Monday, May 21, 2012

Syahdu~~



Malam tadi tiba-tiba rasa syahdu. Tahap sensitif menjadi tinggi; setinggi gunung kinabalu. Hahaha, yela, kalau tinggi macam everest tu namanya memang berpenyakit. ;p Asalnya, tak terasa pun apa orang cakap tapi bila duduk baring bayang macam-macam, tu yang datang angin sentimental aje. Setan-setan pula makin syok la simbah minyak petrol di kala emosi kurang stabil. Banyak kali cuba rasa tak nak sedih, time tu la makin ntah apa-apa ntah. Kesudahannya, masa nak tidur tu siap doa lagi,"Ya Allah, berikanlah aku mimpi-mimpi yang gembira agar hilang kesedihan malam ni".. Lepas je doa macam tu, tak lama tu tidur.. Saya mimpi saya nak pergi mengaji Al-Quran & masa tu pula ada ujian jadi kena hafal ayat hafazan gitu..Ayatnya saya dah tak ingat, surahnya apatah lagi.. Cuba-cuba ingat, still tak boleh. Jadinya, saya pun berzikir la alhamdulillah, subhanallah & allahu akbar..Tiba-tiba terjaga, dah subuh rupanya.

Pagi ni bangun dengan semangat baru dan semoga kali ni segala usaha membuahkan hasil. Aminnn



Oh ya, esok masuk bulan rejab dimana pintu taubat akan terbuka dengan luasnya. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita selama ini, melimpahkan segala rahmatNya, murahkan rezeki dan membuka segala pintu rezeki buat kita.. Jom nak kita berpuasa dalam bulan rejab ni? :D


Rasullullah s.a.w. bersabda;
  1. “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga” 
  2. “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
  3. “Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
  4. “Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
  5. “Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
  6. “Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
  7. “Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
  8. “Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
  9. “Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
  10. “Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
  11. “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
  12. “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
  13. “Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
  14. “Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
  15. “Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
  16. “Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
  17. “Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
  18. “Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
  19. “Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
  20. “Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
  21. “Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Saturday, May 19, 2012

Arah kiblat

Scene petang tadi masa tuan rumah datang rumah. Dia terpandang sejadah yg terbentang...

Tuan rumah: Encik solat arah kiblat macam ni ya? Setahu saya, arah kiblat rumah ni senget lagi ke kiri.. (dia memang bahasakan husband encik padahal dia lagi tua)
Husband    : Saya cek dulu guna kompas, arah dia macam ni..cuma senget sikit je..tapi tu la, kompas saya entah kemana, kalo tak boleh cek lagi sekali.
Saya          : A'ah, hari tu siap tengok bintang lagi nak tentukan betul ke tak arah ni. (dalam kepala, teringat ustaz don ajar sungguh-sungguh pasal arah kiblat ni..so, kitorang pun gunakan ilmu tu)
Tuan rumah: Ohh, sebab seingat saya dulu arahnya senget lagi..

Bila tuan rumah dah pulang, husband mula tertanya-tanya betul ke arah tu sebab dia cek rasa dah betul. Saya cakap kita yakin la dengan diri sendiri sebab dah cek ikut arah bintang tu & ternyata kita di landasan yang benar...eceihhh... Walaupun yakin 100% kami betul, kami ambil inisiatif juga beli kompas baru (berdosa kalau orang dah bagi tau tapi kita tak cek betul2 tau). Balik dari popular book store, terus cek sama ada betul ke tak arah yg ni.. Alhamdulillah, kami betul..

Jadi, kepada kawan2 yang was-was pasal arah kiblat sekarang ni betul ke tak, silalah beli kompas dan cek betul ke tak.. pasal berapa degree tu, boleh cek website majlis agama bagi negeri masing-masing.. Bagi kami yang kat sg petani ni, 291 degree. Kalau apa, boleh tengok video ustaz don kat youtube mengenai cara-cara menentukan arah kiblat dgn betul. Ilmu itu pun kita boleh gunakan kemudian nanti. Kepada tukang baca yang sudah ada anak2, boleh la ajak mereka join dan ajar cara menentukan arah kiblat ni. Best wooo, nak2 tang tengok bintang kat langit untuk cari arah kiblat..

Thursday, May 10, 2012

Mood- Campur Aduk

helo, helo dan helo kepada semua tukang baca. Dah lama tak karang ayat-ayat puitis kat sini ;p Selama tak bersiaran ni, saya sibuk kan diri dengan aktiviti borak2 dengan member2 dekat facebook, mencari pekerjaan dan mencuci mata (online shopping) kat facebook juga. Hahaha, sangat kurang senonoh ek tang cuci mata tu?
thanks mr google..ni la pekerjaan saya..sambil fb, cari keje & cuci mata online shopping (silap2 beli terus kalo berkenan ;p)
Minggu ni minggu sakit hati sebab hari tu ada la seekor anjing terkedek2 masuk pagar rumah. Akibatnya, terpaksa la samak selipar-selipar & langsir kat depan ni haa. Baik punya landing dekat sliding door grill. Mujur la ia tak duduk kat area ampaian tu. Kalau tak satu kerja lagi nak samak baju-baju tu. Lepas beberapa hari insiden tu, datang lagi seekor anjing. Yang ni pulak, kes kencing kat pokok depan luar pagar tu..Hopefully tak kena pokok delima kesayangan ku. Sob3x, sedih rasanya. Ni la first time nampak anjing lalu kawasan ni. Selalunya tak ada pun anjing yang berani lalu jalan ni. Cehh..

Minggu ni juga minggu bermalasan. Hehe, tapi dalam kemalasan tu juga, masak lauk sedap-sedap still on. Alkisahnya, hujung minggu lepas, bertandang kejap rumah tuan rumah sewa ni lepas tengok rumah baru area sini. Komen pasal fasa taman baru ni, rumah banglo dia sangatlah affordable. Bilik 5 dan kawasan dalam rumah sangat cun baru harga dalam rm300+k. Siapa-siapa yang memang tengah cari rumah area sg petani ni, silalah survey dari sekarang. Ingatkan nak ambil gambar rumah contoh dia, tapi terang2 dia tunjuk kat sliding door rumah tu 'no camera'. Meriah sangat masa hari pelancaran rumah contoh tu, siap ada A&W, permainan untuk semua sementara tunggu mak ayah booking rumah & makanan serta minuman free. Sejuk tekak minum air teh bunga ais. Hehehe. Balik pada cerita pergi rumah tuan rumah tu. Masa borak-borak tu, masuklah bab tempoyak. Apalagi galaklah masing-masing cerita pasal masakan & ikan patin temerloh. Dia cerita mak dia suka buat tempoyak guna durian yang fresh dan ada staff dia jual ikan patin so dia kirim la ikan sekilo dua kalau staff dia balik pahang. Dah nak balik tu, wife tuan rumah tu bagi la sedikit tempoyak. Dengan tersengih-sengihnya, saya ambil la bungkusan tu (dalam otak dah pikir balik ni nak masak gulai tempoyak ;p). Esoknya tu, pergi pasar beli ikan apa tah nama dia lepas tu masak gulai tempoyak..Fuhhh, nikmat~~ Dah lama cari tempoyak kat sini, tapi tak jumpa2x. Kalau saya tengah mengidam, boleh menangis dibuatnya akibat tak jumpa tempoyak. Hahaha

gulai tempoyak, terung celur & sambal belacan
hmmm, terliur semula lak tengok gambar gulai tempoyak ni. Mujurlah dah habis stok tempoyak kalau tak, ada yang masak gulai ni lagi. Hihi. Minggu ni juga minggu mencari pekerjaan secara aktif. Semoga dapat kerja lah kali ini. Aminnn. Boleh la menolong husband sikit-sikit. Ni pun dah nak bulan puasa. Haa, bagi yang belum ganti puasa, silalah ganti puasa anda. Sekarang dah bulan 5. Pejam celik pejam celik dah nak bulan ramadhan. Cerita pasal nak menghampiri bulan puasa ni, para isteri & ibu sure dah mula pergi kedai kain/ beli kain secara online kan. Hehe. Kain saya tahun lepas ada lagi, nak hantar tailor tapi tak tau tailor mana yang jahitan dia ok. Ingat tahun ni, nak buat baju ala jubah aje..Sarung je, tak payah susah2x..Lagipun, tahun ni balik sarawak jadinya kenalah prepare betul2 apa nak isi dalam luggage tu. Kalau raya sini, tak cukup baju tak apa, selongkar je almari mami sebab mami banyak baju jubah. Hahahaha. Andaikata pregnant, maknanya dalam luggage tu penuh dengan baju mengandung la nampaknya. Hehe (berangan preggy masa balik raya nanti.aminnnn~~).
Luggage oh Luggage..beginilah rupanya bila pulang berhari raya tapi tak la sebanyak ni, ni dah macam org lari rumah. :))

Haaa, dah tulis panjang-panjang ni rasa lapar pula. Hari ni saya ingat nak buat nasi lemak aje untuk makan tengah hari. Senang sikit. Semalam buat nasi goreng cili padi yang cili padinya tak pedas langsung..Sabar aje la.. Esok mahu pergi pasar, beli stok untuk minggu depan. Saya sangat suka hujung minggu sebab husband ada kat rumah. Ada la juga member nak borak-borak. Hehehe.. Untuk tukang baca, selamat berhujung minggu bersama keluarga dan tiada yang lebih penting dari meluangkan masa cuti anda bersama orang-orang yang tersayang. Ketepikan semua kerja buat sementara & gunakan masa itu dengan benda berfaedah macam pergi berkelah, tengok binatang kat zoo, makan-makan (ni wajib ada setiap entry saya) dan melancong ke negeri2 lain (honeymoon ke kan, ada shiokkk).

Tata everybody~~





   

Tuesday, May 1, 2012

Mood- kasih sayang



Bila dengar lagu shania twain, " I won't leave you lonely" & "Forever and For Always" mula la feeling semacam je.. Hehe.. ;p dear hubby, you are the one i adore..je t'aime~~ Semoga our marriage berkekalan bahagia sampai bila2 & dikurniakan zuriat pelengkap keluarga =D