Thursday, August 30, 2012

Gering

Dah 2 hari demam...sangat-sangatlah tak syok demam time raya ni...rasanya kena demam ni disebabkan travel berturut-turut...mana taknya, balik dari kuching terus balik ke seremban tengah malamnya tu...bila dah sampai seremban, esok lusanya terus abah buat open house ajak jiran-jiran terdekat...letih tu tak usah cakap la, memang flat habis...mujur la demam kali ni tak teruk sangat, kiranya masih boleh makan dengan penuh berselera...hehe...

Wednesday, August 15, 2012

Packing!!

Semalam dah packing sikit, tak larat pukul 12 malam aje dah tidur. Letih, sakit pinggang semua ada sebab berapa hari asyik kerja mendobi. Nanti nak tunggu husband pulang, nak membeli-belah lagi sikit macam tudung raya, selipar raya untuk husband. Malam tadi, saya yang shopping sakan. Saya beli barang mekap, sandal & inner tudung. Hehehe. Terima kasih wahai husband! nanti adinda dah bekerja, dinda belanja kanda pulak ehhh... Malam ni lepas isyak dah nak bertolak ke airport. Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat pergi dan balik... Amiinnnnn...

Selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba kepada semua... Macam mana, sudah prepare nak menyambut kedatangan hari mulia tu? Kalau dah, alhamdulillah. Semoga segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada tukang baca yang sudi membaca blog saya ni.


Maafkan saya jika ada salah silap selama saya menulis di blog ini. Marilah kita beraya dengan hati yang lapang dan tenang. Semoga kemanisan beraya tahun ni berganda-ganda dari tahun-tahun lepas. =D

Tuesday, August 14, 2012

Raya & Benda yang ditakuti

Hari ni baca posting abg angkat kat facebook mengenai betapa ngerinya dia nak menghadap soalan yang paling ditakuti iaitu "Bila nak kahwin?"... Lepas baca status tu, saya pun gelak sakan la sebabnya saya rasa nanti ni ada juga yang bertanya soalan sebegitu rupa cumanya lain sikit la soalannya... Nak menjawab tu kena ada mental dan fizikal yang kuat sebab kalau tak, mood nak berhari raya pun boleh drop 0% dari 99%... Agaknya saya dah kebal sikit dari sebelum ni, so, rasanya bila kena tanya tu macam biasalah; senyum aje la & minta mereka doakan yang terbaik... Benda berkaitan rezeki ni, sesiapa pun tidak ada jawapannya melainkan Allah swt... Bagi yang tengah fikir macam mana nak jawab dan intonasi yang betul, marilah kita anggap soalan tu semudah kacang putih... Jangan diambil hati dengan apa yang mereka cakapkan dan jawablah dengan sopan santun... Ok?

Haa, semalam kan, saya test baju kurung moden 2-3 tahun lepas. Baju tu antara baju favourite saya masa belajar kat universiti. Pandai tailor tu buat, sedap terletak aje. Tailor tu memang the best la, cakap je fesyen jenis apa. Kalau hantar kain kat dia, kena cakaplah tak nak belah-belah ni dan buat longgar sikit. Kalau tidak, terperam la baju tu kalau dah berisi. Cerita balik kisah semalam pasal test semula baju kurung moden tu. Perghhh, tak sangka boleh muat lagi tu. Mula-mula tengok baju tu, boleh ke tak muat ni memandangkan saya dah berisi.. Tunjuk dekat husband, dia kata try la. Mula masuk kain baju tu, rasa macam tak muat aje. Sekali boleh kancing lagi. Hahaha.. Lepas aje posing depan husband, terus cakap dengan dia raya kali ni nak pakai korset balik la kasi lagi fit. Husband pun bagi support yang memberangsangkan. Kena buka kotak baju ni, carik semula korset... Hahahaha...

Balik dari beraya etc ni, ingat nak teruskan rejim makan oat, puasa dan exercise... Nak keep fit macam anak dara dulu. Lepas tu, nak pergi buat check doktor untuk fertility. So, sebelum jumpa doktor, kena reduce weight dulu la... Kalau tak, buat malu aje doktor bebel-bebel kena kurus dulu baru on medication... ;p

Monday, August 13, 2012

Busy macam Lebah

Minggu ni minggu sibuk... Sibuk mendobi baju-baju, sibuk mengemas dan sibuk mengingat benda apa nak packing... Hari khamis ni dah naik flight, jadi sebarang kerja-kerja harus la siap sepenuhnya esok/ rabu... Malam rabu tu dah bertolak ke airport sebab pagi buta khamis tu naik belon... Maknanya berkampung la laki bini ni kat airport... Alhamdulillah, hari ni dah siap dobi baju batch 1, malam ni nak dobi baju-baju raya pulak..

Thursday, August 9, 2012

Remuk macam papadom

Aiyoo, mood raya dah kelaut. Mood yang baik semua dah terjun tiruk dari tingkat 20. Hanya tinggal jenis mood tak berapa nak baik. Rasa macam nak sapu dettol dan plaster je mana-mana yang injured. Adoiyai, dah remuk macam papadom. Cerita pasal papadom ni, macam teringin nak makan nasi kandar yang sedap-sedap. Mungkin kalau lepas makan nasi kandar untuk buka, fikiran pun jadi kurang berkecamuk. Setakat ni, saya rasa nasi kandar yang sedap dan membuatkan diri rasa gembira kat universiti dulu. Perghhh, memang best bila dapat makan nasi kandar tu dengan minum milo ais. Milo ais dia pula jenis pekat gitu. Lepas minum mesti rasa nak sengih manjang. Assignment yang melambak pun rasa macam sikit aje. Penipu la kan tiba assignment jadi sikit. ;p Sorry eh, tercerita makanan pula. Tak apalah, sesiapa yang teringin nanti buka puasa pergi terjah kedai mamak yang berdekatan. 

Mood yang baik-baik, datangggglaahhhhhh... Ting!!! Tak jadi apa-apa pun. Hmm, satu malam berfikir macam mana nak bagi mood yang baik jangan pergi. Tipu la kan satu malam kan. Haruslah suku malam aje berfikir dan selebihnya bagi chance mimpi yang best. Nampak gayanya lepas raya ni rasanya nak tukar azam baru la memandangkan hasilnya asyik keluh resah aje. Hehe. Semalam tengok kat tv, petua untuk hilangkan stress dengan membaca surah muhammad [47] ayat 21-32. Nak amalkan la, mana tahu lepas ni nampak jalan yang nyata. Time mood kelaut ni, semua pun nampak negatif. Semoga Allah sentiasa pelihara saya dan apa jua saya buat ni mendapat keredhaanNya. Buat masa sekarang ni, hanya perancangan tak berapa nak rapi tapi idea tu ada elok dalam otak. Bila dah ok, baru saya bagi tau. Excited!

Rasa nak cerita benda lain pulak ahh. Haha, cuba ambil semula mood nak raya. Nak dekat hari raya ni kenalah senyum meleret dan tak boleh muncung macam cik Ti. Hehe. Semalam saya pm kawan kat facebook sebab nak tanya dia kat mana jual biskut raya yang sedap. Sabar jela, dia tanya balik saya tak buat cookies ke tahun ni. Dah kalau mencari readymade, haruslah tak buat biskut raya tahun ni. Apadaaa punya soalan. Tahun lepas saya buat 2 jenis sebab ada rezeki lebih. Tahun ni tak tahu la, kalau tiba-tiba orang bagi duit rm100, insya Allah dengan gembira buat biskut raya. Haha. Biskut kegemaran saya ialah tart nenas tapi tak ada maknanya nak buat sendiri tart gulung tu. Nanti bukan biskut aje yang bergulung, diri sendiri pun bergulung dalam selimut akibat keletihan. Tahun lepas jumpa yang jenis doh nipis tapi kaya dengan inti. Memang menjilat jari. Tahun ni makcik yang jual tu tak buka booth pula kat area pekan. Hmm, tahun ni ramai peniaga buka booth jual baju raya. Bahagian biskut raya entah kemana entah. Alamat pula tak simpan sebab budget adalah kan. Kakak saya sudah pulun buat biskut raya. Setakat yang saya tahu, dah 4-5 jenis biskut raya dah. Tahun ni mami tak beli biskut raya. Rindu la pulakkk. Tak apalah, lepas raya nak pulang ke seremban. Hehe.

Ada sekali tu, saya mimpi abah saya. Dia cakap, nanti saya akan menjadi orang yang berjaya. Wahhh, semoga mimpi menjadi kenyataan la kan. Aminnn... Semoga saya menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. =D Sekarang, tinggal nak kutip kekuatan untuk itu. Kalau tukang baca rajin, bagilah saya tips kejayaan. Tapi kalau boleh tips tu bukan dari buku tapi dari pengalaman masing-masing. Berjaya ni scope dia luas jadi tak kisahlah, mana-mana pun boleh. Tak semestinya kerja sahaja. Peace yo!

Wednesday, August 8, 2012

Style Tudung

Dah lama tak berkecimpung dalam arena mencari tudung hijab fesyen terbaru. Bila mula tolong kawan cari tudung untuk raya baru-baru ni, perghhh, macam-macam jenis ada. Penuh glitter la, berbatu-batu sana sini la,  hoodie dan 2 layer/3 layer semua ada. Tu belum lagi masuk bab melilit selendang. Wahh, kejap jurai kanan, kejap jurai kiri.. Nanti dah bosan, lipat atas pula. hehe. Kreatif kan? Tapi kadang tu ada juga yang sampai pelik jadinya. Maybe certain jenis tudung dan style gayakan tu ikut muka si pemakai kot. Ada orang cun bila pakai begitu, ada yang cun pakai begini. Fesyen boleh tapi jangan pula sampai jadi mangsa fesyen.

Teringat zaman universiti dulu, masa tu tengah glamour shawl bagai ni. Saya yang baru berjinak-jinak mulalah beli 1. Bila dah pandai pakai, tergedik-gedik beli yang lain pula. Cara pemakaian masa tu, sama aje. Tak macam sekarang, macam-macam jenis cara memusingnya. Masuk alam kerjaya, balik kepada tudung bawal. Suasana kerja tak sesuai nak glamour sangat ni. Memang pilihan adalah stok tudung bawal masa tu. Kalau malas nak cari tudung matching dengan baju, pakai aje tudung bawal hitam. Habis cerita. Sekarang, mak saya pula yang ambil alih sebahagian shawl saya sebab saya dah jarang pakai. Tudung yang ada pun kat rumah sewa ni kebanyakkannya tudung bawal. Tudung bawal ni pun jarang-jarang juga pakainya sebab sekarang suka jenis tudung ekspres. Memang ekspres, tak payah susah-susah.

Tudung raya kali ni belum decide lagi. Ingat tahun ni nak pakai shawl. Tengoklah, kalau ada yang berkenan baru rembat. Kalau tak, guna apa aje yang ada. Tudung hitam? Tudung tu kena angkut sekali in case gedik tak nak pakai tudung yang glamour sangat. Hehehe. Hmmm, tudung ekspres pun kena angkut juga kalau macam ni. Ni ada potensi beg penuh dengan tudung aje ni. Hahaha. Mujur beg mekap kecik aje. Mekap la sangat, nanti tu jadi tukun aje dalam beg seperti tahun-tahun lepas. Tak sempat nak melawa sebab dah kerjanya duduk kat dapur tekun isi rendang etc dalam bekas.

Haa, hari ni dah masuk 10 hari terakhir dalam bulan ramadhan. Semoga semuanya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ni. Minggu depan dah raya! Sempena dah tulis ni, ampunkan segala salah-silap saya jika ada yang terguris dan selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal beberapa hari aje lagi.

Rasa macam nak dengar lagu raya aje. Agak-agak boleh dah ke dengar lagu raya? Nanti orang kata raya minggu depan, apa kes dengar lagu raya awal-awal? Aaahhhh, lantak la ek, nak dengar la satu round. Mula-mula nak dengar lagu dendang perantau la disebabkan tahun ni raya belah husband. Memang jauh tu, seberang laut china selatan. Hehehe.

Monday, August 6, 2012

Sukan dan Olimpik London 2012

Sepertimana yang kita tahu Dato' Lee Chong Wei kalah kepada pemain China tapi tak kisahlah kan, janji beliau dah tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Saya pasti game badminton malam tadi membuatkan semua orang kecut perut dan berdebar-debar sampai tak selera nak makan & minum. Saya bawa satu cawan kopi panas konon-konon sambil tengok nak minum la. Hmmm, sampai sudah air kopi tak habis lagi. Hubby lak masa tengok tu kaki sampai sejuk-sejuk. Nervous katanya.

Dato' Lee Chong Wei

On twitter.
Terbayang pula kalau diri sendiri dapat masuk bertanding dalam olimpik. For sure, awal-awal dah tersingkir. Hahaha. Yela, kaki bukan kaki atlit tapi kaki shopping. Kan best ada game shopping kat olimpik. Pasti setiap kali olimpik ada rekod terbaru. Hubby ada cerita olimpik dulu-dulu ada art competition iaitu benda-benda seni ni (architecture, literature etc). Tak dapat bayangkan macam mana dipertaruhkan zaman dahulu. Menarik kan? Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah tengok di wikipedia.

Olimpik 2012
 Lepas tengok badminton, saya tengok pula acara cycling track. Go Azizulhasni, GO!!! Tak sangka saya begitu bersemangat tengok olimpik tahun ni, haha. Saya selalunya tengok macam tu aje tak la sampai tau game rules. Orang kata tengok sekadar hilang rasa bosan. Sekarang ni dah tau sikit-sikit game rules etc sebab dah ada tukang explain kat rumah ni. ;p

Azizulhasni Awang

Friday, August 3, 2012

Mimpi naik cruise

Pagi tadi mimpi naik kapal cruise. Dalam kapal tu punyalah besar dan mewah. Saya punya bilik kat tingkat atas. Tengah syok lepak dalam bilik, sekali ada announcement la pulak. Ada event daaa. Semua diwajibkan turun kat sebuah pulau ni. Akibat malas saya pun cubalah nak menyorok dalam bilik lain. Pintu bilik tu kecik aje, kira kalau nak masuk tu kena merangkak. Orang lain semua pura-pura tidur. Hampeh aje kan. Sekali event manager tu naik atas sebab nak panggil semua turun. Saya lak masa tu tetiba rasa gedik nak tengok line clear bertembung dengan manager tu. Sudahnya kena duduk kat lobi sementara tunggu orang lain berkumpul... Lepas tu, apalagi, macam biasalah mimpi tergantung macam tu aje... hahahahahahah

Thursday, August 2, 2012

Excited lebih

Minggu ni saya sangat sibuk iaitu sibuk mencari fesyen terbaru baju raya untuk member. Hahaha, sibuk la sangat kan padahal penyibuk je manjang. Bila browse banyak spesis baju tu, apalagi sendiri lak yang terlebih geram nak membeli. Orang lain yang nak membeli, orang lain pula yang excited. Hubby ada cakap kalau ada bonus tahun ni, dia nak tambah sepasang baju raya lagi. Confirm la kalau dia tambah satu, kita pun tambah lagi satu bagi sedondon. Hahaha. ;p

Wednesday, August 1, 2012

Datang Angin Melawa

Semalam akibat asyik surf tudung/selendang/inner yang best, saya pun sudah mariiii itu angin nak bergaya. Masuk bilik stor, punggah selendang yang ada & tudung awning biasa. Sebelum membeli, haruslah try & error dulu guna bahan apa yang ada kan... Nanti barulah tak ada pembaziran itu amalan syaitoooonnnnn disebabkan letak dalam kotak aje buat pekasam. Bila dah melilit tu, terasa diri sangat cun mengalahkan model. Hahaha, yela, dah berapa lama tinggalkan arena tudung lilit-lilit ni. Last pakai masa belajar universiti kot. Dulu mestilah nak cun sentiasa, pakai tudung pun kemas aje. Contohlah nak pergi dating pukul 10 pagi, dalam pukul 9 pagi tu dah siap-siap proses melilit tudung ;p Selalunya saya pakai shawl ni masa nak pergi dating aje tapi kalau pergi kelas capai aje tudung bawal. Senang dan pantas. Dari kolej nak ke kuliyyah punyalah jauh, tak ada maknanya nak melawa sakan. Zaaappppppp!

Bila cerita tudung ni, teringat lak dulu saya bukanlah penggemar tudung awning ni. Ini kerana dulu tak pandai memilih soft awning ke hard awning ke. Bila balik, try la satu round. Satu perkataan aje keluar dari mulut,"hodohnya tudung ni" pastu letak dalam rak. Masa nak dekat-dekat kahwin baru la jumpa yang cun melecun. Masa kenduri belah hubby, pakailah tudung ekspres tu aje. Senang cerita. Hubby pula asyik menyakat aje,"amboi, sekarang dah pandai eh pakai tudung awning ni?" sebab dia tau dari dulu saya tak suka tudung jenis tu. Senyum jela. Janji terasa diri cun bila bertudung kan...

Hmmm, tak ada ke orang jual half moon shawl yang tak sarat sangat ya/ tak berapa nak manik atas kepala tu? Teringin nak satu half moon shawl tu. Senang sikit nak pakai dengan inner awning. Mujur tak ada mesin jahit, kalau tak dah lama saya merempit buat double layer half moon shawl chiffon so tak nampak sangat area leher & boleh pakai depan belakang ikut suka hati. Hmmm... Kalau tukang baca pernah nampak half moon shawl ni yang murah dan tak sarat, boleh la tolong inform saya, ok? Terima kasih & jasamu akan dikenang-kenang.