalam sejarah


Assalamualaikum...

 
Hari ini saya nak mengumumkan secara official bahawa saya telah membuat satu lagi rangkaian blog saya. Blog yang kedua ni, saya buat khas untuk ttc. Tujuan mengasingkan kedua-dua blog tersebut dibuat setelah menimbang tara segala aspek dan sudut. Jadi, marilah bakal ibu dan bapa semua, mari klik blog baru saya itu. Blog ni masih dikekalkan dan insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya update setiap hari.
 

Wednesday, October 3, 2012

Layan...

Hari ni sambil layan kerja kira-kira, sambil layan radio. Hehe, bagi semangat sikit. Semalam bila usulkan kat husband nak pergi library, dia cakap library tu jauh sikit. Jauh tu dalam erti kata jalan yang tak sama hala dengan tempat kerja dia. Jadinya, hari ni duduk buat kerja dari rumah. Dugaan betul. Semoga saya siap kerja minggu ni..Yihaaaaa!

Tuesday, October 2, 2012

Library

Hari ni terfikir macam nak pergi library aje mulai esok dan seterusnya disebabkan bila duduk rumah ni, kerja measurement tak settle juga. Lagipun, boleh fokus 100% untuk diri sendiri tanpa membuka facebook. Buka yahoo messenger tu, boleh la kot dimaafkan. Hehe. Hari ni saya belum mula kira lagi. Adoiiii, bangunan 2 setengah tingkat tapi nak kira dia, masyaAllah, malas sangat. Tak ada mood. Saya prefer buat cepat-cepat tapi disebabkan husband tegur kenapa buat laju sangat; saya pun stop lama. Hahaha. Tu yang jadi liat nak mula semula. Cerita pasal kerja ni, minggu lepas saya baru buka emel dan sayangnya saya terlepas interview kerja. Arghhhhh, stress.

Masa kat U dulu, saya suka habiskan masa dekat library masa sebelum exam semester. Tu pun sebab kadang duduk dalam bilik ni rasa takut aje bila tengok member dah habis study chapter yang belum saya sentuh. Ngeriiii! Kalau tak kat library, saya prefer balik rumah dan study. Janji sendiri-sendiri. Bila dah yakin, baru buat study group dengan member-member bagi timbus mana-mana yang belum boleh nak cover. Hmm, tetiba rindu waktu belajar.

Friday, September 28, 2012

Nak buat bisnes? Sila la tapi awas...

Sekarang, macam-macam jenis bisnes yang anda boleh lakukan dari rumah, tempat kerja, secara online dan sebagainya. Tepuk dada tanya selera yang mana memikat di hati menusuk kalbu dan berjaya menarik ramai pelanggan/agen untuk barangan anda. Saya cuma tidak gemar sesetengah cara orang melariskan/mencari agen dengan ayat yg sangat la cliche. News feed saya penuh dengan orang yang join bisnes ini itu: ada yang jenis tegar dan ada yang jenis suam-suam kuku tapi berjaya lebih dari yang tegar.

Al-kisahnya, hari ni saya mendapat tahu bahawa ada seorang kakak ni nak buat bisnes dan saya tanya la dia bisnes apa yang dia nak join? Setahu saya, yang menjadi idola dia tu ada bisnes restoran. Jadi, saya anggap dia nak join buka kedai makan juga ke etc. Lepas tu akak tu balas, dia nak join satu produk ni (upline, downline- nama company dirahsiakan) dan saya support dia dari belakang. Kami pun merapu la dan saya cakap dengan akak tu," nanti kalau ok, bagi tau la" sambil gelak-gelak. Saya nak join? tak ada la, sebab malas nak berbuih-buih mulut tarik orang bawah saya. Saya pernah ikut kakak saya dulu pergi join satu event ni and seriously kalau tak aktif memang kelaut la bisnes tu. Hehehe. Dah gelak-gelak, tiba-tiba idola akak ni menyampuk,"OMG!!! kalau nak berjaya, tak boleh tengok orang lain yg berjaya dulu. Kena la dua-dua berjaya. Nanti kalau akak tu dah berjaya, dah pergi oversea, tak nak dah layan kawan-kawan"...Zzzz, ayat yang selalu dengar...Boring!

Ok, first saya baca ayat dia, terus aje terfikir rezeki tu ada dimana-mana dan tak semestinya join up&down tu semata-mata nak duit bertambah.. Yes, bisnes tu digalakkan tapi tak semestinya satu cabang aje. Ada 99 cabang bisnes, janji hati kental, ada modal dan bijak mengatur kewangan. Dalam bisnes, kita perlu buka seluas-luasnya minda kita dan perlu peka sekeliling kita. Saya belajar pasal bisnes ni melalui kawan saya masa sebelum kahwin dulu. Dia memang jadikan bisnes sebagai mata pencarian utama dia. Alhamdulillah, dia dah berjaya. Dia mula dari bawah. Masa tu saya join jadi partner dia sekejap. Brainstorming tu memang kena ada sebab kita kena tahu apa barang yang selalu orang guna & macam mana bentuk yang orang suka. Mana-mana buku/ seminar bisnes mesti ada bab ni. Alamak, terpanjang cerita pulak pasal bisnes. Hahaha, tapi point utama untuk perenggan ni adalah," nak berjaya bukan setakat satu tu aje, banyak cara lain. Yang penting ukur baju dibadan sendiri. Mampu, u buat. Tak mampu, timba ilmu lepas tu try & error. Sorry to say, tengok orang berjaya tu penting sebab kita boleh tau sejauh mana produk tu di mata pelanggan"

Secondly, ayat dia "tak nak layan kawan-kawan dah" hmmm, no wonder dia pun suam-suam kuku aje dgn saya. Kawan hanya layak pada yang join bisnes setara & ada kereta mewah hasil bisnes tu aje? Kekayaan tak melambangkan apa-apa pun dan saya tahu dia baru je join group up &down ni. hehe, ayat cliche macam ni memang boring. Kat facebook tu, cara nak laku kan bisnes, perghhh macam-macam ayat cliche ada. Lucu pun ada. Hahaha. Saya tengok ramai aje yang buat bisnes tapi tak pernah pula tengok status macam tu. Ada seorang kawan saya bagi ayat superb," saya tak nak berjaya macam tu sebab nanti saya lupa kawan-kawan". Hahaha, betul juga eh? Tapi saya tak nak la balas macam tu sebab takut nanti mengeruhkan keadaan. Seorang kawan pergi, kawan baru yang datang lagi berganda-ganda dan lagi super best... Hehehe

Bila saya baca ayat kakak tegar tu, saya nak tergelak pun ada dan nak naik angin pun ada. Kenapa la serious sangat bab tu? Saya dengan akak tu borak-borak biasa aje. Saya pun mula la balas ayat dia dengan bagi alasan tak ada modal (malas betul dengar bila org tegar berbicara). Tapi saya silap langkah pulak sebab mesti senang dia nak counter balik. Seperti saya jangkakan, dia pun cakap setakat modal tu minimal issue aje, nanti kita borak-borak. Bila masuk bab borak-borak tu, tak ada kerja lain la push buat loan semata-mata untuk bisnes. So, taktik basi membuatkan saya dah boring, saya cakap la," lambat ke cepat buat bisnes ni, nanti hasilnya sama juga kan? Saya pun dah pernah buat bisnes tapi stop sebab supply of material tak ada. So, kita support akak ni saje on bisnes dulu k?" Hahaha.. yela, akak tu post status tu sebab dia yang nak join, bukan saya.Tak pasal saya pulak yang kena. Apedaa, terus mood kelaut petang-petang ni.

Ada aje kawan saya yang join up&down ni, tapi tak la tahap kritikal punya fanatik.. Ukur bab kaya, alhamdulillah aje tengok dia buat bisnes. Setiap orang ada pendirian masing-masing nak join ke tak nak, jadi, perlulah menghormati dan menerima keputusan mereka. Semakin push sampai limit pun, kalau memang tak nak, memang tak jadi. Hehe

Thursday, September 27, 2012

Feeling waktu pagi

Pagi ni saya terfikir macam nak balik seremban aje, leh jumpa famili dan kawan-kawan. Hmm, tak boleh jadi ni, nak siapkan kerja taking off ni cepat-cepat lepas tu balik seremban. Duduk kat seremban dalam seminggu dua ke kan.. Raya hari tu tak sempat nak jumpa member paling rapat, aduhhh, merajuk sudah dia tu. Lepas rindu kat famili pun tak habis. Nanti kalau jumpa member tu, boleh la tengok mesin-mesin kesayangan dia & menuntut sikit pasal menjahit. Lagi satu, advantage kepada saya mana la tau dapat kerja kan. hehehe. Balik seremban boleh makan masakan mami..Nyummmmmm3x.. Bila petang, boleh jalan-jalan kat citypark..Cewahhhh..semangat-semangat! Mari buat kerja mengira dan kerja rumah yang lain. Dah free, mahu pulang ke seremban naik bas. Pon pon pon ponnnnnnn~~


(Avril si kucing, nanti I dah balik seremban sila jaga diri sendiri. Kalau nak makan, mintak tuan ehh.. Puan nak pulang ke kampung halaman, yahuuuuu)

Monday, September 24, 2012

Jealous tak? Of course

Baru-baru ni berjalan sempena pembukaan shopping mall baru kat sg petani ni haa. Nama dia, C-Mart. Kenapa C-Mart? Tak tahulah apa maknanya. Overall, best juga la tapi saya still berharap Jusco siap cepat-cepat. Kalau Jusco siap, tak perlu la kami berjalan jauh kalau nak beli kimchi untuk buat stew. Hahaha, tu je sebenarnya. Oh, kembali kepada C-Mart ni, jika ada yang nak pergi, boleh la pergi ke Amanjaya tapi disarankan pergi lagi dua minggu ke sebab kebanyakan kedai belum dibuka secara rasmi; nak-nak yang kaki tengok wayang tu.

Masa berjalan-jalan tu, nampak la beberapa bayi yang super comel! Teringat ada seorang kawan ni dia balas "budak-budak kecik memang la comel..dah besar tak tau la" bila saya cakap anak dia comel. Pelik betul perangai si emak tu. Cakap la, terima kasih..anak saya memang super cute gitu ke kan? Hahaha..kembali kepada sesi berjumpa dengan bayi-bayi comel kat C-Mart. Tiba-tiba husband cakap dia rasa jealous tengok orang dah ada anak. Saya pun balas ayat dia, "saya pun jealous juga...nak 10 anak boleh?"..Husband kata,"amboi, ok je tapi larat ke?"..Hahahaha, kembar berderet, ok sangat!...Nak anak kembar tapi genetik kembar tak ada pun.. =))

Jealous tu memang pasti la, tanya la mana-mana pasangan yang lama berkahwin, sure kata jealous kecuali kalau yang merancang tu tak rasa apa la kot. Dulu saya berangan, nak anak 4 orang aje sebab saya adik-beradik pun 4 orang sekali bila dah setahun lebih ni, terfikir bosannya kalau anak 4 aje, upgrade terus nak anak 6 orang atau lebih.. Hehehe...Saya selalu melawak dengan husband, agaknya terus dapat anak kembar kot sebab tu rezeki belum lagi...Harapnya cycle kali ni, ada la rezeki zuriat buat kami suami isteri..Tak mahu dah hidup berdua aje, nak la bertiga, berempat, berlima... ;p

Tuesday, September 18, 2012

Resepi Snow Cheesecake

Hari ni baru nak post resepi. Minta maaf kepada semua yang tertunggu-tunggu kehadiran resepi ni. Hihi, ni update sebab baru ada mood nak menulis. Ampunnnnnnnn~~ Oklah, tanpa membuang masa, dengan ini, saya memulakan cara-cara saya membuat snow cheesecake.

Resepi Snow Cheesecake

 Untuk kek:

1 pek tepung vanilla sponge cake ready mix
Telur
Air
Minyak jagung

Cara-cara membuatnya:

1. Pertama sekali, sila buat anggaran besar mana kek tersebut. Jika beli 1 kilo tepung ready mix, saya syorkan hanya guna dalam 750gram sahaja sebab dia naik tinggi. Anggaran untuk berapa biji telur, air dan minyak jagung- sila baca pada label yang diberikan. Tepung yang saya gunakan hari tu, ada tulis untuk sekilo tepung gunakan 16 biji telur, 250ml air dan 250ml minyak jagung.

2. Panaskan oven pada suhu 165'C

3. Setelah anda mempunyai sukatan yang betul untuk kesemua bahan tersebut, bolehlah pecahkan beberapa biji telur, masukkan tepung ready mix dan air. Putarkan pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi putih. Perlahan-lahan masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung. Putarkan lagi sehingga adunan nampak gebu.

4. Sapukan sedikit minyak pada permukaan & keliling baking tray dan alaskan dengan baking paper. Ini untuk mengelakkan kek sponge tadi melekat pada tray. Masukkan adunan tadi ke dalam tray. Pastikan tiada buih-buih dan pusing-pusingkan tray tu supaya adunan menjadi rata.

5. Masukkan dalam oven selama 50 minit (yang ni agak-agak berapa lama, bergantung kepada oven anda). Bila dah siap, sejukkan. Saya cadangkan kek ni dibuat sehari sebelum supaya kek betul-betul sejuk baru buat next stage.

Untuk tips lebih senang, buat 2 adunan dalam 2 bekas jadinya tak perlulah melalui proses potong lapisan tengah kek. Nanti bila dah sejuk, just trim aje bagi permukaannya rata.

sejukkan kek dahulu...masa ni bau dia pun macam kuih bahulu..hihi


Filling dan topping:

Cream cheese
Susu pekat
Grated Cheddar cheese

Cara-cara membuatnya:

1. Letakkan cream cheese dan susu pekat dalam suhu biasa sebentar supaya senang bila nak pukul nanti. Tak adalah kes berketul-ketul ke apa. Masukkan cream cheese dan susu pekat ke dalam bekas. Putarkan filling tersebut sehingga nampak soft teksturnya. Untuk kedua-dua item ni, sila buat anggaran sendiri. Sebiji kek, gunakan 500gram cream cheese dan 2-3 senduk susu pekat. Kalau susu pekat tu jenis terlampau manis, kurangkan amaun tersebut. Masa ni sentiasa rasa konsistensinya. Bila dah siap ketepikan.

tengok konsistensinya..jangan ada ketul-ketul..


2. Ambil kek sponge yang dah siap tu, potong tengah supaya kita boleh letak filling di lapisan tengah. Sapukan filling tadi dan ratakan secantik yang boleh. Letakkan balik lapisan atas tadi. Sapukan filling cream cheese pada lapisan atas dan sekeliling kek. Parutkan cheddar cheese pada topping & sekeliling kek. Sesudah aje siap, masukkan dalam peti ais sehingga ia benar-benar sejuk barulah potong. Proses filling dan topping ni kena dibuat segera, nanti cream cheese tu cepat cair dan akhirnya menjadi sememeh. Saya nasihatkan supaya kek ni disimpan dalam peti ais semalaman, jadinya tak adalah kes kek pecah bila potong. Overall, 2 hari diperlukan sebelum kek tu dimakan. Selamat mencuba.

bersedia untuk filling...

Hasilnya selepas deco, cepat-cepat masuk peti ais...kagum sungguh

bersedia untuk dibawa ke open house



Friday, September 14, 2012

Snow cheesecake versi saya

Alhamdulillah, hari ni saya masih di depan laptop ni menaip dan memerah otak apa yang nak ditulis. Hehe, semalam saya ada event iaitu open house kat site office husband. Sebelum ni saya ada post pasal gigih membuat kek untuk open house. Alhamdulillah 2 biji kek langsai dengan lajunya dan ada yang siap tapau bawa pulang.  Masa sesi bungkus-bungkus makanan, husband cakap tinggal beberapa potong aje jadi dia letak dalam bekas kecil sedikit. Ada kakak tu dah tanya saya, ada lagi ke tak dan saya jawab ada lagi, kalau nak, ambil dalam peti ais kat pantry. Dia pun seronok la ada untuk dia. Sekali datang seorang staf kontraktor buka peti ais tu & nampak bekas kek tu. Dia pun nak tapau sikit. Kakak yang tanya saya tu cakaplah dengan staf tu, jangan ambil semua, tinggalkan dia sikit. Lucu aje tengok gelagat diorang. Semua kata kek tu sedap. Masa nak balik tu, husband siap cakap lagi kalau ada yang nak tempah, bolehlah tempah. Hahaha.

Inilah kek yang saya buat untuk event tu: Snow cheesecake!

Snow cheesecake versi saya

Yummy! Kek ni tak boleh terdedah sangat pada suhu biasa terlampau lama sebab nanti topping cream cheese tu cepat cair. Kalau nak makan, kena potong sedikit demi sedikit. Kek ni boleh dikatakan susah juga nak buatnya, jadi no wonder harga dia boleh tahan mahalnya. Mula-mula nak buat kek ni, tengok macam," eleh senang nya". Sekali bila dah buat, terasa susahnya. Bila dah siap cantik, rasa nak melompat-lompat aje. Hilang segala penat mengadun dan sebagainya. Tu baru sikit, lepas kena puji, lagi la seronok.


Tuesday, September 11, 2012

Aktiviti hari ni

Hari ni hari baking. Petang nanti dalam pukul 2-3 petang nak mulakan sesi membakar kek. Kek apa? Kek span vanilla. Aktiviti membakar kek ni sempena hari khamis ni ada open house kat site office husband. Tiap tahun, mereka buat open house dan jemput client, contractor, consultant, ahli keluarga & penduduk setempat. Boleh dikatakan event besar juga la. Tahun lepas, saya tak pergi disebabkan takut saya seorang aje ahli keluarga consultant yang hadir. Walaupun begitu, sempat jugalah buat bingka susu sikit untuk open house. Part paling best, bingka susu habis. Ingatkan tak habis dimakan. Hehehe, so tahun ni bakar kek pula. Hari ni dikira percubaan pertama la nak test guna tepung sponge mix. Sebelum ni, kalau baking, guna bahan dari scratch. Hentam la labu, janji boleh dimakan. Bentuk yang kelaut boleh dicantikkan. Hahahahaa. Dua hari ni, saya busy baking dan decorate kek span tu. Kira kalau nak tengok hasil finishing tu, esok paling awal la. Saya target hari ni test sebiji & kalau rasa macam tak cukup esok pagi sambung balik. Esok petang baru assemble & sejukkan terus. Lusa pukul 9.00 pagi dah boleh terkedek-kedek bawa kek pergi office husband.

Dengar husband cerita, macam-macam jenis makanan diorang prepare untuk tahun ni memandangkan ni last open house raya. Tahun depan, bulan 5 projek sini dah siap. Ok la, tukang baca sekalian. Saya nak siap basuh-basuh peralatan baking ni. Nanti kita jumpa di lain siaran. Bye bye.

Monday, September 10, 2012

Isnin 10/9

Simple kan tajuk hari ni? Tu sebab tak ada idea nak letak tajuk yang best-best. Petang semalam pergi pasar malam kat bandar laguna merbok, sg petani. Hmm, macam biasa la belikan ikan untuk si kucing avril, sate ayam 10 cucuk (sate ni sedap sangat!), air kelapa dua bungkus dan karipap RM 2.00. Masa dalam kereta nak pulang ke rumah, tiba-tiba teringat kakak sepupu cakap masa raya,"kalau rasa nak buat master, buat la dari tak ada apa nak buat"... Best juga kan idea dia tu, sambung master. Nak memang nak sambung belajar tapi... bab duit tu yang agak payah sikit. Pinjaman? Yang sedia ada pun tak habis bayar. Terus terkubur niat nak sambung belajar. Sampai rumah, cepat-cepat masuk dapur masak lauk sebab husband puasa sunat syawal. Alhamdulillah, habis dah puasa sunat dia. Good!

Hari ni, bangun tidur terus siap-siap bilas semua baju kotor. Nanti husband balik, baru minta tolong dia angkut baldi-baldi tu ke belakang nak mesin. Habis sesi membilas, buatkan ikan rebus untuk avril dan lipat baju sikit. Ni sambil duk menaip sambil tu pikir nak masak apa untuk tengah hari. Ingat nak goreng ikan aje cicah budu tapi terpikir pulak buat ikan goreng sambal pun macam best aje kan? Hahaha... Sayur buat sup aje, jimat masa dan tenaga. Hmm, jam dah tunjuk pukul 12.20pm, masa untuk super housewife memasak. Oh ya, tadi cuci mata tengok kain-kain yang comel kat satu blog ni. Harga pun, boleh tahan la juga- tak la semahal orang lain jual. Kumpul duit nak beli kain-kain comel la. Nak buat apa tu lain cerita. =D

Sunday, September 9, 2012

Hobi zaman dahulu: Handphone

Saya baru je lepas baca artikel mengenai kehebatan telefon bimbit pintar (smartphones) HTC One X vs Samsung Galaxy S3. Saya baca ni pun lepas ternampak abang ipar share artikel ni kat facebook. Lepas dah habis baca artikel tu, teringat pula hobi zaman dahulu kala, haha. Masa saya sekolah menengah dulu, hobi saya adalah mengumpul handphone. Mula-mula dapat handphone jenama siemens, tu pun kakak yang bagi saya. Masa tu, jadi pengguna digi. Hehe, gembira woo dapat handphone. Zaman tu, tak la canggih macam sekarang ni dan skrin pun kecik aje tapi orang kata, asal boleh guna tak kisah pun. Nak main internet? Kat rumah ada PC dah, online la puas-puas kat rumah. Hayat handphone siemens tu tak lama sebab kena air. Bilik tidur kami beradik perempuan ni, selalu juga bocor kalau masa hujan lebat.

Lepas tu, dapat pula handphone Nokia 3310. Hahaha, handphone ni dulu famous sungguh. Best part, kalau bosan-bosan tu boleh main game ular. Syok! Sampai masanya, handphone tu macam gila-gila sikit, mami belikan Nokia 3315. Sama aje macam Nokia 3310 tu, tak adalah beza sangat pun. Keypad dia ok la, tapi tak best macam Nokia 3310. Ada yang panggil telefon ni telefon buat baling sebabnya dia memang spesis berat dan petak gitu. Bila masuk dalam poket seluar, kembung aje poketnya dek handphone tu.

Masuk je Form 4, member bagi handphone baru kat saya. Dia bagi la handphone motorola yang jenis lipat tu. Fuhh, time tu, memang rasa diri bergaya kejap. Ekeke, tak silap masa tu aplikasi dia dah makin advance sikit la dari Nokia 3310 tu. Handphone motorola ni bagus tapi kalau nak tulis mesej tu, agak payah jugak la sebabnya dia macam auto dictionary. Everytime nak mesej, kena off kan dictionary tu. Leceh leceh. Lama juga la guna handphone tu. Dah lama tu, pulang balik motorola tu.

Bila dah dalam matrik, perangai mencari handphone yang best makin menebal. Nak-nak dapat biasiswa. Hmmm, memang tak ada kerja lain la kan. Member nak bagi Nokia S60 yang keypad dia jenis bulat tu tapi saya kata tak payah. Saya pun guna Nokia yang biasa-biasa aje. Nokia time tu dah ada color screen dah. Model tak ingat la pula. Masa tu, saya ada 2 handphones. Tapi takla pergi kelas bawa dua-dua. Tu pun kadang-kadang malas bawa, saya tinggal aje bawah bantal kat hostel. Yela, handphone bukan jenis mahal, tak kisah pun. Zaman gila handphone, apa pun tak kisah.

Masuk main campus, tanduk makin bercabang. Pantang jumpa kedai handphone, survey harga bagai. Masa ni, handphone pun dah makin menggila. Kejap ok, kejap tak ok. Abah pun ada juga bagi handphone jenama Samsung. Nipis. Best memang best tapi keburukannya satu je- bateri susah nak tahan lama. Sikir-sikit asyik habis bateri. Bosan disitu.

Lepas tabung dah penuh sikit sebab ada duit kerja part time kat company tempat praktikal, saya pun beli la handphone Sony Ericsson. Memang sayang sangat handphone ni sebabnya kamera dia sangatlah best! Sayangnya, tak ada 3G. Warna pun mengancam, putih gitu. Oleh dek kerana masa tu selalu berjauhan dengan boyfriend (husband sekarang), maka saya pun jual la handphone tu dan ambil Sony Ericsson yg lain sebab ada 3G. Bila dah ada 3G, mulalh guna line celcom. Hehe, biasalah boleh guna line internet. Senang sikit nak browse internet & assignment pun boleh settle. Guna alasan assignment siap, tak boleh blah betul ;p Time ni tak silap, ramai yang guna friendster & facebook tu baru nak mula popular. Lama juga la hayat handphone SE ni dengan saya.

Biasalah, bila handphone ni dah lama, dia ada gila sikit. Masa tunang, husband belikan Nokia N71. Hmmm, handphone ni berat semacam aje. Lenguh tangan nak memegangnya dan cepat panas. Handphone ni best buat browse internet. hehe, tu aje la sebenarnya. Kalau dah letih asyik pegang aje, saya letak tepi. Hahaha. Kamera dia? So-so aje. Tak secantik gambar sony ericsson dan samsung la. Samsung rasanya paling cun dari SE. SE ni kena tengok model juga- ada yang cun hasil gambarnya & ada yang teruk. Nasib la kan.

Dah kahwin, jual Nokia N71 tu ambil pula Sony Ericsson Hazel. Yang ni jenis slide. Hmm, overall best sebab ada wifi. hahaha, senang nak connect internet. Kamera? Tak best macam SE Walkman zaman belajar kat U dulu. Yang tu aje yang superb gambarnya. Hehehe. SE Hazel ni, sekarang speaker kecik dah rosak. Kalau orang call, saya kena buka loud speaker baru boleh dengar caller cakap apa. Tapi, nak jual handphone tu tak la kot. Sayang woo sama si hazel ni.

Lepas ni ada ura-ura nak tukar ke? Hmmm, tak kot rasanya. Hahaha, sekarang ni nak buat hobi baru pula iaitu nak mengumpul designer's fabrics. ;p ;p ;p Agak-agak boleh ke tak macam ni? =D

Wednesday, September 5, 2012

Tenangkan diri

Hari ni hari rabu bersamaan 5/9/2012. Sekejap aje masa berlalu kan, alhamdulillah saya masih di sini menulis dan terus menulis. Hahaha, gaya macam penulis popular pula padahal biasa-biasa aje. ;p Bila cerita pasal menulis ni, husband pernah cadangkan buat lagi satu blog. Perghhh, nak menulis satu entry pun kena mencari ilham ni kan pula nak tulis 2 entry pada satu masa. Topik pun tak tau apa nak ditulis kalau ada satu lagi blog tu. Kalau sini, entry kebanyakan merapu jadinya tak la berapa nak kisah. Hahaha, sekurang-kurangnya bagi tukang baca bersantai kan. Saya tahu kadang duduk opis tu boring juga, asyik menghadap satu benda tu boleh jadi stress ;p ;p ;p Pandai-pandai aje buat ayat =D

Haaa, malam ni ada cerita Bedah Tong Gas Nak Raya kat tv berapa tah pukul 8.30 rasanya ke 9.00 ntah. Cerita tu best sebab ada pelakon Norkhiriah. Dia tu memang tak payah buat aksi lebih-lebih bagi orang kering gusi kerana dia dah semulajadi kelakar orangnya. Jom la kita tengok cerita bedah tong gas malam ni. Lepas aje baca entry ni, terus set note kat handphone masing-masing. Hahaha, suka hati aje kan ajak orang lain tengok cerita komedi ;p ;p ;p Tak apalah, dari masa terbuang macam tu aje, marilah kita bergembira tengok tv. Kalau nak makan kunyah-kunyah (jajan) dan air yang sedap-sedap (jus buah) , beli siap-siap balik kerja nanti. =D =D =D

Tuesday, September 4, 2012

Saya Memang Glamour

Nama saya Avril. Saya suka makan ikan kembung rebus digaul bersama nasi,hmmm, lagi enak kalau campur sedikit air rebusan ikan tu. Memang menjilat jari!!! Friskies dan seumpama dengannya tak memenuhi citarasa saya yang suka ikan fresh ni. Yela, saya kan dari pasar so saya suka makan ikan yang tentunya sedap belaka. Saya mengiau dengan kuatnya bila perut sudah berbunyi dan bila mahu ajak tuan bermain dengan saya. Lain masa, saya hanya purrrrrrrr~~~





Monday, September 3, 2012

Ngeri

Alhamdulillah, saya sudah kembali sihat walafiat setelah gering 2-3 hari plus insiden tercekik tulang ikan. Sedih tau masa kena tercekik tu, rasanya itulah pertama kali kes tercekik paling teruk dan tak mahu lagi dah kena. Alkisahnya, hari kena tu pada hari sabtu baru ni. Biasalah, time cuti merdeka baru-baru ni, kan cuti panjang so ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinan & kenduri. Kami laki bini ni tak terkecuali attend wedding sana sini. Hari sabtu tu, ada 2 kenduri; satu kat Alor Setar dan satu lagi kat Sg Petani ni. Alhamdulillah, dapatlah pergi kedua-dua tempat ni.

Kes tercekik tulang tu masa kenduri kat SP. Kenduri kat SP ni meriah jugalah sebab ada dua pengantin dan makanan pun boleh dikatakan berganda-ganda. Ada ayam golek, kari kambing, daging masak apa tah, kerabu, pajeri nenas, ulam& kawan baiknya sambal belacan dan rojak buah. Bila dah nampak makanan, saya mulalah rasa nak makan nasi maka bermulalah sesi ambil lauk yang sedap. Saya pun ambil ayam, daging, pajeri nenas (tapi tak makan) dan kerabu. Awal-awal makan seronok la tapi bila dah nak akhirnya tu, masa tu la tercekik tulang. Tidak ku tahu bahawa kerabu tu ada isi ikan. Minum air banyak pun tak jadi apa, makin rasa nak muntah balik sebab tulang tu mencucuk ke belakang tekak. Perit rasanya sampai rasa nak jolok keluar tulang tu! Cakap dengan husband, nak balik sebab rasa nak muntah sangat. Tengah berjalan nak ke kereta, nampak ada satu plastik besar tulang2 ikan kat motor orang. Memang sah la kot, kerabu tu ada isi ikan. Nak kata tulang ayam, takkan la kot sebab yang ni tajam duri. Bila masuk kereta, capai air kosong tapi masih sama- sakit tak tertahan lagi. Dalam hati, selawat banyak-banyak. Dah lama menahan nak muntah, sekali sampai satu traffic light, saya terus muntah dengan banyaknya dalam kereta. Habis sudah segala nasi, ayam,daging etc. Husband pula suruh muntahkan aje, saya pun memang rela nak muntah lagi dan lagi. Hmmm,sungguh pun begitu, tulang tu masih terlekat. Sampai rumah, berlari ke toilet dan muntah air pulak. Disaster! Tenaga makin hilang, saya banyak tidur aje lepas tu. Saya tanya dengan kawan-kawan petua nak bagi hilang tulang ikan tu, ramai yang suggest telan nasi kepal. Malam tu, saya gigihkan diri telan nasi kepal. Kejap ok, kejap tak ok. Perut pula makin lapar tapi nak telan nasi tak dapat. Setelah banyak kali percubaan makan nasi kepal. keadaan masih sama dan hanya mampu berdoa semoga disembuhkan dengan segera. Nak beribadah pun jadi tak selesa, perit aje. Tidur malam tu, saya tinggikan bantal dan jika keadaan masih sama esoknya, nampak gaya pergi klinik la. Pagi bangun subuh, keadaan teruk macam ada luka kat dalam. Minum air sebanyak yang mungkin. Pagi tu saje suruh husband tengokkan kat dalam, kot-kot la nampak. Lepas duk senget-sengetkan lidah, tiba-tiba dah tak rasa lagi sakit kena guris tulang ikan tu dah- sikit-sikit aje sakitnya. Syukur alhamdulillah, doa dimakbulkan oleh Allah. Yela, hanya dengan keizinan Allah swt, saya dapat sembuh. Pagi tu walaupun dah sembuh tapi mood makan pun dah hilang, masih takut-takut nak makan ikan. Hmmm... tu la pengalaman yang sangat tak best... Terima kasih kepada husband sebab tolong cucikan muntah saya...

Hubby: Siapa muntah dalam kereta????

Wife   : Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! ;p ;p ;p


Thursday, August 30, 2012

Gering

Dah 2 hari demam...sangat-sangatlah tak syok demam time raya ni...rasanya kena demam ni disebabkan travel berturut-turut...mana taknya, balik dari kuching terus balik ke seremban tengah malamnya tu...bila dah sampai seremban, esok lusanya terus abah buat open house ajak jiran-jiran terdekat...letih tu tak usah cakap la, memang flat habis...mujur la demam kali ni tak teruk sangat, kiranya masih boleh makan dengan penuh berselera...hehe...

Wednesday, August 15, 2012

Packing!!

Semalam dah packing sikit, tak larat pukul 12 malam aje dah tidur. Letih, sakit pinggang semua ada sebab berapa hari asyik kerja mendobi. Nanti nak tunggu husband pulang, nak membeli-belah lagi sikit macam tudung raya, selipar raya untuk husband. Malam tadi, saya yang shopping sakan. Saya beli barang mekap, sandal & inner tudung. Hehehe. Terima kasih wahai husband! nanti adinda dah bekerja, dinda belanja kanda pulak ehhh... Malam ni lepas isyak dah nak bertolak ke airport. Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat pergi dan balik... Amiinnnnn...

Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba kepada semua... Macam mana, sudah prepare nak menyambut kedatangan hari mulia tu? Kalau dah, alhamdulillah. Semoga segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada tukang baca yang sudi membaca blog saya ni.


Maafkan saya jika ada salah silap selama saya menulis di blog ini. Marilah kita beraya dengan hati yang lapang dan tenang. Semoga kemanisan beraya tahun ni berganda-ganda dari tahun-tahun lepas. =D

Tuesday, August 14, 2012

Raya & Benda yang ditakuti

Hari ni baca posting abg angkat kat facebook mengenai betapa ngerinya dia nak menghadap soalan yang paling ditakuti iaitu "Bila nak kahwin?"... Lepas baca status tu, saya pun gelak sakan la sebabnya saya rasa nanti ni ada juga yang bertanya soalan sebegitu rupa cumanya lain sikit la soalannya... Nak menjawab tu kena ada mental dan fizikal yang kuat sebab kalau tak, mood nak berhari raya pun boleh drop 0% dari 99%... Agaknya saya dah kebal sikit dari sebelum ni, so, rasanya bila kena tanya tu macam biasalah; senyum aje la & minta mereka doakan yang terbaik... Benda berkaitan rezeki ni, sesiapa pun tidak ada jawapannya melainkan Allah swt... Bagi yang tengah fikir macam mana nak jawab dan intonasi yang betul, marilah kita anggap soalan tu semudah kacang putih... Jangan diambil hati dengan apa yang mereka cakapkan dan jawablah dengan sopan santun... Ok?

Haa, semalam kan, saya test baju kurung moden 2-3 tahun lepas. Baju tu antara baju favourite saya masa belajar kat universiti. Pandai tailor tu buat, sedap terletak aje. Tailor tu memang the best la, cakap je fesyen jenis apa. Kalau hantar kain kat dia, kena cakaplah tak nak belah-belah ni dan buat longgar sikit. Kalau tidak, terperam la baju tu kalau dah berisi. Cerita balik kisah semalam pasal test semula baju kurung moden tu. Perghhh, tak sangka boleh muat lagi tu. Mula-mula tengok baju tu, boleh ke tak muat ni memandangkan saya dah berisi.. Tunjuk dekat husband, dia kata try la. Mula masuk kain baju tu, rasa macam tak muat aje. Sekali boleh kancing lagi. Hahaha.. Lepas aje posing depan husband, terus cakap dengan dia raya kali ni nak pakai korset balik la kasi lagi fit. Husband pun bagi support yang memberangsangkan. Kena buka kotak baju ni, carik semula korset... Hahahaha...

Balik dari beraya etc ni, ingat nak teruskan rejim makan oat, puasa dan exercise... Nak keep fit macam anak dara dulu. Lepas tu, nak pergi buat check doktor untuk fertility. So, sebelum jumpa doktor, kena reduce weight dulu la... Kalau tak, buat malu aje doktor bebel-bebel kena kurus dulu baru on medication... ;p

Monday, August 13, 2012

Busy macam Lebah

Minggu ni minggu sibuk... Sibuk mendobi baju-baju, sibuk mengemas dan sibuk mengingat benda apa nak packing... Hari khamis ni dah naik flight, jadi sebarang kerja-kerja harus la siap sepenuhnya esok/ rabu... Malam rabu tu dah bertolak ke airport sebab pagi buta khamis tu naik belon... Maknanya berkampung la laki bini ni kat airport... Alhamdulillah, hari ni dah siap dobi baju batch 1, malam ni nak dobi baju-baju raya pulak..

Thursday, August 9, 2012

Remuk macam papadom

Aiyoo, mood raya dah kelaut. Mood yang baik semua dah terjun tiruk dari tingkat 20. Hanya tinggal jenis mood tak berapa nak baik. Rasa macam nak sapu dettol dan plaster je mana-mana yang injured. Adoiyai, dah remuk macam papadom. Cerita pasal papadom ni, macam teringin nak makan nasi kandar yang sedap-sedap. Mungkin kalau lepas makan nasi kandar untuk buka, fikiran pun jadi kurang berkecamuk. Setakat ni, saya rasa nasi kandar yang sedap dan membuatkan diri rasa gembira kat universiti dulu. Perghhh, memang best bila dapat makan nasi kandar tu dengan minum milo ais. Milo ais dia pula jenis pekat gitu. Lepas minum mesti rasa nak sengih manjang. Assignment yang melambak pun rasa macam sikit aje. Penipu la kan tiba assignment jadi sikit. ;p Sorry eh, tercerita makanan pula. Tak apalah, sesiapa yang teringin nanti buka puasa pergi terjah kedai mamak yang berdekatan. 

Mood yang baik-baik, datangggglaahhhhhh... Ting!!! Tak jadi apa-apa pun. Hmm, satu malam berfikir macam mana nak bagi mood yang baik jangan pergi. Tipu la kan satu malam kan. Haruslah suku malam aje berfikir dan selebihnya bagi chance mimpi yang best. Nampak gayanya lepas raya ni rasanya nak tukar azam baru la memandangkan hasilnya asyik keluh resah aje. Hehe. Semalam tengok kat tv, petua untuk hilangkan stress dengan membaca surah muhammad [47] ayat 21-32. Nak amalkan la, mana tahu lepas ni nampak jalan yang nyata. Time mood kelaut ni, semua pun nampak negatif. Semoga Allah sentiasa pelihara saya dan apa jua saya buat ni mendapat keredhaanNya. Buat masa sekarang ni, hanya perancangan tak berapa nak rapi tapi idea tu ada elok dalam otak. Bila dah ok, baru saya bagi tau. Excited!

Rasa nak cerita benda lain pulak ahh. Haha, cuba ambil semula mood nak raya. Nak dekat hari raya ni kenalah senyum meleret dan tak boleh muncung macam cik Ti. Hehe. Semalam saya pm kawan kat facebook sebab nak tanya dia kat mana jual biskut raya yang sedap. Sabar jela, dia tanya balik saya tak buat cookies ke tahun ni. Dah kalau mencari readymade, haruslah tak buat biskut raya tahun ni. Apadaaa punya soalan. Tahun lepas saya buat 2 jenis sebab ada rezeki lebih. Tahun ni tak tahu la, kalau tiba-tiba orang bagi duit rm100, insya Allah dengan gembira buat biskut raya. Haha. Biskut kegemaran saya ialah tart nenas tapi tak ada maknanya nak buat sendiri tart gulung tu. Nanti bukan biskut aje yang bergulung, diri sendiri pun bergulung dalam selimut akibat keletihan. Tahun lepas jumpa yang jenis doh nipis tapi kaya dengan inti. Memang menjilat jari. Tahun ni makcik yang jual tu tak buka booth pula kat area pekan. Hmm, tahun ni ramai peniaga buka booth jual baju raya. Bahagian biskut raya entah kemana entah. Alamat pula tak simpan sebab budget adalah kan. Kakak saya sudah pulun buat biskut raya. Setakat yang saya tahu, dah 4-5 jenis biskut raya dah. Tahun ni mami tak beli biskut raya. Rindu la pulakkk. Tak apalah, lepas raya nak pulang ke seremban. Hehe.

Ada sekali tu, saya mimpi abah saya. Dia cakap, nanti saya akan menjadi orang yang berjaya. Wahhh, semoga mimpi menjadi kenyataan la kan. Aminnn... Semoga saya menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. =D Sekarang, tinggal nak kutip kekuatan untuk itu. Kalau tukang baca rajin, bagilah saya tips kejayaan. Tapi kalau boleh tips tu bukan dari buku tapi dari pengalaman masing-masing. Berjaya ni scope dia luas jadi tak kisahlah, mana-mana pun boleh. Tak semestinya kerja sahaja. Peace yo!

Wednesday, August 8, 2012

Style Tudung

Dah lama tak berkecimpung dalam arena mencari tudung hijab fesyen terbaru. Bila mula tolong kawan cari tudung untuk raya baru-baru ni, perghhh, macam-macam jenis ada. Penuh glitter la, berbatu-batu sana sini la,  hoodie dan 2 layer/3 layer semua ada. Tu belum lagi masuk bab melilit selendang. Wahh, kejap jurai kanan, kejap jurai kiri.. Nanti dah bosan, lipat atas pula. hehe. Kreatif kan? Tapi kadang tu ada juga yang sampai pelik jadinya. Maybe certain jenis tudung dan style gayakan tu ikut muka si pemakai kot. Ada orang cun bila pakai begitu, ada yang cun pakai begini. Fesyen boleh tapi jangan pula sampai jadi mangsa fesyen.

Teringat zaman universiti dulu, masa tu tengah glamour shawl bagai ni. Saya yang baru berjinak-jinak mulalah beli 1. Bila dah pandai pakai, tergedik-gedik beli yang lain pula. Cara pemakaian masa tu, sama aje. Tak macam sekarang, macam-macam jenis cara memusingnya. Masuk alam kerjaya, balik kepada tudung bawal. Suasana kerja tak sesuai nak glamour sangat ni. Memang pilihan adalah stok tudung bawal masa tu. Kalau malas nak cari tudung matching dengan baju, pakai aje tudung bawal hitam. Habis cerita. Sekarang, mak saya pula yang ambil alih sebahagian shawl saya sebab saya dah jarang pakai. Tudung yang ada pun kat rumah sewa ni kebanyakkannya tudung bawal. Tudung bawal ni pun jarang-jarang juga pakainya sebab sekarang suka jenis tudung ekspres. Memang ekspres, tak payah susah-susah.

Tudung raya kali ni belum decide lagi. Ingat tahun ni nak pakai shawl. Tengoklah, kalau ada yang berkenan baru rembat. Kalau tak, guna apa aje yang ada. Tudung hitam? Tudung tu kena angkut sekali in case gedik tak nak pakai tudung yang glamour sangat. Hehehe. Hmmm, tudung ekspres pun kena angkut juga kalau macam ni. Ni ada potensi beg penuh dengan tudung aje ni. Hahaha. Mujur beg mekap kecik aje. Mekap la sangat, nanti tu jadi tukun aje dalam beg seperti tahun-tahun lepas. Tak sempat nak melawa sebab dah kerjanya duduk kat dapur tekun isi rendang etc dalam bekas.

Haa, hari ni dah masuk 10 hari terakhir dalam bulan ramadhan. Semoga semuanya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni. Minggu depan dah raya! Sempena dah tulis ni, ampunkan segala salah-silap saya jika ada yang terguris dan selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal beberapa hari aje lagi.

Rasa macam nak dengar lagu raya aje. Agak-agak boleh dah ke dengar lagu raya? Nanti orang kata raya minggu depan, apa kes dengar lagu raya awal-awal? Aaahhhh, lantak la ek, nak dengar la satu round. Mula-mula nak dengar lagu dendang perantau la disebabkan tahun ni raya belah husband. Memang jauh tu, seberang laut china selatan. Hehehe.

Monday, August 6, 2012

Sukan dan Olimpik London 2012

Sepertimana yang kita tahu Dato' Lee Chong Wei kalah kepada pemain China tapi tak kisahlah kan, janji beliau dah tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Saya pasti game badminton malam tadi membuatkan semua orang kecut perut dan berdebar-debar sampai tak selera nak makan & minum. Saya bawa satu cawan kopi panas konon-konon sambil tengok nak minum la. Hmmm, sampai sudah air kopi tak habis lagi. Hubby lak masa tengok tu kaki sampai sejuk-sejuk. Nervous katanya.

Dato' Lee Chong Wei

On twitter.
Terbayang pula kalau diri sendiri dapat masuk bertanding dalam olimpik. For sure, awal-awal dah tersingkir. Hahaha. Yela, kaki bukan kaki atlit tapi kaki shopping. Kan best ada game shopping kat olimpik. Pasti setiap kali olimpik ada rekod terbaru. Hubby ada cerita olimpik dulu-dulu ada art competition iaitu benda-benda seni ni (architecture, literature etc). Tak dapat bayangkan macam mana dipertaruhkan zaman dahulu. Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah tengok di wikipedia.

Olimpik 2012
 Lepas tengok badminton, saya tengok pula acara cycling track. Go Azizulhasni, GO!!! Tak sangka saya begitu bersemangat tengok olimpik tahun ni, haha. Saya selalunya tengok macam tu aje tak la sampai tau game rules. Orang kata tengok sekadar hilang rasa bosan. Sekarang ni dah tau sikit-sikit game rules etc sebab dah ada tukang explain kat rumah ni. ;p

Azizulhasni Awang

Friday, August 3, 2012

Mimpi naik cruise

Pagi tadi mimpi naik kapal cruise. Dalam kapal tu punyalah besar dan mewah. Saya punya bilik kat tingkat atas. Tengah syok lepak dalam bilik, sekali ada announcement la pulak. Ada event daaa. Semua diwajibkan turun kat sebuah pulau ni. Akibat malas saya pun cubalah nak menyorok dalam bilik lain. Pintu bilik tu kecik aje, kira kalau nak masuk tu kena merangkak. Orang lain semua pura-pura tidur. Hampeh aje kan. Sekali event manager tu naik atas sebab nak panggil semua turun. Saya lak masa tu tetiba rasa gedik nak tengok line clear bertembung dengan manager tu. Sudahnya kena duduk kat lobi sementara tunggu orang lain berkumpul... Lepas tu, apalagi, macam biasalah mimpi tergantung macam tu aje... hahahahahahah

Thursday, August 2, 2012

Excited lebih

Minggu ni saya sangat sibuk iaitu sibuk mencari fesyen terbaru baju raya untuk member. Hahaha, sibuk la sangat kan padahal penyibuk je manjang. Bila browse banyak spesis baju tu, apalagi sendiri lak yang terlebih geram nak membeli. Orang lain yang nak membeli, orang lain pula yang excited. Hubby ada cakap kalau ada bonus tahun ni, dia nak tambah sepasang baju raya lagi. Confirm la kalau dia tambah satu, kita pun tambah lagi satu bagi sedondon. Hahaha. ;p

Wednesday, August 1, 2012

Datang Angin Melawa

Semalam akibat asyik surf tudung/selendang/inner yang best, saya pun sudah mariiii itu angin nak bergaya. Masuk bilik stor, punggah selendang yang ada & tudung awning biasa. Sebelum membeli, haruslah try & error dulu guna bahan apa yang ada kan... Nanti barulah tak ada pembaziran itu amalan syaitoooonnnnn disebabkan letak dalam kotak aje buat pekasam. Bila dah melilit tu, terasa diri sangat cun mengalahkan model. Hahaha, yela, dah berapa lama tinggalkan arena tudung lilit-lilit ni. Last pakai masa belajar universiti kot. Dulu mestilah nak cun sentiasa, pakai tudung pun kemas aje. Contohlah nak pergi dating pukul 10 pagi, dalam pukul 9 pagi tu dah siap-siap proses melilit tudung ;p Selalunya saya pakai shawl ni masa nak pergi dating aje tapi kalau pergi kelas capai aje tudung bawal. Senang dan pantas. Dari kolej nak ke kuliyyah punyalah jauh, tak ada maknanya nak melawa sakan. Zaaappppppp!

Bila cerita tudung ni, teringat lak dulu saya bukanlah penggemar tudung awning ni. Ini kerana dulu tak pandai memilih soft awning ke hard awning ke. Bila balik, try la satu round. Satu perkataan aje keluar dari mulut,"hodohnya tudung ni" pastu letak dalam rak. Masa nak dekat-dekat kahwin baru la jumpa yang cun melecun. Masa kenduri belah hubby, pakailah tudung ekspres tu aje. Senang cerita. Hubby pula asyik menyakat aje,"amboi, sekarang dah pandai eh pakai tudung awning ni?" sebab dia tau dari dulu saya tak suka tudung jenis tu. Senyum jela. Janji terasa diri cun bila bertudung kan...

Hmmm, tak ada ke orang jual half moon shawl yang tak sarat sangat ya/ tak berapa nak manik atas kepala tu? Teringin nak satu half moon shawl tu. Senang sikit nak pakai dengan inner awning. Mujur tak ada mesin jahit, kalau tak dah lama saya merempit buat double layer half moon shawl chiffon so tak nampak sangat area leher & boleh pakai depan belakang ikut suka hati. Hmmm... Kalau tukang baca pernah nampak half moon shawl ni yang murah dan tak sarat, boleh la tolong inform saya, ok? Terima kasih & jasamu akan dikenang-kenang.

Tuesday, July 31, 2012

Rasa macam kurus

Gedik kan entry macam ni tapi apa boleh buat terima jela dengan hati terbuka bahawa saya sudah kurus sedikit. Perut pun dah nampak hilang sikit lemak-lemak degil. Haha. Semalam cakap dengan hubby macam sudah kurus la sambil menepuk-nepuk perut ni. Hubby balas," ok, nanti kita pergi timbang berat badan eh?". Sedih betul, hubby tak percaya. Cehhh, tak apa la, janji sendiri tau dah kurus. :p Perasaan mestilah gembira walaupun mungkin kehilangan lemak tu dalam 1kg aje. Kira perkembangan sihat jugalah kan dari tak ada langsung. =D

Sunday, July 29, 2012

Redup

Hari ni redup aje kat luar. Alhamdulillah, tak panas dan tak sejuk sangat. Kelmarin, saya terasa sangat sejuk sampai berselimut pun tak rasa apa dah. Gigil woooo. Tapi tengok hubby, macam ok aje. Saya aje yang lebih-lebih kesejukan. Bila dah sejuk tu, apalagi, buat la senaman iaitu senaman melipat baju. Fuhhhh, banyak kain bertimbun yang tak berlipat. Gasaklah lipat baju laju-laju. Kira ni macam pepatah,"sambil menyelam minum air"; yela, kain dah berlipat dan badan pun naik suam-suam.

Semalam lak aktiviti memenuhkan peti ais dengan barang basah. Mula-mula pergi tesco beli barang kering lepas tu baru pergi pasar beli daging dan ikan. Haa, kalau sesiapa hantu susu dutch lady, semalam nampak 4 kotak 1 liter susu bersamaan RM16. Saya pun beli 1 strawberry, 1 chocolate & 2 susu full cream. Boleh la semua tukang baca pergi serang tesco beli susu hari ni. Hari ni kan hari cuti jadi boleh la berjalan dari melepek aje kat rumah tak ada benda nak buat. Susu ni macam-macam boleh buat seperti dadih, kek moist, letak dalam nasi etc. Hari ni ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka puasa walaupun bahan ada kat rumah. Aiyooo, apa yang pasti nak goreng sayur kangkung. Dalam peti ada kaki ayam, daging, ikan kembung dan ikan siakap. Hmmm, pukul 2 kena siap-siap keluarkan bahan sebab nak tunggu defrost sangatlah lama. Insya Allah, by pukul 2 petang tu dah ada idea nak masak apa.. Hihi.


p.s: terasa nak makan bubur lambuk tapi sini tak ada orang buat bubur lambuk. kena balik seremban la nampak gayanya. sambil makan beramai-ramai sambil boleh melepaskan rindu jumpa family. semoga hubby dapatlah bonus raya, boleh balik jumpa family...yippieeeee~~~

Friday, July 27, 2012

RM10

Saya sangat gembira hari ni sebab terjumpa duit RM 10.00 dalam kocek seluar. Yeay! Petang nanti boleh beli sepotong kek.. Semalam punya kes la ni, teringin nak makan kek lepas tengok orang dah mula perang jual kek kat fb sempena nak raya ni. Paling tak tahan tu, ada pulak yang tepek gambar kek lapis sarawak. Kalau kek lapis ni, saya suka perisa mint, oreo cheese & cadbury cheese. Kek cadbury cheese tu tak boleh makan banyak sebab tersangatlah manis sampai trigger gigi dan kepala. Tahun ni harapnya adalah kek lapis oreo cheese kat rumah saudara-mara belah husband. Boleh makan dengan riang ria~~ Kot lepas makan kek lapis tu, tetiba petah bercakap dialek sarawak..Hahaha..

Err, berbalik pada apa yang hendak dibeli dengan duit RM10 ni.. Mula-mula rasa nak beli kek secret recipe tapi bila tengah syok lipat kain tu terpikir juga beli ayam golek pun syok gak kan? Kalau beli ayam golek boleh simpan sikit untuk sahur esok pagi.. Kalau beli kek secret recipe, sah2 la makan hari ni aje unless duit tu untuk beli bahan untuk satu kek besar. Kek coklat kukus, senang dan mudah... Hehehe... Hmmm, sudah dilema la pulak.. nak kek ke atau nak ayam golek??? Ahhhh! perut, hari ni nak makan kek ke ayam golekkkkkkk?

Wednesday, July 25, 2012

Terima kasih atas rezekiMu

Pukul 5 ptg semalam, hubby balik membawa sekilo kaki ayam. Yey! Rezeki kami semalam sebab ikutkan abang jual ayam tu kadang-kadang berniaga selang sehari. Hehe, jadinya nanti bolehlah buat sup kaki ayam ke kerabu kaki ayam ke kaki ayam goreng ke kan.. Disebabkan semalam dah ada menu berbuka nasi bukhari, ayam masak tomato dan salad timun letak mayonis; tak adalah nak buat sup kaki ayam. Lepas dah siap-siap masak menu berbuka, apalagi layan kejap rancangan Hidangan Barakah kat TV Al hijrah. Salad timun tu pun sebab terpengaruh dengan rancangan tu la.. hehehe..

Tengah syok melepak sambil tengok tv, tetiba terkejut dengar orang bagi salam. Hubby la yang menyambut salam akak tu. Akak tu sedekah satu plastik merah dan dia kata kat hubby dah sampai giliran dia untuk bersedekah dalam taman perumahan ni. Bila hubby letak atas meja, saya pun jenguk la dalam plastik tu. Wahhh, ada seplastik besar air soya, mee goreng satu polisterin, popia 2 biji & karipap 2 biji. Terus cakap dengan hubby rezeki kita dapat makan popia dan karipap sebab kebetulan hubby cari kat gerai tempat selalu beli popia & karipap sedap tapi orang tu tak jual pulak. Alhamdulillah, syukur di atas rezekiMu ini. Saya doakan semoga jiran ni dimurahkan rezekinya, dilimpahi rahmat dan diberikan kesihatan yang bagus. Terima kasih wahai jiran.. =D

Sunday, July 22, 2012

Scorecard Bulan Puasa

Tadi saya terfikir nak buat scorecard khas untuk bulan puasa. Scorecard ni saya buat untuk diri saya sendiri... Azam saya bulan puasa ni nak bagi puasa dan terawikh tip top (tak nak dah terawikh rongak-rongak!). Anda pun boleh juga buat sendiri. Mula-mula ambil calender kosong dan edit dekat application paint. So, bolehlah anda monitor diri sendiri di bulan puasa ni. Hmmm, nak kata nota ringkas pun boleh la. Dot-dot warna kat sebelah tarikh tu saya indicate sebagai hari-hari puasa dan hari yang pergi terawikh. Tahun ni, betul-betul nak bagi penuh terawikh. Rugi pula rasanya tahun lepas tak berapa bersungguh-sungguh. Marilah join saya buat scorecard ni... Menarik~~~ Semoga kita berjaya =D

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga untuk beribadat kepadaMu... Aminnnn...


Friday, July 20, 2012

Sehari sebelum puasa

Salam tengah hari... Saya tengah berhempas pulas kat dapur.. Hari ni masak simple aje iaitu ayam goreng letak rempah kari sikit dan juga pajeri terung. Tengah godak-godak plastik sayur, nampak pulak terung 3 ketul tadi. Duk pikir nak celur saje ke atau nak buat pajeri. Last2 pikir pajeri jela sebab ayam pun kering (goreng) takkan nak celur biasa aje kan? Gasak la, janji kul 2 nanti dah boleh makan tengah hari. =D

Disebabkan esok hari nak puasa, ramai betul orang kat pasar nak-nak part beli daging & ayam. Saya pun kena beratur juga nak beli ayam. Suasana kat pasar tu dah macam esok nak raya pulak dah. Mungkin hari ni ada yang makan besar kot, yela, bagi menyambut ramadhan pada esok hari. Jadi, hari ni la anak-anak pulang ke kampung berpuasa bersama ahli keluarga tersayang. Saya dan husband duduk diam-diam aje kat sini memandangkan kami jauh dari keluarga masing-masing. Malam ni sudah bermula solat terawikh dan kanak-kanak pula maybe malam ni dah start main bunga api. =D Masa borak-borak semalam dengan husband pun bukak cerita masa dia kecik-kecik dulu, dia pernah main mercun dekat dengan surau. Akibatnya tok imam terkejut dengar bunyi mercun... Hehe...

Marilah kita berpuasa dengan tenang.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan

Syukur alhamdulillah, saya sudah sihat sedikit. Hari tu agaknya excessive kemas rumah sampai sakit pinggang bagai. Mujur ada kawan bagitahu pasal multivitamin yang ok untuk saya consume. Sekarang saya makan Kordel's Bio-Liquid Women Multi with Fish Oil untuk kesegaran, kecergasan dan membaikpulih tahap kesihatan. Dah rupa macam promoter pulak. Sehari ambil sebiji aje, jangan sesekali overdose pulak. Sebotol 30 biji dalam RM 35, harga tu lepas diskaun. Kalau harga sebenar rasanya dalam RM 43, ni yang kawan bagitahu la. Bagi yang asyik rasa lesu dan tidak bermaya aje, boleh la ambil multivitamin ni. Tapi kalau yang lesu ada hari-hari tertentu tu, tak boleh nak buat apa la. Tu namanya memang mood kelaut nak buat kerja. ;p ;p ;p

pinjam gambar dari kawan saya.. Ibu Ila

Tinggal beberapa hari sahaja lagi bagi kita umat Islam menunaikan ibadah puasa pada bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan. Jadi, jangan pula sesiapa mengigau cari breakfast hari Sabtu ni. Tak pasal-pasal kena naik van. Hehe. Sempena bulan puasa yang akan tiba ni, semoga kita semua dapat menunaikan ibadah ini dengan sebaik mungkin. Tinggalkan yang melalaikan dan mula bina diri dengan benda kebaikan. Kalau boleh, secara berterusan la buat benda baik.

ihsan google
Sempena nak masuk bulan puasa ini, saya ingin meminta maaf kepada hubby, ahli keluarga saya dan keluarga mertua, saudara-mara, sepupu, anak buah, kawan-kawan dari kecil sampai sekolah universiti, blogger-blogger dan tukang baca saya jika ada tersalah laku dan kadang-kadang menyinggung perasaan. Ampunkan segala kesalahan saya selama ini. Saya manusia biasa yang tidak lari dari  melakukan kesilapan.

ihsan google

 Semoga bulan ini dan bulan seterusnya memberikan kita 1001 kemanisan yang tidak terhingga. =D 

ihsan google


(Tengah syok-syok menaip ni, saya teringat pula masa puasa bersama keluarga kat seremban. Insya Allah, ada kelapangan kami akan pulang berpuasa bersama-sama nanti. Nak request sambal goreng jawa agak-agak boleh tak? hehe ;p ;p ;p)

Monday, July 16, 2012

Unspeakable

I couldn't help anymore
Don't ask me why 
I think I should remain silent
Better as it is
Everyone will be happy
Unspeakable, yes, unspeakable
Silence are good for us
Sometimes words are not needed
I will not repeat it again
 

Sunday, July 15, 2012

Hobi

Sekarang saya sudah mempunyai hobi baru iaitu mengumpul buku-buku menjahit pula...Bak kata husband, kumpul sikit-sikit barangnya nanti dah dapat mesin jahit kasi buat banyak jenis baju... Hehehe, terima kasih kekanda kerana telah membelikan adinda segala benda. Sob3x, terhutang budi. Nanti adinda sudah bekerja, adinda belanja kekanda mekap si hijau tu ya... Heee~~

Ni antara koleksi buku yang ada...Tools untuk menjahit akan menyusul kemudian... Hehehe

murah je buku ni..rm 17.90

terus nak buat yg moden tu..ekekeke..
kebaya..ntah bila boleh muat balik ntah

baju melayu..tidak payah menghabiskan duit rm 130 utk upah @_@

boleh la buat seluar sendiri...yippie~~