Friday, July 24, 2015

Saya sangat seronok!

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri 2015


Dah lama ya saya tak menulis kan? Inilah makcik nak cerita...
Adoi, rasa lawak dan sedih semua ada tau... Tak senonoh punya perangai...
Sebelum kita mulakan cerita gempar ni, saya dan keluarga sihat sejahtera...
Alhamdulillah... part kesihatan tu pun ada makcik nak cerita.. hmm, ni semua la ni nak bagi tau ni...

Sebab utama saya mendiamkan diri tapi update diri kat facebook & instagram adalah kerana saya terlupa emel dan password blog ni... Sebelum ni saya ada cuba juga banyak kali nak log in tapi yang hairan tu asyik la tak lepas sampai rasa menyampah tau... Macam-macam password reka, tapi, tak nak juga berjaya... So, saya pun melupakan hasrat murni untuk berceloteh dalam entry seperti biasa... Sekarang, kerja pun makin berlambak macam KL tower ditambah asyik on off demam dan segalanya... Cuti raya pun terpaksa unpaid leave disebabkan annual dah habis makcik buat balik kampung etc (family first kan la katakan)... Kesimpulannya, aktiviti saya sepanjang saya mendiamkan diri tau... Jeng, jeng, jeng...

Antara aktiviti bermanfaat saya:-

1. Saya belajar meniaga makanan 

Hari Jumaat, saya siapkan penjualan cupcake & chocolate lava cake dan sabtu, penghantaran dibuat ke cafe... Satu malam punya production, dapat la dalam 20-30 bekas... Banyak kan? Nak meniaga, kena buat kerja kira-kira lebih sikit sebab rugi nanti bayar sewa lagi tinggi dari untung... hahaha... Semua cupcake tu selalunya saya buat portion by portion iaitu ada portion utk orang datang ambil dekat rumah ke, cafe dengan last minute call dari customer... Sekali harung je buat, tak perlu penat banyak kali...

Hari sabtu sebelum pergi kerja, saya siap-siap masak laksa sarawak... Dalam pukul 5 pagi macam tu dah siap berperang dekat dapur dan kuantiti banyak juga bagi orang macam saya ni (10 - 20 bekas)... Separuh daripada itu, saya hantar ke boutique cafe area seremban dan jika ada yang nak cod, hantar selepas balik kerja... Bagi yang satu jalan ke cafe, husband yang hantarkan... Oleh kerana bila sampai satu tahap terlampau penat, maka, part demam on off pun terjadi... Bayangkan tiap bulan ada je demam selesema etc... Masa ni, husband nasihatkan hentikan sekejap jualan dan keep focus pada kesihatan... So bila badan dah rasa ok, problem lain pula datang menyinggah tanpa rela...

2. Saya merasa 'kenikmatan' batu karang 

Haha, kenikmatan ye? Memang nikmat sangat... asalnya saya nampak tompokan darah pada pad padahal ikutkan kalender wanita lambat lagi nak period ( minta maaf ye terpaksa cerita tapi inilah tandanya)... So, saya pun buat jela tak tau macam biasa & sebelum tu excited sangat nak fit badan - yoga, Pilates, jogging semua ada.. The next day after subuh prayer, tiba-tiba rasa sakit yang amat.. Tak boleh describe sakit tu tapi terasa macam lumpuh sementara separa badan belah kanan... Makin lama makin sakit & husband pun suggest pergi klinik.. Bila sampai klinik, doktor muda tu slow je nak prescribed ubat tahan sakit and lepas check, kena refer pakar hospital dan doktor itu tak bagi ubat tahan sakit... Masuk kereta, saya pun terus macam tenggiling - berguling-guling tahan sakit dan hospital paling dekat ialah Columbia... Glamour time tu sebab terus masuk emergency ward... Doktor tanya dah diberi painkiller ke belum? So dengan tahan sakit & muka agak bengis, saya jawab belum! doktor klinik tak bagi (yela, ada ke orang tahan sakit nak muka cantik macam ratu? kalau macam ratu tu, sah2 tipu nak MC)... Doktor tu terkejut & tanya kenapa tak bagi dahulu? Saya cakap dia takut nak bagi sebab patut tunggu prosedur hospital... Doktor tu menggelengkan kepala sahaja.. So mendapat la suntikan kat punggung dan saya terus tidur dekat wad... Bangun sahaja, undergo some scanning etc dan saya positif kena batu karang... Sob!!!

Bila balik rumah, makan ubat doktor sebab saya yakin ubat boleh menolong menghapuskan kesan degil (miahahaha) tapi setelah beberapa hari berlalu, saya merasakan saya harus jumpa pakar.. Sakit tak juga hilang dan rata-rata doktor cakap sakit ni macam sakit orang bersalin... Entah ya entah tidak sebab tak pernah bersalin lagi.. Saya pun angguk kepala jela tanda faham... Nak dijadikan cerita plan nak pergi jumpa pakar dah ada, malam sebelum tu, saya diserang lagi sakit tu sampai menangis-nangis... Sakit memang sakit lepas tu kena marah dengan husband pun ya juga sebab tak nak warded... Orang tengah sakit memang sentimental, tak caya cuba time sakit lepas tu orang membebel panjang lebar... Hati tisu sangat!!! Esok pagi tu, kami pergilah Columbia Hospital but since doktor dah balik & doktor emergency tu insist jumpa pakar sambil menakutkan saya yang dah memang takut ni, maka dia tolong bawa kes saya ni dan refer ke KPJ pula..

Sampai KPJ, alhamdulillah doktor pakar ada... Bila dia tengok scan etc, dia offer masuk wad dan nak tengok kalaulah batu tu keluar dengan sendirinya... Batu karang saya jenis kecil besar mata pen tapi disebabkan akibat pelanggaran dengan dinding tiub salur kencing tu, maka kawasan saluran tu jadi bengkak dan itulah penyebabnya sakit terlampau... Doktor bagi option itu utk peringkat awal dan saya bersetuju akan tetapi bagusnya bila medical card saya belum matang, saya tak perlu masuk wad.. Mana nak cekau duit RM 3000, dik non? RM 2000 utk admit wad je ok - so kena standby RM 5000... Bagi pesakit seperti saya, jika batu tu dah turun sampai ke pelvis, hanya 2 sahaja yang boleh dilakukan iaitu masukkan teropong melalui bawah (RM 10,000) atau berdoa sambil makan ubat agar batu tu keluar dengan selamatnya... Jika batu masih dalam kidney, bolehlah buat laser which is not exactly term of meds tapi sebenarnya dia akan buat vibration sampai batu tu pecah/ hancur... Setelah berbicara dengan doktor dan dia faham akan status kewangan, dia pun cakap kita try ubat dahulu...

Sementara nak sampai tarikh follow up, satu keluarga google cara nak keluarkan batu karang tu... Saya try buat jus tembikai dengan gula batu lagi.. Mak saya siap buatkan sup lobak putih bagai nak bagi keluar... Kakak bagi ayat selawat etc utk memudahkan pengeluaran bendasing dalam badan... Saya amalkan je semua... Tapi bila Allah kata belum, maka belum jugalah batu tu nak keluar... Ubat? Saya still makan walaupun cuba petua orang lama-lama dan sampai naik letihlah juga asyik makan ubat...

Hari berganti hari, masa terus berjalan, ubat dah berapa papan saya makan, tibalah masa tarikh follow up yang terakhir iaitu 1 bulan dari follow up sebelum tu, doktor minta buat x-ray... Alhamdulillah, tiada lagi batu karang... Hoorayyy!!! saya memang menjerit kegembiraan tau dalam bilik doktor tu dan doktor pun cakap bagus2.. Lepas dah gembira tak ingat dunia, doktor tanya ada nampak ke batu tu keluar? Saya cakap entahlah doktor, tak nampak pun dan saya tau masa ngilu je nak buang air kecil tu... So doktor pun tersenyum lebar dan mengatakan anda berjaya mengharungi onak duri (tepuk tangan)... Haha, tak ada maknanya la macam tu cuma dia senyum lebar sebab saya antara pesakit beliau yang success.

Akan tetapi, berita yang tidak dijangka, saya antara manusia terpilih mengalami simptom Randall's Plaque dekat both kidney - mendapan kristal yang tertanam di buah pinggang dan ini mungkin akan menjadi penyebab saya boleh mendapat batu karang kembali...Nauzubillahiminzali'... Doktor kata ini tiada cure dari segi ubatan dan doktor hanya nasihatkan air sahaja yang boleh kurangkan gejala batu karang... So, jagalah pemakanan masing-masing kerana batu karang ni kita tak nampak dengan mata kasar sebab ia hanya boleh nampak melalui scan dan juga dah rasa sakit je... Air pula doktor kata tak kisahlah janji air kena minum banyak! Doktor pesan dia tahu pesakit-pesakit ni macam-macam petua ada tapi jangan percaya sangat...

Masa ni, penjualan makanan ke cafe dah saya hentikan dan ada owner cafe lain minta saya hantar makanan kepada mereka pun terpaksa saya tolak... Kawan-kawan pun banyak bertanya ke mana hilangnya saya...

3. Hobi

Part hobi ni paling bahaya utk dibaca utk perempuan... Hahaha... Pertama sekali ingat tak hobi saya zaman surirumah dulu? Minat sangat part menjahit kan? Mula-mula cakap dengan husband, nak mesin jahit tepi nanti bayar la kat dia bulan-bulan... Lepas tu, tengok dekat lazada, ada mesin murah dari harga biasa... Pancing lagi ayat kat dia sambil tunjuk gambar mesin jahit tepi... Masa merengek nak beli ni, time tu tengah kena batu karang maka husband dengan penuh kasihan pun belikanlah kat kita... Hihi, lepas tu bila time nak bayar balik duit kat dia, dia kata tak payah dah... Guna je baik-baik... Miahahaha... Makcik dengan muka excited tapi tak nak tunjuk tanya semula,"Betul ke?"dan dia menjawab ya... Lalu makcik pun tak berani nak tanya lagi sebab nanti tanya lagi sekali dia suruh ganti balik duit... So makcik pun beli kain bagai dan cuba jahit baju princess cut tapi malangnya sampai tarikh ni, part sambung lapik leher masih tergendala... Dah lapik leher tergendala maka semuanya tergendala... Hahaha...
Brother M3034D overlocker

Di masa yang sama, hobi lain pula datang..Lepas sehelai, sehelai datang... Sekarang dah berhelai-helai dan merebak ke kakak-kakak kita pula... Benda yang kitorang tergila-gilakan tu, tudung dari sugarscarf... Mak oi, bila fikir apa husband cakap betul juga...cuba darab semua tu, cecah tak RM 1000? Hahaha...Sekarang ni, slow sikit perangai ni sebab warna dia lebih kurang sama dan macam biasa, hobi lain datang menjengah di sanubari...


Ni paling latest la setakat ni, hobi nak makan nasi lauk pauk panas... Sekarang kan trend electric lunch box yang boleh masak nasi bagai tu... Maka saya pun belilah 2 set ELB - 1 manual dan 1 lagi digital... Manual tu tekan switch on macam biasa dan digital pula ada button preset timer dan auto keep warm... Saya beli jenama BEAR dan minggu depan insyaAllah, dapatlah saya menggunakannya... Husband pun bolehlah bawa pergi opis memandangkan dia pun suka makan makanan panas... Why not invest into those items? ELB ni ada macam-macam jenama kat Malaysia ni dan yang pastinya semua made in china.. Ada murah dan ada mahal... Ikut review orang, jenama BEAR dengan SEED paling elok kalau kita kat Malaysia ni... Mula-mula nak beli kat lazada tapi bila tengok review, kebanyakannya ada yg barang lupa nk pos sekali etc... Saya pun ambil inisiatif cari supplier lain... Nanti bila barang sampai, saya buat review, ok?
Manual BEAR ELB

Digital BEAR ELB