Monday, April 29, 2013

Fokus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya rasa asyik mengantuk aje, pantang nampak bantal nak landing aje memanjang... Hajat hati konon nak basuh baju tapi bila fikir balik, malam nanti jela basuh... ;p Malam tadi payah sangat nak tidur sebabnya panas sangat dan paling bijak sekali dah tau panas, pergi pula minum air Pearl Cafe tu haaa... Terserlah kebijaksanaan yang tidak terperi! Semalam nak sangat minum Pearl Cafe, tu yang beli kat 7 Eleven... Hmmm, hari ni, nak tak nak kena fokus la buat something yang berguna sikit... Rasa-rasa nak potong kain la hari ni tapi tak tahulah waktunya- maybe lepas Zohor kot... Hari ni target nak buat banyak pattern beg, harapnya bolehlah saya fokus dengan baik... Lusa dah nak balik Seremban, hari khamis esoknya tu dah nak hantar husband ke airport (semangat mengundi ^3^)... Haiyaa, bosan la pula tak ada member, sudahnya minggu ni kiranya jadi single but not available sekejap la untuk 4 hari... Hari sabtu sure kakak ajak pergi berjalan meneman anak-anak buah pergi menghabiskan masa dengan bermain... Huhu... Untuk memberi diri sendiri gembira selama 4 hari (macam la PJJ lama, cettt) hari ni kenalah potong kain, lepas tu siap-siap order online butang dan hujung minggu bolehlah mengerjakan memasang butang kemudian hari ahad tepat pukul 8 pagi pergi beratur kat kawasan masjid sempena mengundi secara berjemaah- Abah, Mami, Kakak-kakak... Hohoho... Petang isnin tu kembali terpacak kat KLIA tengok kapal terbang naik turun dulu sambil makan coklat ataupun minum secawan milo panas ke ataupun menyuapkan diri dengan burger yang sedap sebelum melambai-lambai dari jauh menerima kepulangan husband pukul 8 malam di balai ketibaan...

Thursday, April 25, 2013

Klinik

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam tadi selepas rasa sometimes sakit dada sebab batuk dan sejuk, saya cakap dengan husband dah tak tahan dah batuk-batuk ni... Ubat yang doktor prescribed 9 hari lepas pun dah habis especially ubat batuk... Maka, lepas solat maghrib husband pun ajak pergi jumpa lagi sekali... Bila dah masuk bilik doktor, saya pun memulakan bicara...

Saya: Doktor, batuk saya tak recover lagi la... kadang-kadang waktu pagi sakit dada sebab batuk... ubat pun dah habis...
Doktor: Haiya, U last datang 16hb...sudah lama ni... Tak apalah, saya check U lagi sekali la eh...
Saya: Ok doktor...

Doktor check paru-paru, kerongkong dan suhu badan

Doktor: Paru-paru U ok, kerongkong clear tak ada masalah & suhu badan pun normal...Nevermind, I kasi U ubat yang lagi ok la... Selesema, kahak ada lagi ke?
Saya: Masih selesema lagi, kahak pun ada... Kadang kahak susah nak keluar...
Doktor: Ya, kahak kadang-kadang susah sikit mau keluar untuk certain orang... Selesema ada lagi sikit ya...
Saya: A'ah... Saya rasa pasal sakit dada tu sebab sekarang pun sejuk waktu pagi... (Batuk depan doktor)
Doktor: Angguk-angguk... Haaa, itu U punya kahak belum habis keluar lagi... Ok, U last time datang masa delay period... U expecting ke?
Saya: Tak doktor... Saya tak pregnant lagi...
Doktor: Ok la... Ubat batuk yang saya kasi ni ok sikit dari yang lepas...
Saya: Terima kasih doktor...

Bila sampai aje kaunter farmasi tu, pembantu klinik bagi 4 jenis ubat- antibiotik, kahak,selesema dengan ubat batuk... Hmmm, kali ni kena RM 30..Okla, murah la juga... Singgah Tesco beli biskut dan susu Marigold... Mula-mula nak beli burger tapi hujan lebat sangat takut pula adik jual burger tu tak berniaga jadinya singgah Shell beli Maggi Cup perisa kari... Hentam jela...

Lepas dah makan etc sambil tengok cerita korea, sudah sampai masa waktu makan ubat...Hmmm, semua ubat yang diberi memang lain dengan yang lama... Fuhhh, paling tak boleh blah, ubat kahak dia lagi pahit dari peria! Antibiotik lagi la, memang sah pahit... Paling sedap ubat batuk dia sebab macam rasa madu... Bau dia pun manis macam madu... Semoga kali ni terus hilanglah segala penyakit ini... Sangatlah tidak selesaaaaaa~

Tuesday, April 23, 2013

Mari Mengundi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekarang ni, saya tengok ramai yang up pasal kempen untuk PRU 13 yang bakal berlangsung pada 5 Mei 2013... Bagus sekali kerana ini menunjukkan bahawa anda peka dengan keadaan sekeliling... Saya dulu bukan kisah pun pasal pilihanraya ni dan tak pernah mengundi tapi sejak kahwin ni, kadang-kadang interest kita akan berkembang dek kerana partner kita... Tahun ni saya bakal mengundi di Seremban, yahooo~~ Alasan tiba-tiba mengundi? Satu sebab tanggungjawab, dua sebab rasa diri dah matang sikit, ketiga sebab husband suruh mengundi, keempat sebab saje nak menambah undi dan kelima sebab boleh balik kampungggggg! Nanti saya nak pangkah X pada orang yang saya berkenan la, yela, duduk di Sungai Petani mana nak tengok banner bagai or terserempak dengan calon untuk parlimen Seremban... Jadinya, pangkah aje la dengan menggunakan jiwa... Apapun undi itu adalah rahsia, hehehe... Bagi yang terlalu fanatik dengan parti anda, rileks-rileks la, jangan la gunakan harsh words or kekerasan, janji kita undi aje macam biasa... Kadang-kadang kompang kuat-kuat tapi bila mengundi, tak pula pergi mengundi... Kempenlah dengan bijak agar orang dapat menerima anda dengan hati terbuka...

Monday, April 22, 2013

Rentetan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas kami husband and wife seronok marathon cerita korea Flower Boys Next Door... Ini semua gara-gara tertengok episod 1 cerita ni kat hypp tv channel M 601... Bila dah upgrade unifi ni, kenalah tengok hypp tv ;p astro pula kenalah sayonaraaa~~ Hahaha.. Yela, kang orang labelkan kami ni gila tv pula sebab dah ada hypp tv nak langgan lagi astro... Bagi yang baru pasang unifi seperti kami, pihak TM dengan berbesar hati memberikan free semua channel hypp tv selama sebulan! Saya sebagai pengguna mestilah suka- ade ke orang tak suka dapat menatang free ni? Channel hypp tv paling banyak channel tv cina dengan hindustannn, kot yang kaki hindustan tu rasanya sure kata berbaloi ambil hypp tv :D... Walaupun tak sampai lagi sebulan saya jadi pengguna setia hypp tv ni, saya rasa dah boleh buat review pasal hypp tv ni, channel memang banyak tapi tu la, ada masa tertentu rasa sedikit bosan la cerita yang ditayangkan tu sebab rata-rata cerita yang dah lapuk & tak best... Saya harap lepas ni pihak TM senaraikan la cerita yang best & kalau boleh yang baru :D Husband pula kecewa bab channel sport sebab semuanya pasal soccer & dia pernah komen kat pihak hypp tv kenapa tak dipelbagaikan bahagian sport ie MotoGP ke F1 ke gimnastik ke sukan air berenang berirama ke (yang dua sukan tu tambahan aje :p)... Hypp tv ni kelebihan dia adalah pada interactive tv iaitu anda bolehlah layan youtube ke facebook ke menggunakan tv... Tapi dinasihatkan tv anda sebesar 32 inci ke sebab sangat la halus tulisannya kalau guna tv 14 inci macam kami ni... Nak login masuk FB sangatlah payah, apa tulis pun tak tau- Hahaha.. Bagusnya interactive tv ni ialah tak perlulah anda berebut-rebut PC kalau nak on FB... Overall, rasanya kalau yang jenis suka menonton tv, saya rasa mesti ada golongan yang tak berapa puas hati dengan rancangan yang ditawarkan kat hypp tv... Apa yang boleh saya kata, hopefully, lepas ni makin banyaklah rancangan yang tip top dari hypp tv...

Ok habis bab hypp tv, saya sebenarnya nak cerita pasal cerita korea yang kami busy marathon tu... Cerita korea ni sebenarnya kalau tengok dari segi jalan ceritanya sama aje macam cerita-cerita cinta loving loving feeling feeling yang lain tapi apa yang membezakan ialah setiap episod ade aje value added... Cerita ni sebenarnya mengajar kita macam mana nak berkomunikasi dengan efektif bila berhadapan dengan someone yang opposite dengan kita... Bagi saya, cerita ni sangat best kalau kita tengok dengan pasangan kita sebabnya secara automatik kita akan train diri sendiri atau train pasangan kita untuk meluahkan apa yang kita rasa dan dia rasa.. Being too silent can cause burden to ourselves... 

Kadang-kadang kita rasa kita tau apa kita kata,
Kadang-kadang kita rasa kita buat semuanya betul,
Tapi kadang-kadang itulah sebenarnya selalu terbalik...

Wednesday, April 17, 2013

Super mengantuk!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam dek tak tahan dengan hingus hijau & kahak menimbun tapi tak kurang baiknya, saya ajak husband teman pergi klinik.. Semalam pun husband ambil cuti sebab nak servis kereta jadinya eloklah kan terus ke klinik- one way la katakan dengan pusat servis tu ;p ... Bila sampai aje klinik, hmmm, apalagi kena menunggu la- ada yang buat x-ray, ada yang full body checkup... Klinik ni nampak aje kecil tapi macam-macam ada sampailah checkup untuk ibu mengandung... Dah sampai turn saya, saya pun masuk la dalam bilik doktor dan bercerita mengenai batuk & selesema... Doktor pun tanya,"Ada sakit kerongkong?", "Ada demam tak?" & "Ada asma?" dan ketiga-tiga soalan itu saya jawab dengan "Tak ada"... Then, doktor pun check paru-paru kalau ada bunyi ke apa dan doktor kata paru-paru saya OK sebab tak ada bunyi... Doktor pun prescribed la ubat-ubat yang perlu... Saya pun keluar la dari bilik doktor memandangkan dia dah habis catat... Nama saya dipanggil dan ubatan yang diberi adalah Ubat batuk (expectorant), ubat kahak (prihexine) , ubat selesema (dexchloramine)  dan antibiotik (betamox capsules) dan kesemuanya RM28...

Lepas tu, singgah makan kat Tesco dan balik ke rumah sebab nak kena makan ubat-ubat ni... Ingatkan petang lepas makan ubat & solat zohor nak ajak husband pergi jalan-jalan cuci mata tengok kain kat bandar tapinya itulah kuasa ubat, tidur aje sepanjang petang... Saya cuba juga tahan-tahan mata, tapi apakan daya, dasyhat sangat power of 4 tu... Saya memang lalok sepanjang petang... Malam tu baru keluar tapi pergi ke Giant sebab nak beli barang sikit... Harapnya saya cepat sembuh dari segala penyakit... Huwaaa, tak sanggup dah asyik membuang hingus tiap-tiap hari... Masa menaip ni, saya belum lagi makan ubat- heeeee...Takut pulak asyik tidur aje...Apapun tak masak lagi ni... Hari ni husband request nasi lemak sebabnya saya kata kat dia nak masak sambal udang... Zzzzzzz

Monday, April 15, 2013

Madu dan pati delima

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam tadi, saya ajak husband membeli-belah kat kedai jual makanan sunnah... Disebabkan dah tak tahan dengan batuk dan selesema yang mengganas ni, saya pun nak la cuba makan madu dan juga pati delima... Mak saya pesan dulu makan madu perah limau dan saya pun pernah baca ini elok untuk hilangkan batuk... Kes pati delima ni pula masa saya terbaca ada seorang ibu bagi anak dia makan pati delima sebab anak dia batuk dalam jangkamasa yang panjang dan alhamdulillah, anak dia dah sihat... Jadi, bila fikir kedua-dua kekuatan fakta ini jugalah, saya nak campurkan kedua-dua bahan tersebut (pandai-pandai create campuran, ;p)

Bila sampai aje kedai tu, terus aje ke section madu.. Hmmm, jenisnya memang banyak la, macam-macam! Ada yang datang dari Malaysia, Thailand dan tak kurang juga yang memang datang dari tanah arab... Kami pun bergilir-gilir tonggeng botol madu untuk tahu tahap kepekatan madu tu sendiri... Husband lama-lama jadi pening sebab banyak sangat spesis (madu tualang, madu nenas,madu acacia,madu hutan etc)... Saya mula-mula nak ambil madu khaula tapi saiznya besar sangat jadi saya ambil madu jenama As Shifa' dan bila saya tengok belakang labelnya, ia datang dari jeddah malah diperakui standard kualiti 100% madu dari Saudi Arabian Standards Organization (SASO)... Madu tu saya beli dengan harga RM33 sahaja... Ada juga yang madu lagi pekat tapi sebotol dalam RM60- terlebih budget pula... Madu Al Shifa ni ada 3 jenis iaitu natural honey, acacia honey dengan apa tah lagi satu (kes lupa) dan warna madunya yang berbeza membuatkan kita senang nak cam... Saya ambil natural honey aje disebabkan botol besar sedikit tak ada jenis-jenis lain.. Botol kecil, kecil sangat pula saiznya dan harga sebotol kecik RM14.. Tak berbaloi kalau beli yang kecil...



Lepas dah habis pilih madu, pergi pula ke section cuka, olive oil, concentrate sebab nak beli pati delima... Pati delima ni saya pernah minum dulu untuk TTC tapi bila dah habis asyik malas nak beli balik, tu yang stop kejap... Pati delima, saya seperti biasa memang pilih brand Gulsan sebab dia memang pure dan tidak ada tambahan gula... Pati delima ni harganya RM15 sebotol dan tahan jugalah 2-3 bulan bergantung kepada berapa banyak kita ambil... Keluarga mertua pun dah mula makan pati delima ni dan bapa mertua saya pun kata dia rasa sihat berbanding dulu... Bapa mertua saya kalau ada kursus kat KL, dia akan borong sekotak pati delima bawa balik ke Sarawak.. Pati ni masam sedikit jadi saya letak sedikit pati dan bancuh dengan air masak... Ada juga yang jenis telan sesudu macam tu tapi diingatkan minum air masak banyak lepas tu.. Ia jenis pekat,jadi kena la minum air banyak... Selain pati delima ni, ada juga pati kurma... Saya dulu minum juga jus kurma tapi saya beli yang jenis dah siap campur madu, kurma, air zamzam... Sebotol tu tak mahal pun, harga dalam RM18-RM22.. Berbaloi juga...

Ini la pati delima yang saya beli semalam

Ini pati kurma, saya tak pernah beli


Ini yang saya kata campuran madu, kurma & air zamzam.. Sedappp!! Saya beli RM22 dulu..


Habis aje grab makanan yang nak dibeli tu, saya mula-mula terfikir nak juga ambil Hi-goat tapi entah macam mana, lupa lak lepas tengok roti yang banyak... Kedai yang jual makanan sunnah dan juga bahan kecantikan berunsurkan makanan sunnah ni sebenarnya kedai bakeri.. Kalau sesiapa yang memang duduk Sungai Petani ni, rasanya kenal kot Fatimah Bakery yang dekat juga dengan pusat bandar ni.. Harga? Ok la, macam biasa, ada yang murah dan ada yang mahal... Lagi satu, saya pernah nampak kedai jual makanan sunnah ni area Bank Muamalat Lot 88... Kedai ni ada jual juga kerepek etc... Kalau area Seremban, ada satu kedai di Kipmart Senawang... Area KL, tak usah cakap la, banyak area Ampang...

Segala pemakanan sunnah ni khasiatnya tentulah yang terbaik untuk tubuh badan dan sama jugalah segala apa yang kita makan hendaklah dalam kuantiti sederhana... Ia sangatlah bagus untuk kesihatan kita tak kira peringkat umur.. Ibu yang tengah breastfeeding pun boleh amalkan dan semoga apa yang anda makan dan salurkan susu ibu ke bayi anda, khasiatnya sampai...  Untuk yang berusaha mendapatkan zuriat seperti saya dan bagi yang tercari-cari apa yang terbaik untuk kandungan anda di dalam rahim, ambillah kurma, madu, delima, air zamzam, kekacang, kismis dan sebagainya... Tiada ragu-ragu langsung...

p.s: Saya nak clearkan something yang rata-rata orang salah menggunakan perkataan "TUMMY" ni.. Saya selalu lihat orang update, " ....baby in my TUMMY!" actually the correct one is,"....baby in my WOMB" memandangkan bayi anda dalam rahim dan bukannya di dalam perut... Kalau perut, "...delicious mille crepe in my tummY" Hahaha...

Sunday, April 14, 2013

Pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam selepas kehabisan lauk pada tengahari, husband tanya saya malam nanti nak makan apa? Saya pun terfikir, kalau makan luar macam malas nak keluar sebabnya dengan batuk selesema ni nanti menganggu orang lain pulak jadinya saya pun memberi cadangan yang bernas kepada husband iaitu online order pizza hut memandangkan domino's agak jauh dari rumah so pastilah domino's takkan hantar ke rumah... Bila dah nak online order tu, masalah selalu yang kami hadapi ialah bab pizza mana yang berkenan di tekak... Saya memang aim Masala Supreme sebab tiba-tiba rasa nak makan yang tu (menu terbaik buat orang yang batuk!hahaha)... Setelah berapa kali klik tengok deals yang ada, husband pun kata dia nak cuba yang menu terbaru dalam tv tu yang ada sosej dan cheese yang super banyak.. Dah menemui apa yang dihati, kami pun order "Double Sensation Pair Deals 1" iaitu 2 pizza regular ( 1 pizza double sensation + 1 pizza supreme) .. Yeay!

Pukul 8.40 malam, pizza kami pun sampai dan kami mulakan dengan pizza double sensation.. Ok, first impression, boleh habiskan 2 regular pizza dalam 1 malam sebab dulu pernah habiskan 2 regular pizza akan tetapi kali ni kami tertewas dengan pizza double sensation... Penuh betul perut, mujur juga buat air teh panas- kira taklah kembung perut! Pizza double sensation ni memang sedap sampaikan husband yang kurang atau memang tak suka makan sosej sangat ni pun boleh telan (plus cheese yang mencurah-curah)... Mula-mula hairan dengan decision dia nak makan double sensation maka saya pun tanya berkali-kali before order,"Abang, abang kan tak suka makan sosej,boleh ke makan pizza yang ni? Macam tak percaya aje..." Then dia jawab,"Boleh aje, nak yang ni juga"... Okayyy... So, try la nanti makan pizza ni... Hari ni, saya akan lunch pizza yang tertinggal lagi beberapa keping ni memandangkan husband tak balik lunch... Muahahaahaha


Thursday, April 11, 2013

Kemaruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam pada tak sihat ni, saya bergiat aktif melatih minda... Ni latihan minda bukan yang spesis nak jadi psikik tu tapinya latihan minda supaya lebih cerdas dan melatih cara-cara membuat strategi... Saya telah menggunakan permainan Candy Crush Saga sebagai latihan yang terbaik... Hahahahaha... Ok, saya sekarang sangatlah kemaruk main candy crush ni, arghhhhh tidaaaakkkkkkkkkkkk... Dulu konon tak nak main tapi bila dah kena pujuk dengan member, maka saya pun try la main... Dah tu, lama-lama, hmmm, melekat pulak main candy crush... Nasib la tak ada tab lagi ni, kalau tak, memang asyik swipe manjangggg...


Heee, cerita pasal tab ni teringat lak last month husband tanya nak handphone canggih ke tab dan saya menjawab nak tab!!! Yela, kalau tab best sikit- main game senang, tulis blog senang, whatsapp etc semua jadi senang... =p Banyak kali juga keluar masuk kedai samsung tengok tab sambil bagi hint dekat husband nak yang 7 inch kalau dia nak bagi hadiah birthday (^ 3 ^) Husband kata la yang dia lagi suka Ipad mini dari tab tapi saya kata Ipad tu mahal sangat la pulak RM 1.3k ( saya seorang wife yang bertimbang rasa, puiii) Then saya buat ayat penutup hujah saya dengan senyum simpul, kalau memang nak bagi Ipad mini, silalah bagi sebab saya menerima dengan hati terbuka... Orang kata jangan bising-bising kalau memang orang berniat nak bagi =))







Huaaa, handsome kan kedua-dua tab ni? ;p Dapat tab lambat pun tak apa kalau dapat yang ni dulu... Kalau dapat yang seperti dibawah ni dulu, bolehlah siapkan baju yang dah lama terbengkalai kat rumah ni... :p :p :p


Wednesday, April 10, 2013

Teruk

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari ni, saya kurang sihat- selesema dan batuk akibat cuaca yang tak menentu sekarang ni... Mujur ada balance ubat batuk kat rumah ni, kalau tak, payah lak aiii... Ubat selesema baru aje teringat ada simpan dalam bakul ubatan so nanti lepas makan lunch bolehlah makan ubat selesema pulak... Bila dah combo dua spesis ni, sah-sah la tidur terganggu... Malam tadi, tersedar pukul berapa entah, tiba-tiba tekak gatal sangat lalu batuk-batuk sampai muntah air.. Hmmm, tak sanggup dah dengan combo batuk selesema ni... Doakan saya cepat sembuh dari segala penyakit...

Semalam husband ada buka video kat FB, beberapa budak sekolah belasah member kelas ke ape kat sekolah... Kes buli-membuli ni, bukan hanya kalangan pelajar lelaki aje tapi dah termasuk yang perempuan pun sama nak tunjuk hebat... Dulu, saya ada terbaca tentang ada seorang mak kepada pelajar perempuan ni selalu resah sebab anaknya kena buli... Segala makanan dan pakaian dicampak dan bila di beritahu kepada warden, warden tak pernah ambil tindakan and it getting worse.. Ya, masalah buli di sekolah ni memang dah biasa dari generasi ke generasi tapi pernah tak terfikir buli ni boleh mendatangkan tahap yang lebih teruk seperti lumpuh dan kematian? Haiii la adik-adik, tak perlulah sampai tahap belasah kalau ada misunderstanding pun... Not cool and not even a close to "I'm full of strength, look at me young ladies!", okay? Tak ada guna kalau kita pilih kekerasan yang melampau kalau masalah itu hanyalah sebesar zarah... Tengoklah sekarang ni, memang kamu jadi terlampau famous di sekolah (in bad way) & secara tidak langsung dari satu malaysia tak kenal dah jadi kenal plus hatred... Jadi, kepada adik-adik, silalah tinggalkan perkara yang buruk itu dan lebih baik jika anda tukarkan segala kekerasan itu untuk strive your best on your coming exam & get a good result... Hukuman yang anda terima tu jadikan pengajaran sebaik-baiknya dan silalah jangan ulangi lagi..

Wednesday, April 3, 2013

Fenomena whatsapp & whatsapp di PC

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekarang ni, sana sini orang berkata mengenai betapa syoknya main whatsapp... Saya dulu tak la ambil port sangat pasal whatsapp ni, almaklumlah, handphone pun bukanlah spesis canggih-canggih... Kakak saya yang 2nd selalulah kempen whatsapp sebab dia kata leceh nak pm kat facebook or yahoo... Bulan lepas, kakak sulung ada bagi handphone lama dia & saya pun teruslah download whatsapp... Best memang best cuma ada sedikit leceh kalau online guna handphone blackberry ni.. Jadinya, masa cari macam mana nak jalan pintas tanpa subscribe data, saya jumpa satu link yang sangat bagus kepada sesiapa yang tidak memiliki handphone canggih/ sesiapa yang suka letak handphone merata-rata tapi tak boleh hilang tabiat nak whatsapp guna PC atau laptop...

Gambaran whatsapp pada PC adalah seperti begini:





See? Menarik kan? Ini adalah contoh whatsapp... Sama macam screen whatsapp untuk android... =D Untuk dapatkan application whatsapp/ game subway surfers etc ni berfungsi, kita memerlukan android emulator... Emulator ni percuma, so, tak perlu bayar... Application yg perlu bayar hanyalah whatsapp tu pun selepas setahun in service- hahaha... Android emulator ni, anda bolehlah download di link ini Bluestacks . Emulator ni ada untuk windows dan juga mac user... Selepas 100% complete download, silalah run emulator tersebut... Ikut arahan yang tertera di screen bluestacks...Bagi pengguna laptop, kadang-kadang anda kena restart laptop sebab ia menyebabkan laptop anda lagging.. Kalau pc, no problem cuma pastikan internet anda laju =D

contoh home screen bluestacks saya
Untuk download whatsapp, kita perlu klik pada icon search... Oh ya, diingatkan di sini, sila jangan gatal tangan nak search apps lain bila kita tengah download kerana ia boleh mengakibatkan apps yang kita tengah download tu delete secara automatik... To be safe, silalah tunggu sahaja semuanya habis... Cara penggunaan android emulator ni, sama sahaja macam kita guna smartphone... Anda boleh tarik dari atas ke bawah untuk lihat jika ada download progress... Bagi yang tidak ada smartphone, anda akan menjadi seperti kami laki bini iaitu terlebih excited... Anda perlu explore setiap icon..

Untuk activate whatsapp ini, anda perlu isi negara dan masukkan no phone anda... Macam kita di Malaysia, nombor kita akan bermula dengan +60 jadi teruskan isi 12xxxxx (maxis), 16xxxxx (digi), 18xxxxx (umobile) dan 19xxxxxx (celcom)... Selepas itu, whatsapp akan hantar sms untuk verification dan jika anda rasa dah lama menunggu tapi tiada sebarang feedback, sila klik kepada icon "Call Me".. Sila dengar betul-betul verification code itu kerana jika kita salah isi, nanti hanya tinggal beberapa aje try out...

Whatsapp screen
Ini adalah contoh whatsapp... Tengok pada taskbar bawah tu " New chat, New group etc".. Salah satu kelemahan whatsapp di PC ni, anda perlu masuk sendiri contact number orang yang anda ingin chat.. Kalau anda hanya tunggu orang chat dengan anda, tak ada masalah =p Oklah tanpa membuang lebih banyak masa, saya akan terangkan satu demi satu icon yang terdapat pada home screen bluestacks ini.. Kita mulakan dari kiri ya!

1. Tanda anak panah itu ialah tanda "backspace".. Contoh dari new contact kita nak balik chats, kita klik anak panah tu...
2. Untuk masukkan new contact atau sebagainya (taskbar whatsapp), anda perlu klik icon yang bertanda macam paragraph line tu (ada 3 line)...
3. Tengah-tengah tu ialah untuk kita balik semula kepada home screen bluestacks..
4. Yang bergigi macam roda jam tu, itu adalah setting kepada bluestacks...
5. Icon link macam chart tu pula ialah tanda share snapshot...
6. Icon kotak kecil & kotak besar itu, adalah untuk full screen..
7. Yang terakhir, itu adalah tanda quit bluestacks...

Senang faham tak penerangan saya ni? Untuk apps game seperti subway surfers, saya rasa ia bukanlah pilihan yang terbaik untuk bermain di bluestacks kerana lagging.. Apps yang bagus setakat ni untuk game, saya rasa fruit slice... Angry birds pun tak berapa best, better download yang memang untuk pc... =D Selamat whatsapp everyone... Now everyone can whatsapp! ahahahaha

Monday, April 1, 2013

Mencari ketenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Ini yang saya petik dari fb Prof. Dr. Muhaya...

While you are alive, don't worry about what others will think or say about you - just do what you believe is right without paying much attention to praise and criticism.

Don't worry about what will happen after you are gone, because when you return to the dust, you will feel nothing about praise or criticism.
Don't worry too much about your children for children will have their own destiny and find their own way.

Do whatever you can to help them grow into responsible, caring and productive human beings, but don't be your children's slave.Don't expect too much from your children. Caring children, though caring, could be too busy with their jobs and commitments to render any help.Uncaring children may fight over your assets even when you are still alive, and wish for your early demise so they can inherit your property.
Your children take for granted that they are rightful heirs to your wealth; but you have no claims to their money.
As you grow older, don't trade in your health for wealth any more...
Because your money may not be able to buy your health …
Know when to stop making money and how much is enough (hundred thousand, million, ten million?)

Even if you had a thousand hectares of good farm land, you can only consume one quart of rice daily;
Even if you had a thousand mansions, you need only three square meters of space to rest at night.

So as long as you have enough food and enough money for your essential needs, that is good enough. So you should live happily.

Every family has its own problems. Just do not compare with others for fame and social status and see whose children are doing better, etc. but challenge others for happiness, health and longevity.

Dont worry about things that you can't change because worrying doesn't help and it will affect your health.

You have to create your own well-being and find your own happiness.

Strive to keep yourself in a good mood, think about happy things, do happy things daily and have fun in doing them, then you will pass your time happily every day.

One day passes, you will lose one day;…One day passes with happiness, and then you gain one day.

In good spirit, sickness will cure; in happy spirit, sickness will cure fast; in good and happy spirit, sickness will never come.

With good mood, suitable amount of exercise, lots of sun, variety of foods, reasonable amount of vitamin and mineral intake, you will enjoy years of healthy life.

Above all, learn to cherish the goodness around ……FAMILY and FRIENDS……..they all make you feel young and "wanted"

From email - no author



Oh ya, special thanks kepada kawan satu course kat U, Zubaidah kerana bagi link audio Prof Dr Muhaya... 


Kepada yang ingin mendengar, bolehlah klik link ini:  http://themiracleofallah.blogspot.com/2011/06/collection-of-dr-muhayas-islam-itu.html